25 Apr 2020

Movie Review - Thambi (2019)




Tamil Movie, Tamil Movie Thambi (2019), Review Filem Tamil Thambi (2019), Ulasan Filem Tamil Thambi (2019), Poster Filem Thambi (2019), Pelakon Utama Filem Tamil Thambi (2019), Karthi, Jyothika, Sathyaraj,

Dalam musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni mesti ramai yang meluangkan masa menonton macam - macam drama dan movie gitu kan, betul tak?. Aku pun sama juga dan terjebak pula untuk layan filem Tamil walaupun aku lagi suka layan filem Bollywood (Hindi Movie) berbanding Tamil movie. Tapi lepas aku baca sinopsis filem Thambi ni terus aku rasa tertarik nak tengok movie ni, sebab rasa macam best gitu. Plus para pelakon filem Tamil Thambi ni juga famous dan popular belaka. Misalnya Karthi yang ada banyak movie lain yang meletup dan box office gitu. Sama juga dengan heroin filem ini iaitu Jyothika yang sebelum ini famous dengan filem Raatchasi tu. Filem Raatchasi tu sampai viral di Malaysia gitu. Manakala Sathyaraj antara pelakon yang berpengalaman dan pernah berlakon dengan Shah Rukh Khan dan Deepika Padukone dalam filem Chennai Ekpress tu, dia jadi bapa Deepika Padukone dalam filem Chennai Ekpress tu. Berbalik pada movie Thambi ni, ianya release pada 20 Disember 2019 dan diarahkan oleh Jeethu Joseph serta bergenre Action Thriller. Antara pelakon filem Thambi (2019 ) ini adalah Karthi, Jyothika, Sathyaraj, Nikhila Vimal, Sowcar Janaki, Anson Paul, Bala, Hareesh Peradi, Ilavarasu, Seetha dan ramai lagi. 

Walaubagaimanapun hero dan heroin filem ini tidak akan bercinta okey sebab watak diorang adalah adik - beradik ye, tapi bukan adik - beradik kandunglah kan. Masa tengok movie Thambi ini, ada sarikata bahasa melayu gitu, sampailah ke lagu pun disertakan juga sarikata dalam bahasa Melayu, jadi senanglah nak faham maksud lagu tu semua kan. Paling best bila filem ni ada plot twist gitu, banyak juga plot twist dalam filem ni terutamanya untuk watak lakonan Jyothika, Sathyaraj, Bala dan ramai lagi. Ada banyak juga scene - scene lawan dalam filem ni. Biasalah filem tamil kan, hero stil maintain walaupun lawan berpuluh orang, walaupun kepala dia dah kena ketuk dengan kayu pun, watak hero stil boleh berlawan lagi dan last sekali musuh yang tumbang beramai - ramai, tapi hero stil okey hahahaha. Awalnya aku ingatkan penyanyi latar dalam movie ni adalah Shreya Goshal sebab suara sama macam dia, tapi bila tengok wikipedia, penyanyi lain rupanya. Karthi berjaya melakonkan wataknya dengan baik sekali iaitu sebagai Vicky yang merupakan con artist. Watak Karthi sebagai Vicky / Saravanan sangat happy go lucky dan happening. Cuma sesekali tu adalah dia marah bila ada orang serang keluarga dia tu.




Jyothika jadi cikgu juga dalam movie ni tapi cikgu untuk kanak - kanak orang asli gitu.

