20 Mac 2019

Sinopsis Filem Bikers Kental 2




Bikers Kental 2, Filem Melayu, Malay Movie, Movie, Movie Bikers Kental 2, Filem Bikers Kental 2, Sinopsis Bikers Kental 2, Pelakon Filem Bikers Kental 2, Zizan Razak, Dato Awie, Dato Afdlin Shauki, Bront Palarae, Amerul Affendi, Ayie Hushairi, Julangtip Sukkasem, Korravee Pimsuk, Peerasak Reabroy, Filem Melayu 2019, Malay Movie 2019, Poster Filem Bikers Kental 2,

Filem Bikers Kental 2 telah pun diayangkan di pawagam bermula 14 Mac 2019 yang lalu dan filem ini adalah sambungan kepada filem Bikers Kental yang ditayangkan pada tahun 2013. Antara pelakon filem Bikers Kental 2 ini adalah  Zizan Razak, Dato Awie, Dato Afdlin Shauki, Bront Palarae, Amerul Affendi, Ayie Hushairi, Julangtip Sukkasem, Korravee Pimsuk, Peerasak Reabroy dan ramai lagi. Nampaknya Zul Ariffin tak berlakon dalam filem ini, tapi dia ada dalam filem Bikers Kental (2013) yang dulu. Bikers Kental 2 ialah sebuah filem aksi pengembaraan permotoran Malaysia 2019 arahan Helmi Yusof dan diterbitkan oleh MRB Network Sdn Bhd. Nampak menarik filem ini, tambahan lagi ada ramai pelakon best yang berlakon dalam filem aksi komedi Bikers Kental 2 ini. Apa pun jom tengok watak pelakon serta sinopsis filem ini di bawah ye..

Watak - Watak Pelakon Filem Bikers Kental 2

  • Zizan Razak sebagai Bidin Al-Zaifa
  • Afdlin Shauki sebagai Aidid
  • Awie sebagai Eddie Cuardo
  • Amerul Affendi sebagai Al Buqerk
  • Ayie Hushairi sebagai Eddy
  • Bront Palarae sebagai Pornthaliwat
  • Julangtip Sukkasem sebagai Cherry Porntit




Sinopsis Filem Bikers Kental 2 Lakonan Zizan dan Awie
Enam tahun selepas peristiwa dalam filem pertama, Bidin Al-Zaifa kini sudah mempunyai sebuah pernigaan sendiri dalam bidang permotoran, Bidin memulakan perniagaan dalam berus udara dan pelekat motor secara kecil-kecilan secara sendiri. Rentetan kisah cinta Bidin dengan gadis Thailand bernama Cherry Porntit melalui hubungan jarak jauh, kali ini Bidin bertekad untuk memperisterikan Cherry yang masih lagi menetap di Hatyai. Sebagaimana kali pertama bertemu, Bidin sekali lagi akan ke Hatyai dengan menunggang motosikal kesayanganya, Aprilla RSV4 untuk bertemu kekasih hatinya dan melamarnya. Kali ini Bidin akan Hatyai demi cintanya terhadap Cherry secara solo. Bagaimanapun, Bidin kini sudah mempunyai musuh di Thailand, Pornthaliwat Thani yang telah dipenjarakan selepas ditangkap. Dengan ini secara rasminya, Porthaliwat menyimpan dendam terhadap Bidin Al Zaifa. Pornthaliwat yang baru sahaja dibebaskan dari penjara dan disambut oleh Al Buqerk. Pornthaliwat bertanya mengenai Bidin tetapi sehingga sekarang, Al Buqerk masih tidak berjaya menjejaki Bidin. 
Bikers Kental 2, Filem Melayu, Malay Movie, Movie, Movie Bikers Kental 2, Filem Bikers Kental 2, Sinopsis Bikers Kental 2, Pelakon Filem Bikers Kental 2, Zizan Razak, Dato Awie, Dato Afdlin Shauki, Bront Palarae, Amerul Affendi, Ayie Hushairi, Julangtip Sukkasem, Korravee Pimsuk, Peerasak Reabroy, Filem Melayu 2019, Malay Movie 2019, Poster Filem Bikers Kental 2,
Mereka diculik oleh Khunna, ketua mereka. Khunna meminta wangnya dikembalikan dan menembak mati Pornthaliwat untuk mnegugut Al Buqerk. Sementara itu di Kuala Lumpur, Bidin masih bekerja di Red Garage yang kini telah diambil alih oleh adik kepada Aidil iaitu Aidid selepas Aidil berhijrah ke Los Angeles untuk mengejar impiannya bertemu dengan Paul Senior. Bidin merancang untuk melawat Cherry dan keluarganya di Hatyai untuk berkenalan dengan lebih dekat sebelum melamar kekasih hatinya itu. Bidin mengajak Eddie menemaninya tetapi Eddie tidak dapat menyertai Bidin memandangkan terdapat beberapa perkara yang harus diselesaikannya di Kuala Lumpur. Eddie hanya dapat menyertai Bidin beberapa hari kemudian. Bidin akhirnya bergerak seorang diri ke Hat Yai. Semasa di dalam perjalanan, beliau singgah di Dannok untuk berhenti makan tetapi dikejar Al Buqerk yang ternampaknya. Bidin berjaya melepaskan diri dan menyambung perjalanannya ke Hat Yai. Dengan bantuan rakannya Eddy, Aidil dan geng, mereka sekali lagi bertolak ke Thailand dengan motosikal, kali ini untuk memenangi cinta dan melawan musuh.

(Blog Dari Hati Miss Mulan)

Tiada ulasan:

Catat Komen



My Random Post