31 Okt 2018

Segmen Bloglist Akhir Tahun November Hingga Disember 2018 ciklapunyabelog

Segmen Bloglist Akhir Tahun November Hingga Disember 2018 ciklapunyabelog, blogger segmen, blog, 2018, Blogger, Segmen, Blog, 2018,

Hari ini aku nak join Segmen Bloglist Akhir Tahun November Hingga Disember 2018 ciklapunyabelog. Tarikh tamat segmen ini adalah pada hari ini, iaitu 31 Oktober 2018, jam 8 malam nanti. Jadi masih ada masa untuk join ramai - ramai, mana tau kalau terpilih masuk bloglist nanti kan hehe. Apa good luck untuk semua...




Read More

28 Okt 2018

Telemovie Syirik Lakonan Syafiq Kyle & Nad Zainal




Syirik, Telemovie Syirik, Telefilem Syirik, Astro Citra, Slot Citra Exclusive, Arahan Michael Ang & Amor Rizan, Poster Telemovie Syirik, Sinopsis Telefilem Syirik, Syirik Cast, Pelakon Telemovie Syirik, Syafiq Kyle, Nad Zainal, Sarul Kamal, Aman Aziz, Zain Saidin, Sharifah Shahora, Kisah Seram, Hantu,
Sinopsis Telefilem Syirik - Astro Citra

Telemovie Syirik akan disiarkan di slot Citra Exclusive Astro Citra pada 27 Oktober 2018 ini. Antara pelakon telemovie Syirik ini adalah Syafiq Kyle, Nad Zainal, Sarul Kamal, Aman Aziz, Zain Saidin, Sharifah Shahora dan ramai lagi. Selain itu telefilem Syirik ini diarahkan oleh Michael Ang dan Amor Rizan serta diterbitkan oleh Cube Film Sdn Bhd. Kalau tengok dari trailer Syirik yang sering keluar kat Astro Citra tu memang nampak menarik telemovie ini. Ini ditambah lagi dengan para pelakonnya yang best - best gitu, plus ada hero popular masa kini iaitu Syafiq Kyle dan pelakon hebat Nad Zainal gitu. Ada plot twist juga di penghujung cerita, semua persoalan juga mula terjawab di akhir cerita tentang apa sebenarnya yang terjadi pada Mariam dan Syafiq itu. Apa pun jom tengok sinopsis telemovie ini di bawah ye.




Sinopsis Telemovie Syirik Lakonan Syafiq Kyle dan Nad Zainal

Mengisahkan tentang Syafiq dan isterinya Mariam, Syafiq koma setelah dipukul dengan teruk oleh sekumpulan samseng yang diketuai oleh Lan Singa. Tersedar dari koma, Syafiq hilang ingatan dan dia hanya mengingati namanya dan juga nama isterinya Mariam. Tak lama kemudian Mariam menjemput Syafiq dari hospital dan mereka pulang ke rumah mereka. Syafiq banyak bertanya pasal dirinya pada Mariam, Syafiq juga berazam ingin membahagiakan Mariam serta ingin mencari kerja untuk mengumpul duit bagi membolehkan mereka berpindah ke rumah lain. Tak lama kemudian Syafiq mendapat kerja iaitu sebagai pembantu di kedai runcit, malah dia juga bertemu dengan dua kawan lamanya. Walaupun Syafiq tidak mengingati kawan lamanya itu, tapi mereka melayan Syafiq dengan baik sekali seperti sudah kenal lama.

Tak lama kemudian 2 kawan baik Syafiq itu mula perasan ada sesuatu yang tidak kena dengan isteri Syafiq iaitu Mariam. Mereka merasakan Mariam itu sebenarnya hantu dan cuba memberitahu Syafiq tapi Syafiq tidak mempercayai mereka dan akhirnya memarahi mereka. Salah seorang ahli kumpulan Lan Singa ternampak Syafiq sedang bekerja di kedai runcit lalu memberitahu Lan Singa tentang hal tersebut. Lan Singa yang menyangka Syafiq mencuri duitnya dulu mula berasa marah dan pergi mencari Syafiq untuk memukulnya lagi. Tak lama kemudian salah seorang ahli kumpulan Lan Singa memberitahu Lan Singa tentang Mariam yang telah menjadi hantu serta telah membunuh ahli kumpulan mereka dengan tragis sekali. Awalnya Lan Singa tidak mempercayai cerita mengenai Mariam yang menjadi hantu itu.

