27 Dis 2021

Telefilem Cinta Semanis Bubble Tea (TV2)



Telefilem Cinta Semanis Bubble Tea, Telemovie Cinta Semanis Bubble Tea, Info dan Sinopsis Telefilem Cinta Semanis Bubble Tea, Telefilem Cinta Semanis Bubble Tea Full, Cinta Semanis Bubble Tea Cast, Telemovie TV2, Telemovie Cinta Semanis Bubble Tea Synopsis, Pelakon - Pelakon Telefilem Cinta Semanis Bubble Tea, Alif Hadi, Nazeera Sardi, Sweet Qismina, Adam Lee,

Telefilem Cinta Semanis Bubble Tea akan disiarkan pada 27 Disember 2021 ini, jam 9 malam di TV2 RTM. Antara pelakon telefilem Cinta Semanis Bubble Tea ini adalah Sweet Qismini, Adam Lee, Alif Hadi, Nazeera Sardi, Iman Zulkarnain, Amal dan ramai lagi. Telemovie Cinta Semanis Bubble Tea ini diterbitkan oleh syarikat produksi Makmur Megah Sdn Bhd. Apa pun nampak menarik kan telefilem Cinta Semanis Bubble Tea  ini, plus para pelakonnya juga best - best belaka, jadi jom tengok sinopsis ringkas telefilem di bawah ini ye..




Sinopsis Telefilem Cinta Semanis Bubble Tea Lakonan Sweet Qismina dan Adam Lee (TV2)

Shuhada yang gemar meminum Bubble Tea kecewa kerana tiga hari sebelum bertunang, dia ditinggalkan. Zaim, bakal tunangnya memutuskan hubungan mereka kerana dia sudah berkahwin. Selepas kecewa dalam cinta, Shuhada mula menutup hatinya. Namun, perkenalannya dengan Nik Aiman dan Amal membuat Shuhada dalam dilema untuk memilih siapa yang bakal dijadikan suami. Apa yang berlaku seterusnya? siapa yang Shuhada pilih?..

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Telefilem Angan - Angan Mat Jiman (Astro Citra)


Read More

Telefilem Angan - Angan Mat Jiman (Astro Citra)



Telefilem Angan - Angan Mat Jiman, Telemovie Angan - Angan Mat Jiman, Poster Telefilem Angan - Angan Mat Jiman, Info dan Sinopsis Telefilem Angan - Angan Mat Jiman, Telefilem Angan - Angan Mat Jiman Cast, Pelakon - Pelakon Telefilem Angan - Angan Mat Jiman, Amerul Affendi, Fadhli Masoot, Chubb-E, Harris Annuar, Aleza Shadan,

Telefilem Angan - Angan Mat Jiman sudah pun disiarkan di Astro Citra, pada 25 Disember 2021 yang lalu. Antara pelakon t elefilem Angan - Angan Mat Jiman ini adalah Amerul Affendi, Fadhli Masoot, Chubb-E, Harris Annuar, Aleza Shadan, Arie Zaharie, Muzayyin, Bohari Ibrahim dan ramai lagi. Selain itu telemovie Angan - Angan Mat Jiman ini diarahkan oleh Izuan Mokhtar dan diterbitkan oleh Arie Zaharie Production. Nampak menarik dan unik kan telefilem Angan - Angan Mat Jiman ini, jadi jom tengok sinopsis ringkas telefilem ini di bawah okey..




Sinopsis Telefilem Angan - Angan Mat Jiman (Astro Citra)

Jiman ialah seorang pemuda kampung yang telah banyak kali gagal dalam perniagaan mendapat idea untuk melakukan bisnes untuk mencegah Covid-19. Pelbagai eksperimen dilakukan oleh jiman dan kawan kawannya terhadap binatang dan tumbuhan dan akhirnya memakan diri sendiri apabila dia keracunan. Apa yang berlaku seterusnya? adakah Jiman akan berputus asa?..



Read More

24 Dis 2021

Drama 28 Hari Mencari Cinta Full Episod Di Slot Lestary TV3



Drama 28 Hari Mencari Cinta, Drama Slot Lestary TV3, Info dan Sinopsis Drama 28 Hari Mencari Cinta, Poster Drama 28 Hari Mencari Cinta, OST Drama 28 Hari Mencari Cinta, Drama 28 Hari Mencari Cinta Full Episod, Drama Baru Hannah Delisha, Drama Baru Aiman Hakim, Ending Drama 28 Hari Mencari Cinta, 28 Hari Mencari Cinta Cast,

Drama 28 Hari Mencari Cinta sudah pun bersiaran di Slot Lestary TV3 bermula 23 Disember 2021 yang lalu, setiap Rabu hingga Sabtu, jam 9 malam. Drama 28 Hari Mencari Cinta ini menampilkan gandingan Aiman Hakim dan Hannah Delisha yang disiarkan bagi menggantikan drama Gila - Gila Cinta yang telah tamat episodnya. Antara pelakon drama 28 Hari Mencari Cinta ini adalah Aiman Hakim, Hannah Delisha, Muaz Fitri, Elly Arifin, Ameerul Asyraf, Fiza Thomas, Aleza Shadan, Rahim Jailani, Aishah Atan, Azman Jantan, Khaty Azian, Roy Azman dan ramai lagi. Selain itu drama 28 Hari Mencari Cinta ini mempunyai 13 episod dan diarahkan oleh Ng Ken Kin serta diterbitkan oleh Orangetree Production Sdn Bhd. Nampak menarik kan drama ini, jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama 28 Hari Mencari Cinta ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey.

