27 Feb 2019

Kim Jong Kook dan Song Ji Hyo Sweet Di Running Man




Running Man, Episode 440, Episode 440 Running Man, Variety Show, Game Show Running Man, Member Running Man, Kim Jong Kook, Song Ji Hyo, Kim Jong Kook Dan Song Ji Hyo Bercinta, Haha, Lee Kwang Soo, Yang Se Chan, Ji Suk Jin, Yoo Jae Suk, Jung So Min, Running Man 2019, Sweet,

Sejak awal tahun ini dan di beberapa episod Running Man yang terbaru, member Running Man memang gemar mengusik Kim Jong Kook dan Song Ji Hyo serta menggalakkan mereka berdua untuk bercinta hehehe. Haha antara orang yang paling rajin mengusik Kim Jong Kook (KJK) dan Song Ji Hyo (SJY) siap panggil SJY kakak ipar lagi hehe. Lebih menarik bila Song Ji Hyo turut memberikan reaksi yang positif ketika diusik manakala KJK di awalnya agak awkward dan hanya tesenyum. Sebelum ini memang dah ada gosip yang mengatakan KJK dan SJY bercinta, tapi masing - masing menafikan. Lagipun diorang dah bertahun dalam Running Man, so hubungan tu mungkin dah jadi macam adik - beradik gitu.




Tapi entah kenapa aku suka bila tengok member Running Man yang lain sakan mengusik diorang ni hehe, lagi pun nampak Spartace ni sepadan gitu hehe. Paling best bila di episod 440 Running Man, Kim Jong Kook membuat kejutan bila dia tiba - tiba memanggil Song Ji Hyo "Honey" sambil meminta wang lebihan SJY yang ada kerana SJY berjaya ke lokasi yang seterusnya. Masa awal - awal tu, Haha dan Song Ji Hyo dah seronok dok bahasakan diri diorang sebagai kakak ipar dan adik ipar di depan Kim Jong Kook. Masa ni KJK senyum je bila tengok gelagat SJY dan Haha tu
Running Man, Episode 440, Episode 440 Running Man, Variety Show, Game Show Running Man, Member Running Man, Kim Jong Kook, Song Ji Hyo, Kim Jong Kook Dan Song Ji Hyo Bercinta, Haha, Lee Kwang Soo, Yang Se Chan, Ji Suk Jin, Yoo Jae Suk, Jung So Min, Running Man 2019, Sweet,
Semuanya termasuk member Running Man dan crew RM pasti tak jangka langsung yang Kim Jong Kook tiba - tiba bergurau panggil SJY "Yeobo / Honey". Habis semua tergelak, ketawa sakan hahaha, lepas ni makin sakanlah KJK dan SJY kena usik hahaha. Aku memang tak boleh move on dengan video di bawah ni, asyik nak repeat berulang kali je nak tengok gelagat semua yang terkejut dan tergelak bila KJK panggil SJY honey tu, so sweet. Walaupun tu hanya gurauan tapi berjaya buat aku tersengih dan tergelak sekali hehehe. Reaksi Song Ji Hyo lepas dengar KJK panggil dia dengan panggilan tu pun macam terbaik giler hahaha and muka Kim Jong Kook pun merah lepas cakap gitu muahaahha. Nampak Haha macam seronok giler bila KJK pun dah terbuka untuk bergurau macam tu hehe. Boleh layan video di bawah ni kalau nak tengok aksi KJK dan SJY tu..
Running Man, Episode 440, Episode 440 Running Man, Variety Show, Game Show Running Man, Member Running Man, Kim Jong Kook, Song Ji Hyo, Kim Jong Kook Dan Song Ji Hyo Bercinta, Haha, Lee Kwang Soo, Yang Se Chan, Ji Suk Jin, Yoo Jae Suk, Jung So Min, Running Man 2019, Sweet,

Read More

24 Feb 2019

Telemovie Viral Alam Maya - Cerekarama TV3




Viral Alam Maya, Telemovie, Telefilem, Slot Cerekarama, TV3, Telemovie Viral Alam Maya, Telefilem Viral Alam Maya, Cerekarama Viral Alam Maya, Sinopsis Telefilem Viral Alam Maya, Cerekarama TV3 2019, Cast, Pelakon Telemovie Viral Alam Maya, Hafidz Roshdi, Mimi Lana, Azhan Rani, Roslan Salleh, Raja Hakim,
Cerekarama Viral Alam Maya TV3

Telefilem Viral Alam Maya akan disiarkan pada 23 Februari 2019, jam 9.30 malam di slot Cerekarama TV3. Telemovie Viral Alam Maya ini disiarkan istimewa sempena DFKL 2019 (Drama Festival Kuala Lumpur 2019). Antara pelakon telemovie Viral Alam Maya ini adalah Hafidz Roshdi, Mimi Lana, Azhan Rani, Roslan Salleh, Raja Hakim dan ramai lagi. Selain itu telefilem Viral Alam Maya ini diarahkan oleh Nazir Jamaluddin dan diterbitkan oleh Primeworks Studios. Nampak menarik jalan cerita telemovie ini sebab dekat dengan realiti masyarakat masa kini, selain memberi pengajaran gitu. Apa pun jom tengok sinopsis ringkas telemovie ini di bawah ye..




Sinopsis Telemovie Viral Alam Maya Lakonan Hafidz Roshdi dan Mimi Lana

Kisah Hazmin yang suka memviralkan (fitnah) isu yang tidak betul untuk mendapatkan ribuan "likes". Akibat perbuatannya, Hazmin ditimpa kifarah. Apa yang berlaku seterusnya?..
Read More

22 Feb 2019

Sinopsis Filem Misteri Dilaila




Misteri Dilaila, Filem Misteri Dilaila, Misteri Dilaila Movie, Malay Movie, Filem Melayu 2019, Filem Malaysia, Sinopsis Filem Misteri Dilaila, Arahan Syafiq Yusof, Plot Twist, Misteri Dilaila Cast, Pelakon Filem Misteri Dilaila, Zul Ariffin, Sasqia Dahuri, Elizabeth Tan, Rosyam Noor, Namron, Mas Khan, Iz Sulaini, Kenji Sawahii, Nafiez Zaidi, Poster Filem Misteri Dilaila, Zul Ariffin Movie,
Sinopsis Filem Misteri Dilaila

Filem Misteri Dilaila sudah mula ditayangkan di pawagam bermula 21 Februari 2019 yang lalu. Antara pelakon filem Misteri Dilaila ini adalah Zul Ariffin, Sasqia Dahuri, Elizabeth Tan, Rosyam Noor, Namron, Mas Khan, Iz Sulaini, Kenji Sawahii, Nafiez Zaidi dan ramai lagi. Selain itu filem Misteri Dilaila ini diarahkan oleh Syafiq Yusof dan diterbitkan oleh Skop Productions Sdn Bhd & Astro Shaw Sdn Bhd. Ramai yang memberi komen positif terhadap filem ini serta dikatakan ada plot twist dalam filem ini, memang nampak menarik movie Misteri Dilaila ini kan. Lebih menarik bila dikatakan dalam filem ini ada 2 ending gitu, setengah pawagam tayang ending lain, setengah lagi tayang ending lain. Strategi bijak ni sebab buatkan penonton nak tengok dua -dua ending dan tengok lagi sekali di pawagam hehe. Apa pun jom tengok sinopsis Misteri Dilaila di bawah ini okey.




