27 Mei 2017

Review The Girl On The Train (English Movie)

Filem, Movie, English, Novel, The Girl On The Train, Sinopsis, Ending, Poster, Cinta, Penceraian, Review By Miss Banu, Pelakon,Emily Blunt, Rebecca Ferguson, Haley Bennett, Justin Thetoux, Luke Evans, Edgar Ramirez, Lisa Kudrow,
Review  Filem The Girl On The Train (English Movie)

Baru - baru ini aku ada menonton filem The Girl On The Train yang release pada Oktober 2016 yang lalu. Filem ini diadaptasikan daripada Novel The Girl On The Train karya Paula Hawkins dan dilakonkan oleh Emily Blunt, Rebecca Ferguson, Haley Bennett, Justin Theroux, Luke Evans, Edgar Ramirez, Lisa Kudrow dan ramai lagi. Filem ini diarahkan oleh Tate Taylor dan bergenre Misteri, Thriller dan drama. Aku tertarik nak tengok filem ini disebabkan tajuk filem ini memang unik dan misteri dan membuatkan aku teringin nak tahu macam mana jalan cerita filem ini. Aku nak beritahu filem ini sesuai untuk tontonon mereka yang sudah dewasa dan berumur 18 tahun ke atas ye, filem ini tidak sesuai ditonton oleh kanak - kanak. Apa pun memang kesian dengan watak Rachel lakonan Emily Blunt dalam filem ini yang terlampau tertekan dengan penceraiannya dengan Tom Watson yang dilakonkan oleh Justin Theroux. Rachel menyalahkan dirinya diatas penceraiannya dengan Tom dan hidupnya mula tidak tentu arah dan selalu mabuk sehingga dirinya dibuang kerja. Kadang - kadang aku tak faham juga dengan sikap Rachel yang tidak boleh move on dan memulakan hidupnya yang baru. Sebaliknya masih rasa bersalah dan asyik teringat pada bekas suaminya itu. Rasanya semua yang menonton filem ini pastinya akan rasa geram pada bekas suami Rachel ini disebabkan sikapnya yang panas baran dan kejam itu. 

Awalnya agak keliru juga menonton filem The Girl On The Train ini sebab jalan ceritanya tak straight to the point sebaliknya ianya bermula dengan menceritakan tiga kisah wanita dalam filem ini bermula dengan Rachel, Anna dan Megan. Bila dah lama menonton filem ini, baru tahu hubungan dan perkaitan antara 3 wanita itu antara satu sama lain. Rachel yang memiliki tabiat hilang ingatan selepas mabuk digunakan sepenuhnya oleh bekas suaminya untuk menipu Rachel. Pendek katanya ex - husband Rachel ini memang jahat, kejam dan kaki perempuan. Manakala isteri baru Tom yang bernama Anna pula sentiasa tidak menyukai perangai Rachel yang masih berhubung dengan suaminya Tom. Megan pula adalah jiran kepada Tom dan Anna dan turut menjadi babysitter pada anak Anna dan Tom yang baru lahir. Anna tidak menyangka perangai Tom sangat teruk, di penghujung cerita baru dia tahu perangai sebenar Tom. Ending filem The Girl On The Train ini memang memuaskan hati, apabila Rachel akhirnya move on dan memulakan hidupnya yang baru dan orang jahat dalam filem ini mendapat pembalasan yang setimpal dengan perbuatannya. Apa pun jom tengok sinopsis movie ini dibawah ye.

Sinopsis The Girl On The Train ( English Movie)

Mengisahkan Rachel yang masih tidak dapat move on dari penceraiannya dengan Tom. Walaupun dirinya tiada pekerjaan, Rachel masih suka menghabiskan masanya dengan menaiki tren / Kereta Api yang melalui rumah lamanya ketika masih bersama Tom. Setiap kali Kereta Api itu melalui rumah lamanya, Rachel akan selalu memerhati rumah lamanya serta jiran - jirannya yang dulu. Rachel juga sentiasa mengagumi satu pasangan ( Megan & Scott Hipwell) yang dilihatnya melalui tingkap kereta api itu. Bagi Rachel, Megan dan Scott adalah pasangan suami isteri yang paling sweet dan sempurna bagi pandangan Rachel. Dia sentiasa kagum dan cemburu melihat sikap Megan dan Scott yang sangat sweet dan mesra antara satu sama lain. Walaubagaimanapun pada suatu hari Rachel telah melihat Megan mempunyai hubungan dengan lelaki yang lain dan mula berasa tidak puas hati. Rachel mula marah bila Megan curang dengan Scott dan merosakkan angan - angannya tentang pasangan yang sempurna. Rachel mula obses untuk mengetahui siapa lelaki yang bersama dengan Megan itu dan sebab apa Megan curang dan sebagainya. Keesokan harinya Rachel mengetahui yang Megan telah hilang dan membuat dirinya semakin ingin mengetahui apa yang terjadi sebenarnya.  

Rachel akhirnya telah menyamar sebagai kawan Megan dan pergi berjumpa dengan suami Megan iaitu Scott Hipwell. Kemudian Rachel menceritakan tentang lelaki yang dia nampak bersama Megan itu dan akhirnya Rachel dan Scott mengetahui lelaki itu adalah Dr Kamal Abdic yang merupakan psychiatrist Megan. Hal ini juga telah disiasat oleh polis dan akhirnya Scott yang menjadi suspek polis dan hal ini membuatkan Scott menjadi marah dan meluahkan pada Rachel. Rachel kemudiannya pergi berjumpa Dr Kamal dan menyamar sebagai seorang pesakit. Scott kemudiannya mengetahui tentang Rachel yang merupakan ex - wife Tom dan Rachel juga bukannya kawan Megan. Scott pergi berjumpa dengan Rachel dan memarahinya dengan teruk sekali. Rachel yang takut melaporkan perbuatan Scott yang pecah masuk rumahnya kepada polis, namun polis pula tidak mempercayai Rachel kerana syak Rachel ada hubungan dengan Scott. Suatu hari Rachel berjumpa dengan bekas majikan Tom yang bernama Martha dan cuba meminta maaf atas perbuatannya dulu. Namun Martha hairan dan mengatakan Rachel tidak membuat apa - apa salah padanya dan akhirnya Martha menerangkan punca sebenar Tom dipecat dari kerjanya dan hal itu bukan salah Rachel. 

