24 Jul 2023

Drama Chinta Wrong Direction Di Astro Ria



Drama Chinta Wrong Direction, Sinopsis Drama Chinta Wrong Direction, Drama Slot MegaDrama Astro Ria, Drama Astro Ria, Drama Chinta Wrong Direction Cast, Pelakon - Pelakon Drama Chinta Wrong Direction, Drama Chinta Wrong Direction Episod 1 Hingga 20, Hun Haqeem,

Drama Chinta Wrong Direction sudah pun disiarkan di slot MegaDrama Astro Ria bermula 26 Jun yang lalu, setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10 malam. Drama Chinta Wrong Direction ini mempunyai 20 episod dan disiarkan bagi menggantikan Drama Andai Itu Takdirnya yang telah tamat episodnya. Antara pelakon Drama Chinta Wrong Direction ini adalah Hun Haqeem, Erysha Emyra, Raff Roslee, Kimberly Chuah, Hilal Azman, Nada Nursyuhada, Zarynn Min, Wan Nor Azlin, Azhar Amir, Sharifah Shahora, Shaza Bae dan ramai lagi. Selain itu drama Chinta Wrong Direction ini diinspirasikan daripada novel Chinta karya novelis Norhayati Berahim. Drama ini diarahkan oleh Hadith Omar dan diterbitkan oleh Juita Viden Sdn Bhd. Diam tak diam dah dekat nak habis dah drama ini, apa pun jom tengok watak - watak pelakon serta sinopsis drama ini di bawah okey..

Watak - Watak Pelakon Drama Chinta Wrong Direction

Hun Haqeem sebagai Raja Akid
Erysha Emyra sebagai Chinta
Raff Roslee sebagai Fuad
Kimberly Chuah sebagai Candy
Hilal Azman sebagai Kamal
Wan Nor Azlin sebagai Molek
Azhar Amir sebagai Raja Haidar
Sharifah Shahora sebagai Puan Shima
Nada Nursyuhada sebagai Zara
Auni Yusri sebagai Farah
Zarynn Min sebagai Nurseha 
Hazeeq Dean sebagai Saiful
Faris Nabil sebagai Faiz
Ikhwan Khairudin sebagai Rodin
Shaza Bae sebagai Akma
Lydiawati sebagai Yong




Sinopsis Drama Chinta Wrong Direction Lakonan Hun Haqeem dan Erysha Emyra

Menyusuri kisah Chinta dan Raja Akid yang datang dari latar belakang keluarga pincang, namun membentuk dua peribadi yang berbeza hingga mereka saling melengkapi dalam mengatasi kekurangan diri dan menjayakan rumah tangga mereka.
Chinta hidup dalam kesengsaraan bersama ayahnya yang sering menghukum dan mencari kesalahannya. Manakala Raja Akid pula mempunyai trauma terhadap golongan wanita yang berpunca daripada kesilapan ibunya dalam perhubungan. Disebabkan itu, Raja Akid sering mengelak daripada menjalinkan hubungan dengan mana-mana wanita sehingga dia bertemu dengan Chinta di tempat kerjanya. Kehadiran Chinta dalam hidupnya membuatkan dia lebih selesa. Namun, Raja Akid berbelah bahagi terhadap perasaannya kepada Chinta serta kebenciannya terhadap wanita. Walaupun kedua-duanya perlu mengharungi pelbagai masalah keluarga yang rumit, keberadaan di sisi masing-masing membuatkan kehidupan mereka berasa bahagia.

Lagu Tema / OST Drama Chinta Wrong Direction

💟 Langit Yang Sama nyanyian Dalia Farhana 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post