30 Apr 2019

Novel Curi - Curi Cinta Karya Siti Rosmizah




Curi - Curi Cinta, Novel Curi - Curi Cinta, Drama Curi - Curi Cinta, Karya Siti Rosmizah, Drama Adaptasi Novel, Drama 28 Episod, Baca Online Novel Curi - Curi Cinta Bab 1 Hingga Bab 7, Novel Online Curi - Curi Cinta, Drama Melayu, Drama Melayu Astro Ria 2019, Drama Melayu 2019, Curi - Curi Cinta Cast, Pelakon Drama Curi - Curi Cinta, Aiman Hakim, Zahirah Macwilson, Talha Harith, Uyaina Arshad, Melanie Tan, Adam Lee, Fauziah Nawi, Izzue Islam, Haneesya, Pablo Amirul, Azri Sabri, Farisha Irwayu, Cover Depan Novel Curi - Curi Cinta,
Baca Online Novel Curi - Curi Cinta (Drama Adaptasi Novel)

Novel Curi - Curi Cinta karya Siti Rosmizah telah pun diadaptasikan menjadi drama bersiri 28 episod yang akan disiarkan di Slot MegaDrama Astro Ria bermula 29 April ini. Pelakon Aiman Hakim dan Zahirah Macwilson akan menjadi teraju utama drama Curi - Curi Cinta ini. Aiman Hakim akan memegang watak sebagai Daniel Hakim manakala Zahirah Macwilson akan melakonkan watak sebagai Intan Raihana. Berbalik pada novel ini pula, novel Curi - Curi Cinta ini diterbitkan pada tahun 2013 kalau aku tak silaplah dan sinopsis novel ini nampak menarik juga. Sambil - sambil tengok drama Curi - Curi Cinta di TV tu, korang juga boleh baca online versi novelnya, cuma babnya tak banyaklah, sikit je, kalau nak baca lebih lanjut sila dapatkan novel ini di pasaran ye. Nak baca novel Curi - Curi Cinta secara online? caranya korang hanya perlu klik link di bawah sekali tu ye. Sebelum tu jom tengok watak - watak pelakon drama Curi - Curi Cinta di bawah ini beserta sinopsis novelnya sekali. Selamat membaca okey.

Aiman Hakim sebagai Daniel Hakim
Zahirah Macwilson sebagai Intan Raihana
Fauziah Nawi sebagai Puan Asmah
Talha Harith sebagai Iskandar
Uyaina Arshad sebagai Fariza
Adam Lee sebagai Badrul
Melanie Tan sebagai Peggy
Izzue Islam sebagai Suratman Suparjo
Haneesya sebagai Tina
Azri Sabri sebagai Ramli
Farisha Irwayu sebagai Pn Sri Haida
Ku Fridah sebagai Mak Long Sapiah
Pablo Amirul sebagai Adli





Sinopsis Novel Curi - Curi Cinta Karya Siti Rosmizah

“Kalau dah susah sangat, hantar aje rumah orang tua! Lagipun bila adik kahwin nanti suami adik tu mestilah orang kaya jangan haraplah adik nak kahwin dengan orang miskin. Orang kaya nak ke terima mak mentua macam tu? Abang Is, doa ajelah setiap hari biar tuhan panjangkan umur abang Is. Kalau boleh biar mak yang mati dulu dari abang Is. Jalankan tanggungjawab dulu jangan senang aje nak lepaskan beban kat orang lain!”.

Ya Allah! Terkedu Iskandar mendengarnya. Kenapa perangai adiknya sampai sebegitu rupa? Biadap! Kurang ajar! Berlagak! Sombong! Itulah Intan Raihana. Buang emak, buang saudara kerana duit dia sanggup lakukan apa saja. Perancangan diatur. Daniel Hakim harus menjadi miliknya!

“Hei! Kalaulah niat awak nak tackle saya, sebab berangan nak jadi bini orang kaya. Mulai hari ni! Detik ni! Awak campak terus niat awak tu! Sebab saya akan pastikan, sampai saya mati pun awak tak akan jadi isteri saya!” Itu kata Daniel pada Intan. Namun perancangan tuhan tiada siapa boleh menghalangnya. 

“Saya akan bertanggungjawab Is. Saya akan bernikah dengan Intan. Itu janji saya.” Tegas jawapan Daniel. Namun jelas kelukaan pada setiap patah katanya. Dendam Daniel berlingkar di hati. Janjinya! Intan Raihana akan memamah segala perbuatannya nanti! 

Curi - Curi Cinta, Novel Curi - Curi Cinta, Drama Curi - Curi Cinta, Karya Siti Rosmizah, Drama Adaptasi Novel, Drama 28 Episod, Baca Online Novel Curi - Curi Cinta Bab 1 Hingga Bab 7, Novel Online Curi - Curi Cinta, Drama Melayu, Drama Melayu Astro Ria 2019, Drama Melayu 2019, Curi - Curi Cinta Cast, Pelakon Drama Curi - Curi Cinta, Aiman Hakim, Zahirah Macwilson, Talha Harith, Uyaina Arshad, Melanie Tan, Adam Lee, Fauziah Nawi, Izzue Islam, Haneesya, Pablo Amirul, Azri Sabri, Farisha Irwayu,

“Kau ingat aku nak percaya lagi cerita bohong kau tu! Aku tau kau dah terdesak nak ikat aku! Kau goda aku! Kau buat aku jatuh cinta dengan kau dan akhirnya aku tersungkur di kaki kau! Aku akui memang aku dah cintakan kau! Tapi dengan apa yang kau dah buat dekat aku! Mulai saat ini, cinta aku dah mati buat kau! Aku tak akan terima anak tu! Sebab perempuan macam kau bukan saja tak layak jadi bini aku! Tapi kau juga tak layak nak jadi ibu pada anak aku! Aku tak nak anak aku lahir dari rahim perempuan macam kau! Hambur Daniel sepuas hatinya. 

Ya Allah! Luluh hati Intan mendengarnya. Kejamnya lelaki ini? Tanpa dapat dikawal air mata menitis tanpa henti. 

“Adik tahu memang manusia tu tak sempurna mak. Sebab adik pun pernah buat kesilapan yang cukup besar dalam hidup adik. Adik kecewakan mak, adik kecewakan abang Is. Tapi akhirnya adik berubah mak. Dia janji nak mulakan hidup baru dengan adik. Tapi mana janji dia mak? Dia campak adik macam kucing kurap! Adik benci dia mak! Adik benci dia! Dia tak layak jadi suami adik! Lelaki ini dah mati dalam hidup adik! Kini Daniel Hakim memamah perbuatannya pula. Terlajak perahu boleh diundur terlajak kata inilah padahnya! Curi-curi cinta hanya itu yang mampu dilakukannya. Hati Intan telah mati buatnya! Berdoalah moga cinta Intan Raihana akan menjadi miliknya jua..



