1 Apr 2022

Episod Akhir dan Ending Drama Sayang Tak Dikenang



ending drama sayang tak dikenang, episod akhir drama sayang tak dikenang, sinopsis episod akhir drama sayang tak dikenang, episod 28 drama sayang tak dikenang, sayang tak dikenang full episode, sayang tak dikenang cast, ruhainies, fadlan hazim, drama slot akasia tv3 2022,

Berakhir sudah drama Sayang Tak Dikenang ini pada 30 Mac 2022 yang lalu, drama 28 episod ini dibintangi oleh Fadlan Hazim, Ruhainies, Ezzanie Jasny, Mak Engku Fridah, Shamshul Danish, Mahmud Ali Bashah, Fazlina Ahmad Daud dan ramai lagi. Sejujurnya aku suka dengan barisan pelakon drama ini, semuanya terbaik. Ending drama Sayang Tak Dikenang ini unik sebab lari dari kebiasaan drama melayu yang lain. Biasanya drama melayu ni happy ending kan, tapi drama ni endingnya lain sikit, tak adalah sad ending sangat tapi stil boleh terima. Cuma tak tahu apa kesudahan watak Rizal tu, dia lari dan menghilangkan diri, pastu tak tau apa jadi dengannya. Episod 28 Drama Sayang Tak Dikenang ini menjawab semua persoalan, apa motif Raqib berkahwin dengan Ayu dan Hattin serta apa hubung kait Raqib dan Rizal. Bagi aku, aku suka ending drama ini sebab diorang bertiga membawa haluan masing - masing dan move on. Apa pun aku sertakan serba sedikit sinopsis episod akhir drama Sayang Tak Dikenang di bawah ini okey..




Sinopsis Episod Akhir Drama Sayang Tak Dikenang

Hattin menceritakan segala - galanya mengenai Rizal pada Ayu, Ayu berasa marah pada Hattin. Raqib kemudian datang dan memberitahu kebenaran pada Hattin dan Ayu yang dia adalah abang kandung pada Rizal dan dia sengaja berkahwin dengan Ayu dan Hattin untuk membalas dendam pada mereka kerana telah menghancurkan hidup Rizal. Namun Raqib mengatakan yang dia hanya mencintai Ayu bukan Hattin, Hattin berasa kecewa dan tertipu, begitu juga dengan Ayu. Puas Raqib merayu pada Ayu supaya memaafkannya dan memberikan peluang terakhir padanya untuk hidup bersama Ayu, namun Ayu tetap dengan keputusannya untuk bercerai. Hattin juga merayu pada Ayu supaya memaafkannya dan Ayu memaafkannya namun tidak akan lupa akan segala perbuatan Hattin pada dirinya. Selepas bercerai Ayu berjumpa dengan Hattin dan kemudian pergi berjumpa dengan nenek Hattin untuk memulihkan hubungan keluarga mereka. Setelah Hattin bersalin, Ayu pergi melawatnya dan turut bertemu dengan Raqib. Setelah semuanya selesai, mereka bertiga membawa haluan masing - masing.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post