29 Mei 2022

Drama Bisik-Bisik Gelora Episod 1 Hingga 35 Di Slot Akasia TV3



Drama Bisik-Bisik Gelora, Drama Bisik-Bisik Gelora Slot Akasia TV3, Drama Slot Akasia TV3, drama adaptasi novel, Novel Bisik - Bisik Gelora, Drama Bisik-Bisik Gelora Full Episode, Drama Bisik-Bisik Gelora Episod 1 Hingga Episod 35, Poster Drama Bisik-Bisik Gelora, Ending Drama Bisik-Bisik Gelora, Bisik - Bisik Gelora Cast, Pelakon - Pelakon Drama Bisik-Bisik Gelora, Redza Rosli, Raysha Rizrose, Gambit Saifullah, Afifah Nasir, Norreen Iman, Info dan Sinopsis Drama Bisik - Bisik Gelora,

Drama Bisik-Bisik Gelora adalah drama terbaru di slot Akasia TV3 yang disiarkan bagi menggantikan Drama 7 Hari Mencintaiku 3 lakonan Shukri Yahaya dan Siti Saleha yang telah tamat episodnya. Drama Bisik - Bisik Gelora ini mempunyai 35 episod dan sudah bersiaran di slot Akasia TV3 sejak 21 Mei yang lalu, setiap Isnin hingga Ahad, jam 7 malam. Antara pelakon drama Bisik-Bisik Gelora ini adalah Redza Rosli, Raysha Rizrose, Gambit Saifullah, Hafidz Roshdi, Ruminah Sidek, Afifah Nasir, Kodi Rasheed, Norreen Iman, Shah Reza, Shakilla Khoriri, Edika Yusof, Shekeen Waida dan ramai lagi. Drama ini merupakan adaptasi daripada novel ‘Bisik-Bisik Gelora’ karya Fauziah Ashari. Redza Rosli dan Raysha Rizrose akan menjadi pelakon utama drama Bisik - Bisik Gelora ini. Selain itu drama ini diarahkan oleh Riza Baharudin dan diterbitkan oleh Global Station Sdn Bhd. Nampak menarik kan drama ini, plus aku juga dah pernah baca versi novelnya sebelum ini, tak sangka pula dah diadaptasikan menjadi drama bersiri gitu. Jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Bisik - Bisik Gelora ini di bawah ye beserta sinopsisnya sekali..

Redza Rosli sebagai Jad Izzuddin
Raysha Rizrose sebagai Banin Arumi
Gambit Saifullah sebagai Fakhri
Afifah Nasir sebagai Nada
Hafidz Roshdi sebagai Wari
Shakilla Khoriri sebagai Juni
Norreen Iman sebagai Izzati
Ruminah Sidek sebagai Nek Muya
Shah Reza sebagai Hamid
Edika Yusof sebagai Akalil
Kodi Rasheed sebagai Yahya
Shekeen Waida sebagai Maya




Sinopsis Drama Bisik-Bisik Gelora Lakonan Redza Rosli dan Raysha Rizrose - Slot Akasia TV3

Jad, seorang pemuda kampung yang lurus bendul bertemu dengan Arumi, seorang gadis bandar yang liar di usia yang muda. Mereka terperangkap dalam tangkap basah dan terpaksa berkahwin. Pada malam selepas perkahwinan mereka, Jad ditangkap dan dipenjarakan kemudian. Arumi melanjutkan pelajaran ke luar negara dan terlupa akan hakikat bahawa dia masih isteri kepada Jad. Selepas Jad dibebaskan, dia telah dikaburi dengan dendam. Jad telah menemui Arumi dan menuntutnya kembali taat kepadanya sebagai seorang isteri.Banin Arumi atau Umi adalah gadis nakal dan lincah. Bapanya, Tuan Akalil menghantar dia ke kampung agar anaknya itu akan berubah tingkah laku kerana kampung mentuanya jauh daripada kota. Di kampung, Arumi telah bertemu dengan Jad Izzuddin, seorang pemuda yang alim di hadapan keluarga namun amat nakal di belakang mereka. Suatu hari tanpa diduga, Arumi dan Jad telah bertemu. Pertemuan itu telah menyatukan mereka ke alam perkahwinan. Namun di hari pernikahan mereka, Arumi mendapat berita yang kedua-dua ibu bapanya menemui ajal dalam satu kemalangan jalan raya. Arumi mula benci pada Jad yang dianggapnya punca semua malapetaka ini berlaku. Takdir Allah, pada hari yang sama, suami yang baru dinikahi ditangkap oleh pihak berkuasa dan disumbat ke dalam penjara. Apakah yang terjadi pada Arumi? Bagaimana pula dengan Jad?
Drama Bisik-Bisik Gelora, Drama Bisik-Bisik Gelora Slot Akasia TV3, Drama Slot Akasia TV3, drama adaptasi novel, Novel Bisik - Bisik Gelora, Drama Bisik-Bisik Gelora Full Episode, Drama Bisik-Bisik Gelora Episod 1 Hingga Episod 35, Poster Drama Bisik-Bisik Gelora, Ending Drama Bisik-Bisik Gelora, Bisik - Bisik Gelora Cast, Pelakon - Pelakon Drama Bisik-Bisik Gelora, Redza Rosli, Raysha Rizrose, Gambit Saifullah, Afifah Nasir, Norreen Iman, Info dan Sinopsis Drama Bisik - Bisik Gelora,
Lagu Tema / OST Drama Bisik - Bisik Gelora

