31 Jul 2018

Sinopsis Something In The Rain - Korean Drama




Something In The Rain, Pretty Sister Who Buys Me Food, Korean Drama, Drama Korea, Korean Drama Something In The Rain, 2018, Melodrama, Sweet, Cinta, Love Story, K Drama Something In The Rain Full Synopsis, Watak Pelakon, Something In The Rain Cast, Pelakon Drama Korea Something In The Rain, Son Ye Jin, Jung Hae In, Jang So Yeon, Jung Eugene, Oh Ryong, Wi Ha Joon, Kil Hae Yeon, Oh Man Seok,
Sinopsis Drama Korea Something In The Rain

Drama Korea 16 episod Something In The Rain / Pretty Sister Who Buys Me Food adalah drama paling terbaru yang aku tengok. Jalan ceritanya memang sweet habis, ikutkan aku plan nak tengok drama ini sampai episod 3 saja pastu nak berhenti dan tengok drama lain pula. Tak sangka pula lepas episod 3 terus tersangkut dengan drama ini hehehe. Hero dan heroin drama Something In The Rain ini iaitu Jung Hae In dan Son Ye Jin memang nampak serasi dan sepadan, chemisty diorang luar biasa, nampak macam betul - betul bercinta gitu. Selain mereka berdua, ada ramai pelakon lain yang turut membintangi Korean Drama ini, antaranya:-

Watak Pelakon Dalam Drama Korea Something In The Rain

Son Ye Jin sebagai Yoon Jin Ah
Jung Hae In sebagai Seo Joon Hee
Jang So Yeon sebagai Seo Kyung Soon (Kakak Joon He + Kawan Baik Jin Ah)
Jung Eugene sebagai Kang Se Young (rakan sekerja Yoon Jin Ah)
Oh Ryong sebagai Lee Gyu Min (Ex - boyfriend Yoon Jin Ah)
Wi Ha Joon sebagai Yoon Seung Ho ( Adik Jin Ah+ kawan baik Seo Joon Hee)
Kil Hae Yeon sebagai Kim Mi Yeon (Mak Yoon Jin Ah)
Oh Man Seok sebagai Yoon Sang Ki (bapa Yoo Jin Ah)
                             Something In The Rain, Pretty Sister Who Buys Me Food, Korean Drama, Drama Korea, Korean Drama Something In The Rain, 2018, Melodrama, Sweet, Cinta, Love Story, K Drama Something In The Rain Full Synopsis, Watak Pelakon, Something In The Rain Cast, Pelakon Drama Korea Something In The Rain, Son Ye Jin, Jung Hae In, Jang So Yeon, Jung Eugene, Oh Ryong, Wi Ha Joon, Kil Hae Yeon, Oh Man Seok,
Sinopsis Penuh Drama Korea Something In The Rain

Mengisahkan Yoon Jin Ah yang sudah berusia 30 tahun lebih tapi masih belum berkahwin, suatu hari kekasihnya iaitu Lee Gyu Min telah meninggalkannya dengan alasan Yoon Jin Ah membosankan. Hal ini membuatkan Yoon Jin Ah patah hati dan kecewa dengan hidupnya, walaubagaimanapun Yoon Jin Ah merahsiakan perpisahannya dengan Lee Gyu Min dari ibu bapanya kerana mereka terlalu berharap yang dirinya akan berkahwin dengan Lee Gyu Min yang kaya raya itu. Yoon Jin Ah mempunyai seorang kawan baik bernama Seo Kyung Soon dan hubungan mereka sangat rapat dan tiada rahsia antara mereka. Tak lama kemudian Yoon Jin Ah mendapat tahu yang bekas kekasihnya itu seorang playboy dan dirinya membalas dendam dengan cuba membuat Lee Gyu Min berpisah dengan kekasih barunya itu dan rancangannya berjaya. Lee Gyu Min kemudiannya cuba untuk kembali bersama dengan Yoon Jin Ah, namun Yoon Jin Ah tidak mahu menerima Lee Gyu Min semula. Hal ini membuatkan Lee Gyu Min mula menjadi obses dengan Yoon Jin Ah.



Selain itu Yoon Jin Ah bekerja sebagai Supervisor di sebuah syarikat kopi, namun dirinya turut berdepan masalah di tempat kerjanya apabila orang atasannya kerap mengganggu semua pekerja wanita disitu dengan gangguan seksual. Sikap Yoon Jin Ah yang terlalu mengikut cakap orang atasan dan takut untuk mempertahankan diri sendiri membuatkan dirinya menjadi mangsa. Hidup Yoon Jin Ah mula berubah dengan kehadiran Seo Joon Hee yang merupakan adik pada kawan baiknya Seo Kyung Soon yang baru saja pulang dari luar negara. Y.Jin Ah telah lama mengenali Seo Joon Hee dan menganggapnya seperti adiknya sendiri, malah Seo Joon Hee turut berkawan baik dengan adik lelaki Y.Jin Ah iaitu Yoon Seung Ho. Malah ibu bapa Yoon Jin Ah juga turut menganggap S.Joon Hee dan kakaknya seperti family mereka sendiri. Walaubagaimanapun selepas Seo Joon Hee pulang dari luar negara, Yoon Jin Ah dapat mengesan banyak perubahan pada Seo Joon Hee yang kini lebih handsome dan matang berbanding dulu. Rupa - rupanya Seo Joon Hee juga telah lama menaruh hati pada kawan baik kakaknya itu iaitu Yoon Jin Ah sejak dulu lagi. Tak lama kemudian Seo Joon Hee mula bekerja di bangunan yang sama dengan tempat kerja Yoon Jin Ah.

Selepas itu mereka berdua kerap meluangkan masa bersama dan membuatkan mereka menjadi semakin rapat. Namun kedua - dua mereka hanya memendam perasaan masing - masing dan tak berani nak meluahkan cinta masing - masing. Walaubagaimanapun Yoo Jin Ah mula cemburu apabila rakan sekerjanya iaitu Kang Se Young bertekad untuk memikat Seo Joong Hee. Hal ini diburukkan lagi dengan Lee Gyu Min yang sering mengganggu dan memujuk Yoon Jin Ah untuk bersama kembali. Tak lama kemudian Yoon Jin Ah dan Seo Joon Hee bercinta namun mereka merahsiakan percintaan mereka dari semua orang. Selepas bercinta dengan Seo Joon Hee, sikap Yoon Jin Ah juga mula berubah menjadi lebih confident dan berani, hal ini mengejutkan semua rakan - rakannya dan orang atasan Yoon Jin Ah di tempat kerjanya itu. Lee Gyu Min adalah orang terawal yang sedar akan percintaan mereka ini diikuti dengan Yoon Seung Ho. Namun Seo Joon Hee dan Yoon Jin Ah berjaya memujuk dan menyakinkan Yoon Seung Hoo dan akhirnya Yoon Seung Ho yang merupakan adik Jin Ah menerima hubungan mereka. 

Konflik mula timbul dalam percintaan mereka apabila kisah percintaan mereka mula diketahui oleh kakak Seo Joon Hee dan juga mak Yoon Jin Ah. Kedua - dua mereka sukar menerima hubungan percintaan antara Seo Joon Hee dan Yoon Jin Ah disebabkan jarak usia mereka yang jauh. Hal ini diburukkan lagi dengan sikap mak Jin Ah yang menentang keras hubungan cinta mereka berdua. Bagi mak Jin Ah, Seo Joon Hee bukanlah lelaki yang sesuai buat Yoon Jin Ah kerana Seo Joon Hee tidak ada ibu bapa, malah keluarga Seo Joon Hee juga tidak kaya raya, ini ditambah lagi dengan usia Seo Joon Hee yang masih muda berbanding Yoon Jin Ah. Apa yang berlaku seterusnya?
Read More

30 Jul 2018

Segmen Bloglist 2018 Nurul Najihah

Segmen Bloglist 2018 Nurul Najihah, Blogger Segmen, Blog, 2018, Bloglist,

Hari ini aku nak join Segmen Bloglist 2018 Nurul Najihah pula, tarikh tamat segmen ini lambat lagi iaitu pada 23 Ogos 2018. Jadi korang bolehlah beramai - ramai join segmen ini nanti, plus semua blog peserta akan dapat masuk dalam bloglist, so rugilah kan kalau tak join segmen ini. Korang boleh klik Banner diatas untuk join segmen ini okey. 


