30 Jan 2019

Episod Akhir Drama Pujaan Hati Kanda




Pujaan Hati Kanda, Drama Pujaan Hati Kanda, Drama Melayu, Drama Best, Drama Adaptasi Novel, Slot Akasia, TV3, Trending Di Twitter, Ending Drama Pujaan Hati Kanda, Episod Akhir Drama Pujaan Hati Kanda, Cast, Pelakon Drama Pujaan Hati Kanda, Remy Ishak, Mira Filzah, Sarah Hildebrand, Syazwan Zulkifly, Azar Azmi, Reen Rahim, Aida Khalida, Dian P. Ramlee, Elisya Sandha, Mustaqim Bahadon,
Episod Akhir Drama Pujaan Hati Kanda (episod 28)

Tamat sudah drama Pujaan Hati Kanda yang menjadi kesukaan ramai penonton, lebih menarik bila 2 drama lakonan Remy Ishak dan Mira Filzah iaitu drama ini Pujaan Hati Kanda dan drama Lelaki Kiriman Tuhan tamat pada hari yang sama, iaitu pada 28 Januari lalu. Malah populariti Mira Filzah dan Remy Ishak turut melonjak naik, makin popular gitu. Drama Pujaan Hati Kanda ini dibintangi oleh Remy Ishak, Mira Filzah, Sarah Hildebrand, Syazwan Zulkifly, Azar Azmi, Reen Rahim, Aida Khalida, Dian P. Ramlee, Elisya Sandha, Mustaqim Bahadon dan ramai lagi. Ending Drama Pujaan Hati Kanda ini memang happy ending gitu bila semua rahsia dan misteri terungkai sudah. Drama ini berakhir dengan scene majlis sambutan hari lahir Baby Iqy serta babak Tiara dan Danny yang sedang berbual mesra gitu. Agak sayang sedikit bila di episod akhir drama ini tak ada pula scene yang membabitkan kakak Tiara iaitu Suria (lakonan Reen Rahim tu). Teringin juga nak tengok mak dan kakak Tiara datang KL gitu kan, mesti lawak dengan gelagat si Suria tu kalau dia datang KL hehe.




Watak Pali juga tak ada di episod akhir drama Pujaan Hati Kanda ini, tapi si Fati / Fatimah tu dah nampak normal dan okey di episod akhir ni, nampak baik je si Fatimah ni bila dia dah sembuh dari kemurungan dan gila tu ehehhe. Di episod akhir drama ini, tumpuan lebih diberikan untuk penyatuan keluarga Danny, dimana atuk dan nenek Danny ingin menyatukan keluarga mereka dan pergi memujuk dan meminta maaf pada abang Danny iaitu Danial. Malah Danny juga turut membantu suami Fatimah iaitu Syafik dengan memberinya pekerjaan dan tempat tinggal baru serta tetap menganggap baby Iqy sebagai anaknya. Malah Nadine pula bahagia dengan hidupnya dan sudah berkahwin dengan pilihan hatinya iaitu Fikri (lakonan Nabil Mahir). Selepas ini drama ini akan digantikan dengan drama baru iaitu drama Dia Menantu Rahsia lakonan Ashraf Muslim dan Raysha Rizrose.
Read More

29 Jan 2019

Review Drama Korea Terrius Behind Me




Terrius Behind Me, My Secret Terrius, Korean Drama, Drama Korea 2018, Drama Korea Terrius Behind Me, Korean Drama Terrius Behind Me, Poster Terrius Behind Me, K - Drama, Terrius Behind Me Cast, Pelakon Drama Korea Terrius Behind Me, So Ji Sub, Jung In Sun, Son Ho Jun, Im Se Mi, Kim Sung Joo, Eom Hyo Seop, Seo Yi Sook, Cho Tae Kwan, Kim Yeo Jin, Kang Ki Young, Nam Gyu Ri, So Ji Sub Drama, Best Drama, Review By Miss Banu, My Opinion, Ulasan Drama Korea Terrius Behind Me,
Terrius Behind Me / My Secret Terrius - Korean Drama Review

Seperti biasa, hari ini aku nak buat review drama Korea yang bertajuk Terrius Behind Me / My Secret Terrius yang release pada 27 September 2018 dan tamat pada 15 November yang lalu. Antara pelakon drama Korea Terrius Behind Me ini adalah So Ji Sub, Jung In Sun, Son Ho Jun, Im Se Mi, Kim Sung Joo, Eom Hyo Seop, Seo Yi Sook, Cho Tae Kwan, Kim Yeo Jin, Kang Ki Young, Nam Gyu Ri dan ramai lagi. Drama ini mempunyai 32 episod, setiap episod hanya setengah jam dan disiarkan di channel MBC manakala screenwriter drama ini adalah orang yang sama menulis skrip untuk drama Shopping King Louis. Korean Drama Terrius Behind Me ini juga adalah drama comeback So Ji Sub setelah lama tak muncul dalam drama, kali terakhir dia berlakon drama pada tahun 2015 iaitu menerusi drama popular Oh My Venus bersama Shin Min Ah. Selain itu drama ini disiarkan bagi menggantikan drama Time dan kemudian akan digantikan dengan drama Korea Children Of Nobody. Lebih menarik bila drama Terrius Behind Me ini turut shooting di luar negara iaitu di Warsaw Poland. 

Awalnya pelakon Lee Yoo Young dan Yoo In Na telah ditawarkan menjadi heroin drama ini namun mereka menolak dan akhirnya watak Go Ae Rin itu menjadi milik Jung In Sun. Terrius yang dijadikan tajuk drama ini merujuk pada nama samaran / nama khas watak Kim Bon ketika dia sedang bertugas sebagai Agent NIS dan ketika berada dalam misi penting. Ternyata So Ji Sub membuat pilihan tepat untuk berlakon dalam drama ini kerana drama Terrius Behind Me ini telah menang besar dalam 2018 MBC Drama Awards. So Ji Sub telah menang Grand Prize, dia juga menang anugerah Best Actor juga menerusi drama ini. Malah heroin drama ini iaitu Jung In Sun turut menang anugerah Excellent Actress, malah Kang Ki Young juga turut menang pelakon pembantu lelaki terbaik menerusi drama ini. Selain itu drama Korea Terrius Behind Me ini juga turut menang Best Screenplay serta Best Drama Selected By Viewers. Jadi drama ini memang menang banyak anugerah, so rugi kalau tak tengok hehehe.
Terrius Behind Me, My Secret Terrius, Korean Drama, Drama Korea 2018, Drama Korea Terrius Behind Me, Korean Drama Terrius Behind Me, Poster Terrius Behind Me, K - Drama, Terrius Behind Me Cast, Pelakon Drama Korea Terrius Behind Me, So Ji Sub, Jung In Sun, Son Ho Jun, Im Se Mi, Kim Sung Joo, Eom Hyo Seop, Seo Yi Sook, Cho Tae Kwan, Kim Yeo Jin, Kang Ki Young, Nam Gyu Ri, So Ji Sub Drama, Best Drama, Review By Miss Banu, My Opinion, Ulasan Drama Korea Terrius Behind Me,
Agak seronok melihat telatah Kim Bon lakonan So Ji Sub melayan kanak - kanak dalam drama ini. Anak - anak Go Ae Rin tu memang sangat comel dan adorable gitu serta sangat hyper aktif hehe. Aku juga terhibur melihat kerenah semua penghuni King Castle itu terutamanya jiran - jiran Go Ae Rin tu. Ikutkan aku tak minat sangat isu - isu atau masalah yang berlaku dalam NIS tu sebab aku lebih tertarik dengan hal - hal dan masalah Go Ae Rin tu je. Tapi tak sangka ada juga plot twist dalam drama ini terutamanya untuk watak ketua Agent NIS tu. Agak pelik melihat pelakon Im Se Mi berambut pendek dalam drama ini, sebab aku dah terbiasa tengok dia berambut panjang. Walaupun Jung In Sun adalah pilihan ketiga untuk watak Go Ae Rin tu, tapi dia berjaya membawa wataknya dengan baik sekali, siap menang award gitu. Scene ketika Go Ae Rin setuju untuk menyamar jadi orang gaji tu untuk menolong pihak NIS tu agak pelik bagi aku, yela bahaya kot dah lah dia ada anak - anak yang masih kecil lagi tu tapi sanggup buat kerja yang berbahaya.




