25 Ogo 2020

Drama Pengantin Satu Malam Lakonan Amelia Henderson dan Nazim Othman




Drama Pengantin Satu Malam, Drama Adaptasi Novel, Novel 1001 Malam Karya Sophilea, Sinopsis Drama Pengantin Satu Malam, Poster Drama Pengantin Satu Malam, Pelakon - Pelakon Drama Pengantin Satu Malam, Nazim Othman, Amelia Henderson, Fizo Omar, Afifah Nasir, Drama Baru Nazim Othman, Drama Baru Fizo Omar,

Drama Pengantin Satu Malam adalah drama terbaru di slot Akasia TV3 yang disiarkan bagi menggantikan drama 7 Hari Mencintaiku 2 yang telah tamat episodnya. Drama ini mula disiarkan bermula 18 Ogos 2020 yang lalu, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam serta mempunyai 28 episod. Antara pelakon drama Pengantin Satu Malam ini adalah Nazim Othman, Amelia Henderson, Fizo Omar, Afifah Nasir, Mustapha Kamal, Susan Manen, Edika Yusof, Sanjana Suri, Sharifah Shahora, Norish Karman, Farisha Irwayu dan ramai lagi. Selain itu drama Pengantin Satu Malam ini juga adalah adaptasi daripada Novel 1001 Malam Karya Sophilea. Selain itu drama ini diarahkan oleh Eoon Shuhaini dan diterbitkan oleh A10 Alliance Sdn Bhd. Nampak menarik drama ini kan, apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye.




Sinopsis 
Drama Pengantin Satu Malam Lakonan Amelia Henderson dan Nazim Othman (Slot Akasia TV3)

Mengisahkan Zulaikha Nasreen (Amelia Henderson) yang tersepit antara menyelamatkan nyawa ibunya atau maruah dirinya. Dugaan datang menimpa hidup Zulaikha apabila dia terpaksa berhenti kerja kerana perangai tak senonoh majikannya. Adi teman lelakinya pula memilih untuk memutuskan hubungan mereka dan ibunya pula sakit dan memerlukan kos rawatan yang tinggi. Manakala Zahred Hadri (Nazim Othman) pula membenci wanita apabila cintanya dikhianati, Zahred kecewa setelah mengetahui kekasihnya Balqis curang ketika dia berada di Jepun dengan menjadi isteri kedua ayahnya. Zahred juga membenci ayahnya kerana ayahnya telah mengkhianati dirinya dengan merampas kekasihnya. Sejak itu Zahred menjauhkan diri dan tidak mahu bercakap lagi dengan ayahnya. Dato Haris (Edika Yusof) ayah Zahred sememangnya seorang playboy besar dan sentiasa mencari wanita jelita. Mak Zahred Datin Roziah (Norish Karman) hanya mampu makan hati dengan sikap suaminya itu iaitu Dato Haris. 
Drama Pengantin Satu Malam, Drama Adaptasi Novel, Novel 1001 Malam Karya Sophilea, Sinopsis Drama Pengantin Satu Malam, Poster Drama Pengantin Satu Malam, Pelakon - Pelakon Drama Pengantin Satu Malam, Nazim Othman, Amelia Henderson, Fizo Omar, Afifah Nasir, Drama Baru Nazim Othman, Drama Baru Fizo Omar,
Zulaikha kemudian bekerja di syarikat Zahred dan Rasul Fadlan (Fizo Omar). Rasul sentiasa melayan Zulaikha dengan baik dan mengambil berat tentang Zulaikha. Berbeza dengan Zahred yang membenci Zulaikha kerana baginya Zulaikha juga sama seperti bekas kekasihnya yang hanya mahukan duit lelaki kaya sahaja. Zahred mula membuli Zulaikha di tempat kerja manakala Zulaikha pula hanya mampu bersabar dan perlu mencari duit yang banyak untuk kos pembedahan ibunya. Akibat terdesak Zulaikha cuba meminta belas ihsan Zahred untuk membenarkan dirinya membuat pinjaman daripada syarikat. Namun Zahred tidak membenarkan sebaliknya mencadangkan sesuatu yang mengejutkan Zulaikha. Zulaikha terdesak hingga terpaksa mengorbankan masa depannya kerana satu malam yang tak akan dilupakan sampai bila-bila. Apa yang berlaku seterusnya?..
Drama Pengantin Satu Malam, Drama Adaptasi Novel, Novel 1001 Malam Karya Sophilea, Sinopsis Drama Pengantin Satu Malam, Poster Drama Pengantin Satu Malam, Pelakon - Pelakon Drama Pengantin Satu Malam, Nazim Othman, Amelia Henderson, Fizo Omar, Afifah Nasir, Drama Baru Nazim Othman, Drama Baru Fizo Omar,
Lagu Tema / OST Drama Pengantin Satu Malam
➤➤ Satu Malam nyanyian Qody Rany