iman Hakim Ridza sebagai Faisal 
Hannah Delisha sebagai Saleha
Muaz Fitri sebagai Nasir
Elly Arifin sebagai Airin
Ameerul Asyraf sebagai Daniel
Fiza Thomas sebagai Intan
Aleza Shadan sebagai Puan Maria
Khaty Azian sebagai Asmira




Sinopsis Drama 28 Hari Mencari Cinta Lakonan Aiman Hakim dan Hannah Delisha - Slot Lestary TV3

Faisal tetap menanti Saleha setiap tahun walaupun Saleha sudah menjadi tunangan orang lain. Faisal percaya takdir akan menyatukan cinta mereka kembali. Saleha bertunang dengan Daniel atas pilihan keluarga walaupun tidak menyukai Daniel yang curang dengannya. Cinta lama kembali berputik selepas bertemu semula Faisal. Saleha bagi tempoh 28 hari pada Faisal untuk mencari kesilapannya, ianya juga punca percintaan mereka terputus satu masa dulu. Faisal tidak putus asa mencari kesilapan dalam percintaan terdahulu dengan bantuan rakan baiknya Nasir. Berjayakah Faisal? apa yang berlaku seterusnya?..

Lagu Tema / OST Drama 28 Hari Mencari Cinta

👄👄 Graviti nyanyian Amir Mirza
Drama 28 Hari Mencari Cinta, Drama Slot Lestary TV3, Info dan Sinopsis Drama 28 Hari Mencari Cinta, Poster Drama 28 Hari Mencari Cinta, OST Drama 28 Hari Mencari Cinta, Drama 28 Hari Mencari Cinta Full Episod, Drama Baru Hannah Delisha, Drama Baru Aiman Hakim, Ending Drama 28 Hari Mencari Cinta, 28 Hari Mencari Cinta Cast, Pelakon - Pelakon Drama 28 Hari Mencari Cinta,
Tonton Online Drama 28 Hari Mencari Cinta Full Episod Di Slot Lestary TV3

Jangan risau jika terlepas menonton drama ini di kaca TV, korang juga boleh menonton drama ini secara online di 👉 Youtube Drama Sangat Official



Read More

23 Dis 2021

Drama Saat Kau Takluk Cinta Ini Lakonan Idris Khan dan Intan Najuwa (TV3)



Drama Saat Kau Takluk Cinta Ini, Info dan Sinopsis Drama Saat Kau Takluk Cinta Ini, Poster Drama Saat Kau Takluk Cinta Ini, Saat Kau Takluk Cinta Ini Cast, Drama Saat Kau Takluk Cinta Ini Full Episode, Drama Saat Kau Takluk Cinta Ini Slot Samarinda TV3, Drama Baru Intan Najuwa, Drama Baru Idris Khan, Drama Slot Samarinda TV3 2021,
Drama Saat Kau Takluk Cinta Ini Lakonan Idris Khan dan Intan Najuwa (Slot Samarinda TV3)

Drama Saat Kau Takluk Cinta Ini adalah drama terbaru di slot Samarinda TV3 yang disiarkan bermula 20 Disember 2021, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam. Drama ini disiarkan bagi menggantikan drama Cukup Derita Itu yang telah tamat episodnya. Antara pelakon drama Saat Kau Takluk Cinta Ini adalah Idris Khan, Intan Najuwa, Wafariena Roslan, Shakilla Khoriri, Syazwan Zulkifly, Wan Maimunah, Farhan Asri, Jasmin Hamid, Edika Yusof, Aleza Shadan, Zarynn Min, Qazem Nor, Raja Baizura, Sri Idrina, Raja Azmi dan ramai lagi. Selain itu drama ini adalah adaptasi daripada Novel Saat Kau Takluk Cinta Ini karya Sara Hezra. Drama Saat Kau Takluk Cinta Ini mempunyai 15 episod dan diarahkan oleh Zamri Zakaria serta diterbitkan oleh Kembara Sufi Sdn Bhd. Nampak menarik kan drama ini, jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Saat Kau Takluk Cinta Ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

Idris Khan sebagai Rahhal Taufiq
Intan Najuwa sebagai Haira Melissa
Wafariena Roslan sebagai Kamelia
Shakilla Khoriri sebagai Khadijah
Syazwan Zulkifly sebagai Fakhril
Wan Maimunah sebagai Hajah Jamiah
Farhan Asri sebagai Rafael
Jasmin Hamid sebagai Datin Normah
Edika Yusof sebagai Dato Zhar
Aleza Shadan sebagai Mak Long Nisah
Zarynn Min sebagai Mak Ngah Damah
Qazem Nor sebagai Hamad
Raja Baizura sebagai Puan Sally
Jeri Ariffin sebagai Dato Harlan
Zul Salleh sebagai Tuan Ariffin
Raja Azmi sebagai Mak Jah