Selain itu memang nampak yang Go Ae Rin dan Kim Bon saling menyukai antara satu sama lain tapi sampai ke akhir tak tunjuk pula diorang benar - benar bercinta ke apa ke. Cuma selepas itu Go Ae Rin akan bertugas dan melakukan penyamaran sebagai agent NIS juga. Apa pun ending Korean Drama Terrius Behind Me ni stil happy ending juga. Secara keseluruhannya drama ini kira okey juga dan aku bagi 7/10 bintang untuk drama ini. Apa pun jom tengok sinopsis drama Korea Terrius Behind Me di bawah ini ye..

Go Ae-Rin (Jung In-Sun) suddenly loses her husband. A mysterious man, Kim Bon (So Ji-Sub), lives next door. Kim Bon is a legendary NIS agent. 3 years ago, he was involved in a failed secret operation and the woman he loved died. He has since become disconnected with the world and lives alone quietly. He helps his neighbor Go Ae-Rin uncover a conspiracy, which her husband became involved with.
Read More

27 Jan 2019

Sinopsis Telemovie Bayang - Cerekarama TV3




Bayang, Telemovie Bayang, Telefilem Bayang, Cerekarama, TV3, Cerekarama Bayang, Sinopsis Telefilem Bayang, AJL33, Cast, Cerekarama 2019, Pelakon Telemovie Bayang, Sufian Suhaimi, Elisya Sandha, Aleza Shadan, Riena Diana, Idzham Ismail,

Telefilem Bayang akan disiarkan di slot Cerekarama TV3 pada 26 Januari 2019 ini, telemovie Bayang ini disiarkan khas sempena AJL33 (Anugerah Juara Lagu Ke - 33) yang akan berlangsung pada awal bulan Februari nanti. Antara pelakon telemovie Bayang ini adalah Sufian Suhaimi, Elisya Sandha, Aleza Shadan, Riena Diana, Idzham Ismail, Zul Huzaimy, Dato Eizlan Yusof dan ramai lagi. Selain itu telemovie Bayang ini diarahkan oleh Zul Huzaimy dan diterbitkan oleh Primeworks Studios Sdn Bhd. Rasanya ini first time aku tengok Sufian Suhaimi berlakon gitu. Apa pun jom tengok sinopsis ringkas telemovie ini di bawah ye..




Sinopsis Cerekarama Bayang TV3

Kisah Pyan (Sufian Suhaimi), seorang lulusan universiti jurusan medic yang tidak meneruskan kerja dalam bidang yang dipelajarinya demi menjaga ibunya yang sentiasa sakit dan adiknya yang masih bersekolah yang akan menghadapi peperiksaan SPM. Dia mengalas tangungjawab ketua keluarga setelah ayahnya meninggal dunia. Dialah punca pendapatan keluarga. Dia terpaksa membuat dua kerja, siang dia sebagai penghantar surat dan malamnya dia adalah penyanyi kesukaan ramai di tepi jalan atau lebih dikenali sebagai busker. Nyanyiannya yang cukup merdu menarik ramai orang. Termasuklah seorang gadis yang tak akan ‘missed’ mendengar lagu nyanyian Pyan. Dia terpegun dan terhibur. Gadis itu sentiasa akan singgah ketempat Pyan menyanyi setelah habis kelas. Gadis tersebut bernama Maya (Elisya Sandha), tak lama kemudian Pyan dan Maya mula rapat dan Pyan turut mengetahui yang Maya berdepan dengan masalah besar dan nekad ingin membantunya. Apa yang berlaku seterusnya?..
Read More

25 Jan 2019

Cara Mendukung & Mengangkat Kucing Dengan Betul




Kucing, Cat, Tips, Cara - Cara, Tips Mengangkat dan Mendukung Kucing Dengan Betul, Cara Mengangkat Kucing Dengan Betul, Video, My Cat, Kucing Kesayanganku, How To Pick Up A Cat Like A Pro,
Cara Mendukung dan Mengangkat Kucing Dengan Betul

Hari ini aku nak share cara mendukung dan mengangkat kucing dengan betul, kucing pun ada banyak perangai, ada yang suka didukung di bahu, ada yang tak suka, jadi kena tahu cara yang betul untuk mengangkat dan mendukung kucing ni. Aku suka juga angkat kucing dan letak diorang atas bahu, tapi diorang duduk elok sekejap jela, dalam seminit, lepas tu dah kecoh nak turun dari bahu hehe. Dulu aku tak tahu cara betul nak angkat kucing ni, tapi lepas tengok satu video ni, baru aku tahu cara yang betul. So aku akan kongsikan video tersebut di bawah ini ye. Selamat menonton dan semoga semua kucing kita happy dan sihat sentiasa, amin...


Read More

24 Jan 2019

Biodata Terkini Azar Azmi




Azar Azmi, Biodata, Profil, Biodata Azar Azmi, Biodata Penuh Azar Azmi, Biodata Lengkap Azar Azmi, Pelakon Malaysia, Biodata Terkini Azar Azmi, Gambar Terkini Azar Azmi, 2019, Senarai Drama Lakonan Azar Azmi, Senarai Telefilem Lakonan Azar Azmi, Foto Terkini Azar Azmi, Media Sosial Azar Azmi,
Biodata Pelakon Malaysia - Azar Azmi

Hari ini aku nak share serba sedikit mengenai biodata pelakon Malaysia yang namanya sedang meningkat naik iaitu Azar Azmi. Aku first kenal dan tengok lakonan Azar Azmi ini dalam telemovie Bayangan Emilia, masa ni dia berlakon dengan Fattah Amin. Terbaru Azar Azmi ini akan melakonkan watak Sabrina dalam drama bersiri Dua Takdir Cinta yang tengah hangat bersiaran di slot Tiara, Astro Prina sekarang ini, Malah dia juga popular dengan watak Juita dalam drama popular TV3 iaitu Nur 2. Rupa - rupanya Azar Azmi ini juga adalah bekas peserta Dewi Remaja 2009 / 2010 satu batch dengan Neelofa, Izara Aishah, Anzalna, Ramona Zam Zam dan Syatilla Melvin. Apa pun jom tengok profil / biodata lengkap Azar Azmi di bawah ini ye..