Sinopsis Filem Misteri Dilaila Lakonan Zul Ariffin, Elizabeth Tan dan Sasqia Dahuri

Pasangan suami isteri, Jefri dan Dilaila bercuti di sebuah rumah banglo di Fraser Hill, Pahang milik arwah bapa Dilaila. Malam pertama di rumah tersebut, Jefri telah diganggu dengan kejadian-kejadian aneh. Keesokan harinya, Jefri mendapati isterinya sudah hilang. Jefri yang risau dengan keselamatan isterinya terus menghubungi pihak polis untuk mengesan Dilaila. Imam Aziz muncul dengan berita gembira memaklumkan Dilaila sudah dijumpai dan berada dalam keadaan selamat. Jefri yang pada mulanya berasa lega kini terkejut dengan kepulangan isterinya kerana wanita yang muncul bersama Imam Aziz adalah orang lain yang mengaku dirinya adalah Dilaila, isteri Jefri. Persoalannya siapakah yang betul dan siapakah yang salah dalam situasi ini? 
Misteri Dilaila, Filem Misteri Dilaila, Misteri Dilaila Movie, Malay Movie, Filem Melayu 2019, Filem Malaysia, Sinopsis Filem Misteri Dilaila, Arahan Syafiq Yusof, Plot Twist, Misteri Dilaila Cast, Pelakon Filem Misteri Dilaila, Zul Ariffin, Sasqia Dahuri, Elizabeth Tan, Rosyam Noor, Namron, Mas Khan, Iz Sulaini, Kenji Sawahii, Nafiez Zaidi, Poster Filem Misteri Dilaila, Zul Ariffin Movie,
Read More

21 Feb 2019

Doodle Planner 2019 Giveaway

                       Doodle Planner 2019 Giveaway, Blogger Giveaway, Blog, Hadiah,

Hari ini aku nak join Doodle Planner 2019 Giveaway, tarikh tamat giveaway ini adalah pada 28 Februari 2019. Hadiahnya best, rugi kalau tak join kan, Good Luck semua..

Tag


Read More

20 Feb 2019

Sinopsis Drama Hola Hermosa (TV1)




Hola Hermosa, Hello Si Cantik, Drama Hola Hermosa, Slot Kejora, RTM, TV1, Drama Melayu 2019, Drama Best, Sinopsis Drama Hola Hermosa, Hola Hermosa Cast, Pelakon Drama Hola Hermosa, Zara Zya, Zahiril Adzim, Miera Leyana, Ramona Zam Zam, Azrel Ismail, Maya Elzahra, Zila Bakarin, Arash Mohd, Rashdan Baba, Sinopsis Penuh Hola Hermosa, Drama Terbaru Zara Zya,
Sinopsis Drama Hola Hermosa Slot Kejora TV1 (RTM)

Drama Hola Hermosa lakonan Zahiril Adzim dan Zara Zya sudah pun mula bersiaran di slot Kejora TV1, setiap Isnin hingga Khamis, jam 11.30 pagi bermula 23 Januari 2019 yang lalu. Hola Hermosa bermaksud "Hello, Si Cantik" dalam bahasa Sepanyol dan drama ini mempunyai 26 episod. Antara pelakon drama Hola Hermosa ini adalah Zara Zya, Zahiril Adzim, Miera Leyana, Ramona Zam Zam, Azrel Ismail, Maya Elzahra, Zila Bakarin, Arash Mohd, Rashdan Baba dan ramai lagi. Selain itu drama Hola Hermosa ini diarahkan oleh Muralikrishnan Munian dan diterbitkan oleh Smart Global Media Sdn Bhd. Bagi yang tidak sempat untuk menonton drama ini di TV, korang juga menonton drama Hola Hermosa ini menerusi portal online iaitu di Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store. Nampak menarik drama ini kan, apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye, selamat membaca okey hehe.




Sinopsis Drama Hola Hermosa Lakonan Zahiril Adzim dan Zara Zya

Rizuan (lakonan Zahiril Adzim) melanjutkan pengajian seni bina di Mexico City dan meninggalkan Myza (lakonan Zara Zya), isteri yang dinikahinya secara rahsia di Malaysia atas permintaan keluarga Rizuan. Masa berlalu Rizuan mempunyai ramai kenalan di sana dan mengabaikan Myza. Myza pula berjaya diterima mengikuti kursus Bahasa Sepanyol selama enam bulan tajaan Kedutaan Mexico. Myza gembira dapat bersama dengan suaminya. Namun sebaliknya pula bagi Rizuan. Dia menghargai kebebasan diri di sana dapat menguruskan projek syarikat Nuri Wijaya di Mexico dan kembali menjalin hubungan dengan Sheerin (lakonan Miera Leyana), anak Dato’ Nasir (Arash Mohd), pemilik syarikat tersebut. Pada masa sama turut mempunyai kekasih bernama Melissa, warga Mexico. Syameel, kawan Rizuan seorang jurugambar berdedikasi cuba didekati Aliyah (Maya Elzahra), model terkenal namun dia tidak menunjukkan minat. Usaha dilakukan Aliyah mendekatinya sia-sia. Muncul Rafiah, model yang berminat membantunya mendapatkan penaja bagi projek penggambaran di Mexico. Sementara itu, Aaron (lakonan Azrel Ismail) kawan serumah Syameel terjebak dalam permasalahan bapa kekasihnya, Sarina (lakonan Ramona Zam Zam) yang berhutang dengan Along. 
Hola Hermosa, Hello Si Cantik, Drama Hola Hermosa, Slot Kejora, RTM, TV1, Drama Melayu 2019, Drama Best, Sinopsis Drama Hola Hermosa, Hola Hermosa Cast, Pelakon Drama Hola Hermosa, Zara Zya, Zahiril Adzim, Miera Leyana, Ramona Zam Zam, Azrel Ismail, Maya Elzahra, Zila Bakarin, Arash Mohd, Rashdan Baba, Sinopsis Penuh Hola Hermosa, Drama Terbaru Zara Zya,
Ibu Sarina kecewa dengan suaminya, Borhan memutuskan mereka bercerai tapi dihalang Sarina dan Aaron. Aaron cuba mendapatkan kerja untuk Borhan. Malangnya tidak lama kerana Borhan terjebak dengan skim pelaburan pula. Sarina merancang menerbitkan novel namun malangnya ditolak penerbit. Syameel dan Aaron berjanji mahu membantu menukar novel Sarina kepada drama atau filem. Sarina tinggal bersama Rafiah kerana mahu menjauhkan diri daripada ayahnya. Dato’ Nasir mendesak keluarga Rizuan menjodohkan Rizuan dengan Sheerin walaupun sedar isterinya Datin Sally mahu mengahwinkan anak mereka dengan Tengku Danny. Dato’ Nasir juga tersepit dengan desakan Rosmaria (Zila Bakarin), pekerjanya yang merasakan dia lebih layak menguruskan projek di Mexico berbanding Sheerin. Myza dilayan dingin oleh Rizuan. Namun dia menyembunyikan kebenaran daripada pengetahuan keluarga tentang layanan hambar suaminya itu. Rizuan cemburukan Myza keluar dengan rakan lelaki sekolejnya. Namun bila ditanya tentang Sheerin dia mengaku rapat dengan wanita itu dengan alasan keluarga Sheerin banyak membantunya selama ini. Di Mexico, Myza terserempak dengan Sheerin yang memberitahunya dia akan berkahwin dengan Rizuan dalam masa terdekat. Myza cuba mendapatkan kepastian Rizuan. 