Read More

29 Jul 2018

Telemovie Terlakur Cinta Suci (Cerekarama TV3)




Terlakur Cinta Suci, Telemovie, Telefilem, Telemovie Terlakur Cinta Suci, TV3, Cerekarama, 2018, Sinopsis Telefilem Terlakur Cinta Suci, Cast, Pelakon, Beto Kusyairy, Rita Rudaini, Mimi Lana, Ika Nabella, Shakilla Khoriri, Zalfa Zin,
Sinopsis Telemovie Terlakur Cinta Suci - Cerekarama TV3

Telefilem Terlakur Cinta Suci telah pun disiarkan di slot Cerekarama TV3 pada 28 Julai yang lalu. Antara pelakon telemovie Terlakur Cinta Suci ini adalah Beto Kusyairy, Rita Rudaini, Mimi Lana, Ika Nabella, Shakilla Khoriri, Zalfa Zin dan ramai lagi. Selain itu telemovie ini diarahkan oleh Dato Ahmad Tamimi Siregar dan diterbitkan oleh Spektra Selasih Sdn Bhd. Telemovie Terlakur Cinta Suci ini mempunyai jalan cerita yang islamik dan memberi pengajaran pada penonton gitu. Lebih menarik bila telemovie ini dibarisi oleh pelakon - pelakon favorite seperti Beto Khusyairy dan Rita Rudaini. Tak sangka juga yang ending telemovie Terlakur Cinta Suci ini sedih, apa pun jom tengok sinopsis telemovie ini di bawah ye..

Sinopsis Telemovie Terlakur Cinta Suci - Cerekarama TV3

Pertemuan tidak diduga antara Aleyna (Mimi Lana) dan ustazah Safiya (Rita Rudaini) di masjid telah merubah hidup Aleyna yang ketika itu ingin berubah. Aleyna berterus terang dan menceritakan masalahnya serta niatnya yang ingin berubah kepada ustazah Safiya. Manakala ustazah Safiya terus cuba menolong Aleyna dengan memperkenalkan Aleyna pada ustaz Aqrudin (Beto Kushairy) dan meminta supaya ustaz Aqrudin menjadi guru agama pada Aleyna. Ustaz Aqrudin awalnya agak keberatan, kerana dia lebih selesa mengajar pelajar yang ramai berbanding mengajar Aleyna seorang kerana tidak manis dilihat. Namun ustazah Safiya bertegas untuk ustaz yang mengajar Aleyna bukan dirinya. Rupa - rupanya ustazah Safiya sudah ada rancangan lain iaitu ingin menjodohkan ustaz Aqrudin dengan Aleyna, walaupun ustaz Aqrudin itu sebenarnya adalah suami ustazah Safiya. Ustaz Aqrudin terkejut dengan cadangan isterinya itu dan tidak bersetuju untuk berkahwin lain.




Namun ustazah Safiya tetap menginginkan suaminya itu berkahwin dengan Aleyna. 
Awalnya ustazah Safiya cuba merahsiakan tentang status dirinya yang merupakan isteri pada Ustaz Aqrudin kerana tidak ingin Aleyna menolak cadangannya itu. Manakala kawan baik ustazah Safiya iaitu Izzati (Ika Nabella) berasa pelik dan tidak puas hati dengan rancangan Safiya yang ingin menjodohkan suaminya dengan Aleyna. Izzati juga tidak puas hati kenapa Safiya tidak memilih dirinya untuk dijadikan isteri pada ustaz Aqrudin, sebaliknya memilih Aleyna yang masih kurang ilmu agamanya. Izzati juga cuba menyiasat latar belakang Aleyna dan terkejut apabila mengetahui kehidupan Aleyna sebelum Aleyna berubah dan berhijrah ke jalan Allah. Apa yang bakal berlaku seterusnya?.
Read More

26 Jul 2018

Episod Akhir Drama Pengantin 100 Hari




Pengantin 100 Hari, Drama Pengantin 100 Hari, Episod Akhir, Sinopsis Episod Akhir Drama Pengantin 100 Hari, Episod 13, Ending Drama Pengantin 100 Hari, Slot Lestary, TV3, Drama Melayu, Drama Bersiri, Sinopsis Drama Pengantin 100 Hari, Pengantin 100 Hari Cast, 2018, Poster, Pelakon Drama Pengantin 100 Hari, Amelia Henderson, Aiman Hakim, Aishah Azman, Zila Bakarin, Edika Yusof, Dato Rahim Razali, Jasmine Suraya, Fazreen Rafi, Ieka Zulkifli, Azhar Amir , Shahriza Mahmud, Hafiyah Hafiz, Fanna Azizan, Watak, Cinta,
Episod Akhir Drama Pengantin 100 Hari (TV3)

Drama Pengantin 100 Hari lakonan Aiman Hakim, Amelia Henderson, Aishah Azman, Zila Bakarin, Fazreen Rafi dan ramai lagi sudah sampai ke episod 13. Episod 13 Drama Pengantin 100 Hari ini adalah episod terakhir yang menyaksikan ada kejutan di bahagian endingnya. Di episod akhir drama ini, Yasmin (Zila Bakarin) menjadi gila selepas mengetahui suaminya sudah berkahwin lain, sekaligus membuatkan Yasmin sedar dan fahan apa yang dirasakan Sofia (Aishah Azman) sebelum ini. Yasmin juga sempat berjumpa dan meminta maaf pada Sofia. Manakala Erina (Amelia Henderson) pula masih setia di sisi Amar (Aiman Hakim) sebagai kawan dan menolong apa yang patut. Malah Erina juga pergi berjumpa Sofia dan menjelaskan segalanya, manakala Sofia pula merasakan Erina adalah wanita yang paling sesuai untuk Amar berbanding dirinya kerana Erina tetap setia disisi Amar walaupun apa yang terjadi, berbanding dirinya yang telah meninggalkan Amar sebelum ini. 




Amar dan Erina turut ke rumah kakak Sofea untuk berjumpa Sofea serta bertemu dengan anaknya. Selain itu Amar turut membuat keputusan untuk rujuk semula dengan Sofia, namun Sofia kelihatan ragu - ragu untuk bersama Amar semula. Ikutkan aku ingat ending drama ini sudah dapat dijangka, dimana Amar akan bersama Sofea semula sebab diorang ada anak semua kan dan Erina boleh dapat pengganti lain yang lebih baik daripada Amar. Tapi tak sangka pula ending drama Pengantin 100 Hari ini lain sikit, tapi stil happy ending juga, bila semua pun kelihatan gembira. Sofea akhirnya memutuskan untuk tidak bersama dengan Amar semula, namun masih mengekalkan hubungan baik dengan Amar dan juga Erina. Sofea juga tidak mahu hidup bermadu dengan Erina dan akhirnya Amar bersama dengan Erina semula dan kemudiannya Erina pregnant dan kelihatan datuk Erina juga gembira melihat kehidupan cucunya yang bahagia itu.
Read More

25 Jul 2018

Drama Jangan Benci Cintaku Episod 7 Hingga 16 - Akasia TV3

Jangan Benci Cintaku, Drama Jangan Benci Cintaku, Slot Akasia, TV3, Novel Jangan Benci Cintaku, Novelis Emy Roberto, Drama Adaptasi Novel, Drama Melayu, Drama Bersiri, Poster, Jangan Benci Cintaku Cast, Senarai Pelakon, Saharul Ridzwan, Zahirah Macwilson, Niena Baharun, Luqman Hafidz, Izzue Islam, Amelia Henderson, Daler Yusuf, Dilla Ahmad, Esma Dainal, Azizah Mahzan, Azhar Amir, Catriona Ross, Episod 7 Hingga Episod 16 Drama Jangan Benci Cintaku, Watak, Poster Drama, Sinopsis Episod 7 Hingga 16 Drama Jangan Benci Cintaku,
Sinopsis Drama Jangan Benci Cintaku Episod 7 Hingga Episod 16 - Akasia TV3

Nampaknya ramai yang geram dengan Shah dan Husna ni terutamanya untuk episod 12 hingga episod 16. Happy sekejap bila Shah dan Husna tu dah putus tapi lepas tu boleh pula si Shah ni cari Husna balik dan akhirnya mereka berbaik semula. Kesian Fika, terpaksa pendam perasaan je, hehe apa pun tula penangan drama Jangan Benci Cintaku yang tengah hangat bersiaran di slot Akasia TV3 sekarang. Antara pelakon - pelakon drama Jangan Benci Cintaku ini adalah Zahirah Macwilson, Saharul Ridzwan, Niena Baharun, Luqman Hafidz, Izzue Islam, Daler Yusuf, Amelia Henderson, Azizah Mahzan, Dilla Ahmad, Catriona Ross dan ramai lagi. Adakah Shah dan Husna akan kahwin? atau Shah dan Fika bercerai? atau kedua - duanya sekali?. Sama - samalah kita tunggu nanti okey. Dalam entry ini aku nak share sinopsis drama Jangan Benci Cintaku untuk episod 7 hingga episod 16, selamat membaca okey..