Biodata Penuh Azar Azmi (Pelakon Malaysia)

Nama Penuh : Siti Azar Ameerah binti Azmi
Nama Komersil : Azar Azmi
Umur : 30 Tahun
Tarikh Lahir: 13 Mac 1989
Asal: Rembau, Negeri Sembilan
Kerjaya: Pelakon, Model dan Usahawan (Azar merupakan pengasas yang mengusahakan produk kosmetik ZS Instant White dan butik AZARHOF)
Media Sosial Azar Azmi: https://www.instagram.com/azarazmi/
Azar Azmi, Biodata, Profil, Biodata Azar Azmi, Biodata Penuh Azar Azmi, Biodata Lengkap Azar Azmi, Pelakon Malaysia, Biodata Terkini Azar Azmi, Gambar Terkini Azar Azmi, 2019, Senarai Drama Lakonan Azar Azmi, Senarai Telefilem Lakonan Azar Azmi, Foto Terkini Azar Azmi, Media Sosial Azar Azmi,
Senarai Drama Lakonan Azar Azmi: Dua Takdir Cinta, Dia Adelia, Cetera Hati Diya, Nur 2, Plan Cinta, Pujaan Hati Kanda, Terbaik Dariku, Cinta Fatamorgana, Isteri Untuk Diiktiraf, Tiada Arah Jodoh Kita, Gerak Khas, Red Velvet, Syurgaku Tak Sempurna, Biar Aku Jadi Penunggu, Suri Hati Mr. Pilot, Mukhlis 2, Mr. Boss Miss Stalker.
Senarai Telefilem / Telemovie lakonan Azar Azmi : Mohon Hantuan, Misteri Akil Balik, Kenduri Hari Merdeka, Taubatku, Uniknya Cinta, Bayangan Emilia dan banyak lagi.
Teater : Pawana Isabella
Read More

22 Jan 2019

Baca Online Novel Setelah Cinta Itu Pergi




Setelah Cinta Itu Pergi, Novel Setelah Cinta Itu Pergi, Karya East Diani, Drama Adaptasi Novel, Novel Online, Baca Online Novel Setelah Cinta Itu Pergi Bab 1 Hingga Bab 11, Novel, Drama Setelah Cinta Itu Pergi, Watak dan Senarai Pelakon Drama Setelah Cinta Itu Pergi, Cover Depan Novel Setelah Cinta Itu Pergi, Drama Melayu, Slot Samarinda, TV3, Fahrin Ahmad, Nina Iskandar, Julia Farhana Marin, Azrel Ismail, Aprena Manrose, Shah Jaszle, Drama Melayu 2019,
Baca Online Novel Setelah Cinta Itu Pergi (Drama Adaptasi Novel)

Novel Setelah Cinta Itu Pergi karya East Diani ini telah pun diadaptasikan menjadi drama bersiri 20 episod yang disiarkan di Slot Samarinda TV3, sejak 17 Januari 2019 yang lalu, iaitu setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam. Watak - watak dan senarai pelakon drama Setelah Cinta Itu Pergi adalah seperti di bawah ini - 
Nina Iskandar sebagai Marina
Fahrin Ahmad sebagai Ikram
Julia Farhana Marin sebagai Insyirah
Shahz Jaszle sebagai Muiz Lukman
Azrel Ismail sebagai Adam
Fizo Omar sebagai Idlan
Nik Adam Mika sebagai Muiz Danish
Oktovia Manrose sebagai Jehan
Syakilah Rahmad sebagai Zahirah
Faye Kusairi sebagai Shahida
Asry Azizan sebagai Farok




Kalau korang nak baca sinopsis drama Setelah Cinta Itu Pergi boleh klik ➔ SiNi.. dan korang juga boleh baca Novel Setelah Cinta Itu Pergi secara online saja, dengan cara klik link di bawah ini okey, selamat membaca ye.

Baca Online Novel Setelah Cinta Itu Pergi Bab 1 Hingga Bab 11

➤ Bab 1Bab 2Bab 3Bab 4Bab 5Bab 6
➤ Bab 7Bab 8Bab 9Bab 10Bab 11
Read More

20 Jan 2019

Sinopsis Telemovie Lelaki Kelas Sebelah - Cerekarama TV3




Lelaki Kelas Sebelah, Telemovie Lelaki Kelas Sebelah, Telefilem Lelaki Kelas Sebelah, Cerekarama, TV3, Cerekarama 2019, AJL33, Telefilem Khas Sempena Anugerah Juara Lagu Ke - 33, Cast, Pelakon Telemovie Lelaki Kelas Sebelah, Nabila Razali, Ismail Izzani, Adam Shadan, Alya Iman, Najua P. Ramlee, Luqman Hafidz, Sinopsis Telemovie Lelaki Kelas Sebelah,
Sinopsis Telefilem Lelaki Kelas Sebelah Slot Cerekarama TV3

Satu telefilem khas yang bertajuk Lelaki Kelas Sebelah akan disiarkan di slot Cerekarama TV3 pada 19 Januari 2019 ini sempena AJL33 (Anugerah Juara Lagu Ke - 33) yang akan berlangsung pada bulan Februari nanti. Antara pelakon telemovie Lelaki Kelas Sebelah ini adalah Nabila Razali, Ismail Izzani, Adam Shadan, Alya Iman, Najua P. Ramlee, Luqman Hafidz dan ramai lagi. Kalau tak silap aku, ni kali kedua aku tengok Ismail Izzani berlakon dalam telemovie gitu. Manakala pengarah telemovie Lelaki Kelas Sebelah ini adalah Hadith Omar dan diterbitkan oleh Pena Creative Pictures Sdn Bhd. Kalau tengok dari iklan kat TV tu memang nampak best telefilem ini, apa pun jom tengok sinopsis ringkas telemovie ini di bawah ye.




Sinopsis Telemovie Lelaki Kelas Sebelah Lakonan Nabila Razali dan Ismail Izzani

Selepas kematian ibu dan ayahnya, Nona (lakonan Nabila Razali) tinggal bersama mak cik dan abangnya, Bawan. Nona meminati Anas (Ismail Izzani), seorang penyanyi instafamous yang juga belajar di kolej yang sama dengannya. Apa yang berlaku seterusnya? dapatkah Nona rapat dengan Anas?...
Read More

19 Jan 2019

Episod Akhir Drama Jika Masih Ada Rindu (TV3)




Jika Masih Ada Rindu, Drama Jika Masih Ada Rindu, Ending Drama Jika Masih Ada Rindu, Episod 15 Drama Jika Masih Ada Rindu, Episod Akhir Drama Jika Masih Ada Rindu, Cast, Pelakon Drama Jika Masih Ada Rindu, Kamal Adli, Siti Saleha, Fazlina Ahmad Daud, Ellyas Abdullah, Zarynn Min, Ezzaty Abdullah, Meor Mohd, Syafnida Shuhaimi, Syamin Azlah, Ku Zara Eryna, Aznah Hamid, Sinopsis Episod Akhir Drama Jika Masih Ada Rindu,
Episod Akhir Drama Jika Masih Ada Rindu