👄👄 Cinta nyanyian Marsha Milan

Tonton Online Drama Bisik-Bisik Gelora Full Episode

Kalau korang terlepas menonton drama ini di kaca TV, korang juga boleh menonton drama Bisik - Bisik Gelora ini disini 👉 Disney + Hotstar



Read More

Telefilem Sekolah Sampah Lakonan Aliff Aziz (Astro Citra)



Telefilem Sekolah Sampah, Telefilem Astro Citra, Telemovie Sekolah Sampah (Astro Citra), Telefilem Sekolah Sampah Lakonan Aliff Aziz (Astro Citra), Info dan Sinopsis Telefilem Sekolah Sampah (Astro Citra), Aliff Aziz Telemovie,

Telefilem Sekolah Sampah telah pun disiarkan pada hari Sabtu, 29 Mei 2022 yang lalu, jam 9:00 malam. Antara pelakon telefilem Sekolah Sampah ini adalah Aliff Aziz, Bella Astillah, Aidil Astillah, Pasqueletta Joan, Rubisa Tiasin, Nuhamizan Syahmi Musa, Syed Haiqal Saputra, Fatima Nadhira, Sahrah Asor, Ejin Dinting, Jaipin Leggau dan ramai lagi. Selain itu telemovie Sekolah Sampah ini diarahkan oleh Ebi Kornelis dan diterbitkan oleh Arie Zaharie Production. Nampak menarik kan telemovie Sekolah Sampah ni kan, penuh dengan pengajaran gitu. Jadi jom tengok sinopsis telemovie ini di bawah okey..




Sinopsis Telefilem Sekolah Sampah Lakonan Aliff Aziz (Astro Citra)

Mengisahkan Adam, seorang backpacker berumur 30-an menetap di Sandakan yang bercita-cita untuk mengembara ke seluruh Sabah. Sebelum pengembaraannya bermula, Adam mendapat tahu kisah kanak-kanak pengemis yang tidak berkemampuan untuk meneruskan pembelajaran mereka di sekolah. Kanak-kanak tersebut tinggal di Kampung Sampah dan menyara hidup dengan mengutip serta menjual barangan terbuang. 
Bagi memberi kesamarataan dalam pendidikan kepada mereka, Adam nekad mendidik anak-anak itu dengan membina Sekolah Sampah sehingga mengorbankan impian pengembaraannya. Pengorbanan ini dibantu oleh salah seorang muridnya, Erna yang juga mengambil bahagian dalam mengajar rakan-rakannya yang tercicir dalam pelajaran. Dengan usaha membangunkan Sekolah Sampah, Erna telah mengirimkan sepucuk surat kepada pemimpin tentang kewujudan sekolah tersebut.



Read More

26 Mei 2022

A BEGINNER’S GUIDE TO WHOLESALE SHAPEWEAR



When we were already in the summer spirit, so we could continue like that, summer is here, only they were not ready for me at all, because with quality body shaping services, there was no more self-sacrifice, right? It certainly happens to you that there is no doubt in yourself and your body. Don't worry, the news about a white trainer is that it improves your mood and additionally motivates you if you want to snore or just shape your body.