Sinopsis Drama Jangan Benci Cintaku Episod 7 Hingga Episod 16 - Akasia TV3

Fiqa dapat merasakan yang cinta Shah sudah berubah dan kemungkinan besar Shah juga sudah ada perempuan lain. Namun Fika cuba berfikiran positif, namun hatinya kecewa bila Shah sendiri berterus – terang mengenai Husna pada dirinya. Tidak ada apa yang boleh dilakukan Fika kerana semuanya berpunca daripadanya, dia tak dapat nak marah pada Shah mahu pun Husna, sebaliknya dirinya hanya boleh bersabar dan redha. Tak lama kemudian Fika memutuskan untuk merebut kembali cinta Shah, pelbagai cara yang dilakukannya, dirinya bernasib baik kerana Shah melayan dirinya sama seperti dulu, bezanya sekarang Fika dah ada pesaing. Husna pula tertekan dengan sikap Shah yang seolah – olah sengaja tidak mahu mempercepatkan penceraian Shah dan Fika. Fika meminta Shah masa untuk dirinya menebus segala kesalahannya pada Shah dan Shah mengikut kehendak Fika dan dalam masa yang sama, Shah masih keluar dan melayan Husna dengan mesra. Manakala Husna pula sengaja merapatkan diri dengan Nek Pah supaya senang Nek Pah menyokongnya untuk menjadi isteri Shah dan menceraikan Fika. Hal ini diburukkan lagi dengan Irwan yang cuba bekerjasama dengan Husna untuk membuat Fika dan Shah bercerai secepat mungkin. Irwan juga mencadangkan Fika untuk bekerja di syarikat ayahnya dan Fika tertarik dengan jawatan yang ditawarkan oleh syarikat ayah Irwan tu. 




Malangnya Shah tak benarkan Fika bekerja disitu, dia tak mahu Irwan rapat dengan Fika. 
Shah juga hairan kenapa Fika tak nak bekerja dengannya saja berbanding bekerja di syarikat ayah Irwan, namun setelah Fika berterus – terang mengenai dirinya yang tak sanggup melihat Shah dan Husna bersama – sama jika dia bekerja di syarikat Shah. Setelah berfikir panjang, akhirnya Shah mengizinkan Fika untuk bekerja dengan ayah Irwan itu. Tak lama kemudian Shah dan Husna bergaduh besar dan Husna akhirnya memutuskan hubungan mereka dan kemudian Husna pulang ke kampung untuk menjaga ibunya yang sakit. Faris dan Damia gembira dengan berita Shah dan Husna dah putus lalu memberitahu Fika. Manakala Shah pula jadi tak tentu arah bila Husna tiada, Shah jadi sendih bila Husna tiada dalam hidupnya dan mula mencari  - cari Husna kembali. Tak lama kemudian Fika terlepas cakap mengenai Shah yang putus cinta itu dan membuatkan Shah memarahi Faris dan Damia yang telah memberitahu Fika pasal berita tersebut. Shah juga turut memberi amaran pada Faris dan Damia supaya tidak mencampuri urusannya lagi. Shah kemudiannya pergi ke kampung Husna untuk memujuk Husna, malah Shah juga berjanji akan berkahwin dengan Husna. Fika berasa sedih dan kecewa bila mendapat tahu yang Shah dah berbaik semula dengan Husna itu. 

Selain itu Husna juga sengaja ingin membuat Fika cemburu dengan sengaja menghadiahkan neck tie pada Shah. Fika juga mula merajuk dengan Shah dan ingin tinggal di rumah ibu bapanya, tak lama kemudian Fika mengalami kemalangan kecil dengan Shafwi. Fika cuba menghubungi Shah tapi tak dapat kerana Shah ketika itu sedang keluar bersama Husna. Tak lama kemudian Fika dapat tahu Shah sedang bergembira dengan Husna sedangkan dirinya tengah berada dalam masalah. Kecewa dengan hal itu Fika menyelesaikan isu keretanya dengan caranya sendiri. Namun selepas itu Shah memarahinya dan membuatkan Fika makin benggang dan ingin pulang ke rumah ibu bapanya. Manakala Damia pula pergi berjumpa Shah dan menerangkan sebab kenapa Fika berkelakuan sedemikian. Shah kemudian mula berasa bersalah pada Fika. Apa yang berlaku seterusnya?. Bagi yang terlepas nak baca sinopsis drama ini di episod - episod awal, bolehlah klik link di bawah ini ye..
Read More

22 Jul 2018

Sinopsis Telemovie Kembalikan Sinarnya (Cerekarama TV3)




Kembalikan Sinarnya, Telemovie, Telefilem, Telemovie Kembalikan Sinarnya, Sinopsis Cerekarama Kembalikan Sinarnya, Cerekarama TV3, Pelakon Telemovie Kembalikan Sinarnya, Aedy Ashraf, Hafidz Roshdi, Nurul Hanynaa, Eyka Farhana, Dian P. Ramlee,
Sinopsis Telemovie Kembalikan Sinarnya - Cerekarama TV3

Telefilem Kembalikan Sinarnya akan disiarkan di slot Cerekarama TV3 pada 21 Julai ini, jam 9 malam di TV3. Antara pelakon telemovie Kembalikan Sinarnya ini adalah Aedy Ashraf, Hafidz Roshdi, Nurul Hanynaa, Eyka Farhana, Dian P. Ramlee dan ramai lagi, Selain itu telemovie Kembalikan Sinarnya ini diarahkan oleh Khalid Nadzri dan diterbitkan oleh Wiranusa Corporation Sdn Bhd. Nampak menarik telemovie ini kan, mesti ada banyak pengajaran kan, apa pun jom tengok sinopsis ringkas telemovie ini di bawah ye, selamat membaca..

Sinopsis Cerekarama TV3 Kembalikan Sinarnya




Azali (Aedy Ashraf) ialah seorang anak didik arwah atuk Uzhma yang kuat agama suatu ketika dahulu. Namun, dia mula berubah selepas berpindah ke Kuala Lumpur dan ayahnya pula sering ke luar negara untuk bekerja. Azali sering dimanjakan dengan wang ringgit dan bukannnya dengan kasih sayang, sehinggalah suatu hari, Azimah, ibu Azali membuat keputusan untuk balik ke kampung dengan harapan dapat merubah Azali serta memulihkan hubungannya dengan Azali. Apa yang berlaku seterusnya?

Read More

21 Jul 2018

Sinopsis Drama Yes Sir! Nak Pergi Mana?




Drama Yes Sir! Nak Pergi Mana?, Sinopsis Drama Yes Sir! Nak Pergi Mana?, Drama Melayu, Drama Bersiri, Romantik Komedi, Drama 30 Episod, Hypp TV Sensasi, Unifi TV, Pelakon Drama Yes Sir Nak Pergi Mana, Aisya Hasnaa, Syazuwan Hassan, 2018, Poster,
Sinopsis Drama Yes Sir! Nak Pergi Mana? Lakonan Aisya Hasnaa & Syazuwan Hassan

Drama Yes Sir! Nak Pergi Mana? ini akan disiarkan setiap hari Rabu dan Khamis bermula 4 Julai 2018 ini di Hypp TV Sensasi / Unifi TV. Drama Yes Sir! Nak Pergi Mana? ini disiarkan bagi menggantikan Drama Makmum Yang Paling Aku Cinta lakonan Bella Dally dan Nazrief Nazri yang telah tamat episodnya dan drama Yes Sir Nak Pergi Mana ini mempunyai 30 episod. Antara pelakon drama Yes Sir Nak Pergi Mana ini adalah Syazuwan Hassan, Aisya Hasnaa, Natasya Mahyan, Zuwairy Zahari dan ramai lagi. Kalau tak silap aku, drama ini turut berdepan dengan kontroversi sebelum ini dengan isu saman dan sebagainya, tapi tak tahulah kalau hal tersebut dah selesai ke kan. Apa pun jom tengok sinopsis ringkas drama ini dibawah ye..