Akhirnya tamat sudah drama 15 episod Jika Masih Ada Rindu yang disiarkan di slot Samarinda TV3. ini, drama ini akan digantikan dengan drama Setelah Cinta Itu Pergi. Sekarang ini lebih mudah nak menonton drama - drama TV3 kerana pihak TV3 akan turut mengupload drama - drama mereka di Youtube juga. Secara jujurnya aku memang suka jalan cerita drama Jika Masih Ada Rindu ini, plus gandingan Kamal Adli dan Siti Saleha juga sangat serasi dan best. Aku suka tengok Siti Saleha dalam drama Jika Masih Ada Rindu ni sebab dia cantik sangat especially bila dia dah dapat kerja kat pejabat Johan tu hehe. Drama Jika Masih Ada Rindu ini dibintangi oleh Kamal Adli, Siti Saleha, Fazlina Ahmad Daud, Ellyas Abdullah, Zarynn Min, Ezzaty Abdullah, Meor Mohd, Syafnida Shuhaimi, Syamin Azlah, Ku Zara Eryna, Aznah Hamid dan ramai lagi. 

Selain itu drama ini turut shooting di Indonesia gitu, pasni aku akan rindu dengan gandingan Siti Saleha dan Kamal Adli ni. Manakala Ending Drama Jika Masih Ada Rindu ni memang happy ending gitu, bila semua watak menemui kebahagiaan masing - masing. Sweet tengok ending drama ini bila Wahida dan Hisyam berlari - lari anak dalam masjid tu sebab nak cepat dan takut tok kadi balik hehe. Apa pun dalam entry ini aku akan share sinopsis episod akhir drama Jika Masih Ada Rindu di bawah ini, jadi selamat membaca okey.




Sinopsis Episod Akhir Drama Jika Masih Ada Rindu (episod 15)

Seperti yang dijangka Wahida tak jadi berkahwin dengan Johan apabila Johan membuat keputusan meninggalkan majlis akad nikahnya itu. Namun Wahida langsung tidak marah dan memahami tindakan Johan itu yang berbuat demikian kerana Wahida dapat mengagak yang Johan sebenarnya mencintai Laila. Kemudian Wahida memutuskan untuk pergi honeymoon seorang diri di Bandung Indonesia kerana dia berasa rugi jika tidak pergi kerana Johan sudah membuat tempahan terlebih dahulu. Tambahan lagi tempat tersebut banyak meninggalkan kenangan manis buat Wahida kerana tempat itu juga adalah tempat yang sama dia pergi dengan Hisham ketika honeymoon dulu. Malah secara kebetulan juga Hisham turut berada di Bandung untuk bercuti sekejap selepas urusan kerjanya selesai. 

Mak Hisham iaitu Datin Embun akhirnya mengetahui perkara sebenar dari kawan baik Wahida iaitu Su yang Wahida tak jadi kahwin. Manakala Johan pula pergi mencari Laila di rumah ibu bapa Laila di Johor dan Laila pula masih sukar untuk melupakan bossnya itu iaitu Johan. Laila berasa sangat terkejut bila melihat Johan berada di depan matanya dan Johan turut memberitahu yang dirinya tak jadi kahwin kerana dia mencintai orang lain iaitu Laila. Manakala Laila pula menyuruh Johan untuk pergi berjumpa dengan bapanya jika benar mencintainya. Hisham pula terkejut apabila terserempak dengan Wahida di Bandung, Hisham menyangka yang Wahida tengah berbulan madu dengan Johan disitu. Wahida tak sempat nak menerangkan hal sebenar kerana Hisham ingin cepat beredar dari situ kerana risau jika terserempak dengan Johan kerana risau kalau Johan salah faham dengan kehadirannya disitu.

Akhirnya Wahida hanya membiarkan Hisham berlalu pergi. Selepas itu ada beberapa kali Wahida dan Hisham terserempak. Tak lama kemudian datin Embun menelefon Hisham dan memberitahu Hisham tentang Wahida yang tak jadi kahwin dengan Johan. Hisham kemudiannya bergegas pergi mencari Wahida dan akhirnya menjumpai Wahida. Hisham meminta Wahida untuk memberinya peluang kedua dan berjanji akan membahagiakannya. Hisham hampir putus asa melihat Wahida hanya mendiamkan dirinya. Tapi akhirnya Wahida tersenyum dan bersetuju untuk memberikan Hisham peluang kedua. Setelah kembali ke Kuala Lumpur, Hisham dan Wahida pergi berjumpa dengan mak Wahida untuk meminta restu untuk berkahwin. Akhirnya mak Wahida merestui dan bersetuju untuk Wahida bernikah kembali dengan Hisham. 

Majlis akad nikah diadakan di masjid, namun kelibat Wahida masih tidak muncul. Hal tersebut membuatkan Datin Embun dan Hisham berasa tidak sedap hati dan bimbang. Hisham kemudian cuba menunggu Wahida di depan pintu masjid namun Wahida masih tidak muncul. Hisham hampir - hampir ingin membatalkan majlis akad nikah tersebut, sehinggalah ada seseorang memberitahunya yang pengantin perempuan sudah sampai. Wahida pula agak kelam kabut dan bergegas ke dalam masjid kerana sedar dirinya dah datang lambat sangat. Wahida kemudian berlari dan akhirnya terserempak dengan Hisham dan akhirnya mereka bernikah buat kali kedua dan bahagia.  
Read More

17 Jan 2019

Biodata Haneesya Hanee - Bekas Juara Dewi Remaja 2018 / 2019




Haneesya Hanee, Biodata Haneesya Hanee, Biodata Lengkap Haneesya Hanee, Juara Dewi Remaja 2018 / 2019, Pelakon Drama Cik Reen Encik Ngok Ngek, Kontroversi Haneesya Hanee, 2019,
Biodata Lengkap Bekas Juara Dewi Remaja 2018 / 2019 - Haneesya Hanee

Model dan pelakon Haneesya Hanee akhirnya dinobatkan sebagai Juara Dewi Remaja Edisi 2018 / 2019. Ikutkan sebelum Haneesya Hanee ni join Dewi Remaja lagi, ramai yang dah kenal dia sebab dia ada berlakon sebagai Zaza dalam drama Cik Reen Encik Ngok Ngek. Kemudin dia juga ada muncul dalam muzik video Andi Bernadee untuk lagu popular Satu Peluang yang juga OST untuk drama Cik Reen dan Encik Ngok Ngek itu. Rasanya ramai finalis Dewi Remaja, especially juara - juara Dewi Remaja edisi terdahulu dah berjaya dengan karier lakonan masing - masing. Apa pun jom tengok profil / biodata Haneesya Hanee ini di bawah ye.