👉👉 Resepi Kek Cheese Leleh
Read More

22 Ogo 2020

Sinopsis Telefilem Luluh - Cerekarama TV3




Telefilem Luluh, Telemovie Luluh, Slot Cerekarama, TV3, Cerekarama Luluh, Senarai Pelakon Telefilem Luluh, Aeril Zafrel, Izzue Islam, Ummi Nazeera, Nad Zainal, Haeriyanto Hassan, Fadilah Mansor,

Telefilem Luluh akan disiarkan di slot Cerekarama TV3 pada 22 Ogos 2020 ini, jam 10 malam. Antara pelakon telefilem Luluh ini adalah Aeril Zafrel, Izzue Islam, Ummi Nazeera, Nad Zainal, Haeriyanto Hassan, Fadilah Mansor dan ramai lagi. Selain itu telemovie Luluh ini diarahkan oleh Pali Yahya dan diterbitkan oleh PnD pictures. Nampak menarik kan telefilem ini, plus para pelakonnya juga best - best belaka. Oh ya Aeril Zafrel, Ummi Nazeera dan Izzue Islam macam reunion balik pula dalam telefilem ini selepas drama gandingan mereka bertiga sebelum ini iaitu drama Patahnya Sebelah Sayap. Apa pun jom tengok sinopsis ringkas telefilem ini dibawah ye..




Sinopsis Telefilem Luluh Lakonan Aeril Zafr
el, Izzue Islam, Ummi Nazeera dan Nad Zainal 
(Cerekarama TV3)

Farhan (Aeril Zafrel) yang berada di tahun 2 pengajian di universiti balik ke kampung. Semasa cuti semester tersebut, Farhan ditunangkan dengan Khairina (Nad Zainal), jiran dan juga 'girlfriend' nya sejak di sekolah menengah lagi. Namun seminggu selepas majlis pertunangan mereka, Husin, ayah Farhan meninggal dunia semasa pulang dari laut. Memandangkan Husin adalah yang selama ini bertanggunjawab menyara keluarga, Farhan ambil keputusan untuk berhenti belajar demi untuk menjaga ibu dan memberi laluan pada adiknya, Syakir (Izzue Islam) untuk memulakan pengajian di Universiti. Apa yang berlaku seterusnya.

Read More

18 Ogo 2020

Sinopsis Drama Jalan Sesat Ke Syurga (Astro Prima)




Drama Jalan Sesat Ke Syurga, Slot Tiara, Astro Prima, Drama Baru Aaron Aziz, Drama Baru Elizad, Sinopsis Drama Jalan Sesat Ke Syurga, Poster Drama Jalan Sesat Ke Syurga, OST Drama Jalan Sesat Ke Syurga,

Drama Jalan Sesat ke Syurga adalah drama terbaru di slot Tiara di Astro Prima yang mula bersiaran sejak 3 Ogos 2020 yang lalu, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 Petang. Antara pelakon drama Jalan Sesat Ke Syurga ini adalah Aaron Aziz, Elizad Sharifuddin, Jalaludin Hassan, Aleza Shadan, Zulhelmy, Nelissa Nizam, Syrul Ezwan, Zalfa Zin, Sri Idrina, Ziema Din dan ramai lagi. Selain itu drama ini diarahkan oleh Shuhaimi Zulkefli dan diterbitkan oleh Nuansa Sdn Bhd. Sejujurnya aku tengok drama ni dan aku suka dengan jalan ceritanya yang unik dan lari dari kebiasaannya serta tidak clisye. Kebiasaannya kebanyakan drama Melayu memang sepesen je, tapi drama Jalan Sesat Ke Syurga ini menampilkan kelainan dengan menonjolkan kisah benar yang sememangnya berlaku dalam masyarakat kini. Drama Jalan Sesat Ke Syurga memaparkan kisah mengenai ajaran sesat dan mempunyai 34 episod. Best tengok drama ni, apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye.