Sinopsis Drama Yes Sir! Nak Pergi Mana?




Drama yang bergenre romantik komedi ini mengisahkan tentang seorang gadis yang memulakan kerjayanya sebagai seorang pemandu teksi. K
ehidupannya mula berubah setelah bertemu dengan seorang CEO muda apabila dia ditawarkan menjadi pemandu peribadi kepada CEO tersebut. Hubungan mereka semakin rapat dan perasaan cinta mula wujud antara mereka! Apa yang berlaku seterusnya?, dapatkah mereka bersatu? atau ada halangan yang menanti?.
Read More

19 Jul 2018

Episod 9 Hingga 14 Drama Andainya Takdir 2




Andainya Takdir 2, Drama Best, TV3, Drama Andainya Takdir 2, Drama Melayu, Drama Bersiri, Sinopsis Episod 9 Hingga Episod 14, Sinopsis Drama Andainya Takdir 2, Andainya Takdir 2 Cast, Pelakon Drama Andainya Takdir 2, Shukri Yahaya, Nina Iskandar, Puteri Balqis, Mas Khan, Syazuwan Hassan, Faradhiya, Neera Azizi, Sheila Mambo, Idris Mat Diah, Rosnah Mat Haris, Erry Putra, Adiba Yunus, Jasmine Ashraff, Nafiez Zaidi, Putra Amaris, Annie Arifin, Dian P Ramlee, Anne Abdullah, Ezzaty Abdullah, 2018, Poster, Watak,
Sinopsis Episod 9 Hingga 14 Drama Andainya Takdir 2

Drama Andainya Takdir 2 yang disiarkan di TV3 dah nak masuk episod ke 15 dah, sekejap saja dah nak habis drama ini yang mempunyai 20 episod. Antara pelakon drama Andainya Takdir 2 ini adalah Shukri Yahaya, Nina Iskandar, Puteri Balqis, Mas Khan, Syazuwan Hassan, Faradhiya, Neera Azizi, Sheila Mambo, Idris Mat Diah, Rosnah Mat Haris, Erry Putra, Adiba Yunus, Jasmine Ashraff, Nafiez Zaidi, Putra Amaris, Annie Arifin, Dian P Ramlee, Ezzaty Abdullah dan ramai lagi. Nampaknya Fatihah perlu buat keputusan sama ada memilih Airil, Nizam mahu pun Hafiz untuk menjadi suaminya. Korang rasa - rasa macam manalah ending Drama Andainya Takdir 2 ini nanti kan? apa pun jom tengok sinopsis Drama Andainya Takdir 2 ini untuk episod 9 hingga episod 14.

Sinopsis Episod 9 Hingga 14 Drama Andainya Takdir 2

Normah yang melihat Airil tidak keruan apabila jauh dari Fatihah menuduh Fatihah telah membomohkan anaknya itu dan cuba membawa Airil pergi berjumpa bomoh untuk berubat. Airil yang terkejut dengan tindakan ibunya menolak untuk berjumpa bomoh tersebut. Tak lama kemudian Airil terserempak dengan senior sekolahnya yang bernama Sofea. Sofea yang sudah lama ada hati pada Airil berasa gembira dapat berjumpa Airil semula, tambahan lagi Sofea tahu yang Airil sudah bercerai, maka Sofea menggunakan peluang ini untuk merapatkan hubungan mereka. Walaubagaimanapun kelihatan Airil agak rimas dengan sikap Sofea yang selalu menghubunginya dan ingin berjumpa dengannya. Bagi Airil hanya Fatihah yang ada di hatinya, maka dengan itu Airil selalu menolak untuk berjumpa dengan Sofea. Namun setelah Airil mengetahui yang Sofea sedang mencari arkitek untuk bekerja di Terengganu, Airil mula berubah dan cuba berbaik - baik dengan Sofea. Manakala Sofea pula gembira dengan perubahan Airil yang makin baik dengannya. Sofea juga tidak teragak - agak untuk merekomenkan kerja di Terangganu itu pada Airil. Sofea langsung tidak menyangka yang Airil hanya mempergunakan dirinya saja untuk mendapatkan kerja di Terengganu itu supaya dapat dekat dengan Fatihah dan Aleya. 




Fatihah pula mula berkenalan dengan Hafiz yang merupakan duda anak satu ketika dirinya menghantar dan mengambil Aleya di sekolah. Aleya juga berkawan baik dengan anak perempuan Hafiz itu. Fatihah makin tertarik dengan sikap dan personaliti Hafiz itu, namun bagi Aleya, dia tidak mahu ibunya berkahwin lain. Selain itu Fatihah dan Aleya juga sering bergaduh disebabkan sikap Aleya yang makin kerap memberontak dan Fatihah pula makin hilang sabar dan hampir memukul Aleya. Selepas itu Aleya mula mengadu pada bapanya dan ingin tinggal bersama bapanya pula, manakala Nizam pula cemburu melihat hubungan Fatihah dan Hafiz yang makin rapat. Disebabkan risau kehilangan Fatihah, Nizam cepat - cepat melamar Fatihah, namun Fatihah tidak memberi jawapan pada lamaran Nizam itu kerana dia tidak begitu mempedulikan tentang Nizam. Sebaliknya Fatihah menunggu lamaran Hafiz namun begitu Hafiz ingin memastikan terlebih dahulu tentang siapa yang berada di hati Fatihah. Hubungan Fatihah dan Aleya makin renggang apabila Fatihah tidak mempercayai kata - kata Aleya yang dituduh mencuri di kedai runcit. Selain itu Jalal sudah tidak dapat bersabar dengan perangai Normah yang terlalu cemburu buta, malah turut mencabar Jalal supaya menceraikannya dan akhirnya Jalal menceraikan Normah di depan Kiah.

Walaupun telah diceraikan, Normah masih ego dan enggan berubah mahu pun meminta maaf pada Jalal. Airil dan Norlin cuba memujuk kedua - dua ibu bapa mereka untuk rujuk semula namun gagal. Manakala Normah pula cuba mereka cerita dan memfitnah Jalal dan Kiah pada penduduk kampung. Hal tersebut telah membuatkan Jalal mengambil keputusan drastik yang mengejutkan Airil dan Norlin. Manakala Fatihah pula telah mengambil cuti dan membawa Aleya pulang ke kampung, Fatihah pulang ke kampung untuk berfikir semasak - masaknya. Airil juga tahu yang ada lelaki lain yang cuba mendekati Fatihah namun cuba bersabar dan membiarkan Fatihah membuat keputusan. Airil juga telah berjumpa dengan doktor bagi merawat penyakitnya cemburunya dan panas barannya itu. Manakala Sofea akhirnya menyedari yang Airil hanya mempergunakan dirinya untuk bekerja di Terengganu. Sofea sedih namun tidak mahu berputus asa, Sofea cuba berfikiran positif dan cuba membuatkan Airil terhutang budi padanya sebanyak mungkin. Apa yang berlaku seterusnya?.

Bagi yang terlepas nak baca sinopsis drama ini untuk episod - episod awal, bolehlah klik link di bawah ini okey..selamat membaca..
Read More

17 Jul 2018

Drama Pengantin 100 Hari Episod 7 Hingga 9 (TV3)




Pengantin 100 Hari, Drama Pengantin 100 Hari, Slot Lestary, TV3, Drama Melayu, Drama Bersiri, Sinopsis Drama Pengantin 100 Hari, Pengantin 100 Hari Cast, 2018, Poster, Pelakon Drama Pengantin 100 Hari, Amelia Henderson, Aiman Hakim, Aishah Azman, Zila Bakarin, Edika Yusof, Dato Rahim Razali, Jasmine Suraya, Fazreen Rafi, Ieka Zulkifli, Azhar Amir , Shahriza Mahmud, Hafiyah Hafiz, Fanna Azizan, Sinopsis Episod 7 Hingga Episod 9, Watak Pelakon, Ending Pengantin 100 Hari, Penceraian, OST Pengantin 100 Hari, Lagu Sulit Nyanyian Aman Aziz, Kisah Sedih,
Sinopsis Episod 7 Hingga Episod 9 Drama Pengantin 100 Hari (TV3)

Drama Pengantin 100 Hari lakonan Amelia Henderson, Aiman Hakim, Aishah Azman, Zila Bakarin, Edika Yusof, Dato Rahim Razali, Jasmine Suraya, Fazreen Rafi, Ieka Zulkifli, Azhar Amir , Shahriza Mahmud, Hafiyah Hafiz, Fanna Azizan dan ramai lagi sudah sampai ke kemuncaknya apabila Amar lakonan Aiman Hakim sudah menceraikan kedua - duanya isterinya iaitu Sofea (Aishah Azman) dan juga Erina (Amelia Henderson). Tak sabar nak tahu apa yang akan berlaku seterusnya?, adakah Sofea akan rujuk semula dengan Amar setelah mengetahui apa sebenarnya yang berlaku? atau pun Amar akan hidup sendiri?. Kalau korang terlepas nak baca sinopsis drama pengantin 100 hari episod - episod yang terdahulu, bolehlah klik link di bawah ini, atau pun klik saja label yang ada tajuk drama ini untuk membaca semua sinopsis. Selamat membaca okey.

