3 Nov 2021

Drama Mr Bibik Lakonan Saharul Ridzwan dan Zara Zya (Akasia TV3)



Drama Mr Bibik, Drama Slot Akasia TV3, Info dan Sinopsis Drama Mr Bibik, Drama Mr Bibik Slot Akasia TV3, Mr Bibik TV3 Cast, OST Drama Mr Bibik, Pelakon - Pelakon Drama Mr Bibik, Drama Adaptasi Novel, Baca Online Novel Mr Bibik, Saharul Ridzwan, Zara Zya, Raja Afiq,

Drama Mr Bibik lakonan Saharul Ridzwan dan Zara Zya adalah drama terbaru di slot Akasia TV3 yang mula bersiaran sejak 29 Oktober yang lalu, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam. Drama ini disiarkan bagi menggantikan Drama Wifi Sebelah Rumah lakonan Zul Ariffin & Ruhainies dan Drama Semanis Senyumanmu lakonan Aiman Hakim dan Daiyan Trisha. Antara pelakon drama Mr Bibik ini adalah Saharul Ridzwan, Zara Zya, Raja Afiq, Liza Abdullah, Roy Azman, Norish Karman, Dayang Areeda, Syazuwan Hassan, Wanns Ahmad, Meor Mohd, Balkisyh Semundur Khan dan ramai lagi. Drama ini juga adalah adaptasi daripada Novel Mr Bibik karya Aein Dhiyauddin. Selain itu drama 20 episod ini diarahkan oleh Pali Yahya dan diterbitkan oleh Saphire Screen Sdn.Bhd. Nampak menarik kan drama ini, plus aku suka juga gandingan Saharul Ridzwan dan Zara Zya ini. Jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Mr Bibik ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

Saharul Ridzwan sebagai Firas Iman
Zara Zya sebagai Aulia Izzatunnisa
Raja Afiq sebagai Mukhriz
Roy Azman sebagai Tuan Halim
Dayang Areeda sebagai Arisya
Wanns Ahmad sebagai Hud
Balkisyh Semundur Khan
Meor Mohd sebagai Cumi




Sinopsis Drama Mr Bibik Lakonan Zara Zya dan Saharul Ridzwan Slot Akasia TV3

Aulia dan Mukhriz bertunang kerana campur tangan orang tua. Mukhriz obses dengan Aulia dari zaman remaja walaupun semua gadis mampu dimilikinya dengan mudah. Bagi Mukhriz, Aulia amat berbeza baginya. Aulia pula langsung tidak menunjukkan minat terhadapnya sehingga Mukhriz diperlekehkan oleh kawan-kawannya.Firas, seorang lelaki yang berperwatakan biasa sedang melalui fasa kecewa dalam hidupnya. Dia sanggup berhenti kerja dari sebuah syarikat besar untuk memulakan perniagaan dengan tunangnya, Arisya. Sayangnya, Firas dikhianati apabila Arisya telah berkahwin dengan lelaki lain. Hilang kerja dan juga putus tunang, Firas tidak hilang semangat malah dia tidak kisah untuk bekerja di syarikat pembersihan milik kenalannya. Hari pertama Firas memulakan tugasnya, dia telah diarahkan untuk membersihkan rumah Aulia. Oleh kerana ada insiden yang kurang menyenangkan antara mereka berdua sebelum ini, Aulia mahu menolak servis Firas. Tambahan pula, Aulia tidak senang dengan lelaki yang bekerja sebagai pembantu rumah. Akhirnya Aulia terpaksa terima kerana kawannya Siti yang juga pemilik syarikat itu memberikan perkhidmatan percuma apabila tidak dapat menghantar pembantu rumah yang sudah biasa ditugaskan. 
Drama Mr Bibik, Drama Slot Akasia TV3, Info dan Sinopsis Drama Mr Bibik, Drama Mr Bibik Slot Akasia TV3, Mr Bibik TV3 Cast, OST Drama Mr Bibik, Pelakon - Pelakon Drama Mr Bibik, Drama Adaptasi Novel, Baca Online Novel Mr Bibik, Saharul Ridzwan, Zara Zya, Raja Afiq, Drama Mr Bibik Full Episode,
Firas pening dengan sikap pemalas Aulia dan keadaan rumah yang bersepah. Setelah hampir seminggu bekerja di situ dan pada hari terakhir, tiba-tiba rumah Aulia didatangi Mukhriz dan ayah Aulia, Tuan Halim. Mukhriz menuduh Aulia menyimpan lelaki di rumahnya. Puas Aulia dan Firas menerangkan keadaan sebenar tetapi Tuan Halim tetap kecewa. Mukhriz menawarkan diri berkahwin dengan Aulia untuk menutup malu Tuan Halim. Namun, Tuan Halim mahu Firas bertanggungjawab atas perbuatannya terhadap Aulia dan mendesak Firas untuk menikahi anaknya. Tuan Halim sanggup mengugut Firas jika tidak mahu ibunya mengetahui perkara yang memalukan ini. Firas minta diberikan masa untuk membuat persediaan.
Firas tidak dapat menerima Aulia seorang yang pemalas dan pengotor untuk menjadi isterinya. Begitu juga dengan Aulia, tidak sanggup bersuamikan Mr Bibik! Mukhriz pula tidak mahu kehilangan Aulia dan tetap akan mencari jalan untuk merampas Aulia balik! Apakah yang akan berlaku seterusnya? 


Tonton Online Drama Mr Bibik Full Episode - Akasia TV3

Selain menonton di kaca TV, korang juga boleh menonton drama Mr Bibik ini secara online iaitu di perkhidmatan penstriman iQIYI 1 jam selepas siaran tv.
Drama Mr Bibik, Drama Slot Akasia TV3, Info dan Sinopsis Drama Mr Bibik, Drama Mr Bibik Slot Akasia TV3, Mr Bibik TV3 Cast, OST Drama Mr Bibik, Pelakon - Pelakon Drama Mr Bibik, Drama Adaptasi Novel, Baca Online Novel Mr Bibik, Saharul Ridzwan, Zara Zya, Raja Afiq,
Lagu Tema / OST Drama Mr Bibik

Cinta Jatuh nyanyian Kaer

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Drama Pelangi Hati Episod 1 Hingga 20 - TV Okey

1 ulasan:



My Random Post