Sinopsis Drama Jalan Sesat Ke Syurga Slot Tiara Astro Prima Lakonan Aaron Aziz dan Elizad Sharifuddin

Mengisahkan Inara (Elizad Sharifuddin) yang datang dari keluarga berpengaruh, Inara awalnya seorang yang suka enjoy dan berpeleseran. Suatu peristiwa berlaku hingga menyebabkan Inara mati hidup semula. Selepas kejadian itu Inara mula insaf dan ingin belajar agama Islam dengan lebih serius dan mendalam. Manakala Hamzah (Dato Aaron Aziz) pula adalah bekas penagih dadah yang telah kembali ke pangkal jalan. Hamzah membuka sebuah Cafe dan menjadikan Cafenya itu sebagai tempat untuk komuniti masyarakat belajar tentang agama Islam. Hamzah juga mengumpul dan mengambil bekas - bekas penagih dadah yang lain untuk bekerja di cafenya itu serta turut memberi semangat kepada mereka semua untuk berubah menjadi lebih baik. Hamzah dan Inara mula rapat setelah Inara kerap mengunjungi cafenya itu. 
Drama Jalan Sesat Ke Syurga, Slot Tiara, Astro Prima, Drama Baru Aaron Aziz, Drama Baru Elizad, Sinopsis Drama Jalan Sesat Ke Syurga, Poster Drama Jalan Sesat Ke Syurga, OST Drama Jalan Sesat Ke Syurga,
Inara juga mula belajar tentang agama Islam daripada Hamzah. Ibu Inara iaitu Asyirah (Aleza Shadan) dan ayah Inara iaitu Zaqwan (Dato Jalaludin Hassan) mahukan Inara untuk join persatuan mereka iaitu Hawa Islam dan Gerakan Elit. Bagi Asyirah dan Zaqwan mereka mahu kan Inara untuk join kumpulan mereka kerana Inara dianggap sebagai manusia terpilih. Inara kemudian cuba mengikut aktiviti persatuan Hawa Islam yang diketuai ibu Inara, Asyirah. Walaubagaimanapun Inara terkejut melihat aktiviti yang dianjurkan oleh Hawa Islam yang bercanggah sama sekali dengan ajaran Islam yang sebenarnya. Inara mula keliru dan yakin yang ibu dan ayahnya dah terpesong dan terlibat dengan ajaran sesat. Inara juga cuba menjauhi persatuan Hawa Islam mahu pun Gerakan Elit. Inara hanya mempercayai Hamzah sahaja dan Inara juga mengajak Hamzah untuk berkahwin dengannya. 
Drama Jalan Sesat Ke Syurga, Slot Tiara, Astro Prima, Drama Baru Aaron Aziz, Drama Baru Elizad, Sinopsis Drama Jalan Sesat Ke Syurga, Poster Drama Jalan Sesat Ke Syurga, OST Drama Jalan Sesat Ke Syurga,
Asyirah ibu Inara menentang keras tentang perkahwinan Inara dan Hamzah. Berbeza dengan Zaqwan ayah Inara yang merestui perkahwinan Inara dan Hamzah. Zaqwan sebenarnya mahukan Hamzah untuk join Gerakan Elit setelah Hamzah menjadi menantunya. Manakala mak Inara pula meletakkan syarat mahukan Hamzah membawa masuk Inara dalam persatuan Hawa Islam selepas berkahwin untuk mendapat restu ibu Inara sepenuhnya. Akhirnya Hamzah bersetuju untuk mengikut kata ibu Inara, Hamzah dan Inara sebenarnya telah berpakat untuk berpura - pura masuk ke dalam persatuan Hawa Islam dan Gerakan Elit bagi memantau kegiatan mereka serta mencari jalan untuk membawa ibu bapa Inara keluar dari persatuan sesat tersebut sekaligus cuba memulihkan semula pegangan dan akidah ibu bapa Inara yang telah jauh terpesong. Namun usaha mereka tidak semudah yang disangka, banyak cabaran dan halangan yang perlu mereka hadapi. Apa yang berlaku seterusnya?..
Drama Jalan Sesat Ke Syurga, Slot Tiara, Astro Prima, Drama Baru Aaron Aziz, Drama Baru Elizad, Sinopsis Drama Jalan Sesat Ke Syurga, Poster Drama Jalan Sesat Ke Syurga, OST Drama Jalan Sesat Ke Syurga,
Lagu Tema / lagu sisipan (OST Drama Jalan Sesat Ke Syurga)
➧ Luka nyanyian Kumpulan Madam
➧ Hujan Ini nyanyian kumpulan Rabithah
➧ Kembali nyanyian Raqib Majid 
➧ Semalam nyanyian Aina Abdul
➧ Sumpah nyanyian Aina Abdul
➧ Lembaran Juzuk Cinta nyanyian Halim Ahmad dan Furqan Fawwaz
➧ Picisan nyanyian Adzrin
➧ Hadiah nyanyian Amylea
➧ Doa Istiqamah nyanyian Rabithah feat The Truth
➧ Hitam Putih nyanyian UNIC dan Ustaz Elyas Ismail
➧ Merindu nyanyian Iza;an
➧ Jiwa nyanyian kumpulan Neon
➧ Lumpuh nyanyian Izzal Anuar
➧ Lakaran nyanyian Layla Sania
➧ Kiriman Cinta nyanyian Ikhwan Fatanna
➧ Cukup nyanyian Rizal Rashid

