22 Dis 2016

Ending Drama 7 Hari Mencintaiku


Assalammualaikum..
Drama 7 Hari Mencintaiku ni memang fenomena jugalah sebab selalu trending gitu, sampai watak pembantu pun boleh trending gitu mcm kes Buntat dan Pak Samad tu hehe. Aku memang dah baca Novel 7 Hari Mencintaiku dan aku puji produser. pengarah dan stesen tv yang pandai pilih pelakon yang sesuai dan serasi dengan watak masing2. Bila tengok lakonan diorang semua memang wowww, menjadi betul dan semua pelakon memberikan lakonan yang sangat berkesan gitu. Sekejap je dah masuk episod akhir kan, pasni rindulah ngan Kuzairi, Mia Adriana, Helmi, Mak Leha, Pak Samad, Nad semua hehehe. Nampaknya ending drama ni mestila happy ending kan, tambah2 Mak Leha juga dah sedar ngan perbuatan die dan akan berbaik - baik dengan menantunya Mia. Apapun memang Drama 7 Hari Mencintaiku ni sangat best okey.

Read More

Pengalaman Masuk Hospital


Assalammualaikum..
Sempena dah hujung tahun ni, aku sajalah nak tulis pengalaman aku masuk hosital dulu. Actually dari kecik memang aku dah ada asthma tapi takdela sampai masuk hospital cuma selalu ke hospital untuk check up pasal asthma ni jer dengan doktor. Aku pernah masuk hospital dua kali dan sebab masuk hospital sebab asthma jugalah, tapi selalunya kalau masuk hospital sebab asthma ni tak lama pun, dalam sehari dua jer dah boleh balik dan Alhamdulilah lepas tu akan sembuh dan kena rajin makan ubat ikut masa dan dose yang ditetapkan je. First sekali masa masuk hospital tu adalah pada Disember 2012. Tu pun sebab aku ditransfer dari klinik kesihatan ke hospital sebab asthma agak teruk. Sampai ke hospital maybe dalam 7 malam camtu, memang lama betul tunggu, ingatkan bila dah habis rawatan kat ER tu boleh la masuk wad terus, tapi kena lalui lagi satu peringkat untuk check up kat satu bilik ni yang ada doktor n nurse juga. Nampaknya memang berkurun lama la dok tunggu sebab diorang masih check dan berbelah bagi sama ada nak suruh balik atau masukkan aku dalam wad hahaha sebab masa tu aku lebih rela masuk wad dari tunggu lebih lama kat situ tambahan lagi aku dah tak larat nak batuk dah n bila aku dah dimasukkan ke dalam wad memang dah malam lah kan. Ikutkan lepas ER tu masukkan jerla terus ke wad ni tak asyik kena tunggu jer, takut katil hospital tak cukup ker ape?huhu First time aku masuk wad memang aku sorang2 je, mak aku balik rumah dulu n esok pagi die datang semula. Pastu nasib la doktor2 kat situ baik2 je, paling frust sekali bila aku lupa bawa henfon, serius memang bosan giler masuk hospital tanpa ada henpon, dah la aku tak boleh tido langsung sebab asyik batuk, kalau ada henfon sekali dengan ear phone tu bolehla dengar lagu ker apa ker kan haha. Masa aku masuk hospital ni, keadaan kesihatan mak aku masih okey, boleh jalan jauh semua, sekarang ni die dah sakit kaki so susah nak jalan jauh dah. Yela kalau kat hospital tu memang kena jalan jauh kan. Masa first time masuk hospital ni aku duduk dalam 2 hari, nasib sekejap jer..

