26 Apr 2022

Drama Scammer 2 Episod 1 Hingga 24 Lakonan Beto Kusyairy Di Astro Ria



Drama Scammer 2, Sinopsis Drama Scammer 2, Poster Drama Scammer 2, Drama Scammer 2 Astro Ria, Scammer 2 Cast, Drama Scammer 2 Full Episode, Drama Scammer 2 Episod 1 Hingga 24, Pelakon - Pelakon Drama Scammer 2, Beto Kusyairy, Zahiril Adzim, Farah Nabilah,

Tak sangka ada sambungan drama Scammer ni, tapi dalam Scammer 2 ni semuanya berbezalah dari musim pertama tu, pelakon berbeza dan jalan cerita pun berbeza. Drama Scammer 2 ini mula bersiaran di Astro Ria pada 18 April 2022, setiap Isnin hingga Khamis, jam 11 malam. Drama ini disiarkan bagi menggantikan Drama Pok Ya Cong Codei Memburu Siti yang telah tamat episodnya. Antara pelakon drama Scammer 2 ini adalah Beto Kusyairy, Zahiril Adzim, Farah Nabilah, Azwan Ali, Enny Ridwan, Iman Corinne Adrienne, Sharifah Sofia, Ainina Ahmad B, Norlia Ghani, Rosli Rahman, Mathni Razak dan ramai lagi. Selain itu drama Scammer 2 ini mempunyai 24 episod dan diarahkan oleh Norhanisham "Labu" Muhamad serta diterbitkan oleh Radius One Sdn Bhd. Nampak menarik kan drama ini, jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Scammer 2 ini dibawah beserta sinopsisnya sekali okey..

Beto Kusyairy sebagai Taqriz
Zahiril Adzim sebagai Rudi
Farah Nabilah sebagai Liya
Azwan Ali sebagai Hanif
Enny Ridwan sebagai Hajar
Iman Corinne Adrienne sebagai Muna
Razzuan Rosli sebagai Paup
Sharifah Sofia sebagai Sofia
Shatirah Amanda sebagai Yanti
Sadiq M. Jamil sebagai Lobak
Gobbinath Batumalai sebagai Praba / Prabu
Ainina Ahmad sebagai Imah
Norlia Ghani sebagai Nenek
Adam Darwisyh sebagai Adam
Auni Zahra sebagai Mila
Rosli Rahman sebagai Wak
Rafe Sumantri sebagai Hajah Dollah
Din Tamam sebagai Kadir
Bihzlu sebagai PA Muna
Razali Ghani sebagai Haji Burhan
Mathni Razak sebagai Inspektor Farid
Juwita Rosli sebagai Asst. Insp. Farid
Aghonderan Sahadevan sebagai Brian
Edaman Othman sebagai Pusher Kokain
Yusri Saleh sebagai Zaidi
Anuar Rahman sebagai Azlan 
Emma Tosh sebagai PA Yanti 
Danial sebagai Ali
Shahruddin Thamby sebagai Cikgu Shah
Manan Holiau sebagai Haji Rejab




Sinopsis Drama Scammer 2 Lakonan Beto Kusyairy, Zahiril Adzim dan Farah Nabilah Di Astro Ria

Kisah tentang penipuan hartanah dan penunggang agama.
Taqriz (Beto Kusyairy) mahu menuntut bela atas kematian ayahnya, Cikgu Shah, yang menjadi mangsa fitnah dalam urusan penjualan tanah di kampung mereka. Arwah Cikgu Shah dituduh menipu orang kampung dan mengaut semua duit jualan tanah. Rudi (Zahiril Adzim), kawan sekampung Taqriz tawarkan diri untuk membantunya tetapi Taqriz tidak percayakan sesiapa. Sasaran Taqriz ialah Muna (Iman Corinne) pemilik syarikat hartanah dan Hanif (Azwan Ali), peguam yang dipercayai telah menipu pemilik tanah dan jadikan arwah ayah Taqriz sebagai kambing hitam. Untuk menyelinap masuk dalam syarikat Muna, Taqriz mempergunakan Liya (Farah Nabila), seorang bekas ‘scammer’ yang diburu polis untuk menyamar sebagai pekerja baru syarikat Muna untuk mengumpul bukti kes penipuan tanah itu. Manakala Taqriz pula menyamar sebagai pembantu peguam dan bekerja dengan Hanif untuk mencari bukti penglibatan Hanif dalam kes yang menyebabkan kematian ayahnya.Satu demi satu pembongkaran didedahkan sehingga Taqriz sedar ada ramai lagi yang terlibat dalam penipuan tanah itu, termasuklah orang yang dekat dengan dirinya. Siapakah yang bakal menjadi mangsa scammer kali ini? Siapa pula yang menunggang agama?

Lagu Tema / OST Drama Scammer 2

👄👄 Topeng - Caprice feat Sherry Ibrahim
👄👄 Rekayasa - Nuha Ibrahim



Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post