Read More

16 Ogo 2020

Telefilem Artis Lari Culik Pengantin Lah Pulak lakonan Syafiq Kyle dan Yuna Rahim




Telefilem Artis Lari Culik Pengantin Lah Pulak, Telemovie Artis Lari Culik Pengantin Lah Pulak, Sekuel pada Telefilem Pengantin Lari Culik Artis, Astro Citra, Syafiq Kyle, Yuna Rahim, Jasmin Hamid,

Telefilem Artis Lari Culik Pengantin Lah Pulak adalah sekuel kepada telefilem Pengantin Lari Culik Artis lakonan Syafiq Kyle dan Nabila Razali. Telefilem Artis Lari Culik Pengantin Lah Pulak sudah disiarkan di Astro Citra pada 15 Ogos 2020 yang lalu iaitu pada hari Sabtu, jam 9 malam. Antara pelakon telefilem Artis Lari Culik Pengantin Lah Pulak ini adalah Syafiq Kyle, Yuna Rahim, Jasmin Hamid dan ramai lagi. Selain itu telemovie Artis Lari Culik Pengantin Lah Pulak ini diarahkan oleh Aidilfitri Mohamed Yunos dan diterbitkan oleh Tsar Asia Sdn Bhd. Nampak menarik telefilem ini kan, tengok trailer je dah nampak lawak gitu. Apa pun jom tengok sinopsis ringkas telefilem ini dibawah ye.




Sinopsis 
Telefilem Artis Lari Culik Pengantin Lah Pulak lakonan Syafiq Kyle dan Yuna Rahim (Astro Citra)

Jay Johan (Syafiq Kyle) terpaksa mengikut kehendak Fammy untuk menculik sepupunya Mira (Yuna Rahim) dari kena kahwin paksa! Malang untuk Jay Johan, rupanya Mira hater tegar beliau! Boleh ke Jay Johan selamatkan haternya tanpa merosakkan kerjaya sendiri? apa yang berlaku seterusnya?.