Sinopsis Penuh Drama Saat Kau Takluk Cinta Ini Lakonan Idris Khan dan Intan Najuwa -Slot Samarinda TV3

Mengisahkan Haira Melissa telah dibuang keluarganya apabila dituduh merampas tunang kepada adik tirinya. Dia membawa diri ke sebuah kampung mencari kawannya tapi dia telah sesat dalam keadaan hujan yang lebat. Haira berteduh di sebuah pondok dalam kebun pisang. Dari situ, bermulalah pertemuan Haira dengan Rahhal. Rahhal seorang pemuda kampung yang berpelajaran tinggi berkelulusan luar negara. Rahhal telah mendapat tawaran kerja yang bagus di ibu negara, tetapi dia mengorbankan cita-citanya apabila ibunya, Hajah Damiah telah diserang strok. Rahhal membuat keputusan untuk menjaga ibunya dan menguruskan tanah kebun pisang dan kolam ikan milik keluarganya itu. Rahhal dan ibunya, Hajah Damiah telah dihalau keluar dari rumah pusaka arwah Tok Wan Damit oleh Mak Long Nisah dan anaknya Fakhril yang sangat berdendam dengan Rahhal sejak dari kecil. Fakhril mempunyai niatnya tersendiri untuk menjatuhkan Rahhal. Haira tersentuh dengan keikhlasan Rahhal yang sering mengambil berat tentangnya.Apabila Rahhal melamarnya, Haira menerima tetapi dia sebenarnya mempunyai sebuah rahsia yang disimpan rapi. Adakah ia akan mengancam mahligai cinta yang dibina oleh Rahhal dan Haira? Apa yang berlaku seterusnya?
Drama Saat Kau Takluk Cinta Ini, Info dan Sinopsis Drama Saat Kau Takluk Cinta Ini, Poster Drama Saat Kau Takluk Cinta Ini, Saat Kau Takluk Cinta Ini Cast, Drama Saat Kau Takluk Cinta Ini Full Episode, Drama Saat Kau Takluk Cinta Ini Slot Samarinda TV3, Drama Baru Intan Najuwa, Drama Baru Idris Khan, Drama Slot Samarinda TV3 2021, Drama Adaptasi Novel,
Sinopsis Novel Saat Kau Takluk Cinta Ini Karya Sara Hezra

Rahhal yang tak ada pilihan, perlu meninggalkan kerjayanya dan balik ke kampung apabila emaknya jatuh sakit. Namun kepulangannya tidak disenangi Fakhril. Fakhril bertindak merampas rumah pusakanya. Rahhal tidak mudah mengalah. Tetap kental, dia membangunkan tanah milik emaknya dengan mengusahakan kebun pisang dan kolam ikan. Kehadiran Haira yang menumpang di pondoknya membuatkan hatinya mula disapa cinta dan ternyata gadis cantik itu sanggup bersama-samanya bersusah payah membina kehidupan. Manisnya cinta tidak bias kalah teruji kemiskinan. Cinta mereka utuh. Sedang mereka didakap hangat asmara, terbongkar pengkhiatan Haira. Rahhal kalap. Cinta yang memugar di hatinya berantakan. Hilang percaya saat bertebaran dusta dari gadis selembut Haira. Namun kata Haira, dia terpaksa. Dia mungkin berbohong banyak perkara tapi dia tidak pernah membohongi rasa cintanya. Rahhal memutuskan untuk berhenti menyinta. Haira berikrar untuk terus bertahan setia. Rahhal penuh dendam, Haira terus sulit memendam. Jiwa dan raga terpisah namun saat takdir mempertemukan mereka kembali, tegakah mereka bersua untuk kali kedua? Mampukah Rahhal menghulur maaf atau dia dia yang perlu meraih sebuah kemaafan seorang Haira Melissa?

Lagu Tema / OST Drama Saat Kau Takluk Cinta Ini

👄Takluk Cinta nyanyian Hafiz Suip
👄Takdir nyanyian Aliff Iskandar
👄Hebatnya Rasa Bercinta nyanyian Lakaa Idris

Tonton Drama Saat Kau Takluk Cinta Ini Full Episode

Jangan risau jika terlepas menonton drama ini di kaca tv, korang boleh menonton drama Saat Kau Takluk Cinta Ini dari Episod 1 hingga episod 15 di aplikasi 👉 iQIYI

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Review dan Sinopsis Drama Korea Dali and Cocky Prince


Read More

22 Dis 2021

Review dan Sinopsis Drama Korea Dali and Cocky Prince



Drama Korea Dali and Cocky Prince, Korean Drama Dali and Cocky Prince, Poster Drama Korea Dali and Cocky Prince, Info dan Sinopsis Drama Korea Dali and Cocky Prince. Korean Drama Dali and Cocky Prince Full Episode, Dali and Cocky Prince Cast, Dali and Cocky Prince Synopsis, Drama Korea Dali and Cocky Prince Episod 1 hingga 16, Episod Akhir Drama Korea Dali and Cocky Prince, Ending Drama Korea Dali and Cocky Prince, Korean Drama 2021,