Tapi akhirnya dia yakin yang Mariam benar - benar telah menjadi hantu dan mencari jalan untuk menghapuskan hantu Mariam serta membuat hidup Syafiq terus terseksa.
Read More

27 Okt 2018

Sinopsis Filem Gol & Gincu Vol 2




Gol & Gincu Vol 2, Filem Melayu, Filem Gol & Gincu Vol 2, Movie, Malay Movie, Sinopsis Gol & Gincu Vol 2, 2018, Pelakon Gol & Gincu Vol 2, Diana Danielle, Ummi Nazeera, Sharifah Amani, Sazzy Falak, Syafiq Kyle, Aedy Ashraf, Jad Hidhir, Intan Serah, Tiara Anchant, Nik Nasuhah, Annabel Michael, Grace Ng, Iezahdiyana Alaudin, Gol & Gincu 2, Cast, 2018, Pelakon Asal Gol & Gincu Versi Asal, Fazura, Ashraf Sinclair, Pierre Andre, Rafidah, Kartini,
Sinopsis Filem Gol & Gincu Vol 2

Setelah sekian lama Filem Gol & Gincu kembali lagi dengan jalan cerita yang baru serta barisan pelakon yang baru, hanya 2 pelakon asal filem Gol & Gincu (2005) iaitu Sazzy Falak dan Sharifah Amani dikekalkan. Filem Gol & Gincu Vol 2 sudah pun ditayangkan di pawagam bermula 25 Oktober 2018 yang lalu, walaubagaimanapun tiada Fazura dalam filem ini ye. Antara pelakon filem Gol & Gincu Vol 2 ini adalah Diana Danielle, Ummi Nazeera, Sharifah Amani, Sazzy Falak, Syafiq Kyle, Aedy Ashraf, Jad Hidhir, Intan Serah, Tiara Anchant, Nik Nasuhah, Annabel Michael, Grace Ng, Iezahdiyana Alaudin dan ramai lagi. Selain itu filem ini diarahkan oleh Umi Salwana Omar dan antara keunikan filem ini bila berjaya mengabungkan elemen fashion, fitness dan friendship dalam filem Gol & Gincu vol 2 ini. 




Kalau kita imbas kembali / Throwback senarai pelakon asal filem Gol & Gincu tahun 2005 yang lalu terdiri daripada Fazura yang memegang watak Putri yang merupakan seorang yang feminin dan ceria serta sanggup belajar tentang bola dan buat team Futsal sendiri demi memenangi hati bekas kekasihnya. Selain itu filem berkenaan turut dilakonkan oleh Pierre Andre, Ashraf Sinclair, Sazzy Falak, Sharifah Amani, Kartini, Rafidah Abdullah, Anding dan ramai lagi. Apa pun jom tengok sinopsis movie Gol & Gincu Vol 2 ini di bawah okey.

Sinopsis Movie Gol & Gincu Vol 2

Mengisahkan tentang Zakiah (Zak) dan Zakiah (Yaya), dua pelajar universiti yang memiliki nama yang sama tetapi personaliti mereka jauh berbeza. Akibat tercetusnya pergaduhan di khalayak ramai yang menjadi tular di media sosial, kedua-dua gadis telah dikenakan tindakan disiplin oleh pihak pengurusan universiti untuk melakukan kerja-kerja amal sebagai teladan kepada pelajar-pelajar lain. Zak dan Yaya telah memilih untuk melakukan kerja amal di rumah remaja bermasalah yang dikendalikan oleh Jijie. Sangkaan mereka meleset setelah menyedari bahawa kerja amal bukanlah mudah. Mampukah mereka ketepikan sikap prejudis mereka dan membantu Jijie dan gadis-gadis remaja tersebut atau adakah kehadiran mereka hanya memburukkan keadaan? Dan apakah punca sebenar pergaduhan mereka?
Read More

26 Okt 2018

Segment Bloglist by Farah Farhana

Segment Bloglist by Farah Farhana, Blogger Segmen, Bloglist, Blog,

Hari ini aku nak join Segment Bloglist by Farah Farhana, tarikh tamat segmen ini adalah pada 1 November 2018. Jadi pada yang nak join segmen ni juga, bolehlah klik Banner di atas tu ye. Syarat penyertaan juga sangat mudah dan simple gitu.



