30 Apr 2022

Drama Sepi Tanpa Cinta Lakonan Nazim Othman dan Yuna Rahim



Drama Sepi Tanpa Cinta, Poster Drama Sepi Tanpa Cinta, Drama Adaptasi Novel Sepi Tanpa Cinta Karya Damya Hanna, Sinopsis Drama Sepi Tanpa Cinta, OST Drama Sepi Tanpa Cinta, Sepi Tanpa Cinta Cast, Drama Sepi Tanpa Cinta Full Episode, Drama Sepi Tanpa Cinta Episod 1 Hingga 20, Pelakon - Pelakon Drama Sepi Tanpa Cinta, Nazim Othman, Yuna Rahim, Fauziah Nawi, Drama Melayu 2022,

Drama Sepi Tanpa Cinta akan disiarkan menerusi platform penstriman Sooka pada setiap Jumaat bermula 8 April 2022 ini. Antara pelakon drama Sepi Tanpa Cinta ini adalah Nazim Othman, Yuna Rahim, Jihaa Sham, Zulhelmy, Asyiqin Zaed, Sheila Mambo, Fauziah Nawi, Fikri Bazli, Rosnah Mat Aris, Maria Farida, Kismah Johar, Norlia Ghani dan ramai lagi. Drama Sepi Tanpa Cinta ini mempunyai 20 episod dan merupakan adaptasi daripada novel Sepi Tanpa Cinta karya Damya Hanna. Selain itu drama ini diarahkan oleh Rashid Sibir dan diterbitkan Opera Klasik Sdn Bhd. Nampak menarik kan drama ini, plus ianya merupakan adaptasi novel popular karya Damya Hanna. Apa pun jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Sepi Tanpa Cinta ini dibawah beserta sinopsisnya sekali okey..

Nazim Othman sebagai Fakrul
Yuna Rahim sebagai Haziqah
Jihaa Sham sebagai Sue
Zulhelmy sebagai Yusri
Asyiqin Zaed sebagai Radiah
Sheila Mambo sebagai Haryati
Fauziah Nawi sebagai Aminah
Fikri Bazli sebagai Amirul 
Rosnah Mat Aris sebagai Senah 
Maisarah Sufia sebagai Zura 
Adam Shadan sebagai Idzham 
Heryanto Hassan sebagai Leman 
Amy sebagai Faremy
Maria Farida sebagai Sakinah
Fateh sebagai Hafiz 
Kismah Johar sebagai Mak Doha 
Zaidi Omara sebagai Fuad
Norlia Ghani sebagai Mak Bedah




Sinopsis Drama Sepi Tanpa Cinta Lakonan Nazim Othman dan Yuna Rahim 

Haziqah memasang impian untuk hidup bahagia disamping Yusri. Namun, dia tidak menduga di saat hari yang dinantikan itu bakal menjelma, timbul fitnah yang mempersoalkan kesucian dirinya. Lantaran itu, pelamin angannya musnah menyebabkan harapannya hancur berkecai umpama terhempas. Namun, Haziqah nekad. Majlis perlu diteruskan. Apa yang penting, fitnah dapat dihentikan. Biarpun Fakrul tidak pernah dicintai, dia rela menerima lelaki itu sebagai suami asalkan kesucian dirinya dapat dibuktikan. Malangnya, perkahwinan yang tercipta itu hanya menambahkan derita yang sedia tergalas di bahunya. Dia dikeji dan digantung tidak bertali! Bagi Fakrul, hatinya telah tertutup untuk mencintai setelah Azura, gadis pertama yang disayanginya bertindak curang. Dia benci kepada perempuan yang tidak setia. Maka, apabila dipaksa menerima Haziqah sebagai isteri, kebenciannya seakan-akan menggunung. Tidak langsung Fakrul menyangka, pertemuan kedua antara dirinya dan Haziqah membuatkan dia tiba-tiba merasakan bahawa Haziqah telah ditakdirkan untuknya. Bukan Yusri mahupun Hafiz, sepupunya. Mampukah Haziqah menyambut huluran cinta Fakrul setelah dirinya puas dihina? Haziqah tidak mahu pisang berbuah dua kali. Terasa kedukaan lalu masih bertapak utuh di hatinya. Cukuplah sekali dia dilukai.


Lagu Tema / OST Drama Sepi Tanpa Cinta

👄👄 Sepi nyanyian Aina Abdul


Baca online Novel Sepi Tanpa Cinta Karya Damya Hanna


Pada yang rajin nak membaca versi novelnya secara online, korang boleh baca di SCRIBD


Jom Baca Ini Juga 👉👉 Drama Do You Love Me Captain Episod 1 Hingga 25 Di Slot Lestary TV3


⏩⏩ Drama Nusyuz Berkiblat Cinta Lakonan Fikri Ibrahim dan Emma Maembong (Astro Ria)


👉👉 Drama 7 Hari Mencintaiku 3 Episod 1 Hingga 35 (Full Episode) Di Slot Akasia TV3

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post