Biodata Terkini Haneesya Hanee

Nama Penuh: Sharifah Haneesya Binti Sayed Sahlan
Nama Komersil : Haneesya Hanee
Umur: 19 Tahun (2019)
Tarikh Lahir: 11 Februari 2000
Asal : Kuala Lumpur
Berat : 60 kg
Tinggi : 170 cm
Kerjaya : Model dan juga Pelakon
Anugerah: Juara Dewi Remaja 2018 / 2019
Senarai Drama Lakonan Haneesya Hani : Cik Reen Encik Ngok Ngek
Muzik Video : Satu Peluang (Andi Bernadee)
Media Sosial Haneesya Hanee : https://www.instagram.com/haneesyahanee/
Fakta Menarik Mengenai Haneesya Hanee
- Haneesya ingin mewujudkan kesedaran tentang isu yang dihadapinya seperti Disleksia, Scoliosis & Thalassemia.
Kontroversi: Baru saja menang dah ada satu video yang kurang best dah viral mengenai Haneesya Hanee dan beberapa budak Dewi Remaja yang lain. Adakah kejuaraannya akan ditarik balik?..
Update! - 17/1/2019
➤ Gelaran Dewi Remaja 2018 / 2019 yang dimenangi oleh Haneesya Hanee telah ditarik balik kerana didapati telah melanggar kontrak Dewi Remaja. Selain itu tempat Haneesya Hanee sebagai Dewi Remaja tidak akan diganti oleh penyandang kedua. Ini bermakna Dewi Remaja 2018 / 2019 tiada pemenang.
Gelaran Dewi Remaja Haneesya Hanee ditarik balik, Dewi Remaja, Dewi Remaja 2018 / 2019, Majalah Remaja, Haneesya Hanee, Tiada Pemenang Untuk Dewi Remaja 2018 / 2019,
Gelaran Dewi Remaja 2018 / 2019 telah ditarik balik
Read More

15 Jan 2019

Review Drama Korea Lovely Horribly




Lovely Horribly, Drama Korea, Korean Drama, Drama Korea 2018, Korean Drama Lovely Horribly, Sinopsis Drama Korea Lovely Horribly, Song Ji Hyo Drama, Channel KBS World, Poster Drama Lovely Horribly, Lovely Horribly Cast, Pelakon Drama Korea Lovely Horribly, Park Si Hoo, Song Ji Hyo, Lee Gi Kwang, Ham Eun Jung, Choi Yeo Jin, Hwang Sun Hee, Jang Young Nam, Sung Doo Sub, Lovely Horribly Review, Horror Romantic Comedy,
Lovely Horribly - Korean Drama Review

Okey hari ini aku nak buat review drama Korea Lovely Horribly yang mula disiarkan di channel KBS2 / KBS World pada 13 Ogos  2018 dan tamat episodnya pada 2 Oktober yang lalu. Drama Korea Lovely Horribly ini dibintangi oleh Park Si Hoo, Song Ji Hyo, Lee Gi Kwang, Ham Eun Jung, Choi Yeo Jin, Hwang Sun Hee, Jang Young Nam, Sung Doo Sub dan ramai lagi. Selain itu drama ini bergenre seram dan romantik komedi dan disiarkan bagi menggantikan drama Korea Are You Human dan kemudian akan digantikan dengan drama Matrimonial Chaos. Park Si Hoo sebelum ini popular dengan drama My Golden Life dan kali ini bergandingan pula dengan Song Ji Hyo, ramai yang tak sabar nak menonton drama terbaru Song Ji Hyo kali ini. Lebih menarik bila Ha Dong Hoon / HaHa Running Man turut membuat special appearance dalam drama ini yang menjadi boyfriend pada Oh Eul Soon yang dilakonkan oleh Song Ji Hyo dan nak minta putus sebab tak tahan dengan nasib malang Oh Eul Soon yang turut kena pada dia hehe. Di permulaan cerita, memang drama ini kelihatan menyakinkan dan jalan ceritanya juga nampak best dan unik.




Tapi bila dah sampai di pertengahan cerita, storyline dia mula jadi serabut dan huru- hara sebab semua elemen nak dimasukkan. Selain itu ramai pula orang jahat pula dalam drama ini yang terdiri daripada manusia dan juga hantu hehe. Dah la Oh Eul Soon dan Yoo Philip (lakonan Park Si Hoo) ni sering bernasib malang dan bertukar - tukar giliran untuk mengalami nasib malang. Kemudian mereka diganggu pula dengan hantu Kim Ra Yeon dan hantu mak kandung Yoo Philip tu. Ni belum masuk lagi orang - orang jahat yang dengki dan berdendam dengan Yoo Philip serta Oh Eul Soon itu. Kemudian ada pula cerita pasal pokok bagai yang buat aku jadi keliru hahaha. Memang konfius dan serabut drama ini sampai rasa bosan pula nak tengok sampai habis. Malah Song Ji Hyo juga kelihatan serabut dalam drama ini hehehe mungkin sebab wataknya yang sering bernasib malang, jadi penampilannya juga sentiasa messy dan kelam - kabut. 
Lovely Horribly, Drama Korea, Korean Drama, Drama Korea 2018, Korean Drama Lovely Horribly, Sinopsis Drama Korea Lovely Horribly, Song Ji Hyo Drama, Channel KBS World, Poster Drama Lovely Horribly, Lovely Horribly Cast, Pelakon Drama Korea Lovely Horribly, Park Si Hoo, Song Ji Hyo, Lee Gi Kwang, Ham Eun Jung, Choi Yeo Jin, Hwang Sun Hee, Jang Young Nam, Sung Doo Sub, Lovely Horribly Review, Horror Romantic Comedy,
Lee Gi Kwang memang mencuri tumpuan gitu, dalam banyak - banyak watak, aku paling suka wataknya iaitu sebagai Lee Sung Joong yang sangat sweet dan adorable gitu. Wataknya sangat caring dan sentiasa protect Oh Eul Soon dari sebarang bahaya. Tapi nak buat macam mana bila watak si heroin lebih tertarik dengan hero utama bukan hero kedua hehehe. Ending drama ini happy ending tapi secara keseluruhannya aku tak begitu suka dengan jalan cerita drama ini terutamanya di bahagia pertengahan hingga ke akhir. Jadi aku bagi 5.7/10 bintang untuk Korean Drama Lovely Horribly ini. Sedikit sinopsis drama Korea Lovely Horribly ➔ Philip (Park Si-Hoo) and Eul-Soon (Song Ji-Hyo) were born at the same time and they seem to share fate. If one person is happy, the other person is unhappy. Philip has all the good luck in their fate and he is a top star. On the other, hand, Eul-Soon has all the bad luck and she works as a drama series screenwriter. They begin to work together for a drama series and mysterious things take place around them.
Read More

13 Jan 2019

Sinopsis Telemovie Dari Jauh (Cerekarama TV3)




Dari Jauh, Telemovie, Telefilem, Telemovie Dari Jauh, Telefilem Dari Jauh, AJL33, Cerekarama Dari Jauh, Slot Cerekarama, TV3, Dari Jauh Cast, Pelakon Telemovie Dari Jauh, Shiha Zikir, Ariff Bahran, Sandra, Liza Abdullah, Azhan Rani, Syazwan Zulkifly, Zazly Baginda, Shazzy Edora, Muhd Ameer Imran, Cerekarama 2019,
Sinopsis Telefilem Dari Jauh - Cerekarama TV3

Telefilem Dari Jauh akan disiarkan pada 12 Januari ini di slot Cerekarama TV3. Telemovie Dari Jauh ini disiarkan istimewa sempena #AJL33 (Anugerah Juara Lagu Ke - 33) yang akan berlangsung pada bulan Februari nanti. Telemovie Dari Jauh ini dibintangi oleh Shiha Zikir, Ariff Bahran, Sandra, Liza Abdullah, Azhan Rani, Syazwan Zulkifly, Zazly Baginda, Shazzy Edora, Muhd Ameer Imran dan ramai lagi. Manakala pengarah telemovie ini adalah Kyoll Hamzah dan merupakan terbitan Country Universal Sdn Bhd. Nampak menarik juga jalan cerita telemovie ini, apa pun jom tengok sinopsis telemovie Dari Jauh di bawah ini ye. 




