Memaparkan catatan dengan label Teleflem Raya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Teleflem Raya. Papar semua catatan

4 Mei 2022

Telefilem Raya Talak Satu Lakonan Shukri Yahaya dan Emma Maembong (Astro Ria)



Telefilem Raya Talak Satu, Telemovie Raya Talak Satu, Telefilem Raya Talak Satu Astro Ria, Raya Talak Satu Cast, Info dan Sinopsis Telefilem Raya Talak Satu, Telefilem Raya Talak Satu Full Movie, Emma Membong, Shukri Yahaya, Sharnaaz Ahmad, Jasmin Hamid, Telefilem Raya 2022, Telemovie Raya,

Telefilem Raya Talak Satu telah pun disiarkan di Astro Ria pada hari Rabu, 4 Mei 2022, jam 10 pagi. Antara pelakon telefilem Raya Talak Satu ini adalah Shukri Yahaya, Emma Maembong, Sharnaaz Ahmad, Marisa Yasmin, Jasmin Hamid, Alicia Amin, Natasha Elyzza dan ramai lagi. Lebih menarik bila ini adalah telefilem pertama arahan Shukri Yahaya gitu dan diterbitkan oleh Se7en Production Film Sdn Bhd. Sharnaaz Ahmad pun dah jadi penerbit sekarang ni, apa pun memang nampak menarik kan telemovie Raya Talak Satu ini kan, jadi jom tengok sinopsis telefilem ini di bawah okey..




Sinopsis Telefilem Raya Talak Satu Lakonan Shukri Yahaya dan Emma Maembong (Astro Ria)

Disebabkan Danni dikecewakan Azura, Dato’ Nora mahu Danni berlahwin dengan Riana, anak pembantunya. Danni tak boleh menolak, Riana pula setuju sebabnya memang sukakan Danni dalam diam. Namun perkahwinan tak lama. Riana diceraikan sebelum ramadan. Tetapi Dato’ Nora tak sabar nak sambut syawal dengan menantunya. Terpaksalah Danni dan Riana berlakon masih pasangan suami isteri sehinggalah akhirnya terbongkar di pagi raya rupanya ini raya talak satu mereka.



Read More

1 Ogo 2020

Sinopsis Telefilem Pencipta Pegang Waktu (TV3)




Telefilem Pencipta Pegang Waktu, Telemovie Pencipta Pegang Waktu, TV3, Sinopsis Telefilem Pencipta Pegang Waktu, Telefilem Raya,

Telefilem Pencipta Pegang Waktu adalah telefilem khas yang akan disiarkan di TV3 istimewa sempena hari raya Aidiladha ini. Antara pelakon telefilem Pencipta Pegang Waktu ini adalah Que Haidar, Fauziah Ahmad Daud, Puteri Balqis, Khir Rahman, Jalil Hamid, Azman Hassan, Haidin Nasir dan ramai lagi. Telemovie Pencipta Pegang Waktu ini akan disiarkan pada 31 Julai 2020 ini, jam 10 malam di TV3. Telefilem ini juga berjaya menggabungkan 5 pelakon penerima Anugerah Skrin gitu. Selain itu Telefilem Pencipta Pegang Waktu ini diarahkan oleh Zainorhisyam Samudin dan diterbitkan oleh Primeworks Studios dan Gambo TV. Nampak menarik kan telefilem ini, plus para pelakonnya juga hebat - hebat belaka, penerima anugerah gitu. Apa pun jom tengok sinopsis ringkas telefilem ini di bawah ye.




Sinopsis Telefilem Pencipta Pegang Waktu (TV3)

Hubungan Zakree (Zee) dan abangnya Zaman dingin kerana Zaman malu apabila satu kampung memanggil Zee 'lintah lembik'. Zee bersikap lembut dan mewarisi bakat seni sulam dan menjahit baju kurung daripada arwah ibunya dan berhijrah ke bandar kerana mahu membuktikan bahawa dia mampu berjaya. Apa yang berlaku seterusnya?..

Read More

10 Mei 2020

Sinopsis Telefilem Tragedi Balik Kampung - Cerekarama TV3




Telefilem Tragedi Balik Kampung, Telemovie Tragedi Balik Kampung, Slot Cerekarama, TV3,

Telefilem Tragedi Balik Kampung akan disiarkan disiarkan pada 9 Mei 2020 ini, jam 9 malam di slot Cerekarama TV3. Antara pelakon telefilem Tragedi Balik Kanpung ini adalah Syazwan Zulkifli, Ungku Hariz, Zee Zainal, Ropie, Sharifah Husna, Syafi Tee, Razzuan Rosli dan ramai lagi. Selain itu telemovie Tragedi Balik Kampung ini diarahkan oleh Dato Eizlan Yusof dan diterbitkan oleh Enuja Production Sdn Bhd. Nampak macam best je kan telefilem ni. Apa pun jom tengok sinopsis ringkas telefilem ini dibawah ye, selamat membaca..