Read More

12 Ogo 2020

Baca Online Novel Pink Smile Karya Luna Adresia




Pink Smile, Novel Pink Smile Karya Luna Adresia, Novel Online Pink Smile, Drama Adaptasi Novel, Cover Depan Novel Pink Smile,

Novel Pink Smile karya Luna Adresia telah pun diadaptasikan atau diinspirasikan menjadi drama bersiri 20 episod yang kini tengah hangat bersiaran di slot Lestary TV3, setiap Rabu hingga Jumaat, jam 9 malam. Hero dan heroin versi drama Pink Smile ini adalah Fattah Amin dan Sweet Qismina. Fattah Amin akan melakonkan watak Kaz/ Kazreeq/Areeq manakala Sweet Qismina pula akan melakonkan watak sebagai Luna. Pelakon lain dalam drama Pink Smile ini terdiri daripada Intan Najuwa yang membawa watak sebagai Rysa, Izzat Mushtaq sebagai Faiz/Ari, Syafi Tee sebagai Iman/Akif, Afifah Nasir sebagai Melati dan ramai lagi. Berbalik pada novel ini, novel Pink Smile ini diterbitkan pada tahun 2016 oleh Penulisan2U. Sekarang ni tahun 2020 dah ada versi drama dah gitu. Apa pun korang boleh baca novel Pink Smile ini secara online juga, caranya korang hanya perlu klik link di bawah ini okey. Walaubagaimanapun tak semua bablah yang ada kan, kalau nak baca full novel, sila dapatkan novel ini di pasaran okey.




👉👉 Baca Online Novel Pink Smile Karya Luna Adresia Bab 1 Hingga Bab 15 ⇦
Pink Smile, Novel Pink Smile Karya Luna Adresia, Novel Online Pink Smile, Drama Adaptasi Novel, Drama Baru Fattah Amin, Drama Baru Sweet Qismina, Drama Baru Intan Najuwa,
Selamat Membaca ye..
Read More

11 Ogo 2020

Sinopsis Telefilem Aku Tak Gila Lakonan Zara Zya




Telefilem Aku Tak Gila, Telemovie Aku Tak Gila, Astro Citra, Sinopsis Telefilem Aku Tak Gila, Poster Telefilem Aku Tak Gila, Pelakon - Pelakon Telefilem Aku Tak Gila, Zara Zya, Hasnul Rahmat, Zafrul Nordin, Hairi Safwan Puteri Rafasya, Azza Elite,

Aku ada tonton telefilem Aku Tak Gila yang disiarkan di Astro Citra pada 8 Ogos 2020 yang lepas iaitu pada hari Sabtu. Antara pelakon telefilem Aku Tak Gila ini adalah Zara Zya, Hasnul Rahmat, Zafrul Nordin, Hairi Safwan Puteri Rafasya, Azza Elite dan ramai lagi. Selain itu telemovie Aku Tak Gila ini diarahkan oleh Jamal Khan dan diterbitkan oleh Cinema Stage Production Sdn Bhd. Background muzik telefilem ni boleh tahan seram hehehe tapi jalan ceritanya tak seram cuma seriau jugalah tengok watak Zara Zya tu. Zara Zya dan Hasnul Rahmat jadi anak dan bapa dalam telefilem ni. Dulu dalam drama popular Korban Kasih tu pun diorang jadi anak dan bapa juga hehe. Apa pun jom tengok sinopsis telefilem ini dibawah ye..




Sinopsis Telefilem Aku Tak Gila Lakonan Zara Zya 
(Astro Citra)

