27 Nov 2021

Ending Drama Jiwa Yang Kau Puja : The Hotel 2 (Astro Ria)



Episod Akhir Drama Jiwa Yang Kau Puja : The Hotel 2, Sinopsis Episod Akhir Drama Jiwa Yang Kau Puja : The Hotel 2, Ending Drama Jiwa Yang Kau Puja : The Hotel 2,

Tamat sudah drama Jiwa Yang Kau Puja : The Hotel 2 lakonan Uqasha Senrose, Sean Lee, Syazwan Zulkifli, Dini Schatzmann dan ramai lagi. Musim kedua drama The Hotel 2 : Jiwa Yang Kau Puja ini mempunyai 18 episod dan episod akhir drama ini memang happy endinglah kan. Selepas ini drama Jangan Ganggu Jodohku lakonan Shaza Bae dan Yusuf Bahrin. Berbalik pada episod akhir drama Jiwa Yang Kau Puja : The Hotel 2 ini, Firhani telah diculik oleh bekas kekasihnya yang psiko iaitu Haziq manakala Umar pula dah dimasukkan ke hospital. Manager Hotel iaitu Arman sedar ada benda buruk berlaku pada Firhani dan memberitahu pada Adri. Arman dan Adri berpakat untuk menyelamatkan Firhani, namun Haziq berjaya menghalang. Adri kemudian meminta pertolongan Umar dan Umar bergegas dari hospital untuk menyelamatkan Firhani dari Haziq. Dalam keadaan terdesak Firhani akhirnya membunuh Haziq. Kemudian Firhani, Umar, Adri dan Arman berpakat dan memberitahu pada polis yang Haziq sebenarnya membunuh diri dan bukannya dibunuh. Tu kira sinopsis episod akhir drama The Hotel 2 ni.




Awalnya aku ingatkan Umar mati kat hospital tu, tapi lepas tu boleh pula sihat walafiat gitu hehe. Sejujurnya kalau nak compare dua - dua season ni, aku lebih suka jalan cerita The Hotel musim pertama sebab lebih suspen dan kita tak dapat nak mengagak apa yang akan jadi seterusnya. Manakala Drama The Hotel 2 ni, jalan cerita kurang best dan kita boleh agak apa yang akan jadi seterusnya. Walaubagaimanapun aku suka tengok Uqasha Senrose dalam drama ni, nampak comel betul dengan stail rambut gitu hehe.Apa pun drama ni dari season 1 sampai sekarang memang layannn. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post