Rachel akhirnya sedar yang Tom telah menipunya selama ini, Semua ingatannya yang hilang kini kembali dan semakin jelas. Tom telah mengambil kesempatan pada kelemahannya selama ini, Rachel juga telah ingat yang dia nampak Tom telah keluar bersama Megan dan kemungkinan besar Tom adalah pembunuh Megan. Rachel kemudiannya terus pergi ke rumah Tom dan Anna dan menerangkan segalanya pada Anna dan menyuruh Anna untuk keluar dari rumah itu bersama babynya. Tom kemudiannya memukul Rachel sampai pengsan dan setelah Rachel sedar dia cuba melarikan diri namun sempat dikejar oleh Tom. Apa yang bakal berlaku seterusnya?. Kalau anda semua nak tahu kenalah tonton filem ini nanti. Aku bagi 6.5 Bintang dari 10 bintang untuk filem ini.

Read More

22 Mei 2017

Bila Pensyarah Ingat Nama Aku

Bila Pensyarah Ingat Nama Aku, Lecturer, Pensyarah, Universiti, Pelajar, Student, Gelagat, Study, Pendidik, Tutorial, Kelas, Dewan Kuliah, Kenangan, Memori, Sweet Moment, Sahabat,
Bila Pensyarah Ingat Nama Aku

Nak tergelak pula bila aku tengok gambar dan ayat di atas ini, sebenarnya tidaklah sampai sengsara pun kalau pensyarah ingat nama kita itu. Malah kadang - kadang rasa seronok pula, bila pensyarah hafal dan ingat nama kita berbanding student lain, popular pun ya juga hehehe. Ini ditambah lagi apabila aku mempunyai nama yang unik dan mungkin sedikit pelik, maka makin senanglah pensyarah aku itu ingat nama aku. Walaubagaimanapun ada juga pensyarah yang tak ingat nama student dia pun, mungkin sebab kelas dia ada ramai student, maka susahlah dia nak ingat nama semua pelajarnya kan. Antara kelebihan yang aku dapat bila pensyarah tidak ingat nama aku adalah aku boleh ponteng kelas bila - bila masa yang aku nak sebab pensyarah tidak akan tahu, tapi anda yang lain jangan pula ikut perangai aku ini okey hehe. Selain itu aku juga tidak perlu risau akan ditanya apa - apa soalan dalam di dalam kelas kerana pensyarah tidak ingat nama aku. Tapi kalau pensyarah itu ingat nama aku memang aku kena rajin datang kuliah / kelaslah kan, sebab dia pasti tahu kalau aku tak datang. Selain itu, aku juga akan jadi sedikit terkenal dan popular di kalangan student lain kerana mereka juga akan ingat dan kenal aku, kerana pensyarah selalu sebut dan mention nama aku dalam kelas.

Kebiasaannya jika pensyarah hanya mengendalikan kuliah saja, pensyarah tersebut mungkin kurang mengingati nama - nama pelajar mereka, kerana bilangan pelajar yang mengikuti kuliah mereka sememangnya agak ramai. Tapi ianya sedikit berbeza jika pensyarah tersebut turut mengendalikan kelas tutorial juga, kerana kelas tutorial biasanya mempunyai bilangan pelajar yang lebih sedikit dan pensyarah akan lebih mudah mengingati nama - nama student mereka dengan mengendalikan kelas tutorial juga. Aku ingat lagi pada salah seorang pengajar yang mengendalikan kelas tutorial untuk subjek minor aku, dia ini buta tapi mempunyai daya pendengaran yang tajam, dia boleh mengecam kau siapa dengan hanya mendengar suara saja, selain itu dia juga sangat peramah. Seterusnya adalah pensyarah yang aku suka kelasnya, tapi disebabkan dia ingat nama aku berbanding student lain membuatkan aku terlebih fokus dalam kelasnya hehehee. Pensyarah itu suka betul mention nama aku dalam kelasnya, kadang - kadang dia sebut nama aku sebab nak tanya jam pukul berapa, atau pun jika dia tanya soalan pada student lain dan suara student itu agak perlahan dan dia tidak dengar. Maka dia akan tanya pada aku pula, apa yang student itu cakap hehe. Lepas itu, kalau dia tak nampak aku dalam kelas mesti dia akan tanya pada student lain kenapa aku tak datang.

Paling yang aku ingat masa last day kelas dia itu, dimana ketika itu kami semua perlu ada group masing - masing dan seterusnya buat presentation di depan kelas menggunakan laptop, projektor dan sebagainya. Group aku dah selesai lama dah, so aku dan kawan aku putuskan untuk duduk di bahagian atas sekali dalam dewan kuliah itu. Ketika group lain tengah buat presentation itu, kawan aku ada berborak sedikit dengan kawan lain yang duduk di bahagian depannya. Ketika ini mungkin pensyarah itu nampak tapi tak tahu nama kawan aku itu untuk menegurnya, maka dia gunakan nama akulah kan, dia sebut nama aku and the geng, please pay attention atau pun please keep quiet. Terkejut aku masa ini bila nama aku disebut - sebut pula, dan semua student disitu pusing ke belakang untuk melihat aku hahaha, malu pula sebab aku tak bersembang dengan kawan aku pun, tapi aku pula yang terkena hehe. Kawan - kawan aku masa ini terus senyap dan bergurau konon - kononya berpura - pura tak kenal aku. Kelakar pula bila teringat kenangan ini. Seterusnya aku ingat lagi yang aku dan kawan aku akan mengelakkan diri dari terserempak dengan seorang lagi pensyarah aku ini, sebab kalau terserempak, pastilah dia akan tanya tentang result peperiksaan kami untuk subjek dia itu. Subjek yang dia ajar sangat susah okey, bahan rujukan tak banyak, kalau ada pun semuanya dalam bahasa Inggeris. Jadi kebanyakkan student memang bergantung dengan buku tulisan pensyarah ini saja. Jadi result peperiksaan pun tidaklah cemerlang, setakat dapat B+ saja. Kalau dapat A, seronoklah sikit nak beritahu pada pensyarah kan.