Read More

28 Apr 2019

Ending Drama Nur 2 (Episod 15)




Nur 2, Drama Nur 2, Drama Melayu, Slot Samarinda, TV3, Drama Melayu TV3 2019, Drama Bersiri Nur 2, Sinopsis Drama Nur 2, Episod Akhir Drama Nur 2, Ending Drama Nur 2, Cast, Pelakon Drama Nur 2, Amyra Rosli, Syafiq Kyle, Azar Azmi, Datuk Jalaludin Hassan, Fatimah Abu Bakar, Azhan Rani, Noorkhiriah, Raja Muhd Atiqullah, Eyra Hazali, Noryati Taib, Hasrulnizam Osman, Uchee Fukada,

Akhirnya drama popular Nur 2 melabuhkan tirainya pada 25 April 2019 yang lalu, drama Nur 2 hanya mempunyai 15 episod berbanding musim pertamanya yang mempunyai 19 episod. Drama Nur 2 ini dibintangi oleh Amyra Rosli, Syafiq Kyle, Azar Azmi, Datuk Jalaludin Hassan, Fatimah Abu Bakar, Azhan Rani, Noorkhiriah, Raja Muhd Atiqullah, Eyra Hazali, Noryati Taib, Hasrulnizam Osman, Uchee Fukada dan ramai lagi. Aku tak ada masalah dengan jalan cerita drama Nur 2 ni, bagi aku best saja, cuma kadang - kala tu timbul juga rasa geram dengan kenaifan dan kebodohan Nur yang terlalu percayakan kawan baiknya Juita serta Ecah yang terlalu percayakan suaminya Hamadi. Memang kena dan sesuai sangat dengan tagline drama Nur 2 ini iaitu Angkara Percaya, Tergadai Bahagia. Aku tak perasan pula bila masa yang Juita dan Hamadi ni boleh bekerjasama dan berpakat untuk kenakan Adam dan Nur itu. Tup tup diorang memang dah baik pula hahaha, apa pun Hamadi ni memang jenis tak serik dan tak reti nak insaf.




Boleh pula dia jadi ganas dan mula pukul - pukul si Aishah tu, yang si Aishah tu pula bila dia dapat tahu yang Hamadi hampir nak jual dan lacurkan dia tu, barulah dia decide nak tinggalkan Hamadi tu. Ikutkan dia boleh saja lari dari situ, tapi stil nak minta kebenaran dari Hamadi dulu untuk balik rumah ibu ayahnya tu dan of courselah Hamadi tak izinkan Aishah pergi tinggalkan dia, siap kena pukul lagi. Paling tak leh blah bila Hamadi cuba nak rogol Suraya, memang patut kena tikam berkali - kali dengan si Aishah tu. Tapi kesian juga dengan si Aishah kena masuk penjara sebab dah bunuh Hamadi tu. Manakala Nur dan Adam pula ada masalah diorang sendiri terutamanya pasal Juita. Siap Adam kena tangkap polis atas tuduhan merogol Juita. Nasib jiran sebelah jadi penyelamat dengan menceritakan hal sebenar. Ending drama Nur 2 memang nampak tergesa - gesa sikit dan sekali imbas je, apa pun stil happy ending gitu. Rasanya lepas ni tak ada sambungan dah drama Nur ni, lagi pun para pelakonnya terutama Azhan Rani memang tak nak berlakon dah kalau ada sambungan, plus wataknya pun dah mati kan. 
Nur 2, Drama Nur 2, Drama Melayu, Slot Samarinda, TV3, Drama Melayu TV3 2019, Drama Bersiri Nur 2, Sinopsis Drama Nur 2, Episod Akhir Drama Nur 2, Ending Drama Nur 2, Cast, Pelakon Drama Nur 2, Amyra Rosli, Syafiq Kyle, Azar Azmi, Datuk Jalaludin Hassan, Fatimah Abu Bakar, Azhan Rani, Noorkhiriah, Raja Muhd Atiqullah, Eyra Hazali, Noryati Taib, Hasrulnizam Osman, Uchee Fukada,
Selain itu isu dan masalah yang dihadapi oleh sekolah Darul Mukhsin juga dah selesai apabila ada orang yang sanggup membantu menyelesaikan masalah kewangan Darul Mukhsin tu. Apa pun drama Nur dan Nur 2 memang best gitu, antara drama Melayu yang aku sering tertunggu - tunggu episod seterusnya dan mempunyai banyak pengajaran gitu.

~ Blog Dari Hati Miss Mulan ~
Read More

25 Apr 2019

Korean Drama Review - The Beauty Inside




The Beauty Inside, Drama Korea, Korean Drama, Drama Korea The Beauty Inside, Korean Drama The Beauty Inside, Korean Drama Review, Review Drama Korea The Beauty Inside, Channel JTBC, Artis Korea, Sinopsis Drama Korea The Beauty Inside, Cast, Pelakon Drama Korea The Beauty Inside, Seo Hyun Jin, Lee Min Ki, Lee Da Hee, Ahn Jae Hyun, Moon Ji In, Kim Hee Jung, Ryu Hwa Young, Lee Tae Ri, Na Young Hee, Korean Drama 2018, The Beauty Inside Review,

Okey hari ini aku nak buat review drama Korea The Beauty Inside yang disiarkan di channel JTBC pada 1 Oktober 2018 dan tamat episodnya pada 20 November 2018 yang lalu. Drama ini mempunyai 16 episod dan merupakan remake pada movie Korea The Beauty Inside yang release pada tahun 2015 lakonan Han Hyo Joo. Walaubagaimanapun sebahagian jalan cerita The Beauty Inside versi drama telah diubah dan sedikit berbeza dari versi filem. Antara pelakon drama Korea The Beauty Inside ini adalah Seo Hyun Jin, Lee Min Ki, Lee Da Hee, Ahn Jae Hyun, Moon Ji In, Kim Hee Jung, Ryu Hwa Young, Lee Tae Ri, Na Young Hee dan ramai lagi. Pengarah drama ini iaitu Song Hyun Wook dan Seo Hyun Jin telah pernah berkerjasama dalam drama popular Another Oh Hae Young. Aku dah tengok kedua - dua versi dan bagi aku versi drama ini lebih happy ending sedikit berbanding versi filem yang lebih sedih. Kalau disuruh untuk memilih versi mana yang lebih aku suka, pastinya aku lebih suka versi filem, kerana ada ramai hero kot hahaha sebab watak utamanya sering bertukar rupa apabila bangun dari tidur. Berbeza dengan drama The Beauty Inside ini apabila si heroin yang bertukar rupa, bezanya ianya tidak bertukar setiap hari, cuma seminggu je dalam sebulan dan kemudian akan kembali ke rupa asalnya.  