Filem Thambi (2019) mengisahkan tentang Vicky (Karthi) yang merupakan pemandu pelancong di Goa serta merupakan penipu kecil - kecilan. Vicky menipu untuk mendapatkan duit dan duit itu digunakan untuk berjoli sakan dengan kawan - kawannya yang lain. Suatu hari Vicky tidak bernasib baik kerana telah ditangkap polis. Polis tersebut bernama Jeevanand (Ilavarasu) dan dia merupakan polis yang jahat yang sanggup melakukan apa saja, asalkan dapat duit. Jeevanand telah berpakat dengan Vicky untuk buat Vicky menyamar menjadi Saravanan yang merupakan satu - satunya anak lelaki ahli politik terkenal iaitu Gnanamoorthy (Sathyaraj) yang telah hilang selama 15 tahun. Vicky akhirnya berjaya masuk dalam keluarga Gnanamoorthy itu dan kelihatan semua mempercayai dia adalah Saravanan.
Tamil Movie Thambi (2019), Movie Review Thambi (2019), Ulasan Filem Tamil Thambi (2019),
Walaubagaimanapun Vicky menghadapi masalah untuk mengambil hati kakak Saravanan iaitu Parvathy (Jyothika) yang kelihatan sukar untuk menerima kehadirannya. Manakala nenek Saravanan yang bisu dan lumpuh itu sudah tahu yang Vicky adalah penyamar dan nenek Saravanan berusaha untuk memberitahu ahli keluarga yang lain mengenai hal itu tapi berjaya dihalang oleh Vicky. Muncul masalah lain bila kawan Saravanan iaitu Karan (Anson Paul) yang merupakan Inspektor polis mula curiga dan syak yang Vicky bukan Saravanan sebenar. Vicky juga terpaksa melayan kekasih Saravanan ketika remaja dulu yang masih menaruh hati pada Saravanan iaitu Sanjana (Nikhila Vimal) yang kini seorang doktor dan merupakan satu - satunya anak perempuan Sudhakar (Hareesh Peradi) yang merupakan orang kanan pada Gnanamoorthy dalam politik. Dalam hal yang lain Gnanamoorthy sering bertelagah dengan ahli politik yang lain iaitu Manimaaran (Bala) dalam berebut tanah orang asli di kawasan itu. Gnanamoorthy ingin mempertahankan tanah itu dan membiarkan orang asli untuk terus tinggal disitu, berbeza dengan Manimaaran yang ingin membangunkan tanah tersebut menjadi resort.

Manimaaran juga adalah kawan pada Saravanan dan merupakan orang terakhir yang berada dengan Saravanan sebelum Saravanan hilang. Disebabkan hal itu Manimaaran sangat dibenci oleh Gnanamoorthy dan keluarganya. Bagi mereka Manimaaran adalah penyebab Saravanan hilang. Tak lama kemudian polis jahat Jeevanand mula mengugut Vicky. Malah Jeevanand juga turut mengugut Gnanamoorthy dan mahukan duit yang banyak. Rupa - rupanya sebelum ini Gnanamoorthy turut berpakat dengan Jeevanand untuk membuat Vicky menyamar menjadi Saravanan. Sejak dari mula lagi ini adalah idea Gnanamoorthy namun Vicky tidak tahu mengenai hal ini. Vicky makin senang dan berasa selesa berada dalam keluarga itu. Malah Parvathy kakak pada Saravanan juga telah berbaik dengannya. Keikhlasan Parvathy yang sangat mempercayainya membuatkan Vicky berasa bersalah kerana dia bukan Saravanan yang sebenar. Dalam masa yang sama Vicky juga berasa pelik bila ada orang cuba membunuh dirinya kerana menyangka dia adalah Saravanan yang sebenar?. Hal tersebut membuatkan Vicky mula menyiasat sendiri mengenai kehilangan Saravanan dan cuba mengetahui apa sebenarnya yang berlaku pada Saravanan. Vicky akhirnya terkejut mengetahui kebenarannya. Apa sebenarnya yang berlaku??..