Sinopsis Episod 7 Hingga Episod 9 Drama Pengantin 100 Hari (TV3)

Ketika Amar berada di hospital, doktor telah memberitahu Amar mengenai masalah kesihatannya selepas kemalangan tersebut. Amar sangat terkejut dan tidak dapat menerima apa yang terjadi pada dirinya, Amar tidak mampu untuk mempunyai zuriat selepas ini. Tidak mahu Sofea terus terseksa, Amar membuat keputusan drastik dengan menceraikan Sofia menerusi SMS. Sofea terkejut menerima SMS dari Amar lalu menangis, Sofea makin yakin yang Amar sudah berubah dan tidak mempedulikannya lagi. Farah cuba memujuk Sofea namun tidak berjaya, tak lama kemudian Sofea pengsan dan doktor mengesahkan yang Sofea kini hamil. Sofea menyuruh semua orang untuk merahsiakan hal Sofea mengandung dari Amar dan keluarganya. Selepas diceraikan oleh Amar, Sofea murung dan kecewa namun akhirnya mula bangkit dan membuat keputusan untuk membuka butik yang diberikan oleh ibu Amar padanya untuk mulakan hidup baru. Sofea juga turut bertemu Amar di mahkamah dan sempat bercakap dengan Amar buat seketika, namun Amar sangat dingin dan kelihatan sudah membenci Sofea, Amar sengaja melayan Sofea dengan kasar supaya Sofea dapat move on dengan cepat.



Manakala Erina pula berasa pelik dan keliru dengan keputusan Amar yang menceraikan Sofea sedangkan Erina tahu yang Amar sangat mencintai Sofea dan dirinya dan Amar juga akan bercerai selepas 100 hari nanti. Erina ada bertanyakan sebab Amar menceraikan Sofea namun Amar tidak menjawab pertanyaan Erina itu. Amar hanya berkongsi masalah dan rahsianya dengan bapanya saja, Amar juga ingin memberikan pampasan / wang ganti rugi pada Sofea sebanyak RM500,000. Sofea sengaja menelefon Amar untuk bertanyakan tentang wang pampasan itu, Sofea dan Amar kemudiannya sengaja bercakap kasar antara satu sama lain dan akhirnya membuatkan mereka berdua bergaduh. Tak lama kemudian Sofea, Iqbal dan Wardah pulang ke kampung untuk bertemu dengan mak dan ayah mereka. Walaubagaimanapun mereka semua masih merahsiakan hal sebenar tentang Sofea dan Amar dari pengetahuan mak dan ayah mereka. Walaubagaimanapun kelihatan ayah Sofea sudah mengetahui sedikit mengenai masalah Sofea itu dan cuba berdepan dengan Sofea ketika ibu Sofea sudah tidur. Akhirnya Sofea menceritakan segala - galanya pada ayahnya, namun tanpa mereka sedari, ibu Sofea turut mendengar segala yang diceritakan oleh Sofea itu.

Kemudian ibu Sofea mula terkejut dan menjadi sangat marah pada semua kerana telah merahsiakan perkara itu dan akhirnya ibu Sofea pengsan lalu meninggal dunia. Hal tersebut memberi tamparan hebat pada Sofea, namun Sofea sedar dia perlu bangkit dan meneruskan hidupnya demi anaknya yang bakal lahir. Manakala hubungan Amar dan Erina makin baik apabila Amar mula berlembut dengan Erina dan tidak berkasar lagi dengan Erina. Malah Amar juga turut mengajak Erina untuk keluar kerana tempoh masa 100 hari yang diminta oleh Erina makin tamat. Erina juga turut membuat permintaan pada Amar ingin memasak bersama - sama serta ingin solat berjemaah dengan Amar dan Amar menunaikan semua permintaan Erina. Bila cukup tempoh 100 hari Amar dan Erina ke mahkamah untuk bercerai dan selepas bercerai Amar menghantar Erina ke rumah datuk Erina semula. Sebelum pergi, Amar berterus - terang dengan Erina mengenai masalah kesihatannya yang tidak boleh mempunyai zuriat dan merupakan sebab terbesar Amar menceraikan Sofea. Erina tidak bersetuju dengan tindakan Amar pada Sofea itu. Tak lama kemudian datuk Erina mengamuk pada Amar kerana tak menyangka Amar akan menceraikan cucunya itu. Datuk Erina juga hampir menembak Amar namun Erina sempat menghalang dan Amar pergi dari situ. Apa yang berlaku seterusnya?
Read More

15 Jul 2018

Sinopsis Telemovie Apabila Terbit Fajar (Cerekarama TV3)




Apabila Terbit Fajar, Telefilem, Telemovie, Telemovie Apabila Terbit Fajar, Cerekarama, TV3, Senarai Pelakon, Pelakon Telemovie Apabila Terbit Fajar, Elisya Sandha, Azhan Rani, Watie Sadali, Rania Humaira, Aisyah Kamaludin, 2018,
Sinopsis Telemovie Apabila Terbit Fajar - Cerekarama TV3

Telefilem Apabila Terbit Fajar sudah disiarkan di slot cerekarama TV3 pada 14 Julai yang lalu dan diarahkan oleh Along Kamaludin. Antara pelakon telemovie Apabila Terbit Fajar ini adalah Elisya Sandha, Azhan Rani, Watie Sadali, Rania Humaira, Aisyah Kamaludin dan ramai lagi. Penulis skrip drama ini adalah Adza Emie Adenan dan diterbitkan oleh Layar Ceritera Sdn Bhd. Aku dah tengok telemovie ini dan jalan cerita telemovie Apabila Terbit Fajar ini best dan menarik juga. Kesian bila ayah Fiza tu tak sempat nak jumpa anaknya Fiza dan juga cucunya Fajar. Apa pun jom tengok sinopsis telefilem ini di bawah ye. Selamat membaca..

Sinopsis Telemovie Apabila Terbit Fajar - Cerekarama TV3

Mengisahkan Fiza (Elisya Sandha) yang telah dirogol oleh Mahmud namun Fiza merahsiakan perkara tersebut dari mak (Watie Sadali) dan ayahnya (Azhan Rani) kerana Mahmud telah mengugutnya akan membunuh ibu bapa Fiza. Tak lama kemudian Fiza mengandung dan hal tersebut mengejutkan ibu dan bapanya. Fiza mengatakan dirinya telah dirogol namun tidak mahu memberitahu siapa yang merogolnya itu. Hal tersebut membuatkan mak dan ayah Fiza kecewa dengan sikap Fiza. Tambahan lagi Fiza masih muda, baru berusia 17 tahun dan masih bersekolah namun sudah hamil anak luar nikah. Disebabkan mengandung dan melahirkan anak, Fiza sudah 4 bulan tidak ke sekolah, manakala setelah anak Fiza lahir, mak dan ayah Fiza terpaksa menipu semua orang yang cucu mereka itu adalah anak kedua mereka. Anak Fiza itu kemudiannya dinamakan Fajar (Rania Humaira), tak lama kemudian ayah Fiza mnyuruh Fiza untuk kembali ke sekolah bagi megelakkan orang kampung berfikir bukan - bukan. Fajar yang masih kecil itu dilayan dengan teruk oleh mak bapa Fiza dan membuatkan Fiza kecewa melihat anaknya dilayan sebegitu rupa.