Aku baru saja habis menonton drama Korea yang bertajuk Dali and Cocky Prince atau turut dikenali dengan tajuk Dali and Gamjatang. Drama ini bergenre romantik komedi dan mempunyai 16 episod serta diarahkan oleh Lee Jung Seob. Antara pelakon drama Korea Dali and Cocky Prince ini adalah Kim Min Jae, Park Gyu Young, Kwon Yul, Hwang Hee, Yeon Woo, Lee Jae Woo, Song Ji Won, Hwang Bo Ra, Ahn Kil Kang, Lee Je Yeon dan ramai lagi. Aku tertarik nak tonton drama ini sebab suka tengok heroin drama ini iaitu Park Gyu Young yang cute giler berambut pendek, jarang heroin drama Korea berambut pendek, selalunya memang rambut panjanglah kan, plus poster drama ini juga comel. Bila menonton drama ini kita akan dibawa ke dunia Kurator, Galeri Seni / Muzium Seni gitu. Sebelum drama ini, aku dah pernah tengok Park Gyu Young berlakon dalam drama Romance Is A Bonus Book dengan Its Okay To Not Be Okay, tapi dalam drama tersebut dia hanya memegang watak pelakon pembantu saja. Ini adalah kali pertama aku tengok dia jadi pelakon utama dalam drama. Manakala Kim Min Jae pula cemerlang dengan wataknya sebagai Jin Moo Hak, rasanya ramai yang dah kenal dengan Kim Min Jae ini. Selain itu Kwon Yul pula seperti biasa memegang watak jahat dalam drama ini, tapi jahatnya jenis tak nampak sikit, dia pandai cover. Bagi aku pemilihan pelakon untuk drama ini memang dah sesuai dan tepat serta sesuai dengan watak masing - masing. 
Drama Korea Dali and Cocky Prince, Korean Drama Dali and Cocky Prince, Poster Drama Korea Dali and Cocky Prince, Info dan Sinopsis Drama Korea Dali and Cocky Prince. Korean Drama Dali and Cocky Prince Full Episode, Dali and Cocky Prince Cast, Dali and Cocky Prince Synopsis, Drama Korea Dali and Cocky Prince Episod 1 hingga 16, Episod Akhir Drama Korea Dali and Cocky Prince, Ending Drama Korea Dali and Cocky Prince, Korean Drama 2021,
Lagu tema / OST Korean Drama Dali and Cocky Prince ini juga best - best belaka dan sedap di dengar gitu, kebanyakkannya lirik lagu dalam drama ini hampir semua dalam bahasa Inggeris tau, kiranya kita pun boleh menyanyi sekali 😄. Scene - scene lawak dalam drama ini memang menjadi dan best, berjaya gak laa buat aku tersenyum juga. Antara scene lawak yang paling aku ingat masa Dali cuba memasak untuk Moo Hak dan Won Tak tu, disaster gila, bila Kim Dali memandai - mandai ubah resepi dengan masukkan macam - macam vitamin sampai rasa masakan jadi teruk yang amat. Reaction Moo Hak dan Won Tak paling best bila cuba rasa masakan Kim Dali tu, terbaik 😂. Bila makanan habis diorang makan, boleh pula Kim Dali tu masak lagi dan lagi dan lagi, tu yang sampai pengsan jadinya. Scene lawak yang lain pun not bad juga, nak tahu kenalah layan drama ini. Walaubagaimanapun kadang - kadang kesian juga dengan Kim Dali ni bila dia terpaksa berdepan macam - macam ujian masa jadi director of Cheong-song Art Museum menggantikan bapanya yang mati. Tapi kadang - kadang rasa geram juga dengan Dali ini sebab nampak lemah dan lembik sangat sampai orang sekelilingnya tak percaya dengan kebolehan dirinya. Di episod akhir drama Dali and Cocky Prince ini barulah penonton boleh tengok heroin drama ini tukar style rambut dia, tapi tetap maintain rambut pendek dan nampak ayu and cute gitu.
Drama Korea Dali and Cocky Prince, Korean Drama Dali and Cocky Prince, Poster Drama Korea Dali and Cocky Prince, Info dan Sinopsis Drama Korea Dali and Cocky Prince. Korean Drama Dali and Cocky Prince Full Episode, Dali and Cocky Prince Cast, Dali and Cocky Prince Synopsis, Drama Korea Dali and Cocky Prince Episod 1 hingga 16, Episod Akhir Drama Korea Dali and Cocky Prince, Ending Drama Korea Dali and Cocky Prince, Korean Drama 2021,
Dua episod akhir drama ini barulah penonton tahu apa sebenarnya yang berlaku ayah Kim Dali ni yang mati secara tiba - tiba tu. Manakala Moo Hak pula cedera parah, kiranya dua episod terakhir drama ni ianya jadi sedikit seriuslah. Manakala di episod akhir drama ini, ada sedikit plot twist tentang hubungan Moo Hak dan Kim Dali ni. Ada persoalan timbul sama ada diorang ni berpisah atau sebaliknya terjadi. Kalau nak tahu plot twistnya apa sila tunggu dan tengok sampai episod akhir hehehe. Ending drama Korea Dali and Cocky Prince ini of courselah happy ending gitu dan semua masalah selesai. Bagi aku drama ini ringan dan santai saja, tak heavy pun, kiranya korang tak perlu nak berfikir tentang jalan ceritanya sebab semuanya straight to the point saja, xdak kona sana sini. Apa pun jom tengok watak - watak pelakon dalam drama ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini ye..