Jom Baca Ini Juga ⏩ Sinopsis Penuh Drama Korea Woman Of 9.9 Billion
Read More

23 Apr 2020

Ending Drama Ironi Kasih (TV3)




Episod Akhir Drama Ironi Kasih, Ending Ironi Kasih, Slot Akasia, TV3, Drama Slot Akasia, Poster Drama Ironi Kasih, Pelakon - Pelakon Drama Ironi Kasih, Aqasha, Intan Najuwa, Intan Ladyana, Afifah Nasir, Isaac Iman, Dato Fizz Fairuz, Fauziah Ahmad Daud,

Dah sampai ke episod 15 dah yang merupakan episod terakhir untuk drama Ironi Kasih ni. Best gak drama ni yang bertemakan dendam gitu. Dalam episod 14 Kasih (Intan Najuwa) dah reveal siapa diri dia sebenarnya serta motifnya yang nak membalas dendam pada Johan (Aqasha) tu. Nampak Johan terkejut besar dan menyalahkan dirinya disebabkan dosanya yang lalu. Kasih pula menghilangkan diri dan balik ke kampung, namun hanya jirannya saja yang tahu Kasih ada di kampung tu. Kasih juga mengandung, manakala Emilia (Intan Ladyana) dah berubah menjadi baik dan bertudung gitu. Megat (Dato Fizz Fairuz) pula bahagia dengan Maira (Afifah Nasir) dan tak sabar menanti kelahiran anak sulung mereka. Selain itu aku juga suka dengan OST drama Ironi Kasih ni, especially lagu Sembah nyanyian Naim Daniel tu.




Ada 2 persoalan yang belum terjawab dalam drama ni dan kemungkinan besar akan terjawab di episod akhir drama Ironi Kasih ini. Persoalannya adakah benar Megat yang merogol Suri? sebab Johan menafikan sekerasnya yang dia merogol Suri. Apa yang buatkan Johan benci sangat dengan Megat?. Awalnya aku ingatkan Kasih balas dendam dekat orang yang salah sebab ingatkan Johan ni baik. Tapi betullah Johan dulu memang jahat, dia tinggalkan Suri untuk kahwin dengan perempuan kaya iaitu Emilia.Apa pun aku rasa ending drama ni mesti happy endinglah kan, Johan berbaik semula dengan Kasih.


Update!!

Sad ending drama Ironi Kasih ni..Kasih mati lepas melahirkan anaknya. Kasih tak sempat jumpa Johan atau tengok anaknya tu. Megat yang bagitau Johan yang Kasih ada kat hospital. Rupanya Megat tak jahat pun, dia tak ada kena mengena dengan Suri atau pun kes rogol Suri tu.. Johan dan Emilia nampak macam dah rujuk balik atau pun akan rujuk semula di kemudian hari. Lepas ni drama Bukan Gadis Biasa akan menggantikan drama ini.


Read More

17 Apr 2020

Drama The Gadis - Slot Lestary TV3




The Gadis, Drama The Gadis, Slot Lestary, TV3, Drama Arahan Liyana Jasmay, Poster Drama The Gadis, Senarai Pelakon Drama The Gadis, Yuna Rahim, Fatin Afeefa, Erynne Erynna, Hun Haqeem, Syafie Naswip, Puteri Amira, Drama TV3 2020,
Drama The Gadis Lakonan Yuna Rahim, Fatin Afeefa dan Hun Haqeem

Drama The Gadis adalah drama terbaru di slot Lestary TV3 yang disiarkan bagi menggantikan drama Budak Tebing yang telah tamat episodnya. Drama The Gadis ini hanya mempunyai 7 episod sahaja dan mula disiarkan pada 10 April yang lalu, setiap Rabu hingga Jumaat, jam 9 malam. Antara pelakon drama The Gadis ini adalah Yuna Rahim, Fatin Afeefa, Erynne Erynna, Hun Haqeem, Syafie Naswip, Puteri Amira, Hamidah Wahab, Kamal Bakar dan ramai lagi. Selain itu drama The Gadis ini diarahkan oleh liyana Jasmay dan diterbitkan oleh Mermaid Studios Sdn Bhd. Manakala lagu tema / OST Drama The Gadis ini bertajuk Si Cantik Aku nyanyian Nina Nadira Featuring Toby. Nampak menarik juga drama ini kan, apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye..