Fiza ingin mengambil hati ayahnya semula dengan berazam untuk mendapatkan keputusan cemerlang dalam SPM nanti. Namun Fiza hampa bila keputusan cemerlangnya dalam SPM itu tidak dihiraukan oleh ayahnya. Sebaliknya ayahnya menjadi marah apabila mengetahui yang Fiza ingin sambung belajar pula dan meninggalkan anaknya Fajar, ayahnya juga tidak mempercayai Fiza lagi setelah Fiza mengandung anak luar nikah. Fiza kemudiannya mengambil keputusan drastik untuk lari dari rumah dan membawa anaknya sekali. Guru Fiza juga dah berjanji akan membantunya untuk membuat permohonan ke universiti sekaligus mendapatkan biasiswa. Selepas Fiza lari dari rumah, Fiza mendapat kerja sebagai cleaner di sebuah Motel dan Fiza juga dapat tinggal di Motel berkenaan. Namun owner Motel tersebut berniat tidak baik dan ingin menjual Fiza pada seorang lelaki. Fiza dapat melarikan diri dan kemudian dihalau keluar dari Motel berkenaan. Fiza dan Fajar terpaksa tidur di tepi jalan, tapi nasib baiklah ada seorang makcik di situ yang sudi menolong Fiza dan Fajar. Sejak dari itu Fiza dan Fajar menumpang di rumah makcik itu dan makcik itu juga sudah menganggap Fiza seperti anaknya.

Walaubagaimanapun Fiza masih tidak memberitahu tentang status sebenar dirinya yang merupakan ibu Fajar pada anaknya itu. Sebaliknya Fajar menganggap Fiza sebagai kakaknya, Fiza juga berjaya menamatkan pelajarannya dan bekerja sementara di firma guaman. Semuanya mula berubah bila kawan Fiza iaitu Suraya memberitahu Fiza mengenai kawan baik mereka Laila akan berkahwin dengan Mahmud tak lama lagi. Fiza yang tak nak Laila berkahwin dengan perogol itu mula menceritakan perkara sebenar pada Suraya. Walaubagaimanapun Laila tidak mempercayai cerita Fiza dan akhirnya Fiza nekad untuk menuntut keadilan. Apa yang berlaku seterusnya?.
Read More

14 Jul 2018

Movie Review - Rustom (Bollywood Movie)




Rustom, Rustom Movie, Movie, Filem, Movie Review, Filem Rustom, Poster Rustom, Bollywood, India, Cerita Hindustan, Bollywood Movie, Hindi Movie, 2016, Rustom Review, Rustom Cast, Pelakon Filem Rustom, Akshay Kumar, Ileana D'cruz, Arjan Bajwa, Esha Gupta, Pawan Malhotra, Anang Desai, Usha Nadkarni, Ending, OST Rustom, Best Actor,
Review Filem Rustom - Bollywood Movie

Dah lama nak buat review movie Rustom ini tapi asyik tertangguh je, kali ini baru dapat buat review filem ini. Filem Rustom ini adalah filem Bollywood / hindustan yang release pada 12 Ogos 2016 dan diarahkan oleh Tinu Suresh Desai. Menariknya filem Rustom ini apabila ianya berdasarkan kisah benar iaitu based on the real life incident of Naval Officer K.M. Nanavati and businessman Prem Ahuja. Antara Pelakon Filem Rustom ini adalah Akshay Kumar, Ileana D'cruz, Arjan Bajwa, Esha Gupta, Pawan Malhotra, Anang Desai, Usha Nadkarni dan ramai lagi. Lebih menarik bila Akshay Kumar turut menang Pelakon Lelaki Terbaik menerusi filem Rustom ini di 64th National Film Awards. Latar masa filem Rustom ini adalah pada tahun 1950an, jadi set movie ini kena berlatarbelakangkan zaman 50an gitu yang ketika itu pakaian orang - orang kaya dah moden ala - ala orang putih dah hahaha. Akshay Kumar yang melakonkan watak Commander Rustom Pavri juga kerap memakai uniform tentera laut dalam movie Rustom ini termasuklah ketika sesi pembicaraan di mahkamah gitu.



Ileana D'cruz memang nampak cantik dalam movie ini, dia yang membawakan watak Cynthia Pavri dalam movie ini memang sentiasa tertekan, selalu menangis sebab dia berasa berdosa dan bersalah kerana telah melakukan satu kesalahan besar pada suaminya iaitu curang dengan lelaki lain. Antara scene suspen dalam movie ini adalah ketika Rustom dapat tahu yang isterinya telah curang, baru permulaan cerita dah suspen dah. Ketika Rustom dapat tahu isterinya ada affair dengan lelaki lain, isterinya itu telah pun insaf dan telah mengakhiri segala skandalnya itu, namun semuanya telah terlembat kerana suaminya telah dapat tahu terlebih dahulu. Selain itu ada banyak juga scene - scene di mahkamah kerana Rustom telah dituduh membunuh Vikram Makhija lakonan Arjan Bajwa yang ada affair dengan isterinya itu, namun Rustom mengaku tidak bersalah dan mendakwa dirinya hanya mempertahankan dirinya sahaja. Lebih menarik bila ada plot twist di penghujung cerita dan membuatkan jalan cerita jadi menarik. 

Selain itu turut diselitkan kes rasuah yang berlaku dalam angkatan tentera laut yang membuatkan Rustom terselit di tengah - tengah dan turut menjadi punca rumah tangga Rustom jadi kucar - kacir angkara dendam. Apa pun agak annoying dengan watak Preeti Makhija lakonan Esha Gupta tu, sebab berlagak sangat, maklumlah orang kaya kan. Scene perbicaraan di mahkamah tu kadang - kadang nampak sangat tak logik tau hahaha tapi stil boleh terima lagilah. Ending movie Rustom ini memang happy ending, manakala lagu tema / OST Rustom ini boleh tahan juga, cuma ada satu lagu yang paling aku suka sekali iaitu lagu di permulaan cerita yang bertajuk Tere Sang Yaara nyanyian Atif Aslam. Selepas perbicaraan kes Rustom ini selesai, sistem juri di India telah dimansuhkan. Secara keseluruhannya movie Rustom ini memang boleh layan dan aku bagi 6.8/10 Bintang untuk movie ini.
Read More

13 Jul 2018

Drama Cinta Tiada Ganti & Sanay Wala Nang Wakas




Cinta Tiada Ganti, Drama Cinta Tiada Ganti, Drama Melayu, Drama Bersiri, Drama Adaptasi, Slot Tiara, Astro Prima, Astro Maya HD, Drama Filipina, Sanay Wala Nang Walas, Drama Filipina Sanay Wala Nang Wakas, Drama Melayu Adaptasi Drama Filipina Sanay Wala Nang Wakas, 2018, Poster Drama Cinta Tiada Ganti, OST Cinta Tiada Ganti, Lagu Jodohku nyanyian Khai Bahar, Watak Asal, Ara, Arabella, Christian Soriano, Mary Ann, Leo, Pelakon Asal Drama Sanay Wala Nang Wakas, Kristine Hermosa, Jericho Rosales, Diether Ocampo, Angelika Dela Cruz, Cinta Tiada Ganti Cast, Pelakon Drama Cinta Tiada Ganti, Nelydia Senrose, Aedy Ashraf, Hafidz Roshdi, Ben Amir, Syamim Farid, Sweet Qismina, Marisa Yasmin, Rusdi Ramli, Emelda Rosemila, Shah Rezza, Nafiz Muaz, Wan Sharmila, Octovia Manrose, Dian P Ramlee, Fizz Fairuz,
Drama Cinta Tiada Ganti Adaptasi Drama Filipina Sanay Wala Nang Wakas

Drama Monalisa telah tamat episodnya dan kini diganti dengan drama Cinta Tiada Ganti yang mempunyai 100 episod. Drama Cinta Tiada Ganti ini adalah adaptasi daripada drama popular Filipina iaitu Sanay Wala Nang Wakas. Drama Cinta Tiada Ganti ini akan disiarkan di Slot Tiara Astro Prima / Maya HD setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang dan ulangannya pada 12 tengah malam. Biasanya aku memang akan menonton siaran ulangannya pada pukul 12 tengah malam. 
Watak - Watak Pelakon Drama Cinta Tiada Ganti
Nelydia Senrose sebagai Arabella / Ara / Bella
Aedy Ashraf sebagai Mukhriz
Hafidz Roshdi sebagai Nazim
Ben Amir sebagai Khairil
Emelda Rosemila sebagai Helena
Marisa Yasmin sebagai Eliza/Raihana
Rusdi Ramli sebagai Atan
Fizz Fairuz sebagai Raizal
Shah Rezza sebagai Dato Azizan
Nafiz Muaz sebagai Reza