Rizuan menegaskan kepada Myza dia tidak mahu terikat dengan mana-mana perempuan namun tidak sekali-kali akan menceraikan Myza kerana menunaikan janjinya kepada emak dan ayahnya. Myza kecewa dengan Rizuan dan menghilangkan diri. Situasi itu membuatkan Rizuan tidak keruan. Puas dia mencari isterinya itu namun gagal. Aaron menasihati Syameel agar tidak menuduh Rafiah mempunyai teman lelaki tanpa usul periksa dan berterus-terang meluahkan perasaan cintanya terhadap gadis itu. Rizuan pulang ke Malaysia atas arahan Dato’ Nasir. Sheerin pula diarahkan ayahnya terus tinggal di Mexico. Rizuan dengan berat hati berterus-terang kepada keluarganya tentang ‘kehilangan’ Myza. Rizuan juga membuka rahsia perkahwinannya dengan Myza kepada Syameel dan Aaron. Mereka terkejut. Myza memutuskan untuk terus tinggal dan bekerja di Mexico. Rizuan pula serba salah bila didesak berkahwin dengan Sheerin. Datin Sally pula cuba meneka siapakah bapa kepada anak yang dikandung oleh Rosmaria. Namun adakah jodoh Myza dan Rizuan bersatu semula atau kehadiran Sheerin mengubah segalanya? Bagaimana kesudahan cinta Syameel yang keliru memilih Rafiah atau Aliyah? Begitu juga dengan Aaron dan Sarina yang berterusan cuba menyelesaikan konflik keluarga Sarina.
Read More

17 Feb 2019

Telemovie Suluhkan Aku Cahaya - Cerekarama TV3




Suluhkan Aku Cahaya, Telemovie, Telefilem, Slot Cerekarama, TV3, Telemovie Suluhkan Aku Cahaya, Telefilem Suluhkan Aku Cahaya, Cerekarama Suluhkan Aku Cahaya, Pengajaran, Islamik, Solat, Cerekarama TV3 2019, Sinopsis Telemovie Suluhkan Aku Cahaya, Cast, Pelakon Telemovie Suluhkan Aku Cahaya,

Telefilem Suluhkan Aku Cahaya akan bersiaran di slot Cerekarama TV3 pada 16 Februari 2019, jam 9.30 malam. Antara pelakon telemovie Suluhkan Aku Cahaya ini adalah Redza Rosli, Ain Edruce, Jalil Hamid, Idris Md Diah dan ramai lagi. Selain itu telemovie ini diarahkan oleh Ismail Yaacob dan diterbitkan oleh ZK Creative Sdn Bhd. Nampak menarik jalan cerita telemovie ini kan, plus ada pengajaran berguna gitu. Apa pun jom tengok sinopsis ringkas cerekarama Suluhkan Aku Cahaya di bawah ini ye..




Sinopsis Telemovie Suluhkan Aku Cahaya - Cerekarama TV3

Mengisahkan tentang Syarif yang lalai dan suka meninggalkan solat. Setiap kali ditegur oleh orang sekelilingnya mengenai sikapnya yang suka meninggalkan solat itu pasti dia akan mengamuk dan marah. Tak lama kemudian Syarif ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara, ketika di dalam penjara, dia mula insaf. Apa sebenarnya yang berlaku? kenapa Syarif masuk penjara? apa yang membuatkan Syarif insaf?. Nak tahu kenalah tengok cerekarama ini nanti okey. 
Read More

16 Feb 2019

Review Filem The Doll Lakonan Shandy Aulia




The Doll, Movie, Movie Review, Filem The Doll, Indonesian Movie, Filem Indonesia The Doll, The Doll Movie, The Doll 2, Sabrina, Horror Movie, Kisah Seram, Shandy Aulia Movie, Filem Lakonan Shandy Aulia, The Doll Cast, Pelakon Filem The Doll, Shandy Aulia, Denny Sumargo, Sara Wijayanto, Vitta Mariana, 2016,

Sejujurnya aku dah menonton semua siri filem The Doll ini bermula dengan filem The Doll (2016), diikuti The Doll 2 dan Sabrina. Dari ketiga - tiga filem tersebut aku lebih suka dengan filem The Doll yang dilakonkan oleh Shandy Aulia, Denny Sumargo, Sara Wijayanto, Vitta Mariana dan ramai lagi. Filem ini dah lama release iaitu pada tahun 2016 dan menerusi filem ini, Denny Sumargo dan Shandy Aulia sudah pun digandingkan sebagai hero dan heroin sebanyak 3 kali. Mereka berdua sebelum ini sudah digandingkan dalam filem 308 dan Mall Klender, aku juga dah menonton filem tersebut, lagi pun banyak kali filem tu disiarkan di Astro Citra hehehe. Dah tajuk pun The Doll kan, jadi mestilah jalan ceritanya ada melibatkan anak patung gitu dan ini merupakan filem Indonesia. Kalau korang nak tahu Shandy Aulia ini memang banyak berlakon filem seram gitu, ada filemnya yang best, ada juga yang kurang best seperti filem Rasuk (2018). Movie The Doll ini mengisahkan tentang pasangan suami isteri Anya (lakonan Shandy Aulia) dan Daniel (lakonan Denny Sumargo) yang hidup bahagia, awalnya mereka hidup secara sederhana saja tapi bahagia. Tak lama kemudian Daniel membawa berita gembira yang dia sudah dinaikkan pangkat dan mereka akan berpindah ke rumah baru yang besar dan cantik. 