Sinopsis Drama The Gadis (Slot Lestary TV3)

Kisah sekumpulan gadis dari kampung yang ingin mengubah hidup masing-masing. Lina (Erynne Erynna) dan Lisa (Yuna Rahim) tinggal bersama ayah mereka, Nad (Fatin Afeefa) bersama Nek Timah. Kepulangan Nad ke kampung, menarik perhatian ramai terutama Lisa kerana semakin cantik dan hidupnya kelihatan mewah. Lina bertaut kasih kembali dengan bekas kekasihnya Shazman (Syafie Naswip), tetapi ibu Shazman lebih menyukai Nad kerana merasakan dia sesuai dengan anaknya yang berlulusan tinggi. Nad mengajak Lisa ke KL, jika dia ingin menjadi sepertinya. Adakah Lisa akan mengikuti kata hatinya? Apa yang bakal menanti dia di KL?

Episod 1
Lisa lambat lagi ke sekolah tetapi seperti biasa, kawan baiknya Rocky (Puteri Amira)memberi bantuan. Musuh ketat Lisa di sekolah, Mei Fen menjadi cabaran utama untuk merebut wang tunai biasiswa. Lina di rumah buntu kerana wang tidak cukup untuk membeli keperluan rumah. Perasaan buntunya ditambah dengan perasaan risau apabila mendapat tahu rumah Nek Timah dirompak. Lina menjenguk Nek Timah dan bertembung dengan kekasih lamanya, Shazman. Lisa ditegur Nad, kawan lama Lina dan juga cucu kepada Nek Timah. Lina nampak lusuh dan dia asyik bertanya kepada Nad tentang kehidupannya di KL. Nad kemudian ke rumah mencari Lina, namun Lina tiada. Dia mengajak Lisa keluar makan. Nad menerima panggilan dan mesej dari lelaki bernama Mika (Hun Haqeem).

Jom Baca Ini juga ➡️ Sinopsis Drama Korea Woman Of 9.9 Billion Lakonan Cho Yeo Jeong dan Kim Kang Woo


Read More

13 Apr 2020

Sinopsis Drama Ironi Kasih Lakonan Aqasha dan Intan Najuwa




Drama Ironi Kasih, Slot Akasia, TV3, Drama Slot Akasia TV3, Sinopsis Drama Ironi Kasih, Pelakon Utama Drama Ironi Kasih, Intan Najuwa, Aqasha, Intan Ladyana, Dato Fizz Fairuz, Afifah Nasir, Isaac Iman,
Drama Ironi Kasih - Slot Akasia TV3


Drama Ironi Kasih adalah drama terbaru di slot Akasia TV3 yang disiarkan bagi menggantikan drama Seindah Tujuh Warna Pelangi lakonan Aeril Zafrel dan Nabila Razali yang telah tamat episodnya. Antara pelakon drama Ironi Kasih ini adalah Intan Najuwa, Aqasha, Intan Ladyana, Dato Fizz Fairuz, Afifah Nasir, Isaac Iman, Fauziah Ahmad Daud, Ramona Zamzam dan ramai lagi. Nampaknya drama ini ada dua Intan gitu Intan Najuwa dan juga Intan Ladyana. Drama Ironi Kasih ini mempunyai 15 episod dan sudah bersiaran di slot Akasia TV3 sejak 2 April yang lalu, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam. Selain itu drama ini diarahkan oleh Nazir Jamaluddin dan diterbitkan oleh Wira Nusa Production Sdn Bhd. Manakala lagu tema / OST drama Ironi Kasih ini bertajuk Sembah dan dinyanyikan oleh Naim Daniel. Aku pun tengok drama ni, not bad gak jalan ceritanya, so jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye..