These full body shapewear are specially made to be a part of the body that they want, so if you take a weight loss model, you will lose weight and shape your body. While on the example, if you take some others to adjust the latter and do. In addition to top quality, I believe they will be satisfied because they are of the highest quality and responsible to their customers.I recommend these models, see below. Enjoy your body, be happy with yourself, believe in yourself because this is the way to the goal, these corsets will bring you freedom and satisfaction, so take a look at the site and order today!



The models I chose are for the whole body, and I chose 5 models that I think would look great on you, easy to put on, have a buckle in the middle, look great and no one will notice you wearing them under your clothes. You will look incredibly good, handsome and as if you have trained a lot. They are easy to remove, they are even better maintained, which is also important.

Butt lifting shapewear are shapewears that are made to reduce the circumference of the thigh, they are perfect for women who have slightly stronger thighs and want to shape them. They are made of elastane so that they have a tolerance of how much they can be stretched. Thigh braces are great and made of the best materials. They are easy to use and the results are excellent. They can also be worn during training, which will further speed up the process.


If you don't know what to give to your mother, sister, best friend, this is an ideal and real gift for them, it looks great and their self-confidence will surely jump. There is nothing more beautiful than your security and comfort, when you feel grateful and happy. That is why you make yourself a happy person every day, because that is very important today in the world we live in.

Which model do you like the most?


Read More

21 Mei 2022

Telefilem Kerana Aku Seorang Ibu (TV1)



Telefilem Kerana Aku Seorang Ibu, Telemovie Kerana Aku Seorang Ibu (TV1), Poster Telefilem Kerana Aku Seorang Ibu, Sinopsis Telefilem Kerana Aku Seorang Ibu (TV1), Telefilem Kerana Aku Seorang Ibu Full Episode, Pelakon - Pelakon Telefilem Kerana Aku Seorang Ibu (TV1),

Telefilem Kerana Aku Seorang Ibu akan disiarkan pada hari Sabtu, 21 Mei 2022, jam 9 malam di slot Panggung RTM TV1. Antara pelakon telefilem Kerana Aku Seorang Ibu ini adalah Aida Aris, Amyza Aznan, Angeline Tan, Elvina Chua, Fimie Don, Ieja Fy dan Bibi Qairina dan ramai lagi. Selain itu telemovie Kerana Aku Seorang Ibu ini diarahkan oleh Ollynn Khadri dan diterbitkan oleh Notion Oven. Nampak menarik kan telemovie Kerana Aku Seorang Ibu ini kan, jadi jom tengok sinopsis penuh drama ini di bawah ye..




Sinopsis Telefilem Kerana Aku Seorang Ibu (TV1)

Mengisahkan Maria wanita berkerjaya yang membangunkan perniagaannya sendiri. Dia telah bercerai dengan bekas suaminya dan mempunyai dua orang anak lelaki iaitu Ezra dan Ezrin. Setelah bercerai dengan Zainal, kedua-dua anak itu yang meningkat remaja dibesarkan oleh bapa mereka. Kesibukan Maria menguruskan perniagaan menyebabkan hubungannya dengan Ezra dan Ezrin renggang dan semakin menjauh. Satu hari, Zainal perlu ke luar negara atas urusan kerja dan tugasan menjaga Ezra dan Ezrin diberikan kepada Maria selama sebulan. Ezra bertegas mahu tinggal sendiri di rumah kerana beranggapan dirinya mampu menguruskan diri. Namun dibantah keras oleh Zainal. Sebenarnya Zainal berharap kesempatan itu digunakan oleh Maria untuk mengeratkan semula hubungan dengan anak-anak mereka. Seterusnya kisah Anita, guru sekolah menengah yang baru berpindah ke Kuala Lumpur bersama dua orang anaknya, Juwita dan bayi, Sara. Juwita melanjutkan pengajian ke kolej dan waktu yang sama dia membantu ibunya menguruskan rumah dan Sara. 