Anya yang merupakan pembuat anak patung berasa gembira dengan berita itu dan mereka akhirnya berpindah ke rumah tersebut. Tak lama kemudian Daniel telah mengarahkan pekerjanya untuk menebang satu pokok yang dikatakan dihuni oleh roh budak kecil bernama Uci yang mana Uci dan seluruh keluarganya mati dibunuh oleh perompak. Ketika pulang ke rumah, Daniel mendapati ada anak patung yang sudah buruk berada dalam keretanya. Daniel mahu membuang anak patung itu tapi dihalang oleh isterinya Anya kerana bagi Anya, anak patung itu masih elok. Anya kemudian meletakkan anak patung itu di dalam almari bersama koleksi anak patung buatannya yang lain. Tak lama kemudian Anya dan Daniel mula diganggu dengan perkara - perkara pelik. Awalnya Anya tidak begitu percaya dengan cerita jirannya Niken mengenai hantu dan kaitannya dengan anak patung tersebut. Namun setelah Anya mengalami sendiri dan nampak dengan matanya sendiri, barulah dia percaya dan cuba menyakinkan suaminya Daniel untuk mencari pertolongan. Niken kemudian berjaya menghubungi Bu Laras yang merupakan pakar dalam menghalau hantu ini serta sudah pernah berdepan dengan hantu Uci itu. Namun keadaan makin teruk bila hantu Uci seolah - olah berdendam dengan Daniel kerana telah menebang pokok yang merupakan tempat tinggalnya.

The Doll, Movie, Movie Review, Filem The Doll, Indonesian Movie, Filem Indonesia The Doll, The Doll Movie, The Doll 2, Sabrina, Horror Movie, Kisah Seram, Shandy Aulia Movie, Filem Lakonan Shandy Aulia, The Doll Cast, Pelakon Filem The Doll, Shandy Aulia, Denny Sumargo, Sara Wijayanto, Vitta Mariana, 2016,
Awalnya aku pun pelik kenapalah roh budak kecil si Uci tu benci dan berdendam sangat dengan Daniel ni sebab pokok saja kot, boleh je dia pindah pokok lain kot hahaha. Rupanya ada kisah lain, kiranya ada plot twist gitu. Ingatkan hantu budak kecil ni tak seram sangatlah, tapi dendamnya tu lain macam hahaha, cara hantu tu kacau Daniel dan Anya pun agak kreatif juga, siap ada banyak burung datang rumah tu dan patuk sesiapa saja dalam rumah tu sampai mati kot, tragis giler. Hantu tu pun pandai buat Bu Laras jadi panik bila tiba - tiba hantu tu datang rumah Bu Laras dan main - main dengan anak perempuannya hehe. Ending movie The Doll juga agak tragis, tapi aku tak naklah bagi spoiler apa yang jadi kan hehehe. Tapi aku tak faham juga dengan Anya dan Daniel ni, dah tahu rumah tu ada hantu, boleh lagi tinggal dekat situ, patutnya keluarlah dari rumah tu sekejap, tumpang rumah jiran ke, sape - sape ke, duduk kat hotel ke sampai hantu tu berjaya dihalau. Ni boleh pula si Anya ajak jirannya datang temannya kat rumahnya yang ada hantu tu, patutnya dia yang pergi tumpang rumah jirannya, ni terbalik pula hahaha. Jirannya tu pun bukan main berani lagi datang rumah Anya, dan tolong Anya cari pengahalau hantu. Hantu Uci tu pun perhati je perangai jiran si Anya ni hahahaha. 
The Doll, Movie, Movie Review, Filem The Doll, Indonesian Movie, Filem Indonesia The Doll, The Doll Movie, The Doll 2, Sabrina, Horror Movie, Kisah Seram, Shandy Aulia Movie, Filem Lakonan Shandy Aulia, The Doll Cast, Pelakon Filem The Doll, Shandy Aulia, Denny Sumargo, Sara Wijayanto, Vitta Mariana, 2016,
Kalau nak tahu apa yang jadi dengan jiran Anya dan juga apa yang jadi pada Anya, Daniel dan Bu Laras tu kenalah tengok movie ni hehe. Movie The Doll ini memang suspen sampai ke akhirnya, walaupun ada sedikit scene - scene yang tak berapa logik. Berbaloi layan movie ni, jadi secara keseluruhannya aku bagi 8.4/10 bintang untuk movie ini.
Read More

Giveaway Cash Blogger Malaysia




Hello Blogger Malaysia!
Elih dengan kerjasama blogger Cik Akak nak berkongsi sedikit rezeki dalam Giveaway Cash Blogger Malaysia bermula pada 13 Febuari 2019 (Rabu) sehingga berakhir pada 27 Febuari 2019 (Rabu) jam11:59 malam.
Giveaway ini akan berlangsung selama 2 minggu sahaja, bloggers sekalian perlu cepat kalau tak nak terlepas peluang memenangi hadiah bertuah giveaway ini. "Tuah ayam nampak dikaki, Tuah manusia siapa yang tahu"!
Giveaway Cash Blogger Malaysia, Blogger, Blog, Blogger Giveaway, 2019,
Syarat Penyertaan Giveaway & Hadiah Giveaway boleh semak di Blog Elih Japahar atau klik banner diatas.
Marilah join beramai-ramai. Giveaway ini dianjurkan oleh www.elihjapahar.net [ Elih Japahar ] dengan kerjasama www.sweetyzhanieyz83.blogspot.com [ Cik Akak ]
** support giveaway ini ya, thanks!
Read More

15 Feb 2019

Sinopsis Drama Leftenan Zana (TV3)




Leftenan Zana, Drama Leftenan Zana, Slot Lestary, TV3, Drama Melayu, Drama Best, Tentera, Askar, Drama Melayu 2019, Drama TV3 2019, Sinopsis Drama Leftenan Zana, Cast, Pelakon Drama Leftenan Zana, Janna Nick, Tunku Hanis, Sheila Rusly, Redza Rosli, Izzat Mushtaq, Aprena Manrose, Zarul Husin, Ameerul Asyraf, Hairie Othman, Nazrief Nazri, Idzham Ismail, Watak Pelakon, Poster Drama Leftenan Zana,
Sinopsis Drama Leftenan Zana Slot Lestary TV3