Sinopsis Drama Ironi Kasih Lakonan Aqasha, Intan Najuwa dan Intan Ladyana

Mengisahkan tentang Kasih (Intan Najuwa) yang kehilangan ibu dan kakaknya Suri (Ramona Zamzam) yang tersayang. Sebelum kakaknya meninggal, kakaknya Suri sempat pulang ke kampung berjumpa dengan Kasih. Tak lama kemudian Kasih dapat tahu mengenai masalah kakaknya. Selepas Suri meninggal, ibu Kasih juga turut meninggal. Kasih kemudian menjadi pendendam dan tidak akan memaafkan mereka yang telah memusnahkan keluarganya. Selepas beberapa tahun Kasih akhirnya ke Kuala Lumpur dan mendapat kerja sebagai pembantu pengurusan di firma Arkitek milik Johan (Aqasha). Johan dan Emilia (Intan Ladyana) merupakan pasangan suami isteri yang bekerjaya dan mereka mempunyai seorang anak lelaki yang masih kecil bernama Danish (Isaac Iman).
Drama Ironi Kasih, Drama Slot Akasia, TV3, Sinopsis Drama Ironi Kasih, OST Drama Ironi Kasih, Senarai Pelakon Drama Ironi Kasih, Intan Najuwa, Aqasha, Intan Ladyana, Dato Fizz Fairuz, Isaac Iman, Afifah Nasir,
Johan sering membawa Danish ke pejabatnya kerana Emilia juga sibuk menguruskan perniagaannya sendiri. Disitu Kasih mula rapat dengan Danish. Disebabkan Johan dan Emilia ada masalah dalam mencari pembantu rumah yang baru, maka Emilia mencadangkan supaya Kasih menjadi pengasuh sementara Danish. Kasih yang terdesak ketika itu bersetuju untuk menjadi pengasuh Danish. Hubungan Kasih dan Danish sangat rapat sehingga Danish tak mahu berenggang dengan Kasih. Emilia juga perasan akan kemesraan Johan dan Kasih namun Emilia membiarkan saja mereka dan berfikiran positif. Emilia banyak menghabiskan masanya dengan business partnernya iaitu Megat (Dato Fizz Fairuz). Hal tersebut sering membuatkan isteri Megat iaitu Maira (Afifah Nasir) berasa cemburu dengan hubungan Megat dan Emilia.

Dalam masa yang sama Emilia dan Johan juga sering bertengkar. Keadaan makin tegang bila Johan berjumpa dengan Megat. Rupa - rupanya Johan dan Megat sudah saling mengenali antara satu sama lain dan mereka berdua seperti bermusuh. Manakala Kasih pula gembira melihat Johan dan Emilia yang sering bergaduh itu. Kasih berdendam dengan Johan dan Emilia. Begitu juga dengan Megat yang berdendam dengan Johan. Apa sebenarnya yang berlaku?. Apa motif Kasih dan Megat sebenarnya?...
Read More

7 Apr 2020

Sinopsis Drama Korea Woman Of 9.9 Billion




Woman Of 9.9 Billion, Korean Drama Woman Of 9.9 Billion, Drama Korea Woman Of 9.9 Billion, Sinopsis Drama Korea Woman Of 9.9 Billion, K - Drama, Pelakon Utama Drama Korea Woman Of 9.9 Billion,

Korean Drama Woman Of 9.9 Billion ini disiarkan di channel KBS bermula 4 Disember 2019 dan tamat episodnya pada 23 Januari 2020. Drama ini mempunyai 32 episod, setiap episod hanya setengah jam saja. Kalau gabung jadi sejam, bermakna drama ini mempunyai 16 episod je. Pelakon - Pelakon yang membintangi drama Korea Woman Of 9.9 Billion ini adalah Cho Yeo Jeong, Kim Kang Woo, Jung Woong In, Oh Na Ra, Lee Ji Hoon dan ramai lagi serta drama ini diarahkan oleh Kim Yeong Jo. Jadi dalam entry ini aku nak share sinopsis Korean Drama Woman Of 9.9 Billion. So selamat membaca ye..




