5 Apr 2022

Drama Harith Fayyadh Episod 1 Hingga 15 Di Slot Akasia TV3



Drama Harith Fayyadh, Drama Harith Fayyadh TV3, Info dan Sinopsis Drama Harith Fayyadh, Harith Fayyadh Cast, Drama Harith Fayyadh Full Episode, Drama Harith Fayyadh Episod 1 Hingga 15, Ending Drama Harith Fayyadh, Episod Akhir Drama Harith Fayyadh,

Drama Harith Fayyadh adalah drama terbaru di slot Akasia yang disiarkan bermula 1 April 2022, setiap Isnin hingga Ahad, jam 7 malam. Drama ini disiarkan bagi menggantikan Drama Sayang Tak Dikenang lakonan Fadlan Hazim dan Ruhainies yang telah tamat episodnya. Antara pelakon drama Harith Fayyadh ini adalah Hafidz Roshdi, Adam Lee, Nad Zainal, Cahaya Nilam, Julia Farhana, Hasnul Rahmat, Dynas Mokhtar, Fauziah Nawi, Shamsul Ghau Ghau, Mak Wan, Badrul Muhayat, Kirana Batrisyia, Lan Siro dan ramai lagi. Selain itu drama Harith Fayyadh ini mempunyai 15 episod dan diarahkan oleh Ayie Mustafa serta diterbitkan oleh Sha's Media Sdn Bhd. Nampak menarik kan drama ini jadi jom tengok watak - watak pelakon drama Harith Fayyadh dibawah ini beserta sinopsisnya sekali okey..

Hafidz Roshdi sebagai Harith
Adam Lee sebagai Fayyadh
Nad Zainal sebagai Sarah
Cahaya Nilam sebagai Vivy
Julia Farhana sebagai Shila
Hasnul Rahmat sebagai Kamal
Dynas Mokhtar sebagai Arisa
Fauziah Nawi sebagai Dato' Ainon 
Shamsul Ghau Ghau sebagai Ustaz Razak
Mak Wan sebagai Mak Ati  
Badrul Muhayat sebagai Malik
Kirana Batrisyia sebagai Laila
Lan Siro sebagai Bakri 




Sinopsis Drama Harith Fayyadh Lakonan Hafidz Roshdi, Adam Lee, Nad Zainal dan Cahaya Nilam - Slot Akasia TV3

Harith (Hafidz Roshdi) dan Fayyadh (Adam Lee) merupakan adik-beradik tiri berlainan bapa. Harith merupakan anak sulung Arisa (Dynas Mokhtar) hasil perkahwinannya dengan Bakri manakala Fayyadh merupakan anak Arisa bersama Kamal (Hasnul Rahmat), pemandu peribadinya yang dikahwini setelah kematian Bakri. Arisa tidak pernah mencintai Kamal namun mereka berkahwin di atas cadangan ibu Arisa, Dato’ Ainon (Fauziah Nawi). 20 tahun berlalu, kini Harith dan Fayyadh sudah dewasa. Walaupun mempunyai minat yang lain, mereka mengambil jurusan perniagaan di atas permintaan Dato’ Ainon. Harith ingin mendalami ilmu agama. Harith aktif dalam aktiviti persatuan dan kerja amal. 
Drama Harith Fayyadh, Drama Harith Fayyadh TV3, Info dan Sinopsis Drama Harith Fayyadh, Harith Fayyadh Cast, Drama Harith Fayyadh Full Episode, Drama Harith Fayyadh Episod 1 Hingga 15, Ending Drama Harith Fayyadh, Episod Akhir Drama Harith Fayyadh, Nad Zainal, Hafidz Roshdi, Adam Lee, Cahaya Nilam,
Di hujung minggu, Harith mengikuti kuliah Ustaz Razak. Fayyadh lebih cenderung dengan dunia glamor dan minat dalam bidang fesyen. Selain melibatkan diri dalam modeling, Fayyadh juga sering menghabiskan masa dalam bersosial. Fayyadh kemudiannya berkahwin dengan Vivy (Cahaya Nilam) manakala Harith pula masih dalam fasa mengenali Sarah (Nad Zainal), anak kepada Ustaz Razak. Dato’ Ainon kemudiannya telah menetapkan syarat bahawa Harith dan Fayyadh perlu mempunyai anak jika ingin mewarisi segala hartanya. Masing-masing terkejut. Sejak daripada itu, hubungan kedua beradik yang dahulunya akrab mula berantakan. Apa yang berlaku seterusnya?

Lagu Tema / OST Drama Harith Fayyadh
👄👄 Restu nyanyian Ikhwan Fatanna

Tonton Drama Harith Fayyadh Full Episode

Selain di tv3, korang juga boleh menonton drama Harith Fayyadh ini dari episod 1 hingga 15 di platform penstriman Disney+ Hotstar.

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Drama 30 Hari Sebelum Raya Slot Diandra TV9


Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post