Drama Leftenan Zana sudah mula disiarkan di slot Lestary TV3 bermula 8 Februari 2019 yang lalu. Drama Leftenan Zana ini terbitan JS Pictures Sdn Bhd dan disiarkan bagi menggantikan drama Aku Cinta Dia lakonan Aiman Hakim dan Hannah Delisha yang telah tamat episodnya. Selain itu drama Leftenan Zana ini dibintangi oleh Janna Nick, Tunku Hanis, Sheila Rusly, Redza Rosli, Izzat Mushtaq, Aprena Manrose, Zarul Husin, Ameerul Asyraf, Hairie Othman, Nazrief Nazri, Idzham Ismail dan ramai lagi. Drama ini memang nampak menarik dan unik gitu sebab berkonsepkan ketenteraan gitu. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini serta watak - watak pelakon di bawah ini ye..
Janna Nick sebagai Zana
Tunku Hanis sebagai Raz
Sheila Rusly sebagai Sarjan Qamar
Redza Rosli sebagai Kapten Haniff
Zarul Husin sebagai Arul
Hairie Othman sebagai Kapten Rahmat
Ameerul Asyraf sebagai Kapten Mustakim
Nazrief Nazri sebagai Zaidi
Aprena Manrose sebagai Tisya
Izzat Mushtaq sebagai Faiz
Idzham Ismail sebagai Kapten Dr Putra




Sinopsis Drama Leftenan Zana Lakonan Janna Nick

Mengisahkan mengenai impian Zana  yang bercita-cita mahu menjadi anggota tentera tetapi cita-citanya itu tidak direstui bapanya. Zana adalah anak perempuan bongsu Mejar (B) Rahmat. Sejak kecil, Zana sangat rapat dan manja dengan bapanya sehinggakan dia ingin menjadi seorang askar seperti Rahmat. Malangnya, Rahmat tidak suka dan tidak akan membenarkan Zana untuk menyertai bidang ketenteraan. Rahmat lebih mengharapkan Zaidi, anak lelaki sulungnya untuk menyambung legasinya tetapi Zaidi tidak berminat. Walaupun dihalang, Zana tekad untuk meneruskan cita-citanya dan dalam diam telah membuat permohonan secara online untuk menjadi anggota tentera Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Zana telah terpilih untuk menjalani ujian saringan dan akhirnya berjaya diterima sebagai pelatih ATM dan perlu menjalani latihan di Melaka.

Pada mulanya, Zana berbohong mengatakan bahawa dia diterima bekerja di sebuah syarikat swasta. Namun, di saat akhir Zana berterus terang kepada Rahmat dan ibunya, Mah. Walaupun marah, Rahmat tetap menghantar Zana ke kem untuk latihan. Rahmat pasti Zana tidak akan bertahan lama di sana. Ujian Zana bermula dan ternyata apa yang dikatakan oleh bapanya tentang kepayahan di kem, semuanya benar. Selain Sarjan Qamar yang menggerunkan, Zana tertekan dengan pelbagai latihan yang memenatkan fizikal dan mental. Di kem juga Zana turut dibuli oleh Raz yang membencinya. Sehinggalah suatu hari, Zana tekad membuat keputusan untuk melarikan diri daripada kem. Adakah Zana akan terus berputus asa dan akhirnya mengaku kalah pada bapanya?
Read More

13 Feb 2019

Drama Adaptasi Novel Suamiku Mr. Blind




Suamiku Mr. Blind, Novel Suamiku Mr. Blind, Karya Novelis DanisyaRahmat, Unifi TV, Drama Adaptasi Novel, Watak Pelakon, Cast, Pelakon Drama Suamiku Mr. Blind, Nazrief Nazri, Janisa Jalil, Zoey Rahman, Intan Najuwa, Dayana Roza, Bella Nazari, Khaty Azian, Gen Darwish, Puteri Rayyana Rayqa, Natasya Mahyan, Roslan Salleh, Sinopsis Novel Suamiku Mr. Blind, Cover Novel Suamiku Mr. Blind,
Drama Adaptasi Novel Suamiku Mr. Blind

Nampaknya kali ini giliran novel Suamiku Mr. Blind karya novelis Danisyarahmat yang akan diadaptasi menjadi drama 30 episod dan akan disiarkan di Unifi TV saluran HyppSensasi 116. Antara pelakon drama Suamiku Mr. Blind ini adalah Nazrief Nazri, Janisa Jalil, Zoey Rahman, Intan Najuwa, Dayana Roza, Bella Nazari, Khaty Azian, Gen Darwish, Puteri Rayyana Rayqa, Natasya Mahyan, Roslan Salleh dan ramai lagi. Manakala pelakon hebat Rusdi Ramli akan menjadi pengarah drama Suamiku Mr. Blind ini. Nampak menarik juga jalan cerita drama ini. Apa pun jom tengok sinopsis novel Suamiku Mr. Blind serta watak - watak pelakon drama ini di bawah ye..




Nazrief Nazri sebagai Aidil Zafran
Janisa Jalil sebagaiAin Shuhada 
Zoey Rahman sebagai Rayyan
Intan Najuwa sebagai Wani 
Dayana Roza sebagai Melissa
Bella Nazari sebagai Dato Adila
Khaty Azian sebagai Puan Sri Azizah
Gen Darwish sebagai Dani
Puteri Rayyana Rayqa sebagai Auni


“Kalau kau buta lagi bagus. Tak adalah nak menyemak buat masalah di sekolah lagi.” Ain Syuhada, pengawas yang sebesar anak gajah itu ingin balas dendam kerana ditolak jatuh ke dalam lumpur sawah.
Racun serangga jenama Redinsect segera disembur ke muka Aidil Zafran.
“Aku tak nampak apa-apalah!”
Ah, sudah! Sungguh Ain Syuhada tidak menyangka racun serangga itu mampu meragut penglihatan Aidil Zafran. Kalau dia sanggup jadi hamba tebusan seumur hidup untuk membayar apa yang telah dilakukan kepada Aidil Zafran pun, dia masih tak akan mampu melunaskan hutangnya itu.
“Jangan muncul di hadapan aku lagi. Aku tak mahu dengar nama kau lagi. Apa saja yang berkaitan dengan kau, aku tak mahu tahu.” – AIDIL ZAFRAN.
Cuma kalau dah namanya jodoh, larilah ke penghujung dunia sekalipun, pasti akan bertemu juga. Sebelas tahun kemudian… Aidil Zafran menerima seorang pekerja baru di syarikatnya.
“Errr… Saya Ain… Ain Syuhada Ismail. PA bos.”
AIN SYUHADA muncul kembali dalam hidup Aidil Zafran tanpa dirancang sedangkan Aidil Zafran tidak dapat mengenal pasti siapa Ain Syuhada. Dah namanya pun mr. blind!
Hati Aidil Zafran diketuk perasaan yang luar biasa sewaktu bersama PAnya yang menjaganya penuh kasih. Cinta mula datang walaupun tidak terlihat, maklumlah cinta itu buta!
Pada saat pernikahan Ain Syuhada dengan Rayyan Aziz dibatalkan, Aidil Zafran datang dengan rela menjadi galang ganti. Namun, saat lafaz akad dilafazkan, masih relakah dia apabila identiti Ain Syuhada terbongkar?
“Kau sengaja nak perangkap aku, kan? Kau jangan ingat bila aku dah kahwin dengan kau, aku dapat maafkan kau. Aku akan pastikan kau hidup merana, Ain.”
Benarkah cinta itu hilang saat dendam merajainya?