Sinopsis Telemovie Dari Jauh - Cerekarama TV3


Ketika zaman kecilnya, Erul suka melihat persembahan ibunya, penyanyi kumpulan band kahwin, The Kugirans yang diketuai bapanya. Bagi Erul dan Emi, ibu bapa mereka individu paling 'cool' di dunia. Dalam perjalanan untuk menjayakan persembahan majlis kahwin, anggota band itu terbabit dalam kemalangan dan semuanya terkorban. Bermulah episod baru dalam hidup Erul dan Emi apabila mereka terpaksa tinggal bersama Pakcu. Pakcu terlalu garang, pantang silap sikit pasti dipukul. Dua beradik itu tertekan dan akhirnya Erul mengajak Emi melarikan diri. Mereka tiba di Kuala Lumpur dan hidup sebagai peminta sedekah dan penyanyi jalanan. Apa yang berlaku seterusnya?, dapatkah mereka bahagia akhirnya?.

Dari Jauh, Telemovie, Telefilem, Telemovie Dari Jauh, Telefilem Dari Jauh, AJL33, Cerekarama Dari Jauh, Slot Cerekarama, TV3, Dari Jauh Cast, Pelakon Telemovie Dari Jauh, Shiha Zikir, Ariff Bahran, Sandra, Liza Abdullah, Azhan Rani, Syazwan Zulkifly, Zazly Baginda, Shazzy Edora, Muhd Ameer Imran, Cerekarama 2019,
Read More

12 Jan 2019

8 Juta Special Bloglist Sayidah Napisah

8 Juta Special Bloglist Sayidah Napisah!, segmen bloglist, blog, blogger,

Hari ini aku nak join segmen 8 Juta Special Bloglist Sayidah Napisah, mana tau untung - untung boleh terpilih masuk bloglist ke kan. Tarikh tamat segmen ini adalah pada 26 Januari 2019 ini. Boleh klik Banner di atas kalau korang nak join segmen ini juga.
Cadangan saya, maybe Sayidah boleh banyakkan tips - tips blogging or maybe boleh kongsi cara untuk memupuk minat para pelajar untuk lebih menyukai subjek matematik hehe.



Read More

Giveaway Let's Beauty By Apekinah.com

Giveaway Let's Beauty By Apekinah.com, blogger, blog,

Hari ini aku nak join Giveaway Let's Beauty By Apekinah.com, untung - untung kalau ada rezeki bolehlah menang hadiah kan hehe. Tarikh tamat giveaway ini adalah pada 31 Januari 2019. Sila klik banner di atas ye, kalau korang pun nak join giveaway ini juga, good luck everyone..





Read More

11 Jan 2019

Movie Review - The Princess And The Matchmaker




The Princess And The Matchmaker, Movie Review, Ulasan Filem, Korean Movie Review, Korean Movie The Princess And The Matchmaker, 2018, Filem Korea The Princess And The Matchmaker, Lee Seung Gi Movie, Korean Movie 2018, Pelakon Filem The Princess And The Matchmaker, Cast, Lee Seung Gi, Shim Eun Kyung, Yeon Woo Jin, Kang Min Hyuk, Choi Woo Sik, Choi Min Ho (SHINEE), Historical Movie, Joseon,
The Princess And The Matchmaker - Korean Movie Review

Seperti biasa hari ini aku nak buat review filem Korea yang bertajuk The Princess and The Matchmaker yang release pada 28 Februari 2018 yang lalu. Ramai betul pelakon popular yang berlakon dalam Korean Movie The Princess And The Matchmaker ini seperti Lee Seung Gi, Shim Eun Kyung, Yeon Woo Jin, Kang Min Hyuk, Choi Woo Sik, Choi Min Ho (SHINEE) dan ramai lagi. Selain itu movie ini berlatarkan zaman Joseon gitu serta bergenre romantik komedi serta sedikit suspen. Tak silap aku movie The Princess And The Matchmaker ini dah shooting pada tahun 2015 tapi hanya tahun 2018 barulah movie ini release dan ditayangkan di pawagam. Rasanya mungkin sebab producer dan pengarah filem ini tunggu Lee Seung Gi menamatkan khidmat ketenteraannya selama 2 tahun dan kemudian baru release movie ini. Maklumlah Lee Seung Gi kan hero utama movie ini kan, plus movie ni release ketika drama terbaru lakonan Lee Seung Gi iaitu A Korean Odyssey tengah popular dan tengah hangat bersiaran di TV gitu. 




Tarikan utama movie ini mestilah sebab barisan pelakonnya yang sememangnya popular especially yang pelakon lelaki hehe. Manakala heroin movie ini biasa - biasa saja bagi aku. Pelakon semuanya dah best dan popular, malangnya jalan cerita movie ini agak terlalu simple and ringan. Scene paling suspen pun masa Princess Songhwa tu jumpa calon suaminya yang ketiga tu, yang mana awalnya dia kelihatan baik tapi sebenarnya gila dan psiko. Watak Lee Seung Gi sebagai Seo Do Yoon agak serius dan fokus dengan tugasnya sebagai seorang peramal hubungan / matchmaker dalam movie ini. Watak Choi Min Ho yang merupakan adik pada Seo Do Yoon dalam movie ini tidak banyak, aku rasa kalau watak dia tak ada pun tak apa hehehe. Rasanya ni first time aku melihat Choi Woo Sik melakonkan watak psiko yang betul - betul gila dan kejam, selalunya Choi Woo Sik kerap diberi watak budak baik gitu. Akhirnya dapat tengok Yeon Woo Jin melakonkan watak jahat semula hehe, rindu pula nak tengok dia berlakon watak jahat hehe, last drama dia jadi jahat iaitu dalam drama Arang And The Magistrate. Lepas tu dia berlakon jadi hero yang baik gitu. 

Berbalik pada movie ini, aku rasa jalan cerita movie ini terlampau longgar, malah talent serta populariti para pelakon movie ini pun tak mampu nak mencantikkan jalan ceritanya yang lemah. Malah ending movie The Princess And The Matchmaker ini juga agak tak logik kalau nak ikutkan zaman yang princess tu berada, sebab di zaman Joseon itu, tak ada puteri yang boleh bertindak sesuka hati. Apa pun ending movie ini stil happy ending. Korean Movie The Princess And The Matchmaker ini mengisahkan princess Songhwa yang enggan dijodohkan dengan seseorang yang dia tak kenal. Lalu bertindak keluar dari istana senyap –senyap dan menyamar. Dia kemudiannya pergi berjumpa dengan calon – calon bakal suaminya satu persatu untuk mengetahui personality mereka. Matchmaker Seo Do Yoon (Lee Seung Gi) sedar mengenai hal ini dan bertindak mengikut princess Songhwa dan menemaninya untuk berjumpa dengan calon – calon tersebut.