Sinopsis Drama Korea Woman Of 9.9 Billion Lakonan Cho Yeo Jeong dan Kim Kang Woo

Mengisahkan tentang seorang wanita bernama Jeong Seo Yeon (Cho Yeo Jeong) yang berkahwin dengan Hong In Pyo (Jung Woong In). Namun mereka tidak ada anak dan Jung Seo Yeon disahkan tidak dapat mengandung lagi. Hal tersebut membuatkan rumahtangga mereka mula menjadi semakin teruk. Suaminya mula bertukar menjadi pemarah dan selalu memukul dan menyeksa Jung Seo Yeon. Walaupun sering dipukul, Seo Yeon tetap setia dengan suaminya itu. Seo Yeon bekerja sebagai tukang cuci yang tugasnya membersihkan rumah - rumah orang kaya. Manakala suaminya ada perniagaan sendiri namun perniagaannya ada banyak masalah. Suami Seo Yeon kemudian memaksa Seo Yeon untuk membantunya meminta bantuan pada satu - satunya kawan baik Seo Yeon yang kaya - raya bernama Yoon Hee Joo (Oh Na Ra) bagi membolehkan Hong In Pyo iaitu suami Seo Yeon mendapatkan satu kontrak sebagai pembekal bahan mentah. Seo Yeon terpaksa mengikut cakap suaminya walaupun sebenarnya dia berasa malu untuk meminta bantuan daripada Hee Joo. Akhirnya Seo Yeon dan Hee Joo berserta suami masing - masing bersetuju untuk bercuti bersama di villa milik Hee Joo di satu kawasan terpencil.
Drama Korea Woman Of 9.9 Billion, Korean Drama Woman Of 9.9 Billion, Sinopsis Penuh Drama Korea Woman Of 9.9 Billion,
Jung Seo Yeon rupa - rupanya ada hubungan sulit dengan Lee Jae Hoon (Lee Ji Hoon) suami pada Yoon Hee Joo. Ketika berada dalam Villa tersebut, berlaku pertengkaran kecil antara Jung  Seo Yeon dan Yoon Hee Joo. Hong In Pyo kemudiannya memarahi Soo Yeon dengan teruk serta turut menyeksanya, kerana telah bergaduh dengan Hee Joo dan membuatkan peluangnya untuk mendapatkan kontrak perniagaan itu terjejas. Seo Yeon yang tertekan telah keluar dari Villa itu seorang diri pada waktu tengah malam untuk pergi membunuh diri. Namun Lee Jae Hoon sempat mengekori Seo Yeon dan cuba menghalang Soo Yeon dari membunuh diri. Tak lama kemudian Soo Yeon dan Lee Jae Hoon terkejut bila terdengar satu bunyi dentuman kuat. Mereka kemudian mendapati ada kemalangan yang berlaku di situ, pemandu kereta tersebut telah mati. Apa yang lebih mengejutkan lagi ada sejumlah wang yang banyak iaitu 9.9 Billion berada berdekatan dengan kereta tersebut. Akhirnya Seo Yeon dan Lee Jae Hoon terus membuat keputusan untuk mengambil duit tersebut dan akan mengagihkan wang tersebut sama rata. Ketika menunggu Lee Jae Hoon yang pergi mengambil keretanya. Seo Yeon telah terjumpa seorang lelaki muda yang cedera parah. Seo Yeon awalnya ingin menelefon ambulans tapi terhenti setelah memikirkan akibatnya. Tak lama kemudian lelaki muda tersebut mati.