Bila tulis entry ini, rasa rindu pula dengan semua pensyarah - pensyarah aku itu, setiap pensyarah ada keunikkan dan gelagat mereka yang tersendiri.
Read More

15 Mei 2017

Review Drama Korea - Our Gab Soon

Review Drama Korea Our Gab Soon, Sinopsis, Review By Miss Mulan, Korean Drama Review, Drama Bersiri, Senarai Pelakon Drama Our Gab Soon, OST, Ending, Pelakon, Kim So Eun, Song Jae Rim, Yoo Sun, Choi Dae Chul, Lee Wan, Ko Du Shim, Jang Young, Lee Boo Hee, Kim Hye Sun, Seo Kang Suk, Ah Young,
Review Drama Korea - Our Gab Soon

Hari ini aku nak buat Review Drama Korea yang mempunyai episod yang paling panjang yang pernah aku tengok iaitu Our Gab Soon. Drama Korea ini mempunyai 61 episod dan dilakonkan oleh Kim So Eun, Song Jae Rim, Yoo Sun, Choi Dae Chul, Lee Wan, Ko Du Shim, Jang Young, Lee Boo Hee, Kim Hye Sun, Seo Kang Suk, Ah Young dan ramai lagi. Korean Drama Our Gab Soon ini release pada 27 Ogos 2016 dan tamat pada 8 April 2017. Drama ini disiarkan bagi menggantikan Drama Yeah, That's How It Is" dan kemudiannya akan digantikan dengan drama Unni Is Alive. Pengarah drama Our Gab Soon ini pernah mengarah drama - drama best yang aku suka antaranya adalah My Girlfriend Is A Gumiho, Jang Ok Jung, The Heirs, Mask dan banyak lagi. Manakala penulis skrip pula pernah menulis skrip untuk drama Live In Style, Wang's Family. Menerusi drama ini, Song Jae Rim memegang watak utama buat pertama kalinya, selain itu, Song Jae Rim dan Kim So Eun dah pernah bergandingan dalam program We Got Married. Sepatutnya pelakon Lee Ha Na yang memegang watak Gab Soon, tapi akhirnya tak jadi pula dan Kim So Eun yang menjadi heroin drama ini. Drama ini sepatutnya mempunyai 50 episod saja, tapi disebabkan mendapat sambutan yang baik dari penonton ianya dipanjangkan menjadi 61 episod. 

Drama ini berkisarkan tentang 3 buah keluarga yang mempunyai hubungan kekeluargaan antara satu sama lain serta masalah - masalah yang mereka hadapi. Aku suka dengan watak Shin Se Gye yang dilakonkan oleh Lee Wan, riak mukanya yang lembut dan tenang memang sesuai dengan wataknya itu yang merupakan seorang anak yang baik. Rupa - rupanya Lee Wan ini adalah adik kepada pelakon Jelita Kim Tae Hee. Patutlah dia handsome, kakaknya pun cantik betul tak. Aku baru teringat yang Lee Wan ini juga pernah muncul dalam salah satu episod Runnng Man. Tapi memang aku tak dapat nak mengecam dia masa dia muncul dalam Running Man itu disebabkan gayanya serta rambutnya yang berwarna kuning dan sedikit panjang, berbeza betul dengan gayanya dalam drama Our Gab Soon ini. Drama ini ada banyak cerita sebab melibatkan banyak watak dan dalam banyak - banyak watak dalam drama ini, aku paling suka kisah kakak Gab Soon iaitu Jae Soon sebab kisahnya penuh konflik dan wataknya paling banyak perkembangan dan tragedi. Walaupun tajuk drama ini adalah Our Gab Soon dan fokus drama ini sepatutnya pada Gab Soon tapi lain yang jadi sebab nampak drama ini seperti memfokuskan tentang kisah Shin Jae Soon yang merupakan kakak sulung pada Gab Soon. Ini juga kali pertama aku melihat pelakon Choi Dae Chul melakonkan watak yang agak baik dalam drama ini berbanding watak jahat dalam dramanya sebelum ini seperti Drama My Daughter Geum Sa Wol.

Di peringkat awal, aku memang agak geram tengok perangai anak tiri Jae Soon itu yang kurang ajar dan biadap. Tapi nasiblah perangai mereka berubah bila keluarga mereka jatuh miskin. Selain itu perangai keluarga Gab Soon terutamanya mak dan makcik Gab Soon yang begitu materialistik dan pentingkan duit itu memang agak menyakitkan hati juga. Disebabkan duit, mak dan ayah Jae Soon sanggup menyimpan rahsia serta membenarkan Jae Soon untuk berkahwin semula dengan suami pertama Jae Soon yang merupakan bekas banduan. Apabila Jae Soon mendapat tahu hal ini, Jae Soon terus keluar dari rumah dan membuang keluarganya. Scene tersebut memang seronok untuk ditonton kerana aku dapat melihat perubahan personaliti watak Jae Soon yang berubah secara drastik dari lemah lembut kepada keras hati, kasar dan berdikari. Selain itu sikap dan personaliti Yeo Shi Nae yang suka memandang rendah pada orang lain itu juga sangat menyakitkan hati, nasiblah sikapnya mula berubah apabila bapanya disahkan menghidap penyakit Alzhemier. Perangai makcik Gab Soon itu juga agak sedikit annoying dan dia ini selalu akan mengucapkan dialog wajibnya berulang kali, siapa yang tengok drama ini pasti faham apa yang aku maksudkan ini. Kisah Gab Soon dalam drama ini lebih memfokuskan tentang masalah cintanya dengan Gab Dol dan juga masalah tentang pekerjaannya. Gab Dol awalnya sedikit kurang matang berbanding Gab Soon tapi bila Gab Dol dah mula bekerja nampaklah dia semakin matang. Manakala Gab Soon pula melupakan impiannya untuk menjadi guru, sebaliknya membuka perniagaan perkhidmatan mencuci.