Calon bakal suaminya yang pertama masih lagi kanak – kanak. Manakala calon yang kedua adalah Kang Whi (lakonan Kang Min Hyuk) yang merupakan seorang lelaki kacak dan gentleman, malangnya dirinya adalah seorang playboy dan kaki perempuan. Calon yang ketiga adalah Nam Chi Ho (lakonan Choi Woo Sik) yang merupakan seorang psiko dan kejam. Dia juga bertindak memburu princess Songhwa selepas mengetahui yang princess Songhwa telah pecah masuk rumahnya dan bertemu dengan hamba – hambanya. Calon yang terakhir adalah Yoon Shi Kyung (lakonan Yeon Woo Jin) yang merupakan seorang jahat dan tamak. Dia bersetuju untuk berkahwin dengan princess Songhwa kerana ingin jawatan penting dalam kerajaan. Yoon Shi Kyung ini turut menggunakan adik Seo Do Yoon yang buta itu untuk mengugut Seo Do Yoon supaya memilih dirinya untuk princess Songhwa. Apa yang berlaku seterusnya.

Pendek katanya masa korang menonton movie ini, jangan letakkan harapan terlalu tinggi yang movie ni best gila. Apa pun aku bagi 5/10 Bintang untuk movie ini.
Read More

9 Jan 2019

Sinopsis Drama Sesegar Nailofar (TV1)




Sesegar Nailofar, Drama Sesegar Nailofar, Slot Widuri,TV1, RTM, Drama Melayu, Drama Bersiri, Drama Adaptasi Novel, Novel Sesegar Nailofar Karya Zaid Akhtar, Cast, Poster Drama Sesegar Nailofar, Sinopsis Sesegar Nailofar, Pelakon Drama Sesegar Nailofar, Erwin Dawson, Hanna Aqeela, Aishah Azman, Kodi Rasheed, Inas Sofea, Ghufron Salim, Drama Melayu 2018 / 2019,

Drama Sesegar Nailofar ini mempunyai 13 episod dan sudah disiarkan di slot Widuri TV1 sejak 23 Disember 2018 yang lalu, iaitu setiap Jumaat hingga Ahad, jam 7 malam. Drama Sesegar Nailofar ini dibintangi oleh Erwin Dawson, Hanna Aqeela, Aishah Azman, Kodi Rasheed, Inas Sofea, Ghufron Salim dan ramai lagi. Selain itu drama ini juga merupakan adaptasi daripada Novel Sesegar Nailofar karya novelis Zaid Akhtar. Manakala pengarah drama ini adalah Amor Rizan dan diterbitkan oleh NS Star Studio. Kalau tengok dari sinopsis, memang nampak menarik drama ini. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini okey, selamat membaca ye, sebab sinopsis drama Sesegar Nailofar di bawah ini agak panjang juga.






Sinopsis Drama Sesegar Nailofar Slot Widuri TV1 (RTM)

Hubungan persahabatan antara Iqbal dan Salsabila terjalin sejak zaman persekolahan lagi. Salsabila kagum dengan kebijaksanaan Iqbal dalam pelajaran dan pada masa sama bertanggungjawab terhadap ibu dan adik kembarnya, Marisa. Ibu Salsabila, Shahera seringkali menekankan kepadanya supaya mencari jodoh dalam kalangan keturunan Sargoff. Dalam diam dia merancang dengan kakaknya, Zaiton mahu menjodohkan Salsabila dengan Nazim, anak Zaiton yang baru menamatkan pengajian dari England. Salsabila menolak dalam diam kerana dia dan Iqbal mula saling menyayangi. Ketika itu di kawasan perumahan mereka menjadi kecoh apabila ahli sebuah kumpulan jenayah, Kumpulan Gagak Merah telah ditangkap. Ditakdirkan Iqbal dan Marisa melanjutkan pengajian ke Mesir. Salsabila pula terpaksa menurut arahan keluarganya menyambung pelajaran dalam negara. Salsabila dan Iqbal berjanji akan setia dalam hubungan mereka dan Salsabila juga membantu kewangan Iqbal untuk perbelanjaan di Mesir. Di Mesir Iqbal bertemu Hazwani, kawan baik Marisa dan Ghufron yang sama-sama belajar di Mesir. Berlaku kejadian yang membuatkan hubungan Iqbal dan Hazwni menjadi rapat. Pada masa sama Iqbal seringkali menerima kiriman email daripada seseorang yang menggelarkan dirinya sebagai Nailofar yang membuatkan dirinya tertanya-tanya siapakah gerangan penama tersebut.
Sesegar Nailofar, Drama Sesegar Nailofar, Slot Widuri,TV1, RTM, Drama Melayu, Drama Bersiri, Drama Adaptasi Novel, Novel Sesegar Nailofar Karya Zaid Akhtar, Cast, Poster Drama Sesegar Nailofar, Sinopsis Sesegar Nailofar, Pelakon Drama Sesegar Nailofar, Erwin Dawson, Hanna Aqeela, Aishah Azman, Kodi Rasheed, Inas Sofea, Ghufron Salim, Drama Melayu 2018 / 2019,
Rahsia percintaan mereka selama tiga tahun musnah bila Shahera mengetahui perkara tersebut. Salsabila pula menggesa Iqbal mempercepatkan usaha meminangnya. Iqbal akhirnya pulang ke Malaysia. Namun Iqbal terpaksa menerima hakikat Salsabila bernikah dengan Nazim kerana bimbangkan kesihatan ibunya yang mendesaknya berkahwin dengan lelaki itu. Rombongan Iqbal meminang Salsabila ditolak mentah-mentah oleh ibunya walaupun ayah Salsabila merestui hubungan anaknya dengan Iqbal. Pada hari pertama perkahwinan, Salsabila terkejut dengan sikap Nazim yang baran dan kasar. Perkara itu disampaikan kepada ibunya namun dia dituduh mengadakan cerita. Iqbal terus menerima kiriman email Nailofar dan ayat yang digunakan sama seperti yang diucapkan Hazwani. Iqbal bertemu Hazwani untuk meminta penjelasan serta pengakuannya tentang identiti Nailofar. Akhirnya Hazwani mengaku tentang email tersebut. Sementara itu Salsabila terkejut melihat gambar Nazim berlatar belakangkan logo Kumpulan Gagak Merah dan merasakan suaminya itu ada hubungan dengan kumpulan penjenayah tersebut.