  • Kim Min-jae as Jin Moo-hak, the director of Dondon F&B, 
  • Park Gyu-young as Kim Dali, a visiting researcher at Saint Müller Museum and later becomes the director of Cheong-song Art Museum. 
  • Kwon Yul as Jang Tae-jin, Dali's first love who is the head of Century Group's planning and coordination team.
  • Hwang Hee as Joo Won-tak, a detective from the violent crime squad who was supported by Dali's father.
  • Yeonwoo as Ahn Chak-hee




Sinopsis Drama Korea Dali and Cocky Prince

Mengisahkan Kim Dali yang merupakan anak tunggal pada Kim Nak Cheon yang merupakan director of Cheong-song Art Museum. Secara tak sengaja, Kim Dali bertemu dengan Jin Moo Hak di Netherlands, di sana Kim Dali bekerja sebagai penyelidik di Saint Müller Museum manakala Jin Moo Hak datang ke sana atas urusan perniagaan. Atas salah faham Kim Dali dan Jin Moo Hak bertemu dan mereka akhirnya jatuh cinta secara perlahan - lahan. Dunia Kim Dali berubah sepenuhnya bila mendapat berita kematian ayahnya dan kini Kim Dali berazam akan meneruskan legasi ayahnya untuk memajukan lagi Cheong Song Art Museum itu. Namun ianya tak semudah yang disangka, bila Kim Dali terpaksa berdepan dengan hutang yang banyak, malah dia juga perlu berdepan dengan khabar angin yang menjatuhkan reputasi dirinya dan juga galeri tersebut. Malah Kim Dali juga bergelut untuk membayar gaji - gaji pekerja galeri tersebut sehingga terpaksa menjual rumahnya dan segala barang kemasnya. Jin Moo Hak yang datang ke galeri tersebut untuk memungut hutang terkejut bila bertemu dengan Kim Dali disitu. Disebabkan Kim Dali tidak mampu membayar hutang ayahnya itu, maka Jin Moo Hak mengambil kesempatan untuk cempur tangan dalam urusan pentadbiran galeri itu sekaligus dapat mendekatkan diri dengan Kim Dali. 
Drama Korea Dali and Cocky Prince, Korean Drama Dali and Cocky Prince, Poster Drama Korea Dali and Cocky Prince, Info dan Sinopsis Drama Korea Dali and Cocky Prince. Korean Drama Dali and Cocky Prince Full Episode, Dali and Cocky Prince Cast, Dali and Cocky Prince Synopsis, Drama Korea Dali and Cocky Prince Episod 1 hingga 16, Episod Akhir Drama Korea Dali and Cocky Prince, Ending Drama Korea Dali and Cocky Prince, Korean Drama 2021,
Dalam masa yang sama Jang Tae Jin, pemilik SEGI Group yang merupakan bekas kekasih Kim Dali menawarkan pertolongan dan dia juga ingin kembali pada Kim Dali. Sebelum ini mereka hampir berkahwin, tapi Jang Tae Jin tiba - tiba tarik diri tak nak berkahwin bila dapat tahu status Kim Dali hanya anak angkat bukan anak kandung. Kim Dali dah tawar hati pada Jang Tae Jin sebaliknya mula menyukai Jin Moo Hak. Manakala Ahn Chak Hee pula, seorang gadis cantik yang merupakan anak seorang menteri mencintai Moo Hak namun Moo Hak menganggap Chak Hee seperti adiknya saja. Atas pertolongan Jin Moo Hak dan Jang Tae Jin, Kim Dali berjaya membuat satu pameran besar - besaran di galerinya itu. Namun sepupu Kim Dali iaitu Kim Si Hyung sering mencari pasal dan ingin menjual galeri tersebut. Selepas menjual rumahnya, Kim Dali kini tinggal dengan anak angkat ayahnya bernama Joo Won Tak yang merupakan seorang detektif. Namun Kim Dali terkejut yang Won Tak rupanya menyewa rumah rooftop Jin Moo Hak manakala Jin Moo Hak pula tinggal di apartment bawah mereka saja. Apa yang berlaku seterusnya?