Sinopsis Telefilem Tragedi Balik Kampung (Cerekarama TV3)

Mengisahkan Amir, Pian dan Lan yang telah terpedaya dengan ulat tiket apabila mereka telah terbeli tiket palsu untuk pulang ke kampung bagi menyambut hari raya bersama keluarga masing-masing. Namun nasib mereka agak baik, mengetahui yang mereka telah ditipu, jiran mereka telah sudi meminjamkan mereka sebuah van jenazah untuk mereka pandu bagi membolehkan mereka pulang ke kampung.
Telefilem Tragedi Balik Kampung, Telemovie Tragedi Balik Kampung, Cerekarama Tragedi Balik Kampung, TV3, Pelakon Utama Telefilrm Tragedi Balik Kampung
Mereka kini memandu Van Jenazah untuk balik kampung! Pelbagai halangan, lucu dan menyeramkan sepanjang perjalanan mereka. Apa yang berlaku seterusnya?..
Jadi korang nak tahu apa halangan mereka? jangan lupa saksikan mereka di TV3 sabtu ini jam 9 malam!


Read More

9 Jun 2019

Sinopsis Telefilem Wakaf Dosa (Cerekarama TV3)




Wakaf Dosa, Telefilem, Telemovie, Telefilem Wakaf Dosa, Telemovie Wakaf Dosa, Sinopsis Telemovie Wakaf Dosa, Poster Telefilem Wakaf Dosa, Cast, Pelakon Telemovie Wakaf Dosa, Dato Rosyam Nor, Izzue Islam, Farahdhiya, Sweet Qismina,
 Telefilem Wakaf Dosa - Cerekarama TV3

Telefilem Wakaf Dosa telah pun disiarkan di slot Cerekarama TV3 pada 8 Jun 2019 yang lalu. Antara pelakon telefilem Wakaf Dosa ini adalah Dato Rosyam Nor, Izzue Islam, Farahdhiya, Sweet Qismina dan ramai lagi. Selain itu telemovie Wakaf Dosa ini diarahkan oleh Feroz Kader dan diterbitkan oleh Suhan Movies & Trading Sdn Bhd. Menarik juga jalan cerita telemovie ini kan, plus sedih pula bila watak Bakri Zain tu kena fitnah teruk sampai keluarga sendiri pun tak percayakan dia. Apa pun jom tengok sinopsis telemovie Wakaf Dosan di bawah ini okey..




Sinopsis Telefilem Wakaf Dosa Lakonan Dato Rosyam Nor dan Izzue Islam

Bakri Zain (Rosyam Nor) merupakan seorang pelakon senior yang memenangi banyak anugerah dan rezekinya tidak pernah putus. Dalam masa yang sama Danial Muhaimin seorang pelakon terkenal yang mula mencemburui Bakri apabila sering dibanding-bandingkan. Daniel bertambah marah apabila festival filem terpaksa menarik keluar namanya dan memilih Bakri Zain sebagai calon untuk kategori pelakon lelaki terbaik. Sejak dari itu, hasad dengki mula muncul dalam diri Daniel. Daniel makin tak puas hati bila watak utama yang diinginkan dalam sebuah filem turut menjadi milik Bakri Zain. Tak lama kemudian Bakri Zain dilanda satu kontroversi hebat yang meruntuhkan kariernya dan keluarganya sendiri juga turut membencinya. Manakala orang ramai pula tak habis - habis mengutuk dan mengkritiknya. Bakri Zain kemudian keluar dari rumah, hanya anak sulungnya saja yang mempercayainya dan menjaganya di masa susah. Apa yang berlaku seterusnya?. Dapatkah kebenaran dirungkai?.

( Blog Dari Hati Miss Mulan)
Read More

8 Jun 2019

Telefilem Derita Pia (TV3)




Pia, Derita Pia, Telefilem, Telemovie, Telefilem Derita Pia, Telemovie Derita Pia, Telefilem Raya TV3, TV3, Sinopsis Telefilem Derita Pia, Ending Telefilem Derita Pia, Sad Ending, My Opinion, Cast, Pelakon Telefilem Derita Pia, Zara Zya, Alif Satar, Azira Shafinaz, Naim Daniel, Sheila Rusly,
Telemovie Raya - Derita Pia 

Telefilem Derita Pia sudah pun disiarkan pada 3 Syawal yang lalu dan telefilem Derita Pia ini adalah sambungan pada drama Pia. Pelakon - pelakon utama telefilem Derita Pia ini masih sama seperti dalam drama Pia tu, cuma watak Doktor Karl saja yang tiba - tiba hilang dalam telefilem ni hehe. Telemovie Derita Pia ini dibintangi oleh Zara Zya, Alif Satar, Azira Shafinaz, Naim Daniel, Sheila Rusly dan ramai lagi. Tajuk telefilem ni pun dah menggambarkan macam mana jalan ceritanya, memang derita habislah si Pia tu. Dari komen - komen yang aku baca ramai yang tak puas hati dengan ending telefilem Derita Pia ni, sebab Pia derita sampai ke sudah, tak ada bahagia pun. Plus mak ngah yang dera Budi tu terlepas pula, tak kena hukuman. Ramai juga penonton yang geram sebab Pia ni baik sangat, apsal lah dia benarkan Zafran tu kahwin dengan Qis. 