Balqis yang berusia 12 tahun ketika itu telah diculik oleh Rudy (Hairi Safwan) atas arahan seorang Tan Sri sebagai membalas dendam pada bapa Balqis (Hasnul Rahmat). Balqis (Zara Zya) telah dikurung dan diasingkan dari masyarakat selama 10 tahun. Rudy yang ditugaskan untuk menjaga Balqis sepenuhnya. Balqis diseksa secara fizikal dan mentalnya, dia dipukul dan dirogol dan akhirnya Balqis mula trauma dan mengalami DID (Dissociative Identity Disorder) dimana wujud beberapa personaliti lain dalam diri Balqis. Suatu hari Balqis berjaya melepaskan diri dan berazam ingin membalas dendam pada mereka yang bertanggungjawab atas penderitaannya itu. Apa yang berlaku seterusnya?..
Telefilem Aku Tak Gila, Telemovie Aku Tak Gila, Astro Citra, Sinopsis Telefilem Aku Tak Gila, Poster Telefilem Aku Tak Gila, Pelakon - Pelakon Telefilem Aku Tak Gila, Zara Zya, Hasnul Rahmat, Zafrul Nordin, Hairi Safwan Puteri Rafasya, Azza Elite,
Jom Baca Ini juga ðŸ‘‰ðŸ‘‰ Sinopsis Drama Pink Smile Lakonan Fattah Amin dan Sweet Qismina
⏩ Resepi Kek Pandan Yang Simple dan Gebu
Read More

6 Ogo 2020

Sinopsis Drama Pink Smile Lakonan Fattah Amin dan Sweet Qismina (TV3)




Drama Pink Smile, Drama Adaptasi Novel, Novel Pink Smile Karya Luna Adresia,  Poster Drama Pink Smile, Pelakon - Pelakon Drama Pink Smile, Slot Lestary, TV3,

Drama Pink Smile adalah drama terbaru di Slot Lestary TV3 yang mula disiarkan sejak 31 Julai 2020 yang lalu setiap Rabu hingga Jumaat, jam 9 malam. Drama ini juga merupakan adaptasi / diinspirasikan daripada Novel Pink Smile karya Luna Adresia. Antara pelakon drama Pink Smile ini adalah Fattah Amin, Sweet Qismina, Izzat Mushtaq, Intan Najuwa, Afifah Nasir, Hafizuddin Fazil, Syafi Tee, Natasya Mahyan, Esma Daniel, Noniswara, Iswan Ismail, Farhan Asri dan ramai lagi. Selain itu drama 20 episod ini diarahkan oleh Ayie Mustafa dan diterbitkan oleh Creative Skill Solution Sdn Bhd. Nampak menarik drama ini kan, apa pun jom tengok watak - watak pelakon drama Pink Smile ini dibawah ye beserta sinopsisnya sekali. 

Fattah Amin sebagai Areeq (Kazreeq)
Sweet Qismina sebagai Luna
Izzat Mushtaq sebagai Faiz (Ari)
Intan Najuwa sebagai Rysa
Syafi Tee sebagai Iman (Akif)
Afifah Nasir sebagai Melati
Natasya Mahyan sebagai Myra
Esma Daniel sebagai Tuan Irsyad
Noniswara sebagai Puan Aminah
Iswan Ismail sebagai Syairy
Farhan Asri sebagai Epol




Sinopsis Drama Pink Smile Lakonan Fattah Amin dan Sweet Qismina (Lestary TV3)

Kisah percintaan Luna (Sweet Qismina), seorang gadis ceria yang mempunyai senyuman yang menawan. Senyumannya itu bertambah menawan dengan adanya pendakap gigi berwarna merah jambu sehingga menambat hati Areeq (Fattah Amin), seorang kartunis yang juga pengusaha kafe Duncan Cafe. Luna merupakan seorang yang bersifat pemalu tetapi mempunyai angan-angan yang tinggi. Angan-angannya seakan semakin hampir menjadi kenyataan semenjak bertemu dengan Areeq. Hampir setiap hari Luna bercerita dengan kakaknya, Myra tentang ketampanan jejaka impiannya, Areeq. Dalam masa yang sama Areeq sudah tertarik dengan Luna kerana senyuman berharga Luna itu. Tetapi, Areeq berasa was-was tentang kesihatan Luna kerana Luna sering pengsan apabila bertemu dengannya.

Oleh itu, Areeq mula selidik kesihatan Luna dan pada masa yang sama, mengenali Luna dengan lebih rapat. Areeq juga telah mencipta sebuah menu yang dinamakan ‘Pink Smile’, inspirasi pendakap gigi merah jambu Luna. Namun, kemunculan seorang pekerja baharu di kafe Areeq, Melati menjadikan kafe Areeq sedikit kalut. Melati juga mempunyai daya angan-angan yang tinggi, cuma beza Melati dan Luna adalah, Melati sanggup melakukan apa sahaja untuk jadikan impiannya sebuah kenyataan. Dapatkah Luna memenangi hati Areeq sepenuhnya? Apakah benar Luna menghidapi penyakit yang serius?