Dari mata kasar Anita, Juwita dan Sara kelihatan bahagia dan sempurna namun tiada sesiapa pun yang tahu bahawa Sara bukanlah anak Anita tetapi anak Juwita. Kisahnya berkembang dengan watak Juwita yang cuba menyesuaikan diri sebagai seorang ibu muda dan dalam masa yang sama masih bergelar pelajar kolej. Dia menyimpan rahsia telah diperkosa teman sekolahnya di kampung yang menyebabkannnya mengandung dan melahirkan Sara. Dunianya yang cerah bertukar menjadi mendung. Mujur naluri keibuan Anita kuat memberikan semangat kepada Juwita kerana sedar apa yang berlaku takdir Allah. Mereka berhijrah ke Kuala Lumpur meneruskan kehidupan baru dan Juwita kembali meneruskan pengajian di kolej dan salah seorang sahabat barunya adalah Ezra. Sementara itu Julia pula seorang ibu tiri yang hidup bahagia bersama anak tirinya, Talia. Julia cuba sedaya upaya untuk mencurahkan kasih sayang kepada anak tirinya itu apatahlagi dia telah beberapa kali keguguran. Dia melayan Talia bagai anaknya sendiri dan tidak mahu berenggang. Hakikatnya Talia mula rasa rimas dengan situasi itu. Lalu apakah kesudahan jalur cerita mereka?

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Episod Akhir dan Ending Drama 7 Hari Mencintaiku 3

⏩⏩ Drama Juliet Lakonan Redza Rosli dan Rita Nadira (Slot Widuri TV1)

👉👉 Telefilem Bintang GV Dikejar Zombie (Astro Citra)

Read More

Episod Akhir dan Ending Drama 7 Hari Mencintaiku 3



Ending Drama 7 Hari Mencintaiku 3, Episod Akhir Drama 7 Hari Mencintaiku 3, Info dan Sinopsis Drama 7 Hari Mencintaiku 3, Drama 7 Hari Mencintaiku 3 Full Episode, 7 Hari Mencintaiku 3 Cast, Pelakon - Pelakon Drama 7 Hari Mencintaiku 3,

Episod Akhir dan Ending Drama 7 Hari Mencintaiku 3

Drama 7 Hari Mencintaiku 3 dah pun melabuhkan tirainya, ramai betul yang geram dengan Nurul Ain dan Kuzairi tu. Awalnya aku ingatkan si Nurul ni dah jadi baik rupa - rupanya berlakon baik je pun. Ramai gak netizen berteka - teki siapa bapa pada anak si Nurul ni, ramai yang teka si Zaidi la, pak Samad lah, Borhan lah dan lain - lain lagi. Selain tu aku ingatkan si Fatin ni jahat sampai ke akhirnya rupanya boleh berubah jadi baik pulak. Apa pun puas hati jugalah bila dapat tengok Mak Leha smack down juga si Nurul tu hahahaha, ganyang jangan tak ganyang. Jahat si Nurul ni tak cukup satu musim saja bertambah pula sampai musim ketiga ni. Paling best bila si Nurul ni dah dua kali tak jadi kahwin dengan Kuzairi 😂. Di episod akhir drama 7 Hari Mencintaiku 3 ini juga penonton dapat tengok si Helmi memarahi Syakila lepas Syakila kantoi bila rancangan jahatnya diketahui Helmi. Lepas Helmi marah dia automatik si Syakila ni boleh insaf dan jadi baik balik 😆😆. 




Acik Ila juga dah insaf dan Sofi juga dah berbaik semula dengan Helmi. Manakala Kuzairi juga dah berbaik dengan Mia, Adam juga sedar dengan kesalahan dia dan mendoakan Mia bahagia dengan Kuzairi. Bila keluarga Pak Samad dan bahagia dan tak ada masalah besar boleh pula lain jadinya. Tak sangkalah ending drama 7 Hari Mencintaiku 3 ni sedih sebab pak Samad meninggal dunia dan sempat meninggalkan sepucuk surat buat keluarganya. Okey tu sedikit sebanyak sinopsis episod akhir drama 7 Hari Mencintaiku 3. Apa pun dalam musim ketiga ni banyak gak pengulangan macam kes cemburu Mia dan Kuzairi, pastu ada perempuan nak rampas Kuzairi dan Kuzairi nak kahwin lagi. Lepas ni drama ini akan digantikan dengan drama baru yang bertajuk Bisik - Bisik Gelora.