Gandingan Seo Hyun Jin dan Lee Min Ki juga nampak serasi dan sweet dalam drama ini. Rasanya Seo Hyun Jin ni memang nampak serasi dan sepadan dengan semua hero gandingannya. Aksi - aksi percintaan antara Han Se Kye lakonan Seo Hyun Jin dan Seo Do Jae lakonan Lee Min Ki memang nampak sweet habis, dah macam gaya budak sekolah baru nak bercinta hahahaha. Tapi sayangnya drama ni agak slow pace dan membuatkan aku rasa bosan di pertengahan cerita. Tapi scene - scene kelakar dalam drama ni agak best juga, contohnya scene ketika mak Seo Do Jae menyangka anak lelakinya itu suka pada lelaki dan bukannya pada wanita memang lawak, sampai pengsan jadinya sebab terkejut, sedangkan mak Seo Do Jae tu sebenarnya dah salah faham hehehe. Selain tu aku suka juga scene - scene Han Se Kye bergaduh dengan rivalnya dalam dunia lakonan iaitu Chae Yoo Ri (Ryu Hwa Young) yang merupakan pelakon baru yang semakin popular. Mereka berdua berebutkan watak utama dalam sebuah filem dan akhirnya terpaksa berlakon sekali dalam filem yang sama. Aku suka cara Han Se Kye handle Chae Yoo Ri yang hampir tahu rahsia dirinya. Ugutan Han Se Kye pada Chae Yoo Ri tu berjaya buatkan dia takut gila hehehe.
The Beauty Inside, Drama Korea, Korean Drama, Drama Korea The Beauty Inside, Korean Drama The Beauty Inside, Korean Drama Review, Review Drama Korea The Beauty Inside, Channel JTBC, Artis Korea, Sinopsis Drama Korea The Beauty Inside, Cast, Pelakon Drama Korea The Beauty Inside, Seo Hyun Jin, Lee Min Ki, Lee Da Hee, Ahn Jae Hyun, Moon Ji In, Kim Hee Jung, Ryu Hwa Young, Lee Tae Ri, Na Young Hee, Korean Drama 2018, The Beauty Inside Review,
Selain kisah cinta Han Se Kye dan Seo Do Jae, drama ini turut memfokuskan kisah cinta adik tiri Seo Do Jae iaitu Kang Sa Ra lakonan Lee Da Hee dan Ryu Eun Ho lakonan Ahn Jae Hyun yang merupakan kawan baik Han Se Kye. Tapi entah kenapa kisah cinta diorang agak membosankan bagi aku. Apa pun aku suka dengan persahabatan Han Se Kye dengan 2 kawan baiknya iaitu Eun Ho dan Woo Mi yang juga merupakan manager pada Han Se Kye. Aku suka bila diorang tahu rahsia Han Se Kye dan sentiasa protect Han Se Kye dari sebarang bahaya. Scene paling sedih dalam drama ini pastilah scene ketika mak Han Se Kye tu mati dan juga scene ketika Han Se Kye dapat tahu punca Seo Do Jae mengalami face blindness tu. Walaubagaimanapun ending drama Korea The Beauty Inside ni memang happy ending okey. Tapi secara keseluruhannya drama ini agak biasa - biasa saja bagi aku dan aku bagi 6.5/10 bintang untuk Korean Drama The Beauty Inside ini. Apa pun jom tengok sinopsis drama Korea The Beauty Inside di bawah ini ye..

Mengisahkan Han Se Kye yang merupakan pelakon popular namun dirinya sering dilanda pelbagai kontroversi ekoran sikapnya yang suka menghilangkan diri secara tiba - tiba. Realitinya Han Se Kye mengalami satu hal luar biasa dan misteri apabila fizikalnya akan berubah menjadi orang lain dalam seminggu pada setiap bulan. Disebabkan hal tersebut Han Se Kye tidak mempunyai ramai kawan dan sentiasa berasa sunyi. Atas urusan kerja Han Se Kye kemudiannya bertemu dengan Seo Do Jae yang hensem dan kaya raya serta merupakan CEO Syarikat Penerbangan. Seo Do Jae sebenarnya mengalami masalah face blindness, dia menyembunyikan masalahnya itu dan cuba mengingat tabiat dan personaliti seseorang untuk mengecam siapa orang tersebut. Satu hari Han Se Kye berubah wajah di depan Seo Do Jae namun Han Se Kye sedikit terkejut bila Seo Do Jae langsung tidak terkejut melihat perubahan fizikalnya, sebaliknya Seo Do Jae kelihatan tenang. Tak lama kemudian Han Se Kye dan Seo Do Jae dapat tahu rahsia masing - masing. Apa yang berlaku seterusnya?... 

( Blog Dari Hati Miss Mulan)
Read More

21 Apr 2019

Telemovie Cassandra - Cerekarama TV3




Cassandra, Telemovie, Telefilem, Cerekarama, TV3, Telemovie Cassandra, Telefilem Cassandra, Cerekarama Cassandra, Sinopsis Telefilem Cassandra, Telefilem TV3 2019, Cast, Pelakon Telemovie Cassandra, Emma Maembong, Syazuwan Hassan, Ikmal Amry, Zamarul Hisham, Watie Sadali, Shashaa Raman, Dillah Ahmad, Julia Ziegler,
Telefilem Cassandra - Cerekarama TV3

Telefilem Cassandra akan disiarkan di slot Cerekarama TV3 pada 20 April ini, jam 9.30 malam. Antara pelakon telemovie Cassandra ini adalah Emma Maembong, Syazuwan Hassan, Ikmal Amry, Zamarul Hisham, Watie Sadali, Shashaa Raman, Dillah Ahmad, Julia Ziegler dan ramai lagi. Selain itu telemovie Cassandra ini diarahkan oleh Along Kamaludin dan diterbitkan oleh SR One Sdn Bhd. Nampak menarik telefilem ini, plus ada pelakon best - best gitu, jom tengok sinopsis ringkas telefilem Cassandra di bawah ini okey.




Sinopsis Telemovie Cassandra Lakonan Emma Maembong dan Syazuwan Hassan


Cassandra bermaksud cinta, amanah, kesucian dan kesetiaan. Cassandra tinggal di sebuah kampung dengan ayahnya, seorang hartawan bernama Haji Fauzan. Casandra adalah gadis kacukan Melayu-Inggeris. Walaupun dibesarkan dengan kemewahan, Cassandra tetap merendah diri dan menjalani kehidupan yang sederhana. Cassandra mencintai Luqman yang jauh berbeza latar belakangnya. Hubungannya itu dihalang oleh ayahnya. Apa yang berlaku seterusnya?..

Jom Baca ini juga ➔Telefilem Saya Jual Ye Bang (Astro First)

(Blog Dari Hati Miss Mulan)
Read More

20 Apr 2019

Drama Kamar Kamariah Lakonan Nabila Huda & Fizz Fairuz




Kamar Kamariah, Drama Kamar Kamariah, Slot Akasia, TV3, Drama Melayu TV3 2019, Drama Bersiri TV3, Drama Melayu 2019, Nabila Huda New Drama, Sinopsis Drama Kamar Kamariah, OST, Cast, Pelakon Drama Kamar Kamariah, Nabila Huda, Fizz Fairuz, Tasha Shilla, Syafie Naswip,  Riena Diana, Aidil Aziz, Engku Faridah, Shuhanty Hanafiah, Zetty Shahibullah, Ismail Yaacob, Rose Aida, Mohamad Sobri Hussain, Halimah Naim, Syaza Irwinie, Faiz Katek, Poster Drama Kamar Kamariah,
Drama Kamar Kamariah Lakonan Nabila Huda dan Dato Fizz Fairuz - Slot Akasia TV3

Drama 13 episod bertajuk Kamar Kamariah telah pun disiarkan di slot Akasia TV3 bermula 17 April yang lalu, bagi menggantikan drama Asalkan Dia Bahagia lakonan Shukri Yahaya dan Ayda Jebat yang telah tamat episodnya. Tak silap aku drama ni awalnya akan disiarkan di slot Zehra TV3, pastu tiba - tiba disiarkan di slot Akasia pula. Tapi tak kisahlah kan, janji best, jalan cerita okey, para pelakonnya juga best dan berpengalaman gitu. Kalau drama tu ada Nabila Huda dan Dato Fizz Fairuz memang kena tengoklah kan sebab memang terbaik lakonan diorang. Lagu tema / OST Kamar Kamariah ini bertajuk Aku Bukan Malaikat nyanyian Dato Siti Nurhaliza. Apa pun jom tengok sinopsis dan senarai pelakon drama Kamar Kamariah ini serta watak - watak yang dilakonkan mereka di bawah ini..