Read More

18 Okt 2018

Biodata Terkini Mimi Lana




Mimi Lana, Pelakon, Model, Pelakon Mimi Lana, Artis Malaysia, Biodata Mimi Lana, Profil Mimi Lana, 2018, Senarai Drama Lakonan Mimi Lana, Telefilem Lakonan Mimi Lana, Bekas Peserta Dewi Remaja 2014/2015,
Profil / Biodata Pelakon Malaysia - Mimi Lana

Hari ini aku nak share serba sedikit tentang profil dan biodata pelakon cantik manis Mimi Lana ini. Rasanya pertama kali aku tengok Mimi Lana ni berlakon adalah menerusi drama Ku Tinggalkan Cinta Di Okinawa dan drama terbaru Mimi Lana setakat ini adalah drama Masih Ada Rindu yang kini tengah hangat bersiaran di slot Akasia TV3. Rupa - rupanya Mimi Lana ini juga adalah salah seorang peserta Dewi Remaja 2014 / 2015 seangkatan dengan Raysha Rizrose, Mawar Rashid, Syamim Farid dan Puteri Aishah. Kerjaya lakonan Mimi Lana telah bermula sejak tahun 2013 ketika dirinya berlakon dalam drama Kisah Cinta dan Cinta Jannah. Namun nama Mimi Lana makin dikenali ramai selepas dia berlakon watak utama dalam drama Sein dan Luna yang disiarkan di TV3 pada tahun 2016. Apa pun jom tengok Biodata Mimi Lana ini di bawah ye..




Biodata Penuh Mimi Lana

Nama Penuh: Mimi Rozaiana binti Zainal Abidin
Nama Komersil: Mimi Lana
Umur: 23 Tahun
Tarikh Lahir: 21 November 1995
Asal: Taiping, Perak
Kerjaya: Pelakon dan Model
Mimi Lana, Pelakon, Model, Pelakon Mimi Lana, Artis Malaysia, Biodata Mimi Lana, Profil Mimi Lana, 2018, Senarai Drama Lakonan Mimi Lana, Telefilem Lakonan Mimi Lana, Bekas Peserta Dewi Remaja 2014/2015, Biodata Penuh Mimi Lana,
Senarai Drama Lakonan Mimi Lana: Masih Ada Rindu, Hati Yang Tersakiti, Chandelier, Black, Bukan Cinta Aku, Cari Aku Di Syurga, Mawar Murni, Cinta Koko Coklat, Halalkan Hati Yang Kucuri, Ana Kleopatrena, Cinta Samar, Sein dan Luna, Airmata Xinjiang, Sekali Aku Jatuh Cinta, Ku Tinggalkan Cinta Di Okinawa, Papa Chef, Cinta Jannah, Kisah Cinta..
Telefilem / Telemovie: Racun Suami Jahanam, 7 Netizen, Dulang Boy, Viral Alam Maya, The Hantus, Maya Mila, Terlakur Cinta Suci, Wish List Raya, Gadis Kosmos, Menantu Second Class, Dodol Untuk Menantu, Hanya NamaMu, Cinta Viral.
Filem Lakonan Mimi Lana: Pusaka
Read More

16 Okt 2018

Sinopsis Telemovie Rama - Rama (NTV7)




Telefilem Rama - Rama, Telemovie Rama - Rama, NTV7, 2018, Sinopsis Telemovie Rama - Rama, Slot Luna, Cast, Poster, Pelakon Telemovie Rama - Rama, Nabila Huda, Azraff, Dayana Roza, Ellyas Abdullah, Izzat Mushtaq, Anne Abdullah, Watak Dalam Telemovie Rama - Rama, Shahirah, Asmira, Azizi, Luqman,
Sinopsis Telefilem Rama -  Rama Slot Luna NTV7