uamiku Mr. Blind, Novel Suamiku Mr. Blind, Karya Novelis DanisyaRahmat, Unifi TV, Drama Adaptasi Novel, Watak Pelakon, Cast, Pelakon Drama Suamiku Mr. Blind, Nazrief Nazri, Janisa Jalil, Zoey Rahman, Intan Najuwa, Dayana Roza, Bella Nazari, Khaty Azian, Gen Darwish, Puteri Rayyana Rayqa, Natasya Mahyan, Roslan Salleh, Sinopsis Novel Suamiku Mr. Blind, Poster Drama Drama Suamiku Mr. Blind,
Read More

11 Feb 2019

Giveaway PantangPlus.com Di Mialiana.com




PantangPlus.com – Pakej berpantang selepas bersalin


Baca kisah benar ini dulu, dari pengasas PantangPlus, Puan Zamzana Mohd Arifin:

Semasa berpantang anak pertama, ada seorang makcik tukang urut selepas bersalin ini, mengurut belakang saya dengan kaki dia. Tiba-tiba, dia tergelincir sebab berminyak. Dipendekkan cerita, tulang belakang saya hampir retak. Saya terpaksa buat ‘check-up’ dengan doktor pakar selama 6 bulan.
Giveaway PantangPlus.com Di Mialiana.com, Blogger Giveaway, Blog, Hadiah, Wang Tunai, Berpantang, Bersalin,
Kini, boleh ‘booking online

Antara sebab PantangPlus diwujudkan, saya tidak mahu orang lain merasai keperitan berpantang kerana salah pilih tukang urut wanita. Di PantangPlus, semua bidan atau tukang urut selepas bersalin kami disaring terlebih dahulu, terlatih, berpengalaman dan mempunyai sijil. Paling penting, semuanya orang tempatan.
Giveaway PantangPlus.com Di Mialiana.com, Blogger Giveaway, Blog, Hadiah, Wang Tunai, Berpantang, Bersalin,
Di PantangPlus juga, pakej berpantang kami lengkap, termasuk penjagaan ibu, penjagaan bayi dan makanan pantang. ‘Confinement lady’ akan menjaga dengan penuh kasih sayang. Boleh lihat senarai penuh servis di laman web kami.

Pelanggan dari luar negara

Atas kesedaran ramai ibu-ibu muda tentang kepentingan berpantang, tempahan bukan sahaja datang dari Malaysia. Malahan dari Singapura, United Kingdom, Australia dan UAE.
Pesanan kami, jaga badan elok-elok semasa berpantang selepas bersalin. Barulah badan sedap, hati tenang!
Giveaway PantangPlus.com Di Mialiana.com, Blogger Giveaway, Blog, Hadiah, Wang Tunai, Berpantang, Bersalin,
Giveaway ini dianjurkan oleh PantangPlus.com dengan kerjasama Mialiana.com. Hadiah wang tunai sebanyak RM300 untuk dimenangi. Sila klik banner untuk join.
Read More

10 Feb 2019

Baca Online Novel Senafas Rindu




Senafas Rindu, Novel Senafas Rindu, Karya Damya Hanna, Novelis Damya Hanna, Drama Senafas Rindu, Drama Melayu, Drama Adaptasi Novel, Drama Bersiri, Drama Astro 2019, Drama Melayu 2019, Baca Online Novel Senafas Rindu, Novel Online, Novel Online Senafas Rindu, Slot MegaDrama, Astro Ria, Watak Pelakon, Fariz Ashman, Vivivanna, Siti Nur Ain, Cover Depan Novel Senafas Rindu, Senafas Rindu Cast, Pelakon Drama Senafas Rindu, Syafiq Kyle, Elizabeth Tan, Kahoe Hon, Alya Iman, Wan Sharmila, Josiah Lim, Nelissa Edreena, Sharul Kamal, Alif Hadi, Janet Khoo, Arash Mohd, Liza Abdullah, Azizah Mahzan, Louisa Alissa Chong, Fazreen Rafi, Zarina Zainorddin, Mimi Ernida,
Baca Online Novel Senafas Rindu (Drama Adaptasi Novel)

Novel Senafas Rindu karya novelis terkenal Damya Hanna telah pun diadaptasikan menjadi drama bersiri 20 episod yang tengah hangat bersiaran di slot MegaDrama Astro Ria. Nampaknya cover depan Novel Senafas Rindu ini juga dah bertukar ke cover baru gitu, nampak lebih cantik gitu. Berbalik pada drama adaptasi novel Senafas Rindu ini, Syafiq Kyle dan Elizabeth Tan akan menjadi hero dan heroin drama Senafas Rindu ini. Syafiq Kyle akan memegang watak sebagai Fariz Ashman manakala Elizabeth Tan akan memegan watak sebagai Vivianna / Siti Nur Ain. Pelakon lain yang turut membintangi drama ini adalah Kahoe Hon, Alya Iman, Wan Sharmila, Josiah Lim, Nelissa Edreena, Sharul Kamal, Alif Hadi, Janet Khoo, Arash Mohd, Liza Abdullah, Azizah Mahzan, Louisa Alissa Chong, Fazreen Rafi, Zarina Zainorddin, Mimi Ernida dan ramai lagi.