Watak - Watak Pelakon Drama Kamar Kamariah

Dato Fizz Fairuz sebagai Murad
Nabila Huda sebagai Kamariah
Tasha Shilla sebagai Sally
Syafie Naswip sebagai Qhalif
Riena Diana sebagai Ratna
Aidil Aziz sebagai Hisyam
Engku Faridah sebagai Hafsah
Shuhanty Hanafiah sebagai Sarah
Zetty Shahibullah sebagai Maimun
Ismail Yaacob sebagai Pak Jalil
Rose Aida sebagai Ummu Jannah
Mohamad Sobri Hussain sebagai Ustaz Kahiril
Halimah Naim sebagai Kak Peah
Syaza Irwinie sebagai Shila
Faiz Katek seabgai Ronny
Shyrim sebagai Razman
Najwa Jaafar sebagai Maria





Sinopsis Drama Kamar Kamariah (Akasia TV3)


Mengisahkan Kamariah yang bekerja keras untuk menyara ibu bapa dan adik - beradiknya. Kamariah yang bekerja sebagai pelayan kelab malam akhirnya berhenti kerja selepas dirinya dirogol oleh seseorang yang tidak dikenalinya ketika menumpang tidur di rumah Maria. Kamariah kemudiannya pulang ke kampung, namun ibu bapanya serta adiknya mula risau bila dapat tahu yang Kamariah sudah berhenti kerja. Dalam hal yang lain Murad adalah seorang lelaki yang menjalankan perniagaan kelab malam dan kaya raya. Namun ketika berada di kampung, Murad berpura - pura menjadi seorang yang alim dan baik serta disenangi oleh penduduk kampung dan ibunya. Atas permintaan ibunya, Murad akhirnya berkahwin dengan Kamariah. Penduduk kampung berasa cemburu dengan keluarga Kamariah kerana dapat menantu kaya - raya. Malah di awal perkahwinan Murad juga melayan Kamariah dengan baik, sehinggalah suatu hari apabila Murad terkejut melihat Kamariah yang tiba - tiba bersalin di bilik mereka.
Kamar Kamariah, Drama Kamar Kamariah, Slot Akasia, TV3, Drama Melayu TV3 2019, Drama Bersiri TV3, Drama Melayu 2019, Nabila Huda New Drama, Sinopsis Drama Kamar Kamariah, OST, Cast, Pelakon Drama Kamar Kamariah, Nabila Huda, Fizz Fairuz, Tasha Shilla, Syafie Naswip,  Riena Diana, Aidil Aziz, Engku Faridah, Shuhanty Hanafiah, Zetty Shahibullah, Ismail Yaacob, Rose Aida, Mohamad Sobri Hussain, Halimah Naim, Syaza Irwinie, Faiz Katek, Poster Drama Kamar Kamariah,
Murad kemudian cuba membuang bayi tersebut di tepi surau tapi belum sempat dia pergi dari situ, ada yang nampak dia dengan bayi tersebut disitu. Murad kemudian mereka - reka cerita yang kononnya dia terjumpa bayi tersebut di tepi surau dan akhirnya Murad disuruh untuk membawa bayi tu pulang ke rumahnya buat sementara waktu. Ibu Murad iaitu Hafsah berasa sayang dengan bayi tersebut yang dinamakannya Qhalif dan mahukan Murad dan Kamariah mengambil bayi tersebut sebagai anak angkat mereka. Murad yang tersepit dengan permintaan ibunya serta kebenciannya pada bayi tersebut terpaksa mengikut permintaan ibunya. Murad juga mula melayan Kamariah dengan kasar dan kejam sekali, hanya apabila berada di depan ibunya atau orang lain, barulah Murad berpura - pura melayan Kamariah dengan baik dan penuh kasih sayang. Selain tu Murad juga mempunyai perempuan simpanan bernama Sally. Apa yang berlaku seterusnya? dapatkah Kamariah bertahan dengan sikap panas baran Murad?.


(Blog Dari Hati Miss Mulan)
Read More

19 Apr 2019

Sinopsis Drama Kereta Sewa (TV3)




Kereta Sewa, Drama Kereta Sewa, Slot Iris, TV3, Sinopsis Drama Kereta Sewa, Drama Kereta Sewa Lakonan Hairi Safwan dan Amyza Aznan, Drama Melayu TV3, Drama Melayu 2019, Drama Bersiri TV3 2019, Cast, Pelakon Drama Kereta Sewa, Izzue Islam, Keith Foo, Nina Iskandar, Syazwan Zulkifly, Wan Sharmila, Chacha Maembong, Reen Rahim, Azar Azmi, Bell Ngasri,
Sinopsis Drama Kereta Sewa Slot Iris TV3

Drama Kereta Sewa adalah drama terbaru yang disiarkan di slot Iris TV3 sejak 9 April yang lalu iaitu setiap Isnin hingga Khamis, jam 6.30 petang. Antara pelakon utama drama Kereta Sewa ini adalah Hairi Safwan, Amyza Aznan dan ramai lagi serta drama ini turut diserikan dengan ramai pelakon undangan seperti Izzue Islam, Keith Foo, Nina Iskandar, Syazwan Zulkifly, Wan Sharmila, Chacha Maembong, Reen Rahim, Azar Azmi, Bell Ngasri dan ramai lagi. Selain itu drama Kereta Sewa ini diarahkan oleh Nazir Jamaluddin dan diterbitkan oleh Primeworks Studios. Lagu tema / OST Drama Kereta Sewa ini bertajuk Memori Cerita nyanyian Toy Nizam. Memang menarik drama ini, apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah okey..




Sinopsis Drama Kereta Sewa Lakonan Hairi Safwan dan Amyza Aznan

Mengisahkan mengenai Ramli (lakonan Hairi Safwan) yang mempunyai perniagaan kereta sewa. Dia sangat menyayangi kereta yang dimilikinya itu kerana itu lah satu-satunya punca pendapatan Ramli. Ramli perlu berdepan dengan pelbagai ragam pelanggan. Antara ragam penyewa kereta Ramli adalah seorang gadis cantik yang mahu menyewa kereta Ramli tetapi dia tiada lesen memandu. Ramli terpaksa menjadi pemandu gadis berkenaan dalam membantu gadis itu mengintip bakal tunangnya yang disyaki curang. Tidak cukup dengan itu, Ramli juga dikejutkan oleh rakan sekampungnya, Bell yang datang ke rumah untuk meminjam kereta bagi membawa isterinya, Shery yang hendak bersalin. Perjalanan menjadi kelam kabut apabila mereka tersangkut dalam kesesakan jalanraya akibat kemalangan. Mereka terpaksa menggunakan jalan alternatif yang jauh. 