Read More

17 Mei 2022

Drama Juliet Lakonan Redza Rosli dan Rita Nadira (Slot Widuri TV1)



Drama Juliet, Sinopsis Drama Juliet, Poster Drama Juliet, Drama Juliet Slot Widuri TV1, Drama Juliet Full Episode, Juliet Cast, Pelakon - Pelakon Drama Juliet, Redza Rosli, Rita Nadira, Haliza Misbun, Shah Iskandar, Drama Slot Widuri TV1,

Drama Juliet adalah drama terbaru di slot Widuri TV1 yang mula disiarkan pada 3 Mei 2022 yang lalu, setiap Isnin hingga Khamis, jam 6 petang. Antara pelakon drama Juliet ini adalah Rita Nadira, Redza Rosli, Sofia Ibrahim, Louisa Chong , Rozita Che Wan, Azzarima, Haliza Misbun, Shah Iskandar, Khairil Anuar, Mak Jah, Shah Khan, Asha Merican, Scha Elina, Jabir Meftah, Nur Azwani Izzati, Mas Anizan, Halmey Hamdah dan ramai lagi. Selain itu drama Juliet ini mempunyai 26 episod dan diarahkan oleh Dato Ahmad Tamimi Siregar serta diterbitkan oleh Zeel Production Sdn Bhd. Nampak menarik kan drama ini, jadi jom tengok sinopsis penuh drama Juliet di bawah ini okey..




Sinopsis Drama Juliet Lakonan Redza Rosli dan Rita Nadira - Slot Widuri TV1

Hubungan cinta Julia dan Ashraf terputus selepas mengetahui mereka sebenarnya adalah adik-beradik yang sudah terpisah lama akibat dari konflik silam hingga tidak mengenali satu sama lain. Julia, hidup serba sederhana bersama dengan ibunya, Maryam. Namun, kehidupan Julia tidak seperti orang lain disebabkan sikap ibunya yang hidup seperti takut dengan bayang-bayang sendiri. Kepolosan Julia menarik perhatian Ashraff, seorang anak muda berasal dari keluarga berada. Persahabatan itu membunga menjadi cinta sejati tetapi di halang oleh Maryam yang bencikan orang kaya. Dia yang mempunyai sejarah bersuamikan orang kaya tidak mahu sejarah kembali berulang terhadap Julia. Ashraff berkongsi kisah cintanya dengan neneknya, Matilda. Matilda menjaga Ashraff seperti menatang minyak yang penuh kerana cucunya membesar tanpa kasih sayang ibu dan bapa. Sewaktu kecil, ibu bapa Ashraff, Ariff dan Mina terlibat dalam satu kemalangan. Ariff disahkan meninggal dunia manakala Mina mengalami gangguan mental. Selepas kematian Ariff, Matilda dihantui dengan amanah anaknya itu untuk mencari isteri dan anaknya hasil daripada perkahwinan yang sah tanpa pengetahuannya. Sejak itu, dia tidak pernah putus untuk menjejaki isteri dan anak Ariff. Setelah 20 tahun mencari, akhirnya Matilda menemui Julia yang disahkan sebagai anak kandung Ariff. Julia di jemput Matilda untuk tinggal dalam rumah agam itu kerana dia juga pewaris harta Ariff. Ashraff tidak dapat menerima kebenaran itu nekad untuk membenci gadis yang dicintainya.
Drama Juliet, Sinopsis Drama Juliet, Poster Drama Juliet, Drama Juliet Slot Widuri TV1, Drama Juliet Full Episode, Juliet Cast, Pelakon - Pelakon Drama Juliet, Redza Rosli, Rita Nadira, Haliza Misbun, Shah Iskandar, Drama Slot Widuri TV1,
Kehadiran Julia amat dinantikan oleh Mina. Selama 20 tahun, Mina terpaksa berpura-pura ‘gila’ demi menutup dosanya membunuh suami sendiri. Mina tidak dapat menerima hakikat setelah Ariff berkahwin dengan Maryam. Ini kerana dia disahkan mandul dan Ashraff adalah anak angkat untuk mengaburi mata Matilda. Kehadiran Julia tidak disenangi oleh Vee dan anak-anaknya, Lily dan Isabelle yang memperkecilkan status Julia sebagai ‘anak luar nikah’. Oleh sebab itu, terbit kebencian terhadap ibunya dan enggan pulang ke rumah. Lebih menyayat hati, Ashraff turut bersekongkol dengan keluarganya menghina Julia.Tanpa pengetahuan semua, Matilda telah merangka untuk membunuh Julia. Disebabkan Julia dan Maryam, menantu kesayangannya Mina mengalami gangguan mental. Matilda menghasut Ashraff untuk menghapuskan Julia kerana harta Ariff akan turut mengalir kepada Julia. Ashraff terhasut bukan kerana harta, tetapi kerana masih tidak dapat menerima hakikat yang Julia sedarah sedaging dengannya. Julia ‘dibunuh’ oleh Ashraff. Ashraff berkahwin dengan Lily namun tidak bahagia. Keadaan lebih rumit setelah Ashraff mengetahui kegiatan ‘black money’ yang dijalankan oleh Matilda. Matilda tahu, ada seseorang yang cuba untuk menjatuhkannya. Muncul Juliet dan Susan dalam misi untuk menjatuhkan Matilda. Susan adalah musuh tradisi Matilda dalam kegiatan ‘black money’. Juliet kini bangkit dalam usaha menentang Matilda dan Ashraff, kekasih yang dicintainya itu. Siapakah Juliet?

