30 Nov 2021

Drama Slot Akasia Kisah Cinta Kita Lakonan Aedy Ashraf dan Amelia Henderson



Drama Kisah Cinta Kita, Drama Kisah Cinta Kita Slot Akasia TV3, Drama TV3, Poster Drama Kisah Cinta Kita, Info dan Sinopsis Drama Kisah Cinta Kita, Drama Kisah Cinta Kita Full Episode, Drama Kisah Cinta Kita Cast, Pelakon - Pelakon Drama Kisah Cinta Kita, Aedy Ashraf, Amelia Henderson, Ikmal Amry, Daniella Sya, Hazman Al-Idrus,,

Drama Kisah Cinta Kita adalah drama terbaru di slot Akasia yang disiarkan bagi menggantikan Drama Mr Bibik lakonan Saharul RIdzwan dan Zara Zya yang telah tamat episodnya. Drama Kisah Cinta Kita ini diterajui oleh Aedy Ashraf dan Amelia Henderson dan nula disiarkan slot Akasia TV3 bermula 26 November 2021, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam. Antara pelakon drama Kisah Cinta Kita ini adalah Aedy Ashraf, Amelia Henderson, Ikmal Amry, Daniella Sya, Hazman Al-Idrus, Dato’ Jalaludin Hassan, Datin Seri Maria Farida, Khaty Azian, Arash Mohd, Adriana Ghafar dan ramai lagi. Selain itu drama ini mempunyai 28 episod dan diarahkan oleh Riza Baharudin serta diterbitkan oleh A. Aida Production Sdn Bhd. Nampak menarik kan drama ini, aku suka tengok Amelia Henderson ni, lawa orangnya, poster drama ini pun cantik. Jadi jom tengok watak - watak pelakon drama Kisah Cinta Kita ini di bawah ye..

Aedy Ashraf sebagai Amer
Amelia Henderson sebagai Aleesa
Ikmal Amry sebagai Zuhairi
Daniella Sya sebagai Maria
Hazman Al-Idrus sebagai Putra
Maria Farida sebagai Hanisah
Jalaludin Hassan sebagai Datuk Ramzi
Khaty Azian sebagai Datin Laila
Arash Mohd sebagai Malik
Adriana Ghafar sebagai Asma




Sinopsis Penuh Drama Kisah Cinta Kita Lakonan Aedy Ashraf dan Amelia Henderson

Mengisahkan tentang Aleesa (Amelia Henderson) didatangi oleh seorang lelaki yang tidak dikenalinya, Amer (Aedy Ashraf). Aleesa diminta menyamar sebagai Natasha yang telah menghilangkan diri kerana mereka berdua mempunyai wajah yang sama. Amer berjanji akan menanggung kos pembedahan ibunya, Hanisah (Datin Seri Maria Farida) sekiranya Aleesa bersetuju menjadi Natasha demi kesihatan Datuk Ramzi (Dato’ Jalaludin Hassan) yang masih berada di hospital. Memandangkan dia hanya perlu menyamar sekejap sahaja, Aleesa bersetuju. Aleesa hanya perlu ke hospital dan bercakap-cakap dengan Datuk Ramzi yang masih belum sedarkan diri. Natasha telah membuat keputusan untuk kahwin lari dengan Zuhairi (Ikmal Amry) di sempadan apabila datuknya, Datuk Ramzi mahu memisahkannya dengan Zuhairi. Malahan, Datuk Ramzi ingin mengahwinkan cucu tunggalnya dengan Amer. 
Drama Kisah Cinta Kita, Drama Kisah Cinta Kita Slot Akasia TV3, Drama TV3, Poster Drama Kisah Cinta Kita, Info dan Sinopsis Drama Kisah Cinta Kita, Drama Kisah Cinta Kita Full Episode, Drama Kisah Cinta Kita Cast, Pelakon - Pelakon Drama Kisah Cinta Kita, Aedy Ashraf, Amelia Henderson, Ikmal Amry, Daniella Sya, Hazman Al-Idrus,
Selepas kehilangan Natasha, Datuk Ramzi diserang sakit jantung dan dimasukkan ke hospital. Natasha ditemui dalam keadaan wajahnya terbakar dek kemalangan jalan raya yang tragis. Amer telah mengarahkan Aleesa untuk meneruskan lakonannya sebagai Natasha. Aleesa tidak bersetuju kerana Datuk Ramzi telah sedarkan diri. Tambahan lagi, ini bukan perjanjian awal mereka. Apabila Amer mengugut untuk menghentikan pembiayaan kos perubatan Hanisah, Aleesa terpaksa bersetuju. Demi ibunya, Aleesa meneruskan penyamaran sebagai Natasha dengan perasaan marah dan benci kepada Amer. Aleesa mengesyaki Amer merancang untuk membolot harta Datuk Ramzi selepas nampak Datin Laila (Khaty Azian) dan Amer dalam keadaan yang mencurigakan. Apakah yang akan berlaku nanti?
Drama Kisah Cinta Kita, Drama Kisah Cinta Kita Slot Akasia TV3, Drama TV3, Poster Drama Kisah Cinta Kita, Info dan Sinopsis Drama Kisah Cinta Kita, Drama Kisah Cinta Kita Full Episode, Drama Kisah Cinta Kita Cast, Pelakon - Pelakon Drama Kisah Cinta Kita, Aedy Ashraf, Amelia Henderson, Ikmal Amry, Daniella Sya, Hazman Al-Idrus,,
Lagu Tema / OST Drama Kisah Cinta Kita

👄 Berakhirlah Pencarianku nyanyian Hafiz Suip dan Ernie Zakri
👄 Duri nyanyian Ahmad Syafiq


 ⏩⏩ Drama Diari Seorang Suami Episod 1 Hingga 13 Di Slot Lestary TV3


💓💓 Drama Kalung Episod 1 Hingga 26 Lakonan Aprena Manrose Di TV Okey

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post