Iqbal pula ke Malaysia dan bekerja di pejabat agama. Manakala Hazwani menjadi pensyarah di universiti yang sama dengan Salsabila mengajar. Mereka mesra sebagai rakan sekerja. Iqbal dan Hazwani pula akhirnya selamat menjadi suami isteri. Hazwani meminta Salsabila menceritakan masalahnya bila melihat kesan lebam di muka kawannya itu. Salsabila yang sudah tidak tahan dipukul Nazim akhirnya memberitahu perkara sebenar. Hazwani meminta Salsabila mengadukan kepada pejabat agama. Di situlah Iqbal bertemu semula dengan Salsabila. Hazwani terkejut mengetahui Salsabila merupakan bekas kekasih suaminya. Hazwani terkesan dengan kisah silam Salsabila dengan Iqbal yang menyebabkannya menjauhkan diri daripada Salsabila. Salsabila pula sedaya upaya meyakinkan Hazwani bahawa hubungan cinta dengan Iqbal telah lama berakhir. Siasatan polis mendapati Nazim merupakan anggota Kumpulan Gagak Merah dan tidak menghabiskan pengajiannya di England. Salsabila berasa tertipu dengan kenyataan tersebut. Hazwani kecil hati dengan tumpuan Iqbal terhadap masalah Salsabila. Nazim mengamuk besar bila mengetahui Salsabila memberitahu perkara tersebut kepada keluarganya. Dia memukul Salsabila hingga menyebabkan isterinya itu cedera tulang belakang. Ketika itu juga Salsabila diceraikan oleh Nazim. Apakah Hazwani rela menerima Salsabila sebagai madunya? 
Read More

8 Jan 2019

Giveaway SemakanOnline.com Di Mialiana.com

Pembayaran Bantuan Sara Hidup 2019 atau BSH 2019 fasa pertama akan dibuat pada 28 Januari nanti. Bantuan tersebut dijangka memanfaatkan lebih 4.1 juta penerima di seluruh Malaysia. Terdapat lima jenis kategori bantuan untuk pembayaran BSH kali ini. (rujuk gambar di bawah)


Pembayaran pertama akan dibuat sebanyak RM300 untuk setiap isi rumah. Baki bayaran BSH yang akan disalurkan pada fasa kedua dan ketiga akan menggunakan kaedah baharu seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2019. Urusan kemaskini BSH 2019 akan dibuka semula dalam tempoh terdekat. Setiap penerima wajib kemaskini permohonan masing-masing sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 3 tahun. 

Untuk maklumat lanjut layari portal Bantuan Sara Hidup di https://bsh.hasil.gov.my
Giveaway SemakanOnline.com Di Mialiana.com
Giveaway ini dianjurkan oleh SemakanOnline.com dengan kerjasama Mialiana.com. Hadiah wang tunai sebanyak RM350 untuk dimenangi. Sila klik SINI untuk join.



Read More

7 Jan 2019

Drama Jika Masih Ada Rindu Lakonan Kamal Adli & Siti Saleha




Drama Melayu, Jika Masih Ada Rindu, Drama Jika Masih Ada Rindu, Slot Samarinda, TV3, Cast, Drama Best, Ending Drama Jika Masih Ada Rindu, Pelakon Drama Jika Masih Ada Rindu, Kamal Adli, Siti Saleha, Fazlina Ahmad Daud, Ellyas Abdullah, Zarynn Min, Ezzaty Abdullah, Meor Mohd, Syafnida Shuhaimi, Syamin Azlah, Ku Zara Eryna, Aznah Hamid, Jasmine Ashraff, 2018/2019, Poster Drama Jika Masih Ada Rindu,
Drama Jika Masih Ada Rindu Lakonan Kamal Adli dan Siti Saleha (TV3)

Drama Jika Masih Ada Rindu ini mempunyai 15 episod dan sudah disiarkan di slot Samarinda TV3 sejak 19 Disember 2018 yang lalu setiap Isnin hingga Rabu, jam 10 malam. Aku suka tengok gandingan Kamal Adli dan Siti Saleha ni lepas telemovie I Heart You Cik Yah tu. Drama Jika Masih Ada Rindu ini dibintangi oleh Kamal Adli, Siti Saleha, Fazlina Ahmad Daud, Ellyas Abdullah, Zarynn Min, Ezzaty Abdullah, Meor Mohd, Syafnida Shuhaimi, Syamin Azlah, Ku Zara Eryna, Aznah Hamid, Jasmine Ashraff dan ramai lagi. Serta drama ini disiarkan bagi menggantikan drama Terbaik Dariku yang telah tamat episodnya. Idea asal drama ini adalah daripada Shida Zali manakala pengarah drama ini adalah Feroz Kader. Selain itu lagu tema / OST Jika Masih Ada Rindu ini bertajuk Nadi dan dinyanyikan oleh Afif Tirmizie. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini serta watak - watak pelakon di bawah ini ye.




Watak - Watak Pelakon Dalam Drama Jika Masih Ada Rindu

Siti Saleha sebagai Wahida
Kamal Adli sebagai Hisham

Wan Ellyas sebagai Johan

Syafnida Shuhaimi sebagai Melissa

Syamin Azlah sebagai Husna

Fazlina Ahmad Daud sebagai Datin Embun

Ezzaty Abdullah sebagai Suhaila

Zarynn Min sebagai Laila

Meor Mohd sebagai Edy
Ku Zara Eryna sebagai Qistina
Jasmine Ashraf sebagai Wardah
Aznah Hamid sebagai Salmah
Numan Salleh sebagai Pak Mat


Mengisahkan Hisham yang kembali mengejar cinta bekas isterinya selepas kemalangan sebaik sahaja dia menceraikan isterinya Wahida. Hisham dan Wahida saling mencintai namun kesibukan Wahida dalam membesarkan anak mereka Qistina dan perlu menjaga ibunya yang sakit telah menjarakkan hubungan mereka. Hisham mula curang dan berani naik tangan akhirnya mengakhiri perkahwinan mereka dengan penceraian. Talak dilafazkan Badrul Hisham terhadap isterinya, Wahida sekali gus memadamkan segala memori indah dalam diri Wahida. Malang buat Hisham, sejurus selepas bercerai dia terlibat dengan kemalangan yang mengakibatkan dia hilang ingatan. 

Tersedar daripada koma, Hisham hanya mengingati peristiwa tiga tahun sebelum kemalangan itu. Memori Hisham kekal dengan ingatan bahawa dia bahagia bersama Wahida. Datin Embun, ibu Hisham meminta agar Wahida untuk berlakon di depan Hisham yang dia masih isteri Hisham dan tidak menyebut kisah perceraian mereka. Wahida menolak permintaan Datin Embun. Sudah tiada lagi rasa cinta di hatinya, apa yang tinggal hanyalah kebencian terhadap Hisham. Namun Wahida mula berubah fikiran apabila terbaca whatsapp Hisham dengan perempuan lain dan bersetuju untuk berpura - pura menjadi isteri Hisham buat sementara waktu dan turut berpindah semula ke rumah Hisham. Wahida ingin membalas dendam pada Hisham atas layanan buruk Hisham padanya selama ini.

Sementara itu bekas tunang Wahida iaitu Johan sengaja mengambil Wahida bekerja dengannya untuk membalas dendam kerana Wahida telah menolak lamarannya dan memilih Hisham sebagai suami. Johan sengaja membuli Wahida dan menyuruhnya membuat pelbagai kerja manakala Wahida terpaksa akur dengan arahan Johan kerana hanya syarikat Johan saja yang sudi mengambilnya bekerja. Tambahan lagi Wahida sudah menjadi ibu tunggal dan memerlukan duit untuk membesarkan anaknya. Apa yang bakal berlaku seterusnya?
Read More


My Random Post