22 Nov 2021

Drama Hati Yang Dikhianati Lakonan Isyariana dan Amar Baharin Full Episode Di Astro Prima



Drama Hati Yang Dikhianati, Drama Astro Prima, Slot Tiara, Info dan Sinopsis Drama Hati Yang Dikhianati, Poster Drama Hati Yang Dikhianati, Pelakon - Pelakon Drama Hati Yang Dikhianati, Drama Baru Amar Baharin, Isyariana, Drama Baru Mona Allen, Drama Baru Syamim Farid, Drama Baru Zamarul Hisyam, Drama Melayu Astro Prima 2021,


Drama Hati Yang Dikhianati adalah drama terbaru di Slot Tiara Astro Prima yang disiarkan bagi menggantikan drama Angkara Cinta yang telah tamat episodnya. Drama ini sudah bersiaran sejak 12 April yang lalu setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang. Antara pelakon drama Hati Yang Dikhianati ini adalah Isyariana, Amar Baharin, Mona Allen, Zamarul Hisham, Mia Nasir, Malek Mccrone, Shah Iskandar, Arena Iman, Syamim Farid, Sahronizam Noor, Fazlina Ahmad Daud, Afifah Nasir, Rosnah Johari, Razak Ahmad, Najua P Ramlee, Lan Siro, Afiq Muiz, Adam Malek, Nabil Aqil, Qistina Khaled, Hasmira Azmi, Zaki Azeman dan ramai lagi. Drama Bersiri 40 Episod Hati Yang Dikhianati ini juga adalah adaptasi daripada drama popular Venezuela ‘My Three Sisters’ atau lebih dikenali dengan judul ‘Mis Tres Hermanas’. Selain itu drama ini diarahkan oleh Riza Baharudin dan diterbitkan oleh Global Station Sdn Bhd. Nampak menarik kan drama ini, jadi jom tengok watak - watak pelakon drama Hati Yang Dikhianati ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey.
Drama Hati Yang Dikhianati, Drama Astro Prima, Slot Tiara, Info dan Sinopsis Drama Hati Yang Dikhianati, Poster Drama Hati Yang Dikhianati, Pelakon - Pelakon Drama Hati Yang Dikhianati, Drama Baru Amar Baharin, Isyariana, Drama Baru Mona Allen, Drama Baru Syamim Farid, Drama Baru Zamarul Hisyam, Drama Melayu Astro Prima 2021,
Isyariana sebagai Lisa
Amar Baharin sebagai Zuhri Elyas
Mona Allen sebagai Maria
Zamarul Hisham sebagai Iskandar
Syamim Farid sebagai Athira (Tyra)
Sahronizam Noor sebagai Dato Ghafar
Shah Iskandar sebagai Imran
Mia Nasir sebagai Syaz
Afifah Nasir sebagai Bell 
Arena Iman sebagai Mawar
Najua P Ramlee sebagai Rubi




Sinopsis Penuh Drama Hati Yang Dikhianati 
Lakonan Isyariana dan Amar Baharin Full Episode Di Astro Prima

Setelah pemergian bapanya, Iskandar mengambil keputusan untuk berhenti persekolahannya dan terus bekerja demi membesarkan tiga adik perempuannya. 15 tahun berlalu selepas peninggalan ibu bapanya, Iskandar kini berkahwin dengan Maria dan tinggal bersama dua orang adiknya iaitu Lisa yang bekerja sebagai jururawat di sebuah hospital komuniti serta adik bongsunya, Baby yang masih belajar. Segalanya berubah apabila Lisa menyerang tapak pembinaan di sebelah hospitalnya dan berdepan dengan Zuhri Elyas yang merupakan ketua projek pembinaan tersebut. Pertemuan mereka secara perlahan membuahkan rasa kasih namun tanpa pengetahuan Lisa, Zuhri Elyas sebenarnya sudahpun bertunang dengan Athira (Tyra) yang merupakan anak pada Dato Ghafar, majikan Zuhri Elyas. Dalam masa yang sama dia juga berselingkuh dengan Maria, kakak ipar kepada Lisa sendiri. Maria pula semakin tertekan ditambah dengan kehadiran adik iparnya Syaz dan suaminya Imran yang terpaksa berpindah ke rumah Iskandar kerana kehilangan tempat tinggal. Perlahan-lahan perjalanan cinta Lisa dan Zuhri Elyas menempuh ranjau. Apa yang berlaku seterusnya?..

Lagu Tema / OST Drama Hati Yang Dikhianati
👄Vida - Isyariana & Dean Eiman 
👄Biru Malam - Chubb-E dan Amir Masdi 
Drama Hati Yang Dikhianati, Drama Astro Prima, Slot Tiara, Info dan Sinopsis Drama Hati Yang Dikhianati, Poster Drama Hati Yang Dikhianati, Pelakon - Pelakon Drama Hati Yang Dikhianati, Drama Baru Amar Baharin, Isyariana, Drama Baru Mona Allen, Drama Baru Syamim Farid, Drama Baru Zamarul Hisyam, Drama Melayu Astro Prima 2021,
Tonton Online Drama Hati Yang Dikhianati 
Episod - episod awal drama Hati Yang Dikhianati iaitu episod 1 hingga episod 5 drama Hati Yang Dikhianati boleh ditonton di Youtube Astro Gempak. 

UPDATE!! 10 Jun 2021
Drama Hati Yang Dikhianati ini terpaksa dihentikan tayangannya di Astro Prima kerana diorang tak habis lagi shooting episod seterusnya kerana perlaksanaan PKP 3.0. Namun drama ini akan disambung lagi dan disiarkan semula setelah selesai penggambaran. Jadi buat masa ini, drama ini akan digantikan dengan drama baru bertajuk Derita Untuk Bahagia.

Update Terkini - November 2021
Drama ini telah disambung kembali dan kini tengah hangat bersiaran di Astro Prima seperti biasa. Jalan cerita makin best dan pelakon Fendy Bakri turut join drama ini sebagai boss / majikan Syaz yang ada hati pada Syaz. Syaz kini bekerjadan telah naik pangkat manakala suaminya pula yang jaga anak. Manakala Elyas dah berterus - terang dengan Lisa mengenai skandalnya dengan Maria. Lisa mula menjauhkan diri dari Elyas dan Maria pula takut jika Lisa memberitahu abangnya Iskandar mengenai hal sebenar.

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Drama Jangan Pernah Lupakan Aku Full Episode Di TV2


Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post