17 Feb 2017

Review Filem Bollywood - Neerja

Bollywood Movie Neerja Lakonan Soonam Kapoor
Review Filem Hindi - Neerja (2016)

Ikutkan dari tahun sudah aku nak tengok Filem Neerja ini, tapi asyik tak sempat dan banyak halangan. Akhirnya semalam berjaya juga aku tonton Movie Neerja ini yang dilakonkan oleh Soonam Kapoor, Shabana Azmi, Yogendra Tiku, Shekhar Ravjiani, Jim Sarbh dan ramai lagi. Filem ini berdasarkan Kisah Benar tentang keberanian seorang Ketua Pramugari yang bernama Neerja Bhanot yang berjaya menyelamatkan 359 dari 379 penumpang dan cabin crew yang berada dalam kapal terbang yang telah di hijack oleh pengganas di Karachi Pakistan pada 5 September 1986. Walaupun akhirnya nyawanya terkorban, dirinya tetap dikenang sampai bila - bila disebabkan jasa dan keberaniannya. Filem Neerja ini release pada 19 Februari 2016 dan telah mendapat pelbagai anugerah serta filem ini juga turut mendapat pujian ramai disebabkan jalan cerita dan keberkesanan watak Neerja yang dilakonkan oleh Soonam Kapoor. Ada juga yang cakap wajah Neerja yang sebenar dan Soonam Kapoor ada iras - iras juga. Tapi bagi aku wajah mereka tidaklah begitu sama pun, mungkin ada iras sikit - sikit saja. Apapun movie ini patut ditonton oleh oleh semua kerana ianya memang terbaik, rugi kalau tak menontonnya.
Soonam Kapoor as a Neerja Bhanot
Filem yang berdasarkan kisah benar sememangnya sangat best ditonton, kerana banyak pengajaran serta kita dapat membayangkan situasi yang benar - benar berlaku. Kalau aku kat tempat Neerja tu, aku rasa aku tak mampu untuk jadi seberani Neerja, ini ditambah lagi dengan situasi yang menakutkan apabila kita tak tahu apa yang akan dilakukan oleh pengganas tersebut dan siapa yang mereka akan bunuh, tambahan lagi ketika babak - babak suspen yang menyaksikan pengganas tersebut melepaskan tembakan secara random dan sesiapa saja boleh terbunuh. Dah la ada orang tua serta kanak - kanak dalam kapal terbang tersebut. Dalam movie ini, Neerja digambarkan sebagai seorang yang ceria dan happy go lucky, suasana akan menjadi meriah dengan kehadiran Neerja, Ini ditambah lagi dia merupakan peminat pelakon Rajesh Khanna. Tak sangka juga yang Neerja ini juga masih muda, baru 23 tahun tapi dia dah berkahwin dan perkahwinannya diatur keluarga namun perkahwinannya tidak bahagia, malah suaminya juga sentiasa mengungkit pasal isu dowry dan akhirnya menyebabkan Neerja kembali semula ke rumah keluarganya. Memiliki wajah yang cantik membuatkan dirinya dapat menjadi model sambilan untuk pelbagai produk dan majalah disamping mempunyai kerjaya tetap iaitu Pramugari.

Gambar Soonam Kapoor dalam Filem Neerja
Aku kagum dengan Neerja yang pantas bertindak, dimana dia cepat - cepat inform pilot yang bertugas bahawa kapal terbang mereka telah di hijack dan membuatkan Pilot alert dan cepat - cepat melarikan diri, jadi kapal terbang tersebut tak dapat nak bergerak disebabkan ketiadaan juruterbang. Neerja juga bertindak bijak dengan cuba menyembunyi passport rakyat Amerika dari pengganas dan membuat mereka tidak dapat mengenal pasti identiti dan menyukarkan mereka untuk memilih penumpang yang nak dibunuh. Dalam situasi yang sukar, Neerja masih mampu berfikir dan cuba menenangkan penumpang dengan memberikan air dan sedikit makanan pada penumpang. Kelihatan Neerja yang paling berani di kalangan pramugari yang ada, manakala yang lain semua dah takut dan menangis. Tambahan lagi Neerja juga adalah ketua pramugari, jadi mestilah dia merasa dia bertanggungjawab untuk mengawal situasi di dalam kapal terbang tersebut. Babak paling suspen sekali mestilah ketika bekalan elektrik dalam kapal terbang tersebut mula terputus dan menyebabkan pengganas menjadi panik dan menyangka itu adalah angkara polis yang nak menyerbu masuk dalam kapal terbang dan membuatkan mereka melepaskan tembakan secara rawak.


Neerja mempertaruhkan nyawanya dengan cuba membuka pintu kecemasan untuk membolehkan penumpang menyelamatkan diri. Walaupun dia boleh menjadi orang pertama yang menyelamatkan diri tapi memilih untuk jadi orang yang terakhir keluar dari kapal terbang dengan keadaan cedera akibat ditembak oleh pengganas ketika cuba mengeluarkan 3 kanak - kanak dari kapal terbang berkenaan. Rasanya scene ketika Neerja ditembak tu mungkin tak begitu sama dengan kejadian sebenar yang berlaku, korang kalau berminat nak tahu tentang kejadian sebenar, rajin - rajinkanlah diri untuk google ye. Apa pun memang berbaloi menonton filem ini dan aku bagi 8.5 Bintang dari 10 Bintang untuk Filem Neerja ini.


1 ulasan:

  1. Ju kalo bab hindustan ni mmg favourite lg2 kalo bsumberkn kisah benar =)

    BalasPadam