Kalau bosan - bosan bolehlah nak layan drama ni, sebab drama ni ringan dan santai - santai saja, tak banyak konflik pun. Jadi secara keseluruhan aku bagi 7.5/10 bintang untuk drama ini

Korean Drama Dali and Cocky Prince Full Episode

Korang boleh tonton online drama Dali and Cocky Prince Episod 1 Hingga Episod 16 di sini  VIU



Read More

20 Dis 2021

Drama Mr Millennium Lakonan Aqasha dan Cristina Suzanne (TV9)



Drama Mr Millennium, Info dan Sinopsis Drama Mr Millennium, Poster Drama Mr Millennium, Sinopsis Penuh Drama Mr Millennium, Poster Drama Mr Millennium, Drama Mr Millennium Full Episode, Drama Baru Aqasha, Drama Baru Christina Suzanne, Drama TV9, Slot Diandra, Drama Mr Millennium Cast, Pelakon - Pelakon Drama Mr Millennium,

Drama Mr Millennium adalah drama terbaru di Slot Diandra TV9 yang mula bersiaran sejak 7 Disember 2021 yang lalu, setiap Isnin hingga Khamis, jam 8.30 malam. Drama ini disiarkan bagi menggantikan Drama Keluarga Untuk Disewa yang telah tamat episodnya. Antara pelakon drama Mr Millennium ini adalah Aqasha, Cristina Suzanne, Esma Daniel, Ady Mohammad, Danial Amri, Shukry Ramlee, Bard Kerdil, Amrel Norman , Zarina Zainuddin, Nu'man Salleh, Fieza Hanafie, Jay Iswazir dan ramai lagi. Selain itu drama Mr Millennium ini mempunyai 13 episod dan diarahkan oleh Azmi Hata serta diterbitkan oleh MIG Production Sdn Bhd. Nampak menarik kan drama ini, watak dan jalan cerita pun unik gitu. Jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Mr Millennium ini dibawah beserta sinopsisnya sekali okey.

Aqasha sebagai Jamil
Cristina Suzanne sebagai Mastora / Qistina
Esma Daniel sebagai Dato King
Ady Mohammad sebagai Man Toba
Danial Amri sebagai Badul
Shukry Ramlee sebagai Bujar
Bard Kerdil sebagai Tok Mudim
Amrel Norman sebagai Malik
Zarina Zainuddin sebagai Mak Jenab
Nu'man Salleh sebagai Pak Meon
Fieza Hanafie sebagai Mak Seha 




Sinopsis Penuh Drama Mr Millennium Lakonan Aqasha dan Cristina Suzanne (TV9)

Jamil dan Mastora ialah pasangan suami isteri yang hidup secara sederhana di sebuah kampung di zaman 60an. Walaupun mereka tidak dikurniakan anak tetapi Jamil dan Mastora dikenali sebagai pasangan yang romantik dan lurus dalam kalangan penduduk kampung. Jamil seorang yang kuat berangan dan sering membayangkan apa akan terjadi di masa hadapan. Satu hari, Jamil terjumpa satu gelung misteri. Tanpa berfikir panjang, Jamil telah masuk ke dalam gelung itu dan dibawa merentas masa ke zaman moden! Jamil terpinga-pinga dengan infrastruktur serba moden telah menimbulkan banyak insiden lucu. Tambahan pula, Jamil jumpa seorang wanita yang seiras dengan Mastora waktu muda, Qistina. Apabila Jamil sedar bahawa dia berada di zaman moden dan Mastora pula tidak ada di sisinya, dia mula mencari gelung misteri itu untuk pulang ke tempat asalnya. Dalam perjalanan Jamil berhadapan dengan pelbagai ujian, dia menjadi popular dan kaya. Ketika itu, Qistina kembali dan menawarkan bantuan untuk menguruskan kerja-kerja Jamil. Sementara itu, Mastora juga tidak berputus asa untuk menjejaki suaminya sehinggalah dia turut sampai ke zaman moden menerusi gelung misteri itu. Apa yang berlaku seterusnya?. Dapatkah Jamil dan Mastora bertemu kembali?..
Drama Mr Millennium, Info dan Sinopsis Drama Mr Millennium, Poster Drama Mr Millennium, Sinopsis Penuh Drama Mr Millennium, Poster Drama Mr Millennium, Drama Mr Millennium Full Episode, Drama Baru Aqasha, Drama Baru Christina Suzanne, Drama TV9, Slot Diandra, Drama Mr Millennium Cast, Pelakon - Pelakon Drama Mr Millennium,


Lagu Tema / OST Drama Mr Millennium

👄👄 Boom Bada Boom nyanyian Erul Omar

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Drama Dukun Diva Lakonan Nadia Aqilah dan Eyka Farhana (Astro Citra)

⏩⏩ Drama Jangan Ganggu Jodohku Full Episode

👉👉 Drama I Promise Janji Anaqi Lakonan Sharnaaz Ahmad dan Emma Maembong (Astro Ria)

Read More

18 Dis 2021

Telefilem Bayang Lakonan Hazama (Astro Citra)



Telefilem Bayang, Telemovie Bayang, Info dan Sinopsis Telefilem Bayang, Poster Telefilem Bayang, Telefilem Astro Citra, Pelakon - Pelakon Telefilem Bayang, Hazama, Ayie Elham, Cik Manggis, Cliff Umar, Syean Mokhtar,

Telefilem Bayang akan disiarkan pada hari Sabtu ini, 18 Disember 2021, jam 9 malam di slot Citra Exclusive Astro Citra. Antara pelakon telefilem Bayang ini adalah Hazama, Ayie Elham Floor 88, Cik Manggis, Boy Clifford, Syed Nahar dan ramai lagi. Nampaknya ramai penyanyi yang berlakon dalam telemovie Bayang ini. Selain itu telemovie ini diarahkan oleh Idril Mihat dan Irwan Rauf serta diterbitkan oleh Motion Studio dan SilentKaiju Studio. Nampak menarik kan telefilem ini, jadi jom tengok sinopsis ringkas telefilem ini di bawah ye..