Ramli akhirnya terpaksa menjadi bidan terjun bersama-sama Bell untuk menyambut kelahiran bayi itu. Pelbagai lagi ragam pelanggan Ramli antaranya, pasangan yang ingin kahwin lari dengan meminjam kereta Ramli, rombongan kumpulan marhaban menggunakan kereta Ramli, bayi dijumpai dalam kereta Ramli dan kisah gadis misteri yang menghubungi Ramli untuk menyewa keretanya di tengah malam! Bukan mudah rupanya menguruskan kereta sewa, macam-macam karenah pelanggan yang Ramli jumpa sejak memulakan perniagaan kereta sewanya itu. Ada juga pelanggan Ramli yang terisi minyak diesel hingga menyebabkan keretanya rosak dan menyebabkan dia lebih berwaspada untuk bagi sewa keretanya. Adakah Ramli dapat menyelesaikan masalah yang dibuat oleh setiap pelanggannya?

Jom Baca ini juga ➔ Apa Yang Aku Beli Guna Duit Google Adsense

(Blog Dari Hati Miss Mulan)
Read More

17 Apr 2019

Sinopsis Filem Fly By Night - Sebelum Pagi Berakhir




Fly By Night, Fly By Night - Sebelum Pagi Berakhir, Filem Fly By Night - Sebelum Pagi Berakhir, Malaysian Movie, Malaysian Film, Arahan Zahir Omar, Poster Filem Fly By Night - Sebelum Pagi Berakhir, Kisah Pemandu Teksi, Pemandu Teksi Di Malaysia, Cast, Pelakon Filem Fly By Night - Sebelum Pagi Berakhir, Bront Palarae, Jack Tan, Fabian Loo, Sunny Pang, Eric Chen, Frederick Lee, Joyce Harn, Sinopsis Filem Fly By Night, Movie Fly By Night - Sebelum Pagi Berakhir, Pawagam,
Sinopsis Filem Fly By Night - Sebelum Pagi Berakhir

Selain filem Bu - Kasih Suci, satu lagi filem baru yang ditayangkan di pawagam bermula 11 April 2019 yang lalu adalah filem Fly By Night - Sebelum Pagi Berakhir. Antara pelakon filem Fly By Night ini adalah Bront Palarae, Jack Tan, Fabian Loo, Sunny Pang, Eric Chen, Frederick Lee, Joyce Harn dan ramai lagi serta filem ini diarahkan oleh Zahir Omar. Dalam filem Fly By Night ini, 70 peratus menggunakan bahasa Mandarin dan selebihnya bahasa Melayu. Filem ini berkisarkan tentang sekumpulan pemandu teksi yang melakukan jenayah dengan mengugut penumpang. Aku rasa jalan cerita filem ini menarik, unik dan lain dari yang lain, komen - komen yang diberikan penonton juga positif gitu. Apa pun jom tengok sinopsis filem Fly By Night di bawah ini ye..




Sinopsis Filem Fly By Night - Sebelum Pagi Berakhir Lakonan Bront Palarae

Mengisahkan tentang sekumpulan empat pemandu teksi yang melakukan kegiatan memeras ugut penumpang yang diambil dari lapangan terbang. Kumpulan ini diketuai oleh Tai Lo (Sunny Pang) dan dianggotai oleh adiknya Sai Lo (Fabian Loo), bekas banduan Ah Soon (Eric Chen) dan pemuda pintar yang penuh misteri Gwai Lo (Jack Tan). Mereka memilih penumpang yang kaya dan mempunyai banyak wang untuk dijadikan sasaran. Namun sikap tamak Sai Lo membuatkan dia keluar dan bertindak secara bersendirian bersama Gwai Lo. Namun kerakusan mereka tidak mendatangkan hasil. Mereka mula bertindak dengan lebih berani dan memeras ugut pasangan Marcus (Shaun Chen) dan wanita simpanannya Reanne (Joyce Harn) yang kemudiannya turut melibatkan kumpulan kongsi gelap yang ganas. Pihak polis yang diketuai oleh Inspektor Kamal (Bront Palarae) dapat menghidu apa yang berlaku dan mula membuat pengawasan. Kisah dramatik yang berselang - seli dengan aksi ini menjadi bertambah menarik apabila aktiviti pasangan penjenayah ini secara tidak sengaja telah melibatkan Jared (Frederick Lee) yang merupakan seorang ketua kongsi gelap yang ganas dan dia mahu mereka membayar ganti rugi atas kesalahan yang dilakukan. Kumpulan pemeras ugut ini terpaksa membuat rancangan demi menyelamatkan nyawa mereka. Apabila tarikh pembayaran semakin hampir, angka korban semakin meningkat dan rahsia kejahatan yang silam mula terbongkar.


(Blog Dari Hati Miss Mulan)
Read More

15 Apr 2019

Sinopsis Filem Bu - Kasih Suci




Bu, Bu - Kasih Suci, Filem, Filem Melayu 2019, Malay Movie, Filem Bu - Kasih Suci, Sinopsis Filem Bu, Poster Filem Bu - Kasih Suci, Cast, Pelakon Filem Bu - Kasih Suci, Remy Ishak, Nadiya Nisaa, Dian P.Ramlee, Iedil Putra, Nadia Brian, Rashidi Ishak, Mawar Rashid, Wan Hanafi Su, Tia Sarah, Filem Di Pawagam,
Sinopsis Filem Bu - Kasih Suci

Filem Bu atau Bu - Kasih Suci sudah pun ditayangkan pawagam bermula 11 April 2019 yang lalu. Antara pelakon filem Bu - Kasih Suci ini adalah Remy Ishak, Nadiya Nisaa, Dian P.Ramlee, Iedil Putra, Nadia Brian, Rashidi Ishak, Mawar Rashid, Wan Hanafi Su, Tia Sarah dan ramai lagi. Wah ada ramai pelakon best dalam filem ini okey, selain itu filem Bu ini diarahkan oleh Jeany Amir dan diterbitkan oleh MM2 Entertainment. Filem Bu - Kasih Suci ini ini berkisarkan tentang cinta dan pengorbanan tiga ibu: seorang wanita bekerja, seorang suri rumah, seorang ibu hamil dengan keluarga mereka selepas sebuah kemalangan berlaku. Memang nampak menarik kan filem Bu ini, apa pun jom tengok sinopsis filem ini di bawah okey..