Dari segi pemilihan pelakon, aku memang suka sangat Nelydia Senrose yang melakonkan watak Ara tu, nama watak pun sama macam dalam drama Filipina. Aedy Ashraf tu pun okey saja jadi hero drama ini, cuma aku tak berapa suka dengan rambut panjangnya tu, kalau rambut pendek lagi okey, sebab watak Christian dalam drama Sanay Wala Nang Wakas tu pun rambut maintain pendek. Tapi tak kisahlah janji lakonan mantap. Ben Amir akan membawakan watak Khairil yang merupakan watak Leo dalam drama Filipina itu. Apa pun bila sebut pasal Drama Sanay Wala Nang Wakas ini siapa yang dapat lupa watak - watak seperti Arabella Grace Garcia / Ara yang dilakonkan oleh Kristine Hermosa, Watak Christian yang dilakonkan oleh Jericho Rosales, watak Leo lakonan Diether Ocampo dan watak Mary Ann lakonan Angelika dela Cruz. Drama Sanay Wala Nang Wakas ini memang menimbulkan fenomena di Malaysia ketika ianya disiarkan di Astro pada tahun 2004/2005, kemudian diulang tayang di RTM TV2 sebelum ditayangkan kembali di Astro Bella pada tahun 2013 yang lalu.
Cinta Tiada Ganti, Drama Cinta Tiada Ganti, Drama Melayu, Drama Bersiri, Drama Adaptasi, Slot Tiara, Astro Prima, Astro Maya HD, Drama Filipina, Sanay Wala Nang Walas, Drama Filipina Sanay Wala Nang Wakas, Drama Melayu Adaptasi Drama Filipina Sanay Wala Nang Wakas, 2018, Poster Drama Cinta Tiada Ganti, OST Cinta Tiada Ganti, Lagu Jodohku nyanyian Khai Bahar, Watak Asal, Ara, Arabella, Christian Soriano, Mary Ann, Leo, Pelakon Asal Drama Sanay Wala Nang Wakas, Kristine Hermosa, Jericho Rosales, Diether Ocampo, Angelika Dela Cruz, Cinta Tiada Ganti Cast, Pelakon Drama Cinta Tiada Ganti, Nelydia Senrose, Aedy Ashraf, Hafidz Roshdi, Ben Amir, Syamim Farid, Sweet Qismina, Marisa Yasmin, Rusdi Ramli, Emelda Rosemila, Shah Rezza, Nafiz Muaz, Wan Sharmila, Octovia Manrose, Dian P Ramlee, Fizz Fairuz,
Aku menonton drama Filipina ini ketika ianya disiarkan di Malaysia buat pertama kalinya di Astro dan paling menarik ketika itu, penonton Malaysia boleh memilih ending yang disukai dengan mengundi sama ada nak Ara / Grace / Gracy dengan Leo mahu pun Ara dengan Christian Soriano di episod akhir / ending drama Sanay Wala Nang Wakas itu. Ketika itu aku memang lagi suka kalau Ara dengan Leo, manakala Christian pula dengan Mary Ann kan lebih happy ending gitu. Berbanding Ara dengan Christian dan membuatkan Leo dan Mary Ann patah hati di penghujungnya. Namun nasib baik Astro ketika itu menayangkan kedua - dua ending drama ini dimana ending pertama Ara dengan Christian Soriano dan second ending Ara dengan Leo. Bagi aku ending Ara kahwin dengan Leo lebih meriah gitu. Manakala ending bagi drama Cinta Tiada Ganti ini aku tak pastilah kan sebab baru episod awal tapi mestilah watak hero dapat heroin nanti kan hehe. Selain itu Lagu Tema / OST Drama Cinta Tiada Ganti ini dinyanyikan oleh Khai Bhar yang bertajuk Jodoh ku.

Read More

10 Jul 2018

Episod 2 Hingga 6 Drama Jangan Benci Cintaku

Jangan Benci Cintaku, Drama Jangan Benci Cintaku, Slot Akasia, TV3, Novel Jangan Benci Cintaku, Novelis Emy Roberto, Drama Adaptasi Novel, Drama Melayu, Drama Bersiri, Poster, Jangan Benci Cintaku Cast, Senarai Pelakon, Saharul Ridzwan, Zahirah Macwilson, Niena Baharun, Luqman Hafidz, Izzue Islam, Amelia Henderson, Daler Yusuf, Dilla Ahmad, Esma Dainal, Azizah Mahzan, Azhar Amir, Catriona Ross, Episod 2 Hingga Episod 6 Drama Jangan Benci Cintaku, Watak, Poster Drama, Sinopsis Episod 2 Hingga 6 Drama Jangan Benci Cintaku,
Sinopsis Episod 2 Hingga 6 Drama Jangan Benci Cintaku

Hari ini seperti biasa aku nak share sinopsis drama Jangan Benci Cintaku untuk Episod 2 Hingga Episod 6 di bawah ini. Drama Jangan Benci Cintaku ini adalah adaptasi daripada Novel yang tajuknya juga sama karya novelis Emy Roberto dan tengah hangat bersiaran di slot Akasia TV3. Antara pelakon - pelakon drama Jangan Benci Cintaku ini serta watak yang dibawa mereka adalah seperti berikut:-

Watak - Watak Pelakon

Saharul Ridzwan sebagai Shahrizal Hayrat / Shah
Zahirah Macwilson sebagai Rafeeqa Huda / Fika

Niena Baharun sebagai Husna

Luqman Hafidz sebagai Faris

Izzue Islam sebagai Syazwi

Amelia Henderson sebagai Damia

Daler Yusuf sebagai Irwan
Dilla Ahmad sebagai Zaida
Esma Dainal as Tuan Shariman
Azizah Mahzan sebagai Nek Pah
Catriona Brian Ross sebagai Puan Azlin




Kalau korang nak baca sinopsis drama ini untuk episod yang pertama bolehlah klik sini okey ➔ Drama Jangan Benci Cintaku Episod 1 So jom tengok pula sinopsis drama ini untuk episod kedua hingga episod enam ye, selamat membaca..

Sinopsis Episod 2 Hingga 6 Drama Jangan Benci Cintaku - Akasia TV3

Shah dan semua orang cuba memujuk Fika supaya tidak ke Australia untuk menyambung pelajarannya dan mencadangkan Fika untuk sambung belajar di Malaysia saja. Namun Fika dah nekad dan tetap dengan keputusannya untuk ke Australia. Akhirnya Shah mengalah dan membenarkan Fika ke sana. Selama Fika di Australia, Shah dan Fika saling mempercayai antara satu sama lain, jika ada masa terluang, Shah akan melawat isterinya itu di Australia dan menghabiskan masa berdua. Fika sentiasa happy bila Shah datang melawatnya manakala Shah pula sentiasa setia dengan Fika. Namun Shah mula kecewa bila dapat tahu yang Fika makan pil perancang kehamilan dan membuatkan Shah marah dan sedih dengan tindakan Fika yang tidak mahukan anak buat masa terdekat ini. Tak lama kemudian Shah dan Faris berkenalan dengan Husna dan Shah telah menolong Husna yang telah tertinggal kunci kereta dalam keretanya. Husna juga sudah mempunyai tunang bernama Hazri. Namun Hazri ini seorang yang panas baran dan kerap meminta duit pada Husna, selain itu Husna juga kerap terserempak dengan Shah di kawasan sekitar pejabat Shah membuatkan mereka semakin rapat.



4 tahun Fika di Australia, Shah masih melayan Fika dengan baik, namun di tahun kelima iaitu tahun terakhir Fika di Australia itu, Shah dah mula dingin dengannya. Shah mula melayan Fika acuh tak acuh saja dan membuatkan Fika sedikit sedih dengan perubahan Shah namun Fika hanya berfikiran positif saja. Hal bertambah rumit apabila Shah juga tidak datang di hari Konvokesyen Fika, hanya ibu bapa Fika saja yang datang. Fika dah mula tak sedap hati serta merindui Shah namun dirinya masih tidak mahu pulang ke Malaysia sebaliknya pergi bercuti bersama kawan baiknya Damia. Shah sebenarnya sudah curang dengan Fika dan kini bercinta dengan Husna, malah Husna sendiri tahu mengenai status Shah yang masih bergelar suami orang. Namun Shah berjanji pada Husna akan menyelesaikan masalahnya dengan Fika tidak lama lagi dan meminta Husna untuk sabar menunggu. Shah juga sudah memperkenalkan Husna pada Nek Pah dan kelihatan Nek Pah sangat menyukai Husna berbanding Fika. Malah Husna juga telah datang ke rumah Nek Pah dan bertemu dengan ibu bapa Shah. Walaubagaimanapun ibu Shah tidak begitu suka dengan sikap Shah, manakala Faris pula cuba menasihati Shah mengenai hubungannya dengan Husna, tambahan lagi Fika akan pulang ke Malaysia tak lama lagi.

