10 Mac 2019

Sinopsis Telemovie Dulang Boy - Cerekarama TV3




Dulang Boy, Telemovie, Telefilem, Telemovie Dulang Boy, Telefilem Dulang Boy, Sinopsis Telemovie Dulang Boy, Cerekarama, TV3, Cerekarama Dulang Boy, Cast, Pelakon Telemovie Dulang Boy, Armand Ezra, Mimi Lana, Indah Emeerlda, Asmidar, Anas Ridzuan, Ungku Hariz, Azman Hassan, Naque Ariffin, Fathi Kamil, Telefilem 2019, Cerekarama TV3 2019, DFKL2019,
Cerekarama Dulang Boys TV3

Telefilem Dulang Boy akan disiarkan di slot Cerekarama TV3 pada 9 March ini, jam 9.30 malam sempena DFKL2019 (Drama Festival Kuala Lumpur 2019) yang akan berlangsung tidak lama lagi. Antara pelakon Dulang Boy ini adalah Armand Ezra, Mimi Lana, Indah Emeerlda, Asmidar, Anas Ridzuan, Ungku Hariz, Azman Hassan, Naque Ariffin, Fathi Kamil dan ramai lagi. Idea asal telemovie Dulang Boy ini adalah daripada Nur Izni Binti Jamaludin. Manakala pengarah telefilem Dulang Boy ini adalah Megat Sharizal dan diterbitkan oleh Konda Kondi Studios. Nampak unik drama ini, kalau baca dari sinopsis telemovie ini, memang nampak menarik gitu. Apa pun jom tengok sinopsis telefilem Dulang Boy ini di bawah ye.




Sinopsis Telemovie Dulang Boy Lakonan Mimi Lana

Malam sebelum majlis akad nikah Kak Ros, adiknya Kerol Lazania (KL), 10 tahun dipanggil untuk membuat raptai angkat dulang. Kerol ditugaskan untuk mengangkat dulang kasut yang akan diberikan kepada pengantin lelaki. Kasut yang diangkatnya itu ialah kasut idamannya. Pada pagi pernikahan, ketika semua orang sedang sibuk buat persiapan, KL dan kawan baiknya, Yoyo, secara senyap-senyap meminjam tanpa izin kasut itu untuk mengambil gambar. Sambil mereka bergambar di padang, KL terpijak lecak dan mengotorkan kasut itu. Dia dan Yoyo cuba mencucinya. Macam-macam cara mereka guna sehingga kasut itu terkoyak. Apa yang bakal berlaku seterusnya?.

Jom Baca ini juga ➔ Biodata Terkini Mimi Lana

Tiada ulasan:

Catat Komen



My Random Post