4 Dis 2021

Episod Akhir Drama I- Tanggang



Drama I- Tanggang : Mother Of All Lies, Drama I - Tanggang (Astro Citra), isu penderitaan mental Munchausen Syndrome by Proxy, Drama I - Tanggang Cast, Pelakon Drama I - Tanggang, Sinopsis Penuh Drama I - Tanggang, Ending Drama I - Tanggang,

Tamat sudah drama 12 episod yang bertajuk I- Tanggang : Mother Of All Lies, aku suka tengok drama ini sebab jalan ceritanya lain dari yang lain dan unik kerana mengetengahkan isu penderitaan mental Munchausen Syndrome by Proxy. Memang ternanti - nanti setiap episod sebab drama ini disiarkan seminggu sekali saja. Selepas ini drama Dukun Diva lakonan Nadia Aqilah, Eyka Farhana, Emelda Rosemila, Tony Eusoff, Siti Khadijah Halim dan ramai lagi akan menggantikan drama I- Tanggang ini. Berbalik pada drama ini, episod akhir drama ini memang happy endinglah kan, bila akhirnya kebenaran terbukti juga dan yang bersalah menerima hukuman. Episod akhir drama I- Tanggang ini bermula dengan perbicaraan Khay, Syafiq dan Esra di mahkamah kerana kesemua mereka mengaku tidak bersalah dalam percubaan membunuh puan Erma yang merupakan ibu pada Khay. 




Puan Erma semakin sembuh dan dapat ke mahkamah untuk menjadi saksi dan memberitahu perkara sebenarnya. Puan Erma menuduh Esra menikamnya di belakang sekali manakala anaknya Khay menikamnya sebanyak 7 kali di bahagian depannya. Manakala Syafiq terlepas daripada sebarang hukuman dan didapati tidak bersalah. Namun berjanji akan menjadi saksi untuk kes Khay. Khay terkejut dengan pengakuan ibunya sendiri yang menuduh dirinya sedangkan dia tidak bersalah. Doktor Nini dan Private Investigator yang diupahnya tampil bertemu bapa Khay iaitu Rahmat dan peguam Khay untuk memberitahu hal sebenar mengenai Erma dan Khay. Manakala ibu Syafiq dah nampak berani dan akhirnya dia pergi juga ke mahkamah bertemu Syafiq. Walaubagaimanapun ramai yang tak puas hati bila bapa Syafiq tu tak dapat balasan yang sewajarnya. Apa pun akhirnya kebenaran terbukti juga. Lepas ni layann Dukun Diva pula, hope drama tu bestlah juga seperti drama - drama lain sebelum ini.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post