Sinopsis 
Telefilem Bayang Lakonan Hazama, Ayie Floor 88 dan Cik Manggis (Astro Citra)

Seorang jurugambar jenayah sering terambil gambar penampakan entiti aneh seperti memberi gambaran kepada satu kes lama yang masih tergantung misteri tanpa jawapan. Mengisahkan tentang kehilangan Lisa, seorang penyiasat yang menjadi misteri kerana berkait rapat dengan kes-kes pembunuhan yang sedang disiasatnya bersama seorang rakannya, Azam. Seorang jurugambar amatur bernama Joni, menjadi petunjuk kepada misteri kehilangan Lisa.Apa yang berlaku seterusnya?..

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Drama Dukun Diva (Astro Citra)


Read More

13 Dis 2021

Drama Dukun Diva (Astro Citra)



Drama Dukun Diva, Poster Drama Dukun Diva, Info dan Sinopsis Drama Dukun Diva, Sinopsis Penuh Drama Dukun Diva, Dukun Diva Cast, Drama Dukun Diva Full Episode, Pelakon - Pelakon Drama Dukun Diva,

Drama Dukun Diva adalah drama terbaru di Astro Citra yang disiarkan bagi menggantikan Drama I- Tanggang yang telah tamat episodnya. Antara pelakon drama Dukun Diva ini adalah Nadia Aqilah, Eyka Farhana, Emelda Rosemila, Tony Eusoff, Siti Khadijah Halim, Kahoe Hon, Adlin Aman Ramlie , Aloy Paradoks, Che Puan Juliana Evans dan ramai lagi. Drama Dukun Diva ini mula bersiaran di Astro Citra sejak 6 Disember 2021 yang lalu, setiap hari Isnin, jam 9 malam. Idea asal dan lakon layar drama ini adalah daripada Alfie Palermo dan diarahkan oleh Ariff Zulkarnain. Drama 8 episod Dukun Diva ini Dukun Diva merupakan drama tempatan pertama yang membawakan kisah ‘female con artist’ dan 'anti-heroes' gitu.Memang nampak menarik kan drama ini, para pelakon pun mantap - mantap belaka. Jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Dukun Diva ini beserta sinopsisnya juga di bawah ini okey..

Nadia Aqilah sebagai Che Yah (Rubiah Samsudin)
Eyka Farhana sebagai Lola (Norlela Binti Hashim) 
Emelda Rosemila sebagai Dato’ DD (Dahlia Deela Binti Idrus) 
Tony Eusoff sebagai Zul (Zulkarnain Lim Abdullah) 
Siti Khadijah Halim sebagai Baby Riena (Sabriena Lim Binti Zulkarnain Lim) 
Kahoe Hon sebagai Daniel (Daniel Lim Bin Zulkarnain Lim) 
Adlin Aman Ramlie sebagai Dato’ Saddiq (Muhd Saddiq Bin Jermal)
Aloy Paradoks sebagai Sarjan Anep (Hanif Bin Zulkifli)




Sinopsis Drama Dukun Diva Lakonan Nadia Aqilah dan Eyka Farhana (Astro Citra)

Mengisahkan tentang Rubiah Samsudin atau dengan gelaran popularnya Che Yah gagal menjadi pelakon terkenal dan kini bekerja sebagai wanita pelayan pelanggan (GRO) di sebuah kelab malam. Hakikat tersebut menyebabkan Che Yah sangat malu untuk pulang menemui keluarganya di kampung. Satu hari, Che Yah menerima panggilan daripada hospital memaklumkan kakaknya, Aishah sedang nazak. Di sini bermulanya perubahan dalam hidup Che Yah bila mengetahui dia bakal menjaga anak saudaranya, Lola seorang remaja yang bermasalah. Ketegangan mula berlaku di antara Che Yah dan Lola. Dalam pada masa yang sama mereka telah didatangi didatangi oleh Abang Long yang mengugut untuk membunuh Che Yah jika tidak membayar hutangnya. Mereka terpaksa mencari jalan bagi menyelesaikan hutang Che Yah serta menyelamatkan nyawa mereka. Lola mendapat idea. Jadi apakah yang mereka lakukan? ...‘They Put The Sham In Shaman’.
Episod 1 (Rubiah Samsudin The Primadona) 
Episod 2 (Happy, Together, Forever)
Episod 3 (Giselle, Oh Giselle)
Episod 4 (Kita Family)
Episod 5 (Camp Cinta Abadi)
Episod 6 (Che Yah’s Beauty Cream)
Episod 7 (You, Me and Jeju)
Episod 8 (Mengejar Mimipi)

Lagu Tema / OST Drama Dukun Diva

👄👄 Jangan Terlepas Pandang nyanyian Wani Kayrie



Read More

11 Dis 2021

Telefilem Zombie Jarum Vaksin Lakonan Farid Kamil dan Jue Aziz (Astro Citra)