Namun Shah tidak mempedulikan langsung mengenai nasihat yang diberikan Faris, Shah selamba membawa Husna ke Bali dengannya dan tidak pergi menyambut kepulangan Fika di airport. Manakala Irwan pula yang tidak sabar dan membawa pulang sepupunya dari airport ke rumah ibu bapa Fika. Fika kecewa bila Shah tiada sewaktu dia pulang ke Malaysia, walaubagaimanapun Fika sudah berazam untuk menjadi isteri yang terbaik buat Shah sebaik dia pulang ke Malaysia, Fika sedar Shah sudah banyak berkorban untuknya, sekarang ini tibalah gilirannya untuk berkorban untuk Shah dan menjaga Shah sebaik mungkin. Tak lama kemudian Fika sengaja nak buat kejutan pada Shah dan pergi ke pejabat Shah namun Fika terkejut melihat Shah yang sangat mesra dengan Husna di tepi kereta dan berlalu dari situ. Manakala Faris pula terkejut melihat Fika disitu yang sedang melihat gelagat Shah dan Husna yang mesra itu. Apa yang berlaku seterusnya?..
Read More

9 Jul 2018

Episod 4 Hingga 6 Drama Pengantin 100 Hari




Pengantin 100 Hari, Drama Pengantin 100 Hari, Slot Lestary, TV3, Drama Melayu, Drama Bersiri, Sinopsis Drama Pengantin 100 Hari, Pengantin 100 Hari Cast, 2018, Poster, Pelakon Drama Pengantin 100 Hari, Amelia Henderson, Aiman Hakim, Aishah Azman, Zila Bakarin, Edika Yusof, Dato Rahim Razali, Jasmine Suraya, Fazreen Rafi, Ieka Zulkifli, Azhar Amir , Shahriza Mahmud, Hafiyah Hafiz, Fanna Azizan, Sinopsis Episod 4 Hingga Episod 6, Watak Pelakon, Ending Pengantin 100 Hari, OST,
Sinopsis Episod 4 Hingga 6 Drama Pengantin 100 Hari

Isnin ini Drama Pengantin 100 Hari ini dah nak msuk episod 7 dah dan jalan ceritanya makin complicated, kesian pada ketiga - tiga watak utama drama ini iaitu Amar, Sofea dan Erina yang masing - masing adalah mangsa keadaan. Barisan pelakon Drama Pengantin 100 Hari ini terdiri daripada Amelia Henderson, Aiman Hakim, Aishah Azman, Zila Bakarin, Edika Yusof, Dato Rahim Razali, Jasmine Suraya, Fazreen Rafi, Ieka Zulkifli, Azhar Amir , Shahriza Mahmud, Hafiyah Hafiz, Fanna Azizan dan ramai lagi. Rasanya jalan cerita drama Pengantin 100 Hari ini akan jadi makin sedih di episod - episod akan datang. Apa pun jom tengok sinopsis drama Pengantin 100 Hari Episod 4 Hingga 6 di bawah ini okey. Kalau korang nak baca sinopsis drama ini dari episod 1 hingga 3 boleh klik sini okey ➔ Sinopsis Episod 1 Hingga 3 Drama Pengantin 100 Hari

Sinopsis Episod 4 Hingga 6 Drama Pengantin 100 Hari

Setelah mengetahui perkara yang sebenar, Sofea bertindak lari dari rumah dan ke rumah kawan baiknya Farah. Manakala keluarga Sofea masih tertanya - tanya mengenai majlis resepsi Sofea sama ada jadi atau dibatalkan. Manakala ayah Amar telah memarahi isterinya Yasmin yang menyebabkan Sofea lari dari rumah. Amar pula berkeras ingin mencari Sofea walaupun dirinya dipaksa untuk berkahwin dengan Erina oleh ibunya. Yasmin yang panik melihat Amar yang tidak mahu mendengar cakapnya mula merayu pada Amar namun Amar masih dengan keputusannya sehingga memaksa Yasmin untuk mencederakan dirinya sendiri bagi menghalang Amar dari pergi mencari Sofea. Akhirnya Amar terpaksa mengalah dan mengikut kehendak ibunya kerana tidak mahu ibunya mencederakan diri sendiri lagi. Amar akhirnya terpaksa bernikah dengan Erina manakala Erina langsung tidak mengetahui mengenai dirinya yang kini merupakan isteri kedua Amar. Iqbal yang merupakan abang Sofia terpaksa menggantikan bossnya untuk menghadiri satu majlis perkahwinan kawan baik bosnya.



Setelah sampai di majlis perkahwinan itu, Iqbal terkejut besar melihat Amar telah bernikah dengan perempuan lain yang bukan adiknya. Hal tersebut membuatkan Iqbal menjadi marah dan menumbuk Amar dan menjadikan keadaan menjadi kecoh. Datuk Erina mula keliru dengan apa yang berlaku dan meminta penjelasan pada Yasmin dan akhirnya mengetahui kebenarannya. Datuk Erina tak dapat nak menerima hakikat yang cucunya kini adalah isteri kedua dan ingin membatalkan perkahwinan Amar dan Erina namun Erina menghalang kerana dia tidak mahu meninggalkan Amar. Datuk Erina kecewa dengan tindakan Erina yang masih memihak pada keluarga Yasmin dan juga Amar walaupun telah ditipu sedemikian rupa. Amar pula tidak mempedulikan apa yang berlaku di situ dan bertindak untuk keluar dari situ dan pergi mencari Sofia. Manakala Erina sangat sedih dengan apa yang berlaku dan berasa bersalah pada Sofea kerana telah merampas Amar dan Erina juga risau jika Amar membencinya selepas ini. Kawan baik Sofea iaitu Farah telah menghantar Sofea ke rumah kakak sulung Sofea iaitu Wardah. Namun Sofea hanya menangis bila ditanya tentang apa yang terjadi.

Keesokannya Sofea terus keluar dari rumah Wardah secara senyap - senyap manakala Iqbal pula telah datang berjumpa Wardah dan menceritakan segalanya pada Wardah. Kemudian mereka berdua telah pergi mencari Sofea di merata - rata tempat namun masih tidak menjumpai Sofea. Amar juga tidak menemui Sofea dan terpaksa pulang ke rumahnya, dia juga melayan Erina dengan kasar dan ingin menceraikannya namun Erina meminta tempoh 100 hari untuk menjadi isteri Amar sebelum akhirnya bercerai. Malah Erina juga berkeras untuk mencari Sofea bersama Amar walaupun dihalang oleh Amar, namun Erina berjaya menyakinkan Amar untuk menceraikannya di depan Sofea jika mereka berjaya mencari Sofea. Dalam masa yang sama Erina tetap melayan Amar dengan baik dan cuba menjadi isteri yang terbaik buat Amar, walaubagaimanapun Amar tetap melayannya dengan kasar dan tidak mempedulikan langsung tentang perasaannya yang terluka. Manakala Datuk Erina marah pada Erina dan tidak mahu melihat Erina lagi, malah dirinya juga turut memecat Erina dari syarikatnya. Malah segala perjanjiannya dengan Yasmin untuk menggabungkan syarikat mereka turut terbatal. 

Mak dan ayah Sofea masih tidak tahu apa yang berlaku pada Sofea, manakala Sofea telah tinggal semula di rumah kawan baiknya Farah. Sofea juga menyuruh Farah untuk merahsiakan perkara tersebut dari semua orang. Ketika sibuk mencari Sofea, Amar telah dilanggar kereta manakala Yasmin pula menuduh Iqbal sengaja melanggar Amar kerana Iqbal pernah mengugut Yasmin sebelum ini, kemudian Iqbal pula telah ditangkap polis. Farah telah memberitahu Sofea mengenai Iqbal yang ditangkap polis dan Amar yang kemalangan. Sofea pergi ke hospital untuk melihat keadaan Amar dan berasa terluka melihat Erina yang sedang menjaga suaminya itu. Sofea kemudian pergi dari situ dan berasa sedih kerana Amar sudah tidak memerlukannya lagi. Apa yang berlaku seterusnya?..
Read More


My Random Post