Pada 19 Julai 2016 yang lalu, sekali lagi aku diserang asthma yang teruk dan akhirnya terpaksa panggil Ambulans, first time juga naik ambulans depan rumah haha dan dalam 4.30 pagi camtu Ambulans sampai, nasibla masa tu takde orang dan sunyi sepi jer kawasan depan rumah tu sebab malu juga kalau orang lain tengok. Keadaan dan situasi lebih kurang sama je macam yang pertama kali tu, bezanya masa X-Ray tu ntah camne benda yg kat tangan aku tu tercabut dan buatkan darah dari tangan aku keluar banyak, sampai tudung aku pun kena. Seriau tengok darah sendiri aiyooo huhuhu. Perkara yang sama juga berlaku masa lepas buat rawatan astma n then lepas check up semua, masuk kat satu bilik ni n masa ni aku tengok riak wajah doktor cina tu garang giler haha, dari gaya die macam nak halau aku balik jer dan tak nak bagi aku masuk wad haha tapi ni tekaan aku jerlaa hahaha. Masa tengok muka doktor ni, die macam tak nak bagi aku masuk wad n biar aku tunggu lama kat situ, Aku cuak gak masa ni sebab mak aku dah balik, sebab die ingatkan aku terus masuk wad, cuba kalau doktor tu suruh aku balik jugak masa tu, tak ke pening, dah la masih penat, pastu nak ke mana pulak haha, mak aku plak takde henfon untuk aku tepon bgitau apa2 kan sebab die balik rumah dulu n akan datang kemudian. Nasib la dalam pukul 10 pagi camtu aku masuk wad, masa ni ada sorang doktor cina yang mcm garang sikit n cakap melayu agak pelat yg agak kelakar bila aku dengar die bercakap tapi gayanyer mmg serius dan sedikt tegas. Kali ni masuk hospital, aku ada ramai pelawat yang datang tengok aku kt spital ni yang terdiri dari pakcik, makcik aku dan juga sepupu. Apapun alhamdulilah dalam 2 hari camtu aku dah keluar hospital. Walaupun masa kluar hospital tu, aku masih rasa penat sikit, tapi bila dh lama sikit n aku rajin makan ubat, aku dah sihat, Alhamdulilah..

Lepas 2 kali masuk spital sebab Asthma ni aku mmg berazam nak jaga kesihatan, aku juga nak kuruskan badan gitu sbb dah comel sangat ni huhu. Doa2 kan aku yer semoga terus sihat dan berjaya untuk kurus hehe.



Read More

Kisah Kucing Kesayanganku Omey Part 2


Berdasarkan entry ini ---> Kisah Kucing Kesayanganku Omey.. aku pernah menceritakan tentang kisah Kucing Kesayanganku yang bernama Omey tu yang telah hilang dalam 2 minggu lebih. Alhamdulilah pada 16 November yang lalu Omey telah dijumpai semula. Semuanya berlaku secara kebetulan, aku ingatkan dah takde rezeki n takde jodoh dah nak jumpa Omey dah tapi Alhamdulilah secara kebetulan Omey telah dijumpai tanpa disangka – sangka. Semuanya bermula apabila mak aku yang pergi beli nasi terjumpa Omey berada di jalan. Mak aku yang ternampak Omey cuba memanggilnya dengan namanya untuk memastikan itu benar2 Omey, dan setelah nama Omey disebut die terus mengiowww yang bermaksud die mengenali mak aku. Kemudian Mak aku terus memanggil – manggil namanya sekaligus membuatkan Omey mula mengikut mak aku pulang ke rumah walaupun jarak perjalanan ke rumah agak jauh juga namun semuanya dipermudahkan. Tak sangka Omey mengikut mak aku tanpa sebarang masalah, risau gak kalau tetiba die takut ngan orang lain pastu lari kan. Memang benar sangkaan aku yang Omey sesat, die tidak tahu jalan untuk pulang ke rumah. Keadaannyer ketika pulang ke rumah sangat teruk, badannya sangat kurus kering, nampak tulang jer, die masuk jer rumah terus die pergi makan n lepas tu die berehat dan duduk di atas bantal dan tidur. Memang nampak sangat die letih dan tak makan banyak hari. Nasib baik mak aku jumpa Omey semula, kalau tak, entah apa akan jadi pada Omey tu.
Omey kerap makan dan kemudiannya berehat dan tidur, badannya masih lagi kurus tapi nampak dah berisi sikit berbanding beberapa hari yang lepas namun masih belum gemuk lagi laa huhu. Aku bersyukur sangat sebab Omey dah dijumpai semula, Alhamdulilah sangat..Moga Omey terus sihat sentiasa dan ceria selalu. Tingkap rumah pun dah ditutup dan jarang dibuka sebab risau kalau2 Omey tetiba turun ke bawah melalui tingkap tu.

Read More

My Random Post