Lagu Tema / OST Drama Juliet (TV1)

👄👄 Boneka nyanyian Ernie Zakri

Tonton Online Drama Juliet Episod 1 Hingga 26 (Full Episode)

Korang boleh menonton drama Julier ini secara online di portal 👍 rtmklik



Read More

Another Ending For Moon Lovers : Scarlet Heart Ryeo



Another Ending For Moon Lovers : Scarlet Heart Ryeo, Second Ending For Moon Lovers : Scarlet Heart Ryeo, Korean Drama Ending, Happy Ending, IU, Lee Joon Gi,

Bagi peminat drama Korea mesti pernah menonton drama Moon Lovers : Scarlet Heart Ryeo yang dibintangi ramai pelakon popular dan terkenal Korea seperti Lee Joon Gi, IU, Kang Ha Neul, Nam Joo Hyuk, Ji Soo, Hong Jong Hyun, Baekhyun, Seohyun, Kang Han Na dan ramai lagi. Drama ni release tahun 2016 dan rasanya hampir pasti tiada musim kedua. Walaupun dalam satu temubual Lee Joon Gi mengatakan dirinya tak ada masalah untuk berlakon dalam musim kedua jika drama tu disambung ke musim seterusnya. Namun begitu hampir sukar nak menghimpunkan semua pelakon asal drama ini betul tak hehe. 




Apa pun semua pasti tahu ending Korean Drama Moon Lovers : Scarlet Heart Ryeo ni memang tragis gitu dan sad ending. Tapi dalam temubual tersebut Lee Joon Gi turut mengatakan ada ending lain iaitu lebih pada happy ending sikit seperti dalam gambar diatas, bila Hae Soo dan Wang So bertemu di dunia moden. Tapi entah kenapa pengarah drama ni memilih ending yang tragis untuk drama ini, mungkin nak kan drama ini diingati sebagai kisah cinta tragis kot. Apa pun drama ni memang best, so kiranya drama ni ada 2 endinglah kan, cuma yang penonton tonton tu adalah ending yang sedih..



Read More

15 Mei 2022

Telefilem Bintang GV Dikejar Zombie (Astro Citra)



Telefilem Bintang GV Dikejar Zombie, Telemovie Bintang GV Dikejar Zombie (Astro Citra), Poster Telefilem Bintang GV Dikejar Zombie (Astro Citra), Info dan Sinopsis Telefilem Bintang GV Dikejar Zombie, Bintang GV Dikejar Zombie Cast, Pelakon - Pelakon Bintang GV Dikejar Zombie, Suki Low, Bandi Amuk, Yassin, Telefilem Astro Citra 2022, Telemovie Astro Citra,

Telefilem Bintang GV Dikejar Zombie telah pun disiarkan pada hari Sabtu, 14 Mei 2022, jam 9 malam di Astro Citra. Antara pelakon telefilem Bintang GV Dikejar Zombie ini adalah Yassin Yahya, Suki Low, Bandi Amuk, Abang Gee, Nina Smith, Mosen Nadzli, Marc syahmie, Iman Aneesa dan ramai lagi. Selain itu Telemovie Bintang GV Dikejar Zombie ini diarahkan oleh Jamal Khan dan diterbitkan oleh Zeel Production Sdn Bhd. Wah nampak menarik kan telefilem ini, siap ada Suki berlakon lagi. Apa pun jom tengok sinopsis telemovie Bintang GV Dikejar Zombie di bawah ini okey..




Sinopsis Telefilem Bintang GV Dikejar Zombie (Astro Citra)

Tiga bintang Gegar Vaganza, Yassin, Suki dan Bandi Amuk menuju ke sebuah kampung untuk membuat sebuah persembahan khas hari raya. Malangnya, segalanya berubah apabila 3 bintang GV itu dikejar zombie di dalam kampung itu yang berkeliaran. Mampukah mereka menyelamatkan diri?