Untuk membuka perniagaan ini, Gab Soon perlu mendapatkan pengalaman terlebih dahulu dengan menjadi tukang cuci terlebih dahulu dan hal ini memang ditentang keras oleh keluarga Gab Soon. Manakala Mak Gab Dol juga tidak suka Gab Soon menjadi menantunya kerana Gab Soon tidak kaya mahu pun mempunyai pekerjaan yang bagus. Masalah Gab Soon tidaklah seteruk Jae Soon cuma di awal episod drama ini Gab Soon telah tersalah sangka yang dirinya mengandung dan ingin melarikan diri dengan Gab Dol dan mencetuskan sedikit huru - hara dalam keluarga mereka. Perkara paling menarik dan kelakar dalam drama ini adalah kehilangan kakak Gab Dol secara tiba - tiba, watak kakak Gab Dol iaitu Da Hae yang dilakonkan oleh pelakon Km Gyu Ri seperti dimatikan begitu saja tanpa ada apa - apa penjelasan mahu pun alasan. Hal ini membuatkan watak kakak Gab Dol itu seperti tidak wujud dalam drama ini, sedangkan watak tersebut juga memainkan peranan penting dalam drama ini yang mana watak Da Hae itu sering membuatkan Jae Soon terluka kerana Da Hae adalah bekas isteri kepada suami kedua Jae Soon. Pada pendapat aku, pengarah mahupun penulis skrip drama ini perlu memikirkan satu alasan mengenai watak Da Hae ini contohnya dia berkahwin dan pergi menetap di luar negara ke? atau pun dia bekerja di luar negara ke kan. Paling best bila mak Gab Dol dan Gab Dol sendiri tidak pernah mention pasal Da Hae ini lagi, tiba - tiba saja Gab Dol ini menjadi anak tunggal pula dari awal lagi hehehe.

Selan itu di bahagian penghujung drama ini pula ditunjukkan yang ayah Gab Soon teringin nak berskandal pula dengan perempuan lain dan hampir - hampir nak ditipu. Stress betul tengok perangai ayah Gab Soon yang tak sedar diri itu, tapi nasiblah penipuan itu diketahui lebih awal dan mereka dapat kembali wang tersebut. Aku agak terhibur juga dengan sikap dan personaliti Kim Young Ran yang merupakan rakan sekerja Gab Dol yang tiba - tiba membuat kejutan ingin berkahwin dengan kawan Gab Dol yang mempunyai pekerjaan sebagai penghantar makanan saja. Malah Gab Dol sendiri pun terkejut dengan pilihan Kim Young Ran itu, sedangkan sebelum ini Kim Young Ran pernah sukakan Gab Dol. Tambahan lagi Kim Young Ran ini cantik orangnya berbanding kawan Gab Dol yang tidak begitu kacak. Lagu tema / OST Our Gab Soon ini biasa - biasa saja pada aku manakala ending drama ini pastilah happy ending kan. Di mana ending drama ini berakhir dengan perkahwinan kedua abang Gab Soon iaitu Se Gye dengan kekasih hatinya. Manakala Gab Soon juga telah berjaya dalam perniagaannya, begitu juga dengan Jae Soon yang pregnant serta Gab Soon juga. Keseluruhannya drama ini memang ada banyak watak - watak yang menyakitkan hati tapi masih seronok untuk menonton drama ini. Apa pun aku bagi 7.5 Bintang dari 10 bintang untuk drama ini.
Read More

12 Mei 2017

Review Drama Korea Radiant Office

Radiant Office, Korean Drama Review, Sinopsis, Poster Radiant Office, Pelakon Utama Drama Korea Radiant Office, Ending, Pelakon, Ko Ah Sung, Ha Seok Jin, Lee Dong Hwi, Kim Dong Wook, Hoya (Infinite), Han Sun Hwa, Kwon Hae Hyo, Oh Dae Hwan, Jang Shin Young,
Review Drama Korea Radiant Office

Drama Korea Radiant Office mula disiarkan pada 15 Mac yang lalu dan tamat pada 4 May 2017, drama ini disiarkan bagi menggantikan drama Missing Nine dan kemudiannya akan digantikan dengan drama Ruler ; Master Of The Mask. Drama Korea 16 episod ini dilakonkan oleh Ko Ah Sung, Ha Seok Jin, Lee Dong Hwi, Kim Dong Wook, Hoya (Infinite), Han Sun Hwa, Kwon Hae Hyo, Oh Dae Hwan, Jang Shin Young dan ramai lagi. Pengarah drama ini pernah mengarah drama - drama best seperti Shining Romance, Tomorrow Victory, Rosy Lovers dan banyak lagi. Agak lama juga aku tak nampak Han Sun Hwa ini berlakon, last drama yang dia berlakon adalah drama 52 episod yang bertajuk Rosy Lovers. Dalam drama tersebut Han Sun Hwa melakonkan watak utama, tak sangka pula dia reunion semula dengan pengarah drama Rosy Lovers ini dalam drama Radiant Office ini. Walaubagaimanapun Han Sun Hwa bukanlah heroin utama drama ini kerana dia hanyalah pelakon pembantu saja dan imej baru Han Sun Hwa yang berambut pendek agak kurang sesuai bagi aku kerana Han Sun Hwa akan lebih cantik dan ayu kalau dia berambut panjang. Manakala Heroin drama ini iaitu Ko Ah Sung pula lebih banyak berlakon filem berbanding drama, apa pun aku suka tengok muka Ko Ah Sung ini sebab mukanya nampak natural cantik maknanya dia tidak melakukan pembedahan plastik atau apa - apa saja di mukanya itu.

Ini juga adalah kali pertama aku melihat lakonan Ha Seok Jin sebagai hero dalam drama ini dan aku makin suka pula dengan lakonannya. Jalan cerita Drama Radiant Office ini bermula dengan baik hinggalah ke pertengahannya. Namun selepas itu, jalan ceritanya mula menjadi boring dan meleret - leret. Kisah cinta watak utama dalam drama ini juga tidak begitu banyak dipaparkan sebaliknya drama ini memfokuskan tentang masalah pekerja dan isu - isu yang sering berlaku di syarikat perabot yang bernama Hauline. Isu yang dipaparkan dalam drama ini juga agak menarik antaranya tentang isu graduan yang susah untuk mendapat pekerjaan selepas tamat belajar, persaingan untuk mendapatkan pekerjaan sangat sengit. Selain itu isu antara pekerja kontrak dan juga pekerja tetap turut dikupas dalam drama ini selain isu diskriminasi pekerja wanita dan juga pekerja lelaki serta banyak lagi. Antara scene yang aku suka masa mereka semua pergi interview kerja itu, suasana masa interview itu sungguh mendebarkan dan sengit. Kemudian scene ketika Eun Ho Won, Do Ki Taek dan Jang Kang Ho menjadi kawan baik dan sengaja mengenakan Seo Woo Jin dengan membuat panggilan palsu dan memesan banyak makanan dan kemudian Seo Woo Jin yang terpaksa membayar semua harga makanan tersebut. Seterusnya scene ketika Eun Ho Won bekerja sebagai pembantu rumah di rumah Seo Woo Jin tanpa dia menyedarinya.