Telefilem Zombie Jarum Vaksin, Telemovie Zombie Jarum Vaksin, Poster Telefilem Zombie Jarum Vaksin, Info dan Sinopsis Telefilem Zombie Jarum Vaksin, Telefilem Zombie Jarum Vaksin Full Episode, Zombie Jarum Vaksin Cast, Pelakon - Pelakon Telefilem Zombie Jarum Vaksin, Farid Kamil, Jue Aziz, Telemovie Astro Citra,
Telefilem Zombie Jarum Vaksin Lakonan Farid Kamil dan Jue Aziz (Astro Citra)

Telefilem Zombie Jarum Vaksin akan disiarkan pada hari Sabtu,11 Disember 2021 ini, jam 9 malam di Astro Citra. Antara pelakon telefilem Zombie Jarum Vaksin ini adalah Farid Kamil, Jue Aziz, Mustaqim Bahadon, Arie Zaharie, Mak Wan Latah, Kamsani Ismail, Syazwani Bakri, Kamsiah Ali dan ramai lagi. Selain itu telemovie Zombie Jarum Vaksin diarahkan oleh Eoon Shuhaini dan diterbitkan oleh Arie Zaharie Production. Wah nampak menarik telefilem ini kan,unik dan up to date gitu. Jadi jom tengok sinopsis telemovie ini okey..




Sinopsis Telefilem Zombie Jarum Vaksin Lakonan Farid Kamil dan Jue Aziz (Astro Citra)

Nisa dan Farid merupakan pasangan tunang dan bercadang untuk melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat. Mereka mempunyai satu masalah di mana Farid takut untuk menerima vaksin. Hal ini turut membebankan Nisa kerana keluarga Nisa tidak bagi mereka berkahwin selagi farid belum divaksin. Nisa bengang dan pergaduhan berlaku. Nisa tetap berkeras mahu tahu apakah punca Farid tidak mahu divaksin. Apa yang berlaku seterusnya?..

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Telefilem Tanah Kubur Hati Hitam (Astro Citra)


Read More

Drama Gila - Gila Cinta Lakonan Zaki Azeman dan Dayang Areeda (TV3)




Drama 7 episod yang bertajuk Gila - Gila Cinta akan disiarkan bagi menggantikan Drama Diari Seorang Suami yang telah tamat episodnya. Drama ini mula bersiaran di slot Lestary TV3 bermula 9 Disember yang lalu, setiap hari Rabu hingga Sabtu, jam 9 malam. Antara pelakon drama Gila - Gila Cinta ini adalah Zaki Azeman, Dayang Areeda, Afiera Riana, Aziq Mukhriz, Asyraf Rozami, Hasmira Azmi, Noriza Salleh, Rosnah Idris dan ramai lagi. Selain itu drama Gila - Gila Cinta ini diarahkan oleh Emi Suffian (Pyan Screw) dan diterbitkan oleh Zamriez Golden Pictures Sdn Bhd. Nampak menarik kan drama ini, jadi jom tengok sinopsis drama ini beserta watak - watak pelakon dalam drama Gila - Gila Cinta di bawah ini..

Zaki Azeman sebagai Carl
Dayang Areeda sebagai Diya
Aziq Mukhriz sebagai Ben
Afiera Riana sebagai Afira
Asyraf Rozami sebagai Ery
Hasmira Azmi sebagai Fina




Sinopsis Penuh Drama Gila - Gila Cinta Lakonan Zaki Azeman dan Dayang Areeda (TV3)

Mengisahkan konflik cinta antara empat pemuda iaitu Diya (Dayang Areeda), Carl (Zaki Azeman), Afira (Afiera Riana) dan Ben (Aziq Mukhriz). Afira yang bekerja sebagai ejen insurans bakal mendirikan rumah tangga bersama teman lelakinya, Ben. Ben pula bekerja membuat ‘live’ menjual pakaian dan kasut berjenama bundle yang dibantu oleh rakannya, Ery (Asyraf Rozami). Diya seorang ‘influencer’ media sosial yang mempunyai ramai pengikut. Dia gemar membuat reviu makanan di pelbagai restoran. Diya terkejut mendapat tahu bekas kekasihnya, Ben kini bercinta dengan Afira dan bakal berkahwin tidak lama lagi. Carl pula merupakan seorang penyunting video yang menjadikan rumahnya sebagai studio. Carl berjiran dengan Diya. Mereka berdua sering bergaduh atas pelbagai hal yang remeh temeh. Suatu hari, Carl diajak oleh rakannya untuk bertemu dengan ejen insurans. Carl terkejut apabila bertemu dengan Afira, bekas kekasihnya! Sejak itu, mereka selalu berjumpa. Carl mula menyukai Afira dan mahu menawan hatinya kembali. Carl dan Diya yang sedang berhadapan dengan konflik cinta telah bergabung untuk mendapatkan bekas kekasih masing-masing. Apakah strategi dan taktik mereka? Adakah misi Carl dan Diya akan berjaya? 


Read More


My Random Post