Soo Yeon dan Lee Jae Hoon menyembunyikan wang tersebut di dalam sebuah perigi lama. Mereka berjanji akan datang bersama untuk mengambil wang tersebut keesokkan harinya. Namun tiba - tiba Lee Jae Hoon tak dapat datang kerana bapa mertuanya pula muncul di pejabatnya. Seo Yeon memutuskan untuk pergi ambil duit itu seorang sendiri. Dalam perjalanan pulang kereta Seo Yeon pula tiba - tiba rosak. Muncul seorang lelaki bernama Kang Tae Woo ( Kim Kang Woo) yang merupakan bekas anggota polis yang datang ke kawasan tersebut untuk menyiasat kemalangan yang berlaku di situ. Rupa - rupanya lelaki muda yang mati disitu adalah adik pada Kang Tae Woo. Awalnya Kang Tae Woo tidak mengesyaki Soo Yeon dan turut membantu membaiki kereta Seo Yeon. Tapi akhirnya Kang Tae Woo menyedari yang Seo Yeon tahu apa sebenarnya yang berlaku dan cuba menjejaki Seo Yeon. Seo Yeon dan Lee Jae Hoon mula obses dengan wang tersebut dan mereka mula tidak mempercayai antara satu sama lain. Lebih teruk bila Lee Jae Hoon menyorokkan wang tersebut dari Seo Yeon. Kang Tae Woo muncul pada waktu yang tepat dan membuat perjanjian dengan Seo Yeon akan membantunya mencari duit tersebut dengan syarat Seo Yeon akan menceritakan hal sebenar.

Akhirnya Kang Tae Woo dan Seo Yeon berjaya mengambil kembali wang tersebut dari gudang milik Lee Jae Hoon itu. Kang Tae Woo menunaikan janjinya dengan memberikan wang tersebut pada Seo Yeon dan Seo Yeon menyorokkan wang tersebut di sebuah rumah lama milik perempuan tua yang uzur, dimana Seo Yeon selalu pergi ke situ untuk membersihkan rumah itu. Disebabkan terdesak dan tak tahu nak buat apa Lee Jae Hoon pergi mencari suami Seo Yeon iaitu Hong In Pyo dan menceritakan rahsia tentang wang 9.9 Billion itu. Akhirnya Lee Jae Hoon berpakat pula dengan Hong In Pyo dan akan berkongsi wang tersebut dengannya. Kini Hong In Pyo pula menjadi obses dengan wang 9.9 Billion itu. Dia sanggup mengurung Seo Yeon asalkan Seo Yeon memberitahunya dimana wang itu berada. Nasib baik Kang Tae Woo berjaya menyelamatkan Seo Yeon. Lama - kelamaan Seo Yeon dan Kang Tae Woo mula jatuh hati antara satu sama lain. Namun bagi Seo Yeon, wang tersebut lebih penting daripada cinta kerana dengan wang tersebut, Seo Yeon dapat memulakan hidup baru. Lama - kelamaan mereka yang obses dengan wang tersebut mula berada dalam bahaya kerana wang tersebut dimiliki oleh Leon yang merupakan seorang penjenayah licik yang turut mencari wang tersebut.

Yoon Hee Joo akhirnya campurtangan kerana tak nak suaminya Lee Jae Hoon berada dalam bahaya. Rupa - rupanya Yoon Hee Joo tahu segala - galanya dan bertindak memerhati gelagat suaminya itu dan Seo Yeon yang menjadi hamba pada wang 9.9 Billion itu. Keadaan makin teruk bila Hong In Pyo juga turut masuk campur begitu juga dengan Leon yang ingin membunuh semua yang cuba mencuri duitnya. Apa yang akan berlaku seterusnya??. Dapatkah Seo Yeon memiliki wang tersebut? Bagaimana pula hubungan Seo Yeon dengan Kang Tae Woo itu? Apa yang akan dilakukan oleh Yoon Hee Joo yang turut bermusuh dengan Leon? Apa kaitan Kang Tae Woo dengan Leon?.


Read More


My Random Post