Paling lawak bila fikir balik, boleh pula mak bapa Qis tu benarkan Qis kahwin dengan Zafran, hidup bermadu pula tu, pastu keadaan Zafran yang buta lagi. Kalau orang lain kat tempat Pia tu, mesti dah meroyan lepas dapat tahu Mak Ngah dok dera Budi dan last sekali Budi mati. Dah ada video kan, bukti yang mak ngah dok dera Budi tu, tapi Pia boleh simpan n tak bagitau Zafran pun atau pun polis. Tapi tula Pia ni terlebih baik dia salahkan diri dia yang lalai dan mengabaikan Budi tu. Last sekali Pia pun mati manakala Zafran pula boleh pula hidup bahagia dengan Qis. Memang kesian dengan Pia, Zafran pun bengap apsallah bagi dua - dia bini duduk serumah. Apa pun aku tak puas hati juga dengan ending telefilem ni sebab kalau boleh aku nak Pia dan Budi hidup bahagia. Apa pun telefilem Derita Pia ni berjaya buat penonton jadi marah dan beremosi gitu.
Read More

5 Jun 2019

Sinopsis Telefilem Remuk (TV3)




Remuk, Telefilem, Telemovie, Telefilem Remuk, Telemovie Remuk, Sinopsis Telefilem Remuk, Telemovie Raya TV3, Telefilem Raya Remuk TV3, TV3, Cast, Pelakon Telefilem Remuk, Saharul Ridzwan, Shukri Yahaya, Nabila Huda, Wan Sharmila, Qistina Raisah, Aini Batrisya, Iman Isaac, Fauziah Nawi, Sabri Yunus, Qistina Raisah, Riz Amin, Esma Dainal, Meor Mohd, Anne Abdullah,
Telefilem Raya TV3 - Remuk

Telemovie Remuk telah disiarkan di malam raya iaitu pada 4 Jun 2019 yang lalu di TV3. Antara pelakon telefilem Remuk ini adalah Saharul Ridzwan, Shukri Yahaya, Nabila Huda, Wan Sharmila, Qistina Raisah, Aini Batrisya, Iman Isaac, Fauziah Nawi, Sabri Yunus, Qistina Raisah, Riz Amin, Esma Dainal, Meor Mohd, Anne Abdullah dan ramai lagi. Sebelum ni nampak Saharul Ridzwan dan Shukri Yahya bergandingan dalam drama 30 Pesanan Suara. Kali ini diorang bergandingan pula dalam telemovie Remuk ini. Selain itu telemovie Remuk ini diarahkan oleh Pali Yahya & Eez Jalaluddin serta diterbitkan oleh P&D Pictures Sdn Bhd. Memang nampak menarik jalan cerita telefilem Remuk ini, apa pun jom tengok sinopsis telemovie Remuk ini di bawah okey.




Sinopsis Telefilem Remuk Lakonan Saharul Ridzwan dan Shukri Yahaya

Mengisahkan mengenai Zakuan (Saharul Ridzwan) yang merupakan seorang warden penjara yang menanti gilirannya untuk cuti raya bersama keluarga pada tahun ini. Tambahan pula, sanak saudara di kampung sentiasa menanti kepulangannya untuk beraya bersama. Lain pula dengan kisah Zamri (Shukri Yahaya) yang didapati bersalah atas membunuh tanpa niat ketika menyelamatkan isterinya daripada diserang perompak dan dipenjarakan di tempat Zakuan bekerja. Zamri sangat tertekan ketika berada di penjara kerana memikirkan anak dan isterinya di rumah yang terpaksa membuat persiapan raya tanpa dirinya buat kali pertama. Ketegangan berlaku apabila Zakuan tidak dibenarkan untuk bercuti ketika raya kerana kekurangan staf di kompleks penjara tersebut. Ternyata perkara ini telah menghancurkan hati isteri Zakuan (Nabila Huda) yang rasa dia lagi mementingkan tugasnya dari keluarga sendiri. Situasi ini menyebabkan perselisihan faham antara merea berdua. Zakuan terpaksa akur dengan setiap keputusan yang dia terima dan dia banyak mendiamkan diri ketika mengawal Zamri di hospital. Berlainan pula dengan Zamri yang mula bengang dengan perangai Zakuan kerana tidak menumpukan perhatian kepadanya seperti warden penjara yang lain. Zamri membuat provokasi supaya Zakuan dapat beri reaksi kepadanya tapi lain jadi apabila Zakuan turut menengking dan meluahkan isi hatinya kepada Zamri. Apa lagi ujian dan cabaran yang akan menimpa Zakuan dan Zamri ketika mereka sedang berusaha untuk keluar daripada masalah yang dihadapi sekarang?.

(Blog Dari Hati Miss Mulan)
Read More


My Random Post