21 Februari 2019 yang lalu, payment Google Adsense dah masuk, tapi 25 Feb baru aku cash out, kali kedua ni paymentnyer banyak sikitlah dari kali pertama tu. Aku sebenarnya dah lama niat nak beli handphone baru, maklumlah handphone lama tu memang dah lamalah kan, jenamanya Samsung Galaxy Ace yang saiznya lebih kecil sedikit dari handphone jenis trend terkini yang lebih nipis dan lebar gitu. Awalnya aku niat nak simpan duit tu dan kumpul and then beli handphone yang harganya RM1000 ke atas. Tapi rasanya macam malas nak menunggu lebih lama, jadi aku decide nak beli handphone yang lebih murah harganya tapi berkualiti dan berbaloi gitu. Dengan menggunakan duit Google Adsense ni serta tambah dengan sedikit duit sendiri, maka dapatlah aku beli handphone baru.
Alhamdulilah aku beli online je handphone tu dekat Lazada Malaysia. 5 March 2019 handphone tu dah sampai kat aku dan Alhamdulilah handphone tu semua okey, tak ada masalah apa pun. Awalnya risau juga beli henpon secara online ni, tapi nasib baik semuanya okey gitu. Handphone yang aku beli adalah Xiomi Redmi Note 5, awalnya aku berkenan dengan handphone warna biru tu, tapi laku sangat pula, asyik tak ada stok je. Warna lain pun cantik - cantik juga, tapi henpon jenis ni memang cepat habis stok, pastu aku pilih warna merah yang hampir - hampir nak habis stok juga hahaha, nasib sempat beli. Setakat ni handphone tu berfungsi dengan amat baik sekali.
Bila dah ada henfon baru ni, sakan gak aku download dan main game dalam henfon ni hahaha.
wowww.. bagus guna duit blog beli barang yg kita nampak.. senang kita ingat barang tu hasil dari kita rajin tulis blog.. hehe.. congrats sis..
BalasPadamwah masyuk! tahniah!
BalasPadamAlhamdulillah. Abe kie pun dpt duit adsense bln lalu. Buat beli motor sebuah... Tp kena topup duit asb n tabung haji la. ..
BalasPadamwow syioknua dengar dapat hen fon baru dri duit adsense.. Rasa mcm nampak hasil aku menaip hari²
BalasPadam