Pada yang suka baca novel online, korang juga boleh baca novel ini secara online juga, caranya korang hanya perlu klik link di bawah ini ye. 
Jadi sambil - sambil tengok drama ini di TV, korang pun boleh baca novelnya secara online juga, tapi tak semua bablah ada, aku hanya jumpa kat internet beberapa bab saja. So kalau nak baca lebih lanjut, sila dapatkan novel ini di pasaran ye. Apa pun selamat membaca ye..
Senafas Rindu, Novel Senafas Rindu, Karya Damya Hanna, Novelis Damya Hanna, Drama Senafas Rindu, Drama Melayu, Drama Adaptasi Novel, Drama Bersiri, Drama Astro 2019, Drama Melayu 2019, Baca Online Novel Senafas Rindu, Novel Online, Novel Online Senafas Rindu, Slot MegaDrama, Astro Ria, Watak Pelakon, Fariz Ashman, Vivivanna, Siti Nur Ain, Cover Depan Novel Senafas Rindu, Senafas Rindu Cast, Pelakon Drama Senafas Rindu, Syafiq Kyle, Elizabeth Tan, Kahoe Hon, Alya Iman, Wan Sharmila, Josiah Lim, Nelissa Edreena, Sharul Kamal, Alif Hadi, Janet Khoo, Arash Mohd, Liza Abdullah, Azizah Mahzan, Louisa Alissa Chong, Fazreen Rafi, Zarina Zainorddin, Mimi Ernida,
Read More

8 Feb 2019

Sinopsis Drama Senafas Rindu (Astro Ria)




Senafas Rindu, Drama Senafas Rindu, Drama Melayu 2019, Drama Astro 2019, Drama Adaptasi Novel, Slot MegaDrama, Astro Ria, Novel Senafas Rindu, Karya Damya Hanna, Novelis Damya Hanna, Poster, Cast, Pelakon Drama Senafas Rindu, Syafiq Kyle, Elizabeth Tan, Kahoe Hon, Alya Iman, Wan Sharmila, Josiah Lim, Nelissa Edreena, Sharul Kamal, Alif Hadi, Janet Khoo, Arash Mohd, Liza Abdullah, Azizah Mahzan, Louisa Alissa Chong, Fazreen Rafi, Zarina Zainorddin, Mimi Ernida,
Sinopsis Drama Senafas Rindu Slot MegaDrama Astro Ria

Drama Senafas Rindu sudah mula bersiarakan di slot MegaDrama Astro Ria bermula 4 Februari yang lalu dan drama ini mempunyai 20 episod serta disiarkan bagi menggantikan Drama Kan Kukejar Cinta Kamu yang telah tamat episodnya. Drama Senafas Rindu dibintangi oleh Syafiq Kyle dan Elizabeth Tan sebagai teraju utama. Manakala lagu tema / OST Drama Senafas Rindu ini bertajuk Bahagia nyanyian Eza Edmond. Selain itu drama Senafas Rindu ini adalah adaptasi daripada Novel Senafas Rindu karya novelis popular Damya Hanna. Apa pun jom tengok senarai pelakon Drama Senafas Rindu ini serta watak - watak mereka di bawah ini.



Syafiq Kyle sebagai Fariz Ashman
Elizabeth Tan sebagai Vivianna @ Siti Nur Ain
Kahoe Hon sebagai Kelvin
Alya Iman sebagai Shafika
Josiah Lim sebagai Patrick
Sharul Kamal sebagai Munir
Nelissa Edreena sebagai Azila
Wan Sharmila sebagai Athirah
Arash Mohd sebagai Dato Zainol
Liza Abdullah sebagai Datin Maznah
Azizah Mahzan sebagai Tun Afifah @ Uwan
Zarina Zainorddin sebagai Marina
Alif Hadi sebagai Martin
Janet Khoo sebagai Cindy
Fazreen Rafi sebagai Kamal
Mimi Ernida sebagai Dila
Louisa Alissa Chong sebagai Belinda

Senafas Rindu, Drama Senafas Rindu, Drama Melayu 2019, Drama Astro 2019, Drama Adaptasi Novel, Slot MegaDrama, Astro Ria, Novel Senafas Rindu, Karya Damya Hanna, Novelis Damya Hanna, Poster, Cast, Pelakon Drama Senafas Rindu, Syafiq Kyle, Elizabeth Tan, Kahoe Hon, Alya Iman, Wan Sharmila, Josiah Lim, Nelissa Edreena, Sharul Kamal, Alif Hadi, Janet Khoo, Arash Mohd, Liza Abdullah, Azizah Mahzan, Louisa Alissa Chong, Fazreen Rafi, Zarina Zainorddin, Mimi Ernida,

Mengisahkan Fariz Ashman dan Vivianna (Anne) yang mana masing-masing mempunyai pengalaman pahit dalam percintaan. Fariz pernah bercinta dengan Shafika di alam persekolahan tetapi dihalang oleh ibunya sendiri. Vivianna pula dipaksa berkahwin dengan Kelvin dan ditingalkan tanpa sebab. Kemunculan Vivianna, gadis sekolejnya yang berbangsa Cina menarik perhatian Fariz. Fariz membantu Vivianna ketika dia menghadapi masalah. Mereka semakin rapat namun pelbagai halangan perlu mereka tempuhi daripada keluarga mereka. Pada masa yang sama, Shafika turut hadir menagih cinta Fariz. Fariz akhirnya nekad membawa Vivianna memasuki Islam dan mengahwininya. Namun begitu, ibu Fariz, Maznah dan kakaknya, Marina enggan menerima Viviana atau nama islamnya Siti Nur Ain. Nenek Fariz, Tun Afifah banyak mendorong Vivianna menjadi sabar dan tabah dalam rumah tersebut. Apa yang berlaku seterusnya?.

Baca ini juga ➔ Baca Online Novel Senafas Rindu
Read More

6 Feb 2019

BIRTHDAY GIVEAWAY BY YAYAAZURA.COM




BIRTHDAY GIVEAWAY BY YAYAAZURA.COM, Blogger, Blogger Giveaway, Hadiah, Peserta,

Hari ini aku nak join Birthday Giveaway By YayaAzura.com, tarikh tamat giveaway ini adalah pda 28 Februari nanti. Meh join ramai - ramai, dapat masuk bloglist dan untung - untung boleh menang hadiah kan. Apa pun nak ucapkan selamat ulang tahun kelahiran buat Yaya, moga ceria dan bahagia selalu, aminn. May all of your wishes come true, today and always. Happy birthday to you.
Read More

5 Feb 2019

Keputusan Pemenang AJL33




AJL33, #AJL33, Anugerah Juara Lagu Ke - 33, AJL 2018, Pertandingan, Nyanyian, Penyanyi Malaysia, Artis Malaysia, Lagu Best, Keputusan Pemenang AJL33, Senarai Pemenang AJL33, Juara AJL33, Lagu Haram, Finalis, Final, TV3, Hael Husaini, Dayang Nurfaizah, Lagu Bunga, Ara Johari, Lagu Sampai Bila, Misha Omar, Lagu Di Matamu, Sufian Suhaimi, Lagu Kau Pun Sama, Syamel,
Keputusan Pemenang Anugerah Juara Lagu Ke - 33 ( #AJL33 )