Sinopsis Filem Bu

Impian Kak Mah (Dian P. Ramlee) untuk memperoleh cucu mulai retak apabila menantu perempuannya, Diana (Mawar Rashid) tidak berhasrat memiliki zuriat dalam masa terdekat kerana memberi fokus terhadap kariernya. Walaupun mendapat sokongan daripada suaminya, Zack (Iedil Putra) namun Kak Mah tidak bersetuju dengan keputusan itu. Lebih teruk lagi, Kak Mah dan Diana juga tidak tahu tentang syarikat arkitek kepunyaan Zack dah gulung tikar dan kini dia masih menganggur. Manakala Aishah (Nadiya Nisaa) pula adalah seorang suri rumah berasa hidupnya semakin tertekan dan tidak dihargai apabila suaminya, Norman (Rashidi Ishak) yang bekerja sebagai doktor lebih fokus kepada kerjaya. Anak perempuan mereka, Julie (Tia Sarah) pula jarang ada di rumah dan suka bergaul dengan komuniti cosplay. Hubungan di antara Aishah dengan Norman dan Julie semakin renggang menyebabkannya mula meragui keputusan sendiri yang sanggup lepaskan impian sendiri demi keluarga tetapi pengorbanannya tidak dihargai.
Bu, Bu - Kasih Suci, Filem, Filem Melayu 2019, Malay Movie, Filem Bu - Kasih Suci, Sinopsis Filem Bu, Cast, Pelakon Filem Bu - Kasih Suci, Remy Ishak, Nadiya Nisaa, Dian P.Ramlee, Iedil Putra, Nadia Brian, Rashidi Ishak, Mawar Rashid, Wan Hanafi Su, Tia Sarah, Filem Di Pawagam,
Hasrat Hafiz (Remy Ishak) dan isterinya, Norimah (Nadia Brian) termakbul apabila Norimah disahkan hamil setelah sekian lama mereka menanti berita gembira itu. Walaupun Hafiz yang bekerja sebagai tukang masak dipecat tetapi hubungan mereka semakin rapat malah Norimah menyokong Hafiz untuk mengejar impiannya menjadi novelis. Tetapi disebabkan Norimah yang dah berumur 40 tahun, kandungan bayinya berdepan dengan risiko tinggi dan perlu dijaga dengan sebaik mungkin. Keadaan menjadi semakin serius dan garisan kehidupan mereka mula bersilang apabila Zack sedang mengejar Diana yang tengah mengamuk itu terlanggar Aishah yang tertekan dengan layanan ahli keluarganya. Keadaan Aishah tidak stabil dan kemungkinan besar tidak akan sedar lagi. Kandungan Norimah juga dalam bahaya apabila dia dan Hafiz hampir dilanggar kereta yang meluncur laju di depan mereka. Apa yang berlaku seterusnya?

Lagu Tema / OST Filem Bu - Kasih Suci
⏩ Kasih Suci nyanyian Aina Abdul

Jemput Baca ini juga ➔ Sinopsis Filem Tiada Tajuk Arahan Mawi

(Blog Dari Hati Miss Mulan)
Read More

13 Apr 2019

Novel Sara Kirana Karya Ramlah Rashid




Sara Kirana, Drama Sara Kirana, Novel Sara Kirana, Karya Novelis Ramlah Rashid, Drama Adaptasi Novel, Drama Bersiri, Drama Melayu, Drama Melayu TV1 2019, Cover Depan Novel Sara Kirana, Cast, Pelakon Drama Sara Kirana, Mia Ahmad, Hafreez Adam, Jaslin Puasa, Eyka Farhana, Akmal Ahmad, Kuza, Rahhim Omar,

Kali ini giliran novel Sara Kirana karya novelis Ramlah Rashid yang diadaptasikan menjadi drama bersiri 13 episod dan disiarkan setiap Khamis hingga Ahad, jam 7 malam di TV1. Drama Sara Kirana ini sudah bersiaran sejak 6 April yang lalu. Berbalik pada novel ini, novel Sara Kirana ini sudah lama berada di pasaran, ianya diterbitkan pada tahun 2007 dan akhirnya terpilih untuk diadaptasikan ke drama gitu. Pelakon Mia Ahmad akan melakonkan watak Maisarah manakala Hafreez Adam melakonkan watak sebagai Zahrin, Jaslin Puasa sebagai Zulfakar, Eyka Farhana sebagai Elly, Kuza sebagai Zulaika. Kalau tengok dari sinopsis novel Sara Kirana ni, memang nampak menarik jalan ceritanya, apa pun jom tengok sinopsis novel ini di bawah ye. Selamat membaca okey..




Sinopsis Novel Sara Kirana


Soal hati sukar untuk dimengertikan. Sayang bukan bererti cinta, kasih bukan bererti sayang. Maisarah seorang isteri yang taat dan patuh kepada suaminya, Zulfakar. Namun tanpa sebab yang kukuh dia telah diceraikan. Melayari kehidupan rumah tangga bersama Zulfakar membuatkan Maisarah bahagia dengan caranya walaupun Zulfakar tidak menghargainya sebagai seorang isteri. Zahrin, adik Zulfakar telah membantu Maisarah kerana tiada siapa lagi yang boleh diharapkan. Di saat Maisarah memerlukan Zahrin tiba-tiba Zahrin telah pergi melanjutkan pelajaran ke luar negara. Bertolak dari rasa kecewa akibat diceraikan, Maisarah bangkit semula sebagai Sara Kirana, seorang penulis novel yang disegani. Dalam meniti hari-hari yang mendatang, Zahrin muncul menagih cinta Maisarah.
Sara Kirana, Drama Sara Kirana, Novel Sara Kirana, Karya Novelis Ramlah Rashid, Drama Adaptasi Novel, Drama Bersiri, Drama Melayu, Drama Melayu TV1 2019, Cover Depan Novel Sara Kirana, Cast, Pelakon Drama Sara Kirana, Mia Ahmad, Hafreez Adam, Jaslin Puasa, Eyka Farhana, Akmal Ahmad, Kuza, Rahhim Omar,
Sebenarnya, Zahrin telah mencintai Maisarah sebelum dia bergelar isteri Zulfakar. Namun percintaan mereka mendapat tentangan dari bekas mentua Maisarah. Puan Zulaikha dan Haji Salam tidak bersetuju kerana dianggap kurang manis memandangkan Zulfakar masih hidup. Kerana sayangkan anak, akhirnya mereka menerima Maisarah sekali lagi menjadi menantu. Selepas mereka berkahwin, Zulfakar cuba mendekati Maisarah kembali. Perkahwinan barunya dengan Elly tidak bahagia. Zahrin mula cemburu akan abangnya. Malang tidak berbau, tiba-tiba Zahrin ditimpa kemalangan di tempat kerja dan terlantar koma berbulan-bulan. Apakah yang terjadi kepada Maisarah setelah mengetahui Zahrin koma? Dapatkah dia menerima kembali cinta Zulfakar? Dan apa pula tindakan Elly setelah mengetahui Zulfakar cuba memikat Maisarah?

(Blog Dari Hati Miss Mulan)
Read More

12 Apr 2019

Baca Online Novel Patah Sayap Bertongkat Paruh




Patah Sayap Bertongkat Paruh, Novel Patah Sayap Bertongkat Paruh, Drama Patah Sayap Bertongkat Paruh, Novel Online, Drama Melayu, Drama Adaptasi Novel, Drama Astro 2019, Drama Melayu 2019, Baca Online Novel Patah Sayap Bertongkat Paruh Bab 1 Hingga Bab 15, Cover Depan Novel Patah Sayap Bertongkat Paruh, Novelis Hana Ilhami, Cast, Pelakon Drama Patah Sayap Bertongkat Paruh, Watak Pelakon, Aaron Aziz yang melakonkan watak Talhah, Fasha Sandha sebagai Aliah, Zarul Husin pula sebagai Hisyam, Jalil Hamid (Pak Osman), Amelina (Maznah), Sofia Dendroff (Sarah), Amira Othman (Ros), Elly Mazlein (Hasnah), Hanna Aqeela (Diana), Lydiawati, Ika Nabila (Adawiyah),
Baca Online Novel Patah Sayap Bertongkat Paruh (Drama Adaptasi Novel)

Novel Patah Sayap Bertongkat Paruh karya novelis Hana Ilhami telah pun diadaptasikan menjadi drama bersiri 14 episod yang disiarkan di slot MegaDrama Astro Ria, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam. Drama Patah Sayap Bertongkat Paruh ini dilakonkan oleh ramai pelakon hebat seperti Aaron Aziz yang melakonkan watak Talhah, Fasha Sandha sebagai Aliah, Zarul Husin pula sebagai Hisyam, Jalil Hamid (Pak Osman), Amelina (Maznah), Sofia Dendroff (Sarah), Amira Othman (Ros), Elly Mazlein (Hasnah), Hanna Aqeela (Diana), Lydiawati, Ika Nabila (Adawiyah) dan ramai lagi. Drama adaptasi novel Patah Sayap Bertongkat Paruh ini sudah pun disiarkan di Astro Ria sejak 3 April yang lalu. Jadi sambil - sambil tengok versi drama di TV tu, korang juga boleh baca novel ini secara online juga, caranya korang hanya perlu klik link di bawah sekali tu ye, selamat membaca okey. Sebelum tu jom tengok sinopsis novel ini di bawah ye..