Read More

Telefilem Ayahanda Ibrah Ramadan (TV3)



Telefilem Ayahanda Ibrah Ramadan, Telemovie Ayahanda Ibrah Ramadan, Telefilem TV3, Info dan Sinopsis Telefilem Ayahanda Ibrah Ramadan, Slot Cerekarama TV3, Telefilem Ayahanda Ibrah Ramadan Full Movie, Ayahanda Ibrah Ramadan Cast, Sinopsis Telefilem Ayahanda Ibrah Ramadan, Pelakon - Pelakon Telefilem Ayahanda Ibrah Ramadan, Poster Telefilem Ayahanda Ibrah Ramadan, Cerekarama Ayahanda Ibrah Ramadan,

Telefilem Ayahanda Ibrah Ramadan telah pun disiarkan pada 14 Mei 2022 di slot Cerekarama TV3. Antara pelakon telefilem Ayahanda Ibrah Ramadan ini adalah Jalil Hamid, Fauziah Ahmad Daud, Fikry Ibrahim, Noorkhiriah, Shahz Jaszle, Hairi Safwan, Rita Nadira, Tasha Shila dan ramai lagi. Telemovie Ayahanda Ibrah Ramadan ini adalah prequel kepada drama bersiri Ayahanda yang pernah disiarkan di TV3 sebelum ini. Selain itu telefilem Ayahanda Ibrah Ramadan ini diarahkan oleh Dato Ahmad Tarmimi Siregar dan diterbitkan oleh Zeel Production Sdn Bhd. Apa pun nampak menarik kan telemovie ini, bagi yang mengikuti drama Ayahanda sebelum ini pastilah kena tengok telemovie Ayahanda Ibrah Ramadan ini kan. Jadi jom tengok sinopsis ringkas telefilem ini di bawah okey..




Sinopsis Telefilem Ayahanda Ibrah Ramadan - Cerekarama TV3

Buat pertama kali, Noriah sebagai isteri yang taat telah memberontak terhadap Abdullah dan mereka bertengkar disebabkan isu majlis kenduri kesyukuran untuk menjamu orang kampung. Apa yang berlaku seterusnya?..



Read More

12 Mei 2022

Telefilem Sempurna Mencintaimu Lakonan Redza Rosli dan Intan Najuwa (TV3)



Telefilem Sempurna Mencintaimu, Telemovie Sempurna Mencintaimu TV3, Poster Telefilem Sempurna Mencintaimu, Info dan Sinopsis Telefilem Sempurna Mencintaimu, Telefilem Sempurna Mencintaimu Full, Pelakon - Pelakon Telefilem Sempurna Mencintaimu, Redza Rosli, Intan Najuwa,

Telefilem Sempurna Mencintaimu akan disiarkan pada hari Khamis, 12 Mei 2022, jam 10 malam di TV3. Telemovie Sempurna Mencintaimu ini diinspirasikan daripada watak - watak novel 'Tak Sempurna Mencintaimu' karya Rehan Makhtar. Antara pelakon Telefilem Sempurna Mencintaimu ini adalah Redza Rosli, Intan Najuwa, Afifah Nasir, Aniq Suhair, Mustaqim Bahadon, Fendi Seman, Mak Jah, Shah Khan dan ramai lagi. Selain itu telemovie Sempurna Mencintaimu ini diarahkan oleh Emi Suffian dan diterbitkan oleh Zeel Production Sdn Bhd. Nampak menarik kan telefilem ini, plus ada gandingan Redza Rosli dan Intan Najuwa gitu. Jadi jom tengok sinopsis ringkas telefilem Sempurna Mencintaimu ini di bawah okey..




Sinopsis Telefilem Sempurna Mencintaimu Lakonan Redza Rosli dan Intan Najuwa (TV3)

Taqim dan Sirat memulakan hidup baharu dengan keterujaan untuk menyambut cahaya mata pertama mereka. Taqim mengupah seorang wanita untuk menjaga Sirat selepas melahirkan anak nanti.