Bermula dari Eun Ho Won yang menjadi pembantu rumahnya buat seketika itum membuat Seo Woo Jin sedikit rapat dengan Eun Ho Won berbanding sebelum ini. Eun Ho Won juga diambil bekerja semula di syarikat Hauline itu selepas dipecat oleh Seo Woo Jin. Selepas itu hubungan Eun Ho Won semakin rapat, aku suka part yang mereka tak meluahkan pun rasa cinta itu tapi sedar yang mereka seperti saling menyukai antara satu sama lain. Malah personaliti Seo Woo Jin juga mula berubah apabila dia tidak setegas dulu dan mula berlembut serta memahami masalah - masalah pekerjanya. Aku juga suka tengok sikap dan kerenah pekerja - pekerja yang bekerja di bahagian Marketing dan Sales itu contohnya ada yang jenis rajin bekerja, ada juga yang suka main - main waktu bekerja, ada yang kuat bergosip, tak kurang juga ada yang suka membuli pekerja lain terutama pekerja bawahannya yang terdiri daripada pekerja kontrak dan ada juga yang jenis suka mengampu orang atasan untuk senang naik pangkat dan sebagainya. Eun Ho Won pula adalah seorang pekerja yang berani menyuarakan pendapatnya dan sekaligus mencetuskan kekecohan dalam syarikat itu kerana kelantangan Eun Ho Won mengkritik sesuatu perkara yang dia tidak puas hati. Apa pun aku agak kesian dengan nasib Do Ki Taek kerana tidak terpilih menjadi pekerja tetap, lepas itu dia disahkan menghidap penyakit pula dan dia tidak beritahu sesiapa tentang penyakitnya itu.

Aku tak faham pula macam mana Do Ki Taek itu boleh sakit, sebab sebelum ini dia telah pun buat pemeriksaan perubatan dan disahkan sihat dan Eun Ho Won pula yang merasakan dirinya sakit tapi akhirnya Do Ki Taek yang sebenarnya sakit. Apa pun kisah percintaan antara Seo Woo Jin dan Eun Ho Won tidak begitu ditunjukkan tapi tiap kali ada scene mereka berdua memang nampaklah mereka berdua ini sweet dan sepadan. Ending drama Radiant Office ini memang happy endinglah kan cuma aku agak keliru pula dengan identiti Seo Woo Jin ini adakah dia ini anak orang kaya sebab di episod akhir tiba - tiba saja dia menggantikan Seo Hyun yang merupakan anak kedua kepada pemilik syarikat tersebut. Lepas itu nama depan mereka berdua juga sama iaitu "Seo" atau mungkin jga ini semua sekadar kebetulan. Bagi aku ending drama ini agak open endinglah juga sebab penonton kena berfikir sedikit tentang identiti Seo Woo Jin ini walaupun ada di satu episod, Seo Woo Jin pernah melawat ayahnya di suatu tempat. Mungkin juga Seo Woo Jin ini anak angkat?. Apa pun aku bagi 6 Bintang dari 10 bintang untuk drama Korea Radiant Office ini.

Read More

7 Mei 2017

Memori Dan Kenakalan Ketika Di Tingkatan 6

Memori Dan Kenakalan Ketika Di Tingkatan 6, Kenangan Di Form 6, Sahabat, Kawan, Sekolah, STPM, Tingkatan 6,
Memori Dan Kenakalan Ketika Di Tingkatan 6

Bila tengok gambar diatas ini, teringat pula apa yang jadi ketika aku berada di tingkatan enam dulu hehehehe. Sekarang ini tingkatan 6 dah tak sama macam dulu, sekarang ini tingkatan 6 dah macam ala - ala Universiti. Berbanding tingkatan enam dulu masih ala - ala budak sekolah lagi, siap harus pergi ke perhimpunan sekolah, beratur, pakaian pun mesti pakai pakaian sekolah cuma bezanya form 6 dengan tingkatan 1 hingga 5 adalah pelajar tingkatan 6 tak perlu pakai lencana sekolah yang berjahit itu. Tapi cuma perlu pakai lencana yang perlu pinkkan di tudung saja. Manakala bagi pelajar lelaki tingkatan 6 dulu harus pakai seluar panjang berwarna putih. Jadi itu sajalah yang membezakan pelajar tingkatan 6 dengan tingkatan lain di sekolah. Bila dekat sekolah memang pelajar tingkatan 6 adalah pelajar paling senior, selain itu semua peraturan sekolah harus diikut walaupun kau pelajar senior, contohnya tak boleh bawa handphone ke sekolah dan sebagainya. Walaubagaimanapun subjek di tingkatan 6 tidak banyak seperti pelajar - pelajar yang perlu ambil SPM, tapi walaupun subjeknya sikit tapi boleh tahan susah jugalah, nasiblah juga keputusan STPM aku agak cemerlang juga. Ketika di Form 6 dulu, ada 3 kelas saja untuk form 6 ini dan kelas aku yang paling besar dan paling ramai pelajar. Walaubagaimanapun apabila tiba subjek Bahasa Melayu, aku dan kawan - kawan lain kena tukar kelas pergi kelas sebelah untuk belajar, kerana kelas aku yang lebih besar itu digunakan untuk pelajar - pelajar yang ambil subjek ekonomi yang majoritinya lebih ramai dari yang ambil subjek Bahasa Melayu.