Drama Pink Smile, Drama Adaptasi Novel, Novel Pink Smile Karya Luna Adresia,  Poster Drama Pink Smile, Pelakon - Pelakon Drama Pink Smile, Slot Lestary, TV3, Drama Baru Fattah Amin,
Lagu Tema / OST Drama Pink Smile

💋 Hello Hello nyanyian Marsha Milan
💋 Sekali Ini nyanyian Nyssa
💋 Lagu Cinta Kita nyanyian Naqi dan Ayuni
💋 Andai Nanti nyanyian Mui"zz
💋 Damaikanlah nyanyian Ika Mustafa
💋 Jangan Pergi nyanyian Shakira

Read More

3 Ogo 2020

Baca Online Novel Pelindung Seorang Puteri Karya Mia Kiff




Novel Pelindung Seorang Puteri Karya Mia Kiff, Novel Online, Baca Online Novel, Drama Pelindung Seorang Puteri, Drama Adaptasi Novel, Lisa Surihani, Farid Kamil, Sharnaaz Ahmad,

Novel Pelindung Seorang Puteri karya Mia Kiff telah pun diadaptasi menjadi drama bersiri sebanyak 16 episod. Versi drama Pelindung Soerang Puteri ini tengah hangat disiarkan di slot MegaDrama Astro Ria sekarang. Lisa Surihani akan melakonkan watak Rose manakala Farid Kamil pula akan melakonkan watak Saiful (Epul). Sharnaaz Ahmad sebagai Hazril, Haleeda Mazlin sebagai Mak Andak Liza, Wan Nor Azlin sebagai Hayati, Jasmine Suraya sebagai Bainun dan ramai lagi. Lebih menarik lagi bila korang boleh baca bab - bab awal novel ini secara online saja dan percuma. Tapi kalau nak baca penuh, sila dapatkan novel ini di pasaran ye. Kalau nak baca novel online Pelindung Seorang Puteri ini, korang cuma perlu klink di bawah ini ye.




Selamat membaca okey!

Read More

1 Ogo 2020

Sinopsis Telefilem Pencipta Pegang Waktu (TV3)




Telefilem Pencipta Pegang Waktu, Telemovie Pencipta Pegang Waktu, TV3, Sinopsis Telefilem Pencipta Pegang Waktu, Telefilem Raya,

Telefilem Pencipta Pegang Waktu adalah telefilem khas yang akan disiarkan di TV3 istimewa sempena hari raya Aidiladha ini. Antara pelakon telefilem Pencipta Pegang Waktu ini adalah Que Haidar, Fauziah Ahmad Daud, Puteri Balqis, Khir Rahman, Jalil Hamid, Azman Hassan, Haidin Nasir dan ramai lagi. Telemovie Pencipta Pegang Waktu ini akan disiarkan pada 31 Julai 2020 ini, jam 10 malam di TV3. Telefilem ini juga berjaya menggabungkan 5 pelakon penerima Anugerah Skrin gitu. Selain itu Telefilem Pencipta Pegang Waktu ini diarahkan oleh Zainorhisyam Samudin dan diterbitkan oleh Primeworks Studios dan Gambo TV. Nampak menarik kan telefilem ini, plus para pelakonnya juga hebat - hebat belaka, penerima anugerah gitu. Apa pun jom tengok sinopsis ringkas telefilem ini di bawah ye.




Sinopsis Telefilem Pencipta Pegang Waktu (TV3)

Hubungan Zakree (Zee) dan abangnya Zaman dingin kerana Zaman malu apabila satu kampung memanggil Zee 'lintah lembik'. Zee bersikap lembut dan mewarisi bakat seni sulam dan menjahit baju kurung daripada arwah ibunya dan berhijrah ke bandar kerana mahu membuktikan bahawa dia mampu berjaya. Apa yang berlaku seterusnya?..

Read More


My Random Post