Read More

Telefilem Angah Lakonan Puteri Balqis (Astro Ria)



Telefilem Angah (Astro Ria), Telemovie Angah (Astro Ria), Poster Telefilem Angah (Astro Ria), Sinopsis Telefilem Angah (Astro Ria), Telefilem Raya Astro Ria Angah, Angah Cast, Telemovie Angah Full, Pelakon - Pelakon Telefilem Angah, Puteri Balqis Azizi, Aleza Shadan, Natasha Elyzza,

Telefilem khas Aidilfitri yang bertajuk Angah sudah pun disiarkan di Astro Ria pada hari raya keenam iaitu 7 Mei 2022, jam 10 pagi. Telefilem Angah ini adalah berdasarkan dari kisah benar dan selepas telefilem ini disiarkan, ianya mula trending di media sosial disebabkan jalan ceritanya yang sedih dan tragis. Antara pelakon telefilem Angah ini adalah Puteri Balqis Azizi, Aleza Shadan, Natasha Elyzza, Haidar Hasanudin, Asyraf Roslee, Hushairi Husain, Bohari Ibrahim dan ramai lagi. Selain itu telemovie Angah ini diarahkan oleh Eyra Rahman dan diterbitkan oleh Art Ornament Sdn Bhd. Memang sedih telemovie Angah ni, kesian dengan nasib Angah dan keluarganya. Para pelakon telefilem Angah ini juga best - best belaka. Jadi jom tengok sinopsis telemovie Angah ini di bawah okey..




Sinopsis Telefilem Angah Lakonan Puteri Balqis, Aleza Shadan dan Natasha Elyzza (Astro Ria)

Mengisahkan kehidupan 2 beradik iaitu Along (Natasha Elyzza) Angah (Puteri Balqis) yang hidup susah dan sering dihina disebabkan mereka cacat dan juga OKU. Sedih dan kesian melihat ibu mereka yang bersusah payah mencari rezeki dengan menjual kuih membuatkan mereka berdua ingin menolong ibu mereka untuk menghantar kuih - muih tu di warung. Suatu hari Along jatuh sakit dan Angah pergi menghantar kuih seorang diri. Tak lama kemudian Angah mula berubah sikap dan menjadi kurang ceria, kemuncaknya bila Angah mengadu sakit perut dan kemudian dia dibawa ke klinik. Ibu dan kakak Angah menjadi sangat terkejut bila mendapat tahu yang Angah sebenarnya mengandung dan akan melahirkan anak secara pembedahan. Walaupun diasak dengan pertanyaan mengenai siapa bapa kepada anaknya itu, Angah tetap mendiamkan diri dan berahsia. Angah melahirkan Rahul bin Abdullah secara pembedahan dan meninggal dunia selepas 4 hari bersalin.



Read More

10 Mei 2022

Telefilem Sakanak Lakonan Farid Kamil, Tiz Zaqyah dan Fify Azmi (TV3)



Telefilem Sakanak, Telemovie Sakanak, Info dan Sinopsis Telefilem Sakanak, Sakanak Full Movie, Sakanak Cast, Pelakon - Pelakon Telefilem Sakanak, Tiz Zaqyah, Farid Kamil, Fify Azmi, Sherry Al Jeffry,

Telefilem Sakanak akan disiarkan pada hari Selasa ini, 10 Mei 2022, jam 10 malam. Telefilem Sakanak diinspirasi dari kisah benar dan dilakonkan oleh Tiz Zaqyah, Farid Kamil, Fify Azmi, Chem Amar, Sherry Al Jeffry, Tuan Asmawi Tuan Umar dan ramai lagi. Selain itu telemovie Sakanak ini diarahkan oleh Emi Sufian dan diterbitkan oleh Zeel Production Sdn Bhd. Wah telemovie seram gitu, nampak menarik kan telemovie Sakanak ni, plus barisan pelakon pun best. Jadi jom tengok sinopsis ringkas telefilem Sakanak ini di bawah ye..




Sinopsis Telefilem Sakanak Lakonan Farid Kamil, Tiz Zaqyah dan Fify Azmi (TV3)

Mengisahkan Sarah keguguran lagi buat kali ketujuh. Sarah dan suaminya Kamal kecewa impian untuk memiliki anak sejak berkahwin 4 tahun lalu berkecai. Setiap kali kandungannya mencecah 4 bulan, Sarah akan mengalami pendarahan. Sara dihantui penampakkan nenek kebayan pada setiap kali Sara hamil hinggakan anak dalam kandungannya hilang dimakan nenek kebayan misteri itu. Suaminya Kamal dan adiknya Maya berusaha melindungi Sara dari dihantui kelibat yang bergentayangan itu. Apakah yang terjadi sebenarnya?



Read More


My Random Post