Kadang - kadang rasa rimas juga nak kena tukar kelas, setiap kali tiba waktu untuk subjek bahasa Melayu. Selain itu kebiasaannya pelajar perempuan lebih ramai dari pelajar lelaki ketika di tingkatan 6. Di kelas aku adalah dalam 5 hingga 6 pelajar lelaki, kalau secara keseluruhannya mungkin dalam 20 orang pelajar lelaki atau pun kurang dari jumlah itu. Ketika aku masuk Universiti pun, keadaannya masih sama, student lelaki tidak begitu ramai terutamanya di fakulti aku, tapi kalau dekat fakulti lain ramailah kan. Berbalik pada tingkatan 6 ini, aku teringat ketika pergi ke sekolah untuk ambil keputusan STPM (Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia). Memang risau, takut dan cuak habis sebab tak dapat nak jangka macam manalah keputusan STPM aku nanti. Memang terfikir dan terbayang macam - macam sampai tak sanggup pula nak tahu keputusan STPM itu. Walaubagaimanapun ketika itu, kita boleh check keputusan STPM melalui SMS saja. Cuma perlu masukkan nombor kad pengenalan dan hantar SMS tersebut dan kemudian kita akan menerima result STPM kita itu. Jadi aku pun try check result aku guna SMS terlebih dahulu dan ternyata keputusan STPM aku agak cemerlang dan mestilah happy kan. Kemudian baru aku dengan tenangnya pergi ambil slip result STPM aku dari cikgu pula hehe.

Kebiasaannya bila kita dah tahu result kita, mestilah kita tertanya - tanya juga tentang result kawan - kawan kita juga. Selalunya kalau kawan - kawan kita yang lain dapat result yang cemerlang dan okey memang mereka tidak kisah dan akan turut berkongsi keputusan mereka dengan aku juga. Sebenarnya aku dan kawan - kawan aku, boleh tahu semua result STPM kebanyakan pelajar tingkatan 6 tanpa perlu bertanyakan mereka sendiri hahaha. Terasa nakal dan jahat pula aku ketika itu kan sebab senang - senang saja check result orang lain tanpa meminta kebenaran mereka. Pada yang lain jangan tiru perangai aku ini ye. Sebenarnya pihak sekolah telah melekatkan senarai pelajar tingkatan 6 yang ambil MUET lengkap dengan nombor kad pengenalan semua pelajar di papan kenyataan. Maka aku dan kawan aku senyap - senyap pergi ke papan kenyataan itu dan menyalin nombor kad pengenalan kawan - kawan sekelas aku atau pun kawan - kawan di kelas lain untuk memudahkan kami untuk check result STPM mereka menerusi sms saja nanti hehehe. Jadi bila keputusan STPM dah keluar, aku dan kawan aku memang tahulah keputusan STPM kebanyakan pelajar lain. Tapi kami tidaklah check keputusan semua pelajar tingkatan 6 itu, cuma kawan - kawan tertentu saja dan juga result pelajar- pelajar lelaki.

Walaubagaimanapun cara aku dan kawan aku salin IC (Kad Pengenalan) kemudian check result kawan - kawan lain itu memang salah, tak patut check keputusan orang lain tanpa kebenaran kan, tapi itulah masa itu excited sangat nak tahu result kawan - kawan lain tanpa fikir baik atau buruk tindakan kami itu. Apa pun itu semua dah jadi kenangan ketika aku dan kawan - kawan aku berada di form 6. Sekarang ini kebanyakan kawan - kawan di form 6 dulu dah jadi isteri dan ibu dah sekarang ini. Anak pun dah dua tiga orang hehe. 
Read More

5 Mei 2017

Review Filem Split & Guardians Of The Galaxy

Review Filem Split & Guardians Of The Galaxy, Pelakon Filem Split, James McAvoy, Anya Taylor Joy, Betty Buckley, Haley Lu Richardson, Jessica Sula, Dissociative Identity Disorder, Pelakon Filem Guardians Of The Galaxy, Chris Pratt, Zoe Saldana, Dave Bautista, Vin Diesel, Bradley Cooper, Watak, Groot, Gamora, Quill, Drax, Rocket,
Review Filem Split & Guardians Of The Galaxy (English Movie)

Aku dah tonton 2 filem orang putih yang bertajuk Split (2016) dan juga filem Guardians Of The Galaxy (2014). Aku tak sabar menonton filem Split ini kerana review - review yang aku baca mengenai filem Split ini semuanya positif dan mengatakan filem ini best. Manakala aku menonton filem Guardians Of The Galaxy kerana aku ingin mengetahui dari awal tentang cerita Guadians Of The Galaxy ini sebelum aku tengok sequelnya yang bertajuk Guardians Of The Galaxy Vol 2 nanti. Jadi dalam entry ini aku akan membuat review untuk 2 filem ini sekaligus dan aku akan mulakan review aku dengan filem Split terlebih dahulu. Selamat Membaca ye hehehe. Filem Split ini diarahkan oleh M. Night Syamalan dan dilakonkan oleh James McAvoy, Anya Taylor Joy, Betty Buckley, Haley Lu Richardson, Jessica Sula dan lain - lain lagi. Filem Split ini bergenre Psychological Horror dan berkisarkan tentang Kevin Wendell Crumb yang menghidapi penyakit DID (Dissociative Identity Disorder) yang turut dikenali sebagai penyakit kecelaruan Identiti yang mana Kevin mempunyai 23 Personaliti lain dalam dirinya yang telah menculik dan mengurung 3 gadis remaja di suatu tempat, untuk dikorbankan dan jadikan makanan buat identiti mereka yang 24, yang akan muncul tidak lama lagi dan ianya dikenali dengan nama "The Beast'. Walaubagaimanapun dalam filem ini, mereka tak tunjukkan semua personaliti Kevin itu, hanya dalam 4 atau 5 personaliti saja yang ditampilkan dalam filem ini seperti Dennis, Barry, Patricia, Hedwig dan lain - lain.

Pada pendapat aku, drama - drama atau filem yang memfokuskan tentang penyakit kecelaruan identiti ini sememangnya best dan menarik. Lagi banyak personaliti, lagilah best filem itu nanti hehehe. Misalnya dalam Drama Korea pun dah ada drama yang memfokuskan tentang penyakit ini seperti drama Kill Me Heal Me manakala untuk filem atau drama Melayu pula, aku tak pernah tengok pula, kalau ada drama atau filem yang berani buat cerita seperti ini, selalunya jalan cerita drama melayu terutamanya mesti tenang kisah cinta yang sweet, awalnya tak suka lepas itu jadi sayang pula, lepas itu, watak hero pastinya anak orang kaya atau pun hartawan dan si heroin pula mestilah cantik walaupun tak kaya, atau pun kedua - duanya kaya hehehe. Berbalik pada filem Split ini, memang banyak unsur suspen terutamanya tentang identiti ke - 24 itu iaitu The Beast, manakala ending filem Split ini juga sukar dijangka dan tak sangka ada twist di hujungnya. Khabarnya filem ini akan ada sambungannya, ini ditambah lagi apabila dihujung cerita Kevin masih hidup begitu juga dengan semua identinya. Aku suka dengan cara Casey yang awalnya amat berhati - hati dalam mengawal tindakannya untuk tidak cuba membuat Dennis marah dan cuba berkawan dengan Hedwig. Walaubagaimanapun sikap 2 kawannya iaitu Claire dan Marcia yang panik dan terburu - buru membuat keputusan dan tak nak ikut cakap Casey membuatkan situasi menjadi sukar untuk mereka. 