3 Februari 2019 berlangsungnya Anugerah Juara Lagu Ke - 33 yang menyaksikan 12 finalis berentap di pentas akhir. Semua finalis AJL33 memberikan persembahan terbaik dan nyanyian yang memukau. Namun rezeki memihak pada Dayang Nurfaizah dan Hael Husaini apabila lagu nyanyian mereka iaitu lagu Haram dipilih sebagai pemenang utama AJL33. Lebih manis bila Dayang Nurfaizah adalah Juara AJL31 menerusi lagu Lelaki Teragung manakala Hael Husaini adalah Juara AJL32 menerusi lagu Jampi dan bila mereka berdua bergabung dan berduet dalam lagu Haram, sekali lagi mereka menjadi juara dan dua - dua pun menang hehe. Paling best dan tak sangka lagi boleh ada hujan gitu atas pentas masa lagu Haram tu. Wow first time kot aku tengok diorang boleh bagi hujan atas pentas tu hehe. Ikutkan aku tak jangka pun yang lagu Haram boleh menang sebab ramai yang jangka Misha Omar atau Siti Sarah boleh menang tempat pertama. Rasanya ramai juga yang terkejut lagu Bunga nyanyian Ara Johari boleh jadi naib juara dan lagu Sampai Bila nyanyian Misha Omar dapat tempat ketiga, tapi api Ara dah nyanyi sehabis baik untuk lagu Bunga tu.




Apa pun rezeki masing - masing kan, apa pun aku suka juga dengan persembahan Syamel menerusi lagu Kau Pun Sama, siap menari lagi, comel betul tengok Syamel menari hehehe susah kot nak menari sambil menyanyi kan, pastu suara Syamel maintain je. Selain itu vokal para finalis AJL33 ni semuanya best - best belaka. Nyanyian Misha Omar memang terbaik, persembahan simple tapi mengagumkan dengan suaranya yang powerful, memang patut menang vokal terbaik untuk Anugerah Juara Lagu ke 33 ini. Sebelum ini aku tak begitu suka sangat dengan lagu Di Matamu tu, sampailah Zamani nyanyi lagu Di Matamu kat GV5 barulah aku makin suka dengan lagu tersebut. Nampaknya Sufian Suhaimi all out nyanyi lagu ni dan aku suka pula dengan susunan muzik lagu tersebut kat AJL33 ni. Pastu siap ada pelamin lagi dan bersanding sorang - sorang tu memang epik hahaha. Patutlah boleh menang persembahan terbaik gitu dan persembahannya itu agak kontroversi jugalah sebab ada pihak lain yang terasa. Tapi Sufian Suhaimi dah jawab pun semua soalan - soalan berkaitan persembahannya kat AJL33 itu kat wartawan. Apa pun tahniah buat semua pemenang Anugerah Juara Lagu Ke 33 ini. #AJL33


Anugerah Juara Lagu menjadi milik lagu Haram nyanyian Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah
Naib Juara - Lagu Bunga nyanyian Ara Johari
Tempat Ketiga - Lagu Sampai Bila nyanyian Misha Omar
Vokal Terbaik - Misha Omar (lagu Sampai Bila)
Persembahan Terbaik - Sufian Suhaimi menerusi lagu Di Matamu
Read More

3 Feb 2019

Episod Akhir Drama Kan Kukejar Cinta Kamu




Kan Kukejar Cinta Kamu, Drama Kan Kukejar Cinta Kamu, Ending Drama Kan Kukejar Cinta Kamu, Episod Akhir Drama Kan Kukejar Cinta Kamu, Sinopsis Episod Akhir Drama Kan Kukejar Cinta Kamu, Episod 28 Drama Kan Kukejar Cinta Kamu, Drama Melayu, Drama Bersiri, Slot MegaDrama, Astro Ria, Drama Adaptasi Novel, Novel Kan Kukejar Cinta Kamu, Drama Astro 2018 / 2019, Cast, Pelakon Drama Kan Kukejar Cinta Kamu, Amyra Rosli, Fendy Bakry, Delimawati, Hafidz Roshdi, Elya Miera, Syamim Farid, Doria Rachel Jolly, Natasya Mahyan, Mia Nasir, Safwan Nazri, Shah Hazvee, Hafizuddin Fadzil, Zarynn Min, Mahmud Alibashah, Rosnah Johari,
Episod Akhir Drama Kan Kukejar Cinta Kamu (Astro Ria)

Drama Kan Kukejar Cinta Kamu telah pun tamat episodnya, episod akhir drama Kan Kukejar Cinta Kamu ini iaitu episod 28 sudah pun disiarkan pada 31 Januari yang lalu di Astro Ria. Selepas ini, drama ini akan digantikan dengan drama baru yang bertajuk Senafas Rindu lakonan Syafiq Kyle dan Elizabeth Tan. Berbalik pada drama ini ianya dibarisi ramai pelakon hebat seperti Amyra Rosli, Fendy Bakry, Delimawati, Hafidz Roshdi, Elya Miera, Syamim Farid, Doria Rachel Jolly, Natasya Mahyan, Mia Nasir, Safwan Nazri, Shah Hazvee, Hafizuddin Fadzil, Zarynn Min, Mahmud Alibashah, Rosnah Johari dan ramai lagi. Ending drama Kan Kukejar Cinta Kamu ini memang happy ending gitu. Lebih menarik bila di penghujung drama ini, ada ditunjukkan scene - scene tak jadi gitu, pastu kat akhir sekali ada pula Lisa Surihani hehehe. Jadi dalam entry ini aku nak share sinopsis ringkas episod akhir drama Kan Kukejar Cinta Kamu di bawah ini.




Sinopsis Episod Akhir Drama Kan Kukejar Cinta Kamu

Alma (Amyra Rosli) dan Raiyan (Fendy Bakry) dah keluar dari rumah Nek Bonda untuk memberi pengajaran pada Nek Bonda (Delimawati). Namun Alma risau dengan keadaan ibu mertuanya yang terpaksa melayan kerenah Nek Bonda yang semakin teruk itu. Nek Bonda masih dengan perangai lamanya dan melayan menantunya Nazurah (Rosnah Johari) dengan kasar sekali. Hal itu menyebabkan Nisa memarahi Nek Bonda kerana tak tahan melihat Nek Bonda melayan ibunya sebegitu rupa. Tak lama kemudian Nek Bonda bermimpi akan anaknya Muzzamil yang pulang ke rumah dan menasihati Nek Bonda supaya berubah sikap. Akhirnya Nek Bonda mula insaf dan meminta maaf pada menantunyu Nazurah, juga pada Alma. Keluarga Alma juga turut datang melawat Nek Bonda dan Nek bonda menggunakan kesempatan itu untuk meminta maaf pada ayah Alma iaitu Hakim. Tak lama kemudian Raiyan membawa Alma bercuti ke Ireland yang merupakan tempat mereka bertemu dan bercinta dulu. Di situ Alma memberitahu Raiyan satu berita gembira, dimana dia sudah mengandung dan Raiyan berasa sangat gembira. 
Read More


My Random Post