Sinopsis Novel 
Patah Sayap Bertongkat Paruh Karya Hana Ilhami

“Kalau Aliah melangkah keluar dari rumah ni, gugur talak!” - HISYAM

Dari berterusan menjeruk rasa, lebih baik Aliah mencari bahagia sendiri. Aliah nekad pulang ke kampung bersama tiga orang anaknya untuk membina hidup baru. Rumah tangga yang dibina atas dasar suka sama suka akhirnya runtuh jua. Aliah pasrah. Di kampung, kisah rumah tangganya terbongkar apabila Pak Osman, ayah Aliah yang nyanyuk terlepas cerita kepada Talhah, teman sekampung Aliah sedari kecil. Khabar tentang Aliah yang diabaikan suami mengundang rasa simpati Talhah.

“Kau nak bercakap pasal apa? Pasal rumah tangga aku? Lepas tu kau nak buat apa? Ketawakan aku?” - ALIAH

“Kalau aku nak, aku dah ketawakan kau masa kat pasar tani hari tu lagi...” - TALHAH

Keikhlasan Talhah membantu akhirnya disambut baik oleh Aliah. Dalam diam cinta yang pernah berputik dalam hati Talhah kembali mekar. Namun, amaran daripada Hisyam menyedarkan Talhah tentang status Aliah.

“Memilih tu memang bagus tapi jangan sampai terpilih tunang orang. Lagi haru kalau isteri orang. Memang cari nahas!” - Hisyam

Kerana cemburukan hubungan antara Aliah dengan Talhah, Hisyam berbohong dalam mahkamah bahawa dia tidak pernah melafazkan cerai taklik terhadap Aliah, menyebabkan status Aliah kini tergantung. Dugaan yang diterima kali ini berat bukan kepalang. Ia menuntut kesabaran dan kecekalan yang bukan calang-calang. Mampukah Aliah, wanita yang dianggap lemah ini bangkit merubah suratan? Ataupun terus tersungkur menyambut ketentuan? Bagaimana pula dengan Talhah? Apakah dia akan berdiam menyaksikan wanita yang dicintainya sepenuh hati terlepas buat kali kedua?



Read More

10 Apr 2019

Sinopsis Drama Warkah Dari Firenza (TV2)




Warkah Dari Firenza, TV2, Drama Melayu, Drama Bersiri, Drama Warkah Dari Firenza, RTM, Drama Melayu TV2 2019, Sinopsis Drama Warkah Dari Firenza, Cast, Pelakon Drama Warkah Dari Firenza, Ika Nabella, Zahiril Adzim, Syed Ali, Amai Kamarudin, Engku Fridah, Azhar Amir, Laila Nasir, Navilya Husna, Ikhram Juhari, Ziema Din, Poster Drama Warkah Dari Firenza,
Sinopsis Drama Warkah Dari Firenza (TV2) Lakonan Ika Nabella, Zahiril Adzim & Syed Ali
Sebuah kisah benar dalam masyarakat Bugis yang berlatarkan tahun 1950an tentang seorang nelayan yang meninggalkan isteri dan anaknya untuk belayar sebagai kelasi kapal bagi mengubah nasib dirinya diceritakan dalam drama bersiri terbaharu, “Warkah Dari Firenza” disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) mulai 27 Mac ini, setiap Isnin hingga Khamis, pukul 8.30 malam di TV2. 13 episod arahan Adinata Mohd Khalil ini menampilkan pelakon Ika Nabella, Zahiril Adzim, Syed Ali, Amai Kamarudin, Engku Fridah, Azhar Amir, Laila Nasir, Navilya Husna, Ikhram Juhari, Ziema Din, dan Rahhim Omar. Mengisahkan Waliq (Zahiril Adzim), nelayan miskin yang berjaya merebut cinta Maddani (Ika Nabella) dan memperisterikannya. Kehadiran Mosek kelasi kapal pulang ke kampung dan mengajak Waliq serta Paimin belayar bersamanya. Paimin menolak ajakan itu kerana ibunya tidak mengizinkannya sementara Waliq bersetuju kerana ini adalah peluang baginya untuk mengubah nasibnya walaupun Maddani keberatan melepaskannya.Masa berlalu Maddani ada menerima surat dan wang daripada Waliq. Paimin pula selalu mengambil berat kepada Maddani dan anaknya. Emak Paimin pula marah kerana Paimin tidak mahu berkahwin lagi selepas kematian tunangnya. Waliq telah sampai ke Genoa, Itali dan dia dibantu oleh gadis bernama Margaret (Navilya Husna) mencari rumah. Mosek pulang ke kampung dan terserempak dengan Maddani. Maddani dapat tahu kapal Mosek dengan Waliq terpisah kerana dia ke China sementara Waliq pula ke Itali. Margaret menawarkan Walid bekerja di darat dengan bapanya dan tidak perlu belayar lagi. Rumah Maddani dimasuki perompak mujur Paimin berjaya menyelamatkannya. Namun perompak itu membakar rumah Maddani setelah wang ditemui.