Scene ketika psychiatry Kevin iaitu Dr Karen Fletcher datang ke tempat tinggal Kevin juga menarik, apabila dia merasakan ada benda yang tidak kena, kerana sering menerima email dari salah satu personaliti Kevin iaitu Barry yang ingin membincangkan sesuatu yang penting dengannya. Dr Karen Fletcher juga sempat meninggalkan nota sebelum dia mati untuk menyuruh Casey menyebut nama penuh Kevin untuk memanggil Kevin yang sebenar untuk muncul dan sememangnya Kevin muncul tapi hanya seketika. Apa pun aku memang tiada masalah dan suka dengan jalan cerita filem ini, namun aku rasa filem ini kurang muzik ataupun lagu - lagu background yang best terutamanya untuk scene - scene yang suspen. Kalau ada muzik yang best ianya akan lebih menimbulkan rasa takut, suspen dan teruja penonton. Ending filem ini memang suspen dan aku tak sangka juga bila personaliti ke 24 itu iaitu "The Beast" akan melepaskan Casey apabila terpandang parut - parut lama di badan Casey dan mengatakan Casey suci kerana telah mengalami rasa kesusahan dan terseksa dalam hidupnya sebelum ini. Lalu The Beast melepaskan Casey dan pergi dari situ dan Casey terselamat. Aku bagi 8 Bintang dari 10 bintang untuk filem Split ini. Sekarang ini kita ke review filem kedua pula iaitu Filem Guardians Of The Galaxy Vol 1 yang telah release pada tahun 2014. Filem ini diarahkan oleh James Gunn dan dilakonkan oleh Chris Pratt, Zoe Saldana, Dave Bautista, Vin Diesel, Bradley Cooper dan ramai lagi. Filem ini adalah filem superhero yang diadaptasikan daripada komik Marvel yang mempunyai nama yang sama dengan tajuk filem ini.

Aku ini bukanlah penggemar cerita - cerita tentang Alien, tentang angkasa lepas, planet - planet ini semua, tapi aku masih boleh tonton dan terhibur juga dengan filem ini kerana terdapat scene - scene menarik dan kelakar dalam filem ini. Jadi rasa bosan itu tiadalah sebab ada banyak juga babak - babak kelakar dalam filem Guardians Of The Galaxy ini. Aku juga suka semua watak - watak utama dalam filem ini terutamanya Groot yang kelakar itu tapi baik. Scene ketika Groot tu mati memang sedih, tapi nasiblah Groot itu boleh tumbuh semula sebab dia secara naturalnya adalah pokok kan, jadi untuk filem sekuelnya akan ada watak barulah iaitu Baby Groot yang ramai cakap lebih cute dan kelakar. Manakala watak Raccoon yang bernama Rocket itu pun kelakar juga sebab dia banyak cakap dan sayang pada Groot itu. Hanya Rocket yang boleh faham bahasa Groot itu, sebab Groot asyik cakap ayat yang sama saja iaitu I Am Groot tapi mempunyai maksud yang berbeza hehehe. Watak seterusnya yang menarik adalah watak perempuan hijau (Alien) yang bernama Gamora itu, aku terbayangkan tentang kepayahan untuk membawakan watak Gamora tu, dahlah kena makeup berjam - jam lamanya, warna hijau pula tu tapi memang seronok menonton watak Gamora ini sebab dia pandai berlawan, bijak dan berhati baik. Selain itu watak hero filem ini iaitu watak Peter Quill juga unik sebab dia suka mendengar lagu - lagu lama iaitu lagu - lagu tahun 70- an dan 80 an dan amat sayang pada walkmannya itu. 

Jalan cerita filem Guardians Of The Galaxy ini secara dasarnya berkisarkan tentang perebutan satu artifak yang sangat berkuasa, aku dah lupa nama artifak ini, tak silap aku, mungkin nama artifak ini Orb. Awalnya Quill, Gamora dan Rocket saling berebut untuk mendapatkan artifak ini dengan tujuan untuk menjual artifak tersebut dengan harga yang tinggi. Rocket pula awalnya ingin menangkap Quill juga kerana ingin mendapatkan ganjaran yang lumayan. Manakala Drax pula awalnya ingin membunuh Gamora kerana bersekutu dengan Ronan yang telah membunuh keluarga Drax. Namun tanpa disangka, mereka semua akan bekerjasama dan saling berkawan antara satu sama lain. Antara scene yang menarik dalam filem ini adalah ketika mereka semua ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara. Kemudian scene ketika mereka semua berjaya mendapatkan dan memegang orb (artifak) itu dengan jayanya tanpa perlu mati dan sebagainya. Apa pun tak sabar nak menonton filem sequelnya iaitu Guardians Of The Galaxy Vol 2 dan aku bagi 7.4 Bintang untuk filem ini dari 10 bintang. 


Read More

2 Mei 2017

Review Filem Housefull 3 (Bollywood Movie)

Review Filem Housefull 3 (Bollywood Movie)

Baru - baru ini aku ada menonton filem Bollywood yang bertajuk Housefull 3 yang dilakonkan oleh ramai pelakon hebat Bollywood seperti Akshay Kumar, Abhishek Bachchan, Riteish Deshmukh, Jacqueline Fernandez, Nargis Fakhri, Lisa Haydon dan ramai lagi. Filem yang bergenre komedi ini release pada 3 Jun 2016 dan mendapat kutipan box office. Aku juga dah menonton kesemua siri filem Housefull ini bermula dengan Filem Housefull 1 yang release pada tahun 2010, Housefull 2 pula release pada tahun 2012 dan Housefull 3 yang release pada tahun 2016. Dengar cerita, tak lama lagi mereka akan shooting untuk Housefull 4 pula. Dalam semua siri filem Housefull ini, aku paling suka dengan Housefull 2 dan Housefull 3 kerana jalan ceritanya lebih kelakar berbanding siri yang pertamanya. Jalan cerita setiap siri berbeza - beza walaupun mempunyai tajuk dan pelakon yang hampir sama. Pelakon Akshay Kumar, Riteish Deshmukh, Jacqueline Fernandez, Boman Irani, Chunkey Pandey menjadi pelakon tetap Filem Housefull 1 hingga 3, walaubagaimanapun Jacqueline Fernandez hanya menjadi cameo ketika siri pertama filem Housefull itu dan kemudiannya menjadi watak utama untuk dua filem ini yang seterusnya iaitu untuk siri yang kedua dan ketiga. 

Filem Housefull (2010) diserikan dengan kehadiran pelakon seperti Deepika Padukone, Lara Dutta, Jiah Khan dan Arjun Rampal manakala untuk Filem Housefull 2 (2012) diserikan pula dengan kehadiran pelakon - pelakon seperti Asin, Shreyas Talpade, John Abraham, Mithun Chakraborthy, Zarine Khan dan ramai lagi. Manakala untuk Housefull 3 pula dimeriahkan lagi dengan kehadiran Abhishek Bachchan,  pelakon jelita seperti Nargis Fakhri dan Lisa Haydon, Jackie Shroff dan ramai lagi. Nampaknya Jacqueline Fernanderz bergandingan dengan Riteish Deshmukh lagi, bagi yang belum tahu, Filem pertama yang Jacqueline Fernandez berlakon adalah filem Aladin dan hero filem tersebut adalah Riteish Deshmukh juga. Walaubagaimanapun untuk filem ini, Jacqueline akan berpasangan dengan Akshay Kumar, manakala Ritesh pula akan berpasangan dengan Lisa Haydon. Berbalik pada Filem Housefull 3 ini, aku memang suka jalan ceritanya yang kelakar, ketika di scene awal pun aku dah rasa kelakar, bila dengar nama - nama anak perempuan Batook Patel ini iaitu Ganga, Jamuna dan Saraswati. Bukan main tradisional lagi nama anak - anak orang kaya ini, sopan santun dan pakaian mereka bertiga juga manis dipandang. Tapi itu di depan bapa mereka saja tapi sebenarnya ketiga - tiga mereka ini seksi dan moden, nama pun diorang tukar untuk nampak lebih moden iaitu Gracy, Jenny dan Sarah. Jalan cerita filem ini makin menarik bila 3 watak hero filem ini diperkenalkan iaitu Sandy, Teddy dan Bunty. 

Sandy, Teddy dan Bunty mendekati Ganga, Jamuna dan Saraswati disebabkan duit, mereka inginkan harta girlfriend mereka itu. Apa pun dalam banyak - banyak watak dalam filem ini, aku paling suka dengan watak Akshay Kumar iaitu sebagai Sandy dan Sundi. Akshay Kumar membawakan 2 watak dalam filem ini, satu watak sebagai Sandy, dimana Sandy ini mengalami satu penyakit psikologi yang dikenali sebagai DID ( Dissociative Identity Disorder). Setiap kali Sandy mendengar perkataan "Indian", Sandy akan berubah menjadi Sundi dan setiap kali personaliti Sundi ini muncul, akan timbullah huru hara dalam hidup Sandy. Sundi akan menjadi penghalang segala impian Sandy, dia juga yang akan membocorkan rahsia, dan melakukan pelbagai perkara lain. Apa pun memang terhibur setiap kali tengok watak Sundi ini. Ada satu scene yang kelakar bila Sundi ingin memberitahu tentang penipuan Sandy kepada bakal bapa mertuanya iaitu Batook Patel, Teddy dan Bunty cuba menghalangnya namun tidak berjaya, Akhirnya segala rahsia mereka bertiga terbongkar, namun mereka terselamat, apabila mereka telah tersalah sangka, kerana telah menganggap patung lilin Batook Patel itu adalah orang yang sebenar. Memang lawak betul scene tersebut, sebab aku sendiri tidak menyangka yang benda itu adalah patung dan bukan manusia sebenar.

Scene seterusnya yang aku suka adalah scene ketika Batook Patel cuba menguji Sandy, Teddy dan Bunty untuk mengetahui sama ada mereka bertiga menipu menjadi Orang Kurang Upaya (OKU) iaitu buta, bisu dan tidak boleh berjalan atau pun mereka sememangnya bercakap benar. Walaubagaimanapun ketiga - tiga mereka lulus dalam ujian Batook Patel itu dan Batook Patel mula percaya yang ketiga - tiga mereka memang buta, bisu dan tidak boleh berjalan. Keadaan mula menjadi kelam - kabut dengan kehadiran ayah kandung Ganga, Jamuna dan Saraswati iaitu Urja Nagre. Sandy, Teddy dan Bunty mula keliru dengan penipuan mereka sendiri, apabila masing - masing terpaksa membuat 2 penipuan berbeza pada Batook Patel dan Urja Nagre dan sekaligus menimbulkan kekecohan dalam rumah tersebut. Apabila makin banyak penipuan dan makin banyak kekeliruan maka makin lawaklah jadinya filem ini. Keadaan makin kecoh dengan kehadiran 3 anak lelaki Batook Patel yang ingin dikahwinkan dengan Ganga, Jamuna dan Saraswati itu. Bermulalah persaingan sengit antara mereka. Scene ketika Sundi cuba nak bunuh Sandy tu juga kelakar sebab samalah macam nak bunuh diri sendiri. Kemudian dihujung cerita Batook Patel mengalah dan  memutuskan untuk berkongsi harta Urja Nagre sesama mereka saja termasuklah Sandy, Sundi, Bunty dan Teddy itu juga kelakar. 

Ending filem Housefull 3 ini mestilah happy ending kan, cuma part Sandy, Bunty dan Teddy kena tikam itu macam tak logik pula, dah kena tikam tapi masih sihat dan gembira pula tu. Apa pun, filem ini memang lawak dan menghibukan, aku pun ada beberapa kali tergelak masa tengok filem ini dan aku bagi 8.6 Bintang dari 10 bintang untuk filem ini. 

Read More

My Random Post