Ditakdirkan Margaret berkahwin dengan Waliq dan mengambil alih perniagaan bapanya. Waliq juga mula belajar Bahasa Itali daripada Margaret. Maddani yang sangat rindukan Waliq tertunggu-tunggu surat dari Waliq yang tidak kunjung tiba. Apatahlagi berlaku musibah dia difitnah Siti dan seluruh penduduk kampung percayakannya. 
Margaret menjumpai surat daripada Maddani yang dimasukkan ke dalam begnya dahulu tanpa pengetahuan Waliq. Sedih apabila ibu dan bapanya dibunuh, Mosek memutuskan kembali belayar. Waliq menghantar surat kepada Maddani dan juga Paimin. Surat itu dirahsiakan daripada Maddani kerana Waliq beritahu dia telah berkahwin lain. Margaret pula mengandung. Margaret menemui sebuah kotak yang dipenuhi dengan surat-surat bertulisan Bugis di bawah katil. Maddani tertunggu-tunggu surat balasan daripada Waliq tetapi dia hampa. Paimin menyarankan Maddani fasakh dengan Waliq dan menyatakan kesanggupannya untuk memperisterikan Maddani. Maddani memarahi serta menghalau Paimin dari rumahnya. Waliq menipu Margaret dengan mengatakan yang dia menulis surat kepada Paimin sedangkan dia menulis kepada Maddani. Anak-anak Maddani iaitu Rahma dan Ipah sudah remaja. Margaret pula melahirkan Rahman Eduardo. Paimin berkahwin dengan Nur tetapi tiada anak. Waliq menerima surat yang mengesahkan dia diterima menjadi warganegara Itali. Margaret tahu Waliq menerima surat-surat dari kampung dan membakar surat-surat tersebut selepas membacanya. Bapa dan ibu Maddani menyuruhnya bercerai dengan Waliq yang telah bertahun tidak pulang. Nur menuduh Paimin mempunyai hubungan sulit dengan Maddani dan pergi bersemuka dengan Maddani. Setelah Maddani menjelaskan keadaan yang sebenarnya, Nur meminta maaf kepada Maddani dan juga Paimin. Ayah Maddani meninggal dunia.
Warkah Dari Firenza, TV2, Drama Melayu, Drama Bersiri, Drama Warkah Dari Firenza, RTM, Drama Melayu TV2 2019, Sinopsis Drama Warkah Dari Firenza, Cast, Pelakon Drama Warkah Dari Firenza, Ika Nabella, Zahiril Adzim, Syed Ali, Amai Kamarudin, Engku Fridah, Azhar Amir, Laila Nasir, Navilya Husna, Ikhram Juhari, Ziema Din,
Waliq bermimpi orang tuanya meninggal. Waliq ingin pulang ke kampung secepat mungkin tetapi Margaret juga ingin mengikutnya pulang. Waliq menipu Margaret yang Maddani itu sepupunya. Margaret menemui gambar Rahma dan Ipah di dalam surat-surat Waliq dan bertanya kepada Waliq. Waliq terpaksa menghantar surat kepada Maddani mengatakan dia tidak dapat pulang semasa hari jadi Ipah nanti. Paimin datang membawa hadiah untuk Rahma dan Ipah.Ipah memberitahu ibunya yang dia ingin segera berkahwin kerana yakin dia akan gagal dalam peperiksaannya. Maddani memberitahu anak-anaknya yang dia tidak pernah mempunyai sebarang prasangka terhadap bapa mereka walaupun selepas 18 tahun Waliq tidak pulang. Maddani menulis kepada Waliq merayu supaya dia pulang untuk mewalikan pernikahan Ipah. Waliq memberitahu Margaret bahawa dia ingin pulang ke kampung untuk pernikahan anaknya dan Margaret juga ingin mengikutnya bersama. Maddani, Rahma dan Ipah mula membuat persiapan perkahwinan. Eduardo menyelongkar surat-surat bapanya dan menemui kad kahwin berserta foto lalu menunjukkan kepada ibunya. Margaret menjelaskan kepada Eduardo bahawa itu adalah foto saudara mara bapanya di kampung. Maddani menyiapkan pakaian sedondong untuknya dan Waliq untuk dipakai di majlis perkahwinan Ipah nanti. Waliq membuat keputusan untuk pulang ke kampung bersendirian walaupun dihalang dan diugut oleh Margeret. Malangnya Waliq ditimpa kemalangan dalam perjalanan dan dimasukkan ke hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri. Ipah tidak mengaku Waliq sebagai bapanya lagi kerana tidak pulang di hari perkahwinannya. Waliq sedar dari pengsan tetapi tidak lagi mengenal Margaret dan dia juga tidak tahu siapa dirinya sendiri. 
Maddani beranggapan bahawa Waliq tidak dapat pulang kerana sesuatu terjadi kepadanya dan dia akan terus menunggu kepulangan Waliq sampai bila-bila pun. Maddani menerima surat dan kiriman wang melebihi kebiasaannya daripada Waliq sempena hari jadinya. Waliq rajin mengaji dan berdoa supaya dia diampunkan kerana telah menzalimi keluarganya yang jauh. Waliq keluar bersendirian dan terjatuh di jalan lalu dimasukkan ke hospital. Rahma membantu ibunya menelefon bapanya tetapi panggilan tersebut telah diangkat oleh Eduardo yang mengatakan Waliq sedang sakit. Rahma merahsiakan perkara ini kepada ibunya tetapi ibunya terdengar sewaktu dia memberitahunya kepada Ipah. Waliq memberitahu Margaret yang dia ingin pulang ke tanah air untuk meminta maaf kepada keluarganya di sana. Margaret membenarkannya dengan syarat Waliq membawa Eduardo bersama. Waliq menulis surat kepada Maddani dari katil hospital kerana dia khuatir tidak sempat pulang ke tanah air. Ipah membuat persiapan untuk perkahwinan Abby, anaknya di rumah ibunya. Sewaktu mengemas bilik neneknya untuk dijadikan bilik pengantin, Abby menemui kotak yang mengandungi surat-surat yang dia tidak faham tulisannya. Eduardo telah menempah tiket untuk bapanya pulang ke tanah air. Waliq telah keluar dari hospital dan merasa gembira kerana lagi seminggu dia akan pulang ke Malaysia. Waliq kemudiannya ditemui meninggal dunia. Eduardo bertanggungjawab dalam menyampaikan amanat Waliq memohon kemaafan daripada Maddani dan anak-anaknya. Adakah usaha Eduardo berjaya?

(Blog Dari Hati Miss Mulan)
Read More

9 Apr 2019

Sinopsis Filem Tiada Tajuk




Tiada Tajuk, Filem Melayu, Malay Movie, Movie, Filem Tiada Tajuk, Sinopsis Filem Tiada Tajuk, Arahan Mawi, Pawagam, Filem Melayu 2019, Poster Filem Tiada Tajuk, Cast, Pelakon Filem Tiada Tajuk, Hazama, Joey Daud, Along Cham, Achey Bocey, Mawi, Ropie, Kamarul Hj Yusof, Amira Othman, Johan As’ari,
Sinopsis Filem Tiada Tajuk Lakonan Hazama, Along, Joey dan Mawi

Filem Tiada Tajuk sudah pun ditayangkan di pawagam bermula 4 April 2019 yang lalu. Antara pelakon filem Tiada Tajuk ini adalah Hazama, Joey Daud, Along Cham, Achey Bocey, Mawi, Ropie, Kamarul Hj Yusof, Amira Othman, Johan As’ari dan ramai lagi. Filem Tiada Tajuk ini adalah filem pertama yang diarahkan oleh Mawi. Selain itu filem ini juga adalah sambungan dan olahan semula telefilem Rock Sangkut (2014) yang pernah disiarkan di Astro Prima dan Maya HD. Poster filem ini juga nampak menarik iaitu diinspirasikan dari majalah Gila - Gila. Filem Tiada Tajuk ini bergenre islamik dan komedi serta diterbitkan oleh Mawi World Entertainment. Apa pun jom tengok sinopsis ringkas filem ini di bawah ye..




Sinopsis Filem Tiada Tajuk Arahan Mawi

Mengisahkan 3 orang sahabat dari kampung yang dianggap sebagai 'kutu' yang bercita-cita untuk menjadi artis terkenal. Banyak dugaan yang mereka lalui sepanjang perjalanan mereka mahu bergelar sebagai artis. Persoalannya adakah mereka berjaya menjadi artis yang terkenal? Dan apa yang mereka lalui sepanjang perjalanan mereka. 

~Blog Dari Hati Miss Mulan~
Read More


My Random Post