Telefilem Rama - Rama sudah pun disiarkan di slot Luna, NTV7 pada 14 Oktober yang lalu (Ahad, jam 8.30 malam). Antara pelakon telemovie Rama - Rama ini adalah Nabila Huda, Azraff, Dayana Roza, Ellyas Abdullah, Izzat Mushtaq dan ramai lagi. Manakala pengarah telemovie Rama - Rama ini adalah Ungku Ismail dan diterbitkan oleh Country Universal Sdn Bhd. Aku tertarik nak tengok telemovie ini sebab ada Nabila Huda gitu dan jalan ceritanya juga menarik. Uniknya telemovie ini, sebab ada macam puisi atau pun monolog yang diucapkan oleh para pelakon setiap kali sebelum iklan, unik dan rare betul hehe. Apa pun jom tengok sinopsis telefilem ini di bawah ye, selamat membaca.




Sinopsis Telemovie Rama - Rama Lakonan Nabila Huda & Kaka

Mengisahkan kehidupan Shahira / Ira (lakonan Nabila Huda) yang sering dikongkong oleh keluarganya sejak dari kecil. Setelah dewasa Shahira bekerja dengan sepupunya Asmira / Mira (lakonan Kaka Azraff). Namun setelah Asmira memarahinya dengan teruk, Shahira nekad untuk berhenti kerja. Asmira sedar akan kesilapannya cuba meminta maaf tapi Shahira nekad dengan keputusannya. Shahira cuba membuat pinjaman bank untuk membuka perniagaannya sendiri tapi pinjamannya itu tidak diluluskan. Hal ini diburukkan lagi dengan kekasihnya Azizi (lakonan Izzat Mushtaq) yang meninggalkan dirinya untuk berkahwin dengan sepupunya iaitu Asmira yang merupakan usahawan berjaya dan kaya - raya. Segala hal ini membuatkan Shahira makin membenci sepupunya itu. Namun sikap Asmira yang baik hati dan sudi memberikan duit untuk dirinya membuka perniagaan, melembutkan hati Shahira.
Telefilem Rama - Rama, Telemovie Rama - Rama, NTV7, 2018, Sinopsis Telemovie Rama - Rama, Slot Luna, Cast, Poster, Pelakon Telemovie Rama - Rama, Nabila Huda, Azraff, Dayana Roza, Ellyas Abdullah, Izzat Mushtaq, Anne Abdullah, Watak Dalam Telemovie Rama - Rama, Shahirah, Asmira, Azizi, Luqman,
Tak lama kemudian produk kecantikan jenama Miracle keluaran syarikat Shahira mula popular dan mendapat sambutan. Hal ini membuatkan perniagaannya makin maju dan kini bergelar jutawan. Asmira pula seorang sepupu yang baik dan sentiasa menyokong Shahira walaupun Shahira sengaja menjauhkan dirinya setelah berjaya dan kaya - raya. Dalam masa yang sama perniagaan Asmira pula makin teruk dan Shahira pula langsung tidak mempedulikan mahu pun menolong Asmira. Hal ini diburukkan lagi dengan Azizi yang memutuskan pertunangannya dengan Asmira kerana perniagaan Asmira hampir bankrup. Manakala Shahira pula makin lupa diri dan Azizi pula cuba kembali pada Shahira kerana Shahira sudah kaya raya. Luqman (lakonan Ellyas Abdullah) yang merupakan kawan sekolah Shahirah cuba mendekati Shahirah. Namun Shahira menganggap Luqman hanya inginkan duitnya sahaja, sedangkan Luqman ikhlas sayangkannya.

Awalnya Shahirah tidak mempedulikan Azizi yang datang merayu untuk bersamanya kembali. Tapi setelah melihat kesungguhan Azizi yang merayu dan melutut padanya membuat hatinya mula terbuka buat Azizi dan akhirnya mereka berkahwin. Namun setelah berkahwin, Azizi dan Shahira tidak bahagia, masing - masing ada skandal lain. Manakala Asmira pula makin rapat dengan Luqman dan mereka cuba menolong Shahirah ketika dirinya berada dalam kesusahan dan cuba menyedarkan Shahirah yang kawan baiknya Sofia (lakonan Dayana Roza) adalah tidak wujud. Apa yang berlaku seterusnya?.
Read More

14 Okt 2018

Sinopsis Telemovie Setan Dalam Poket




Setan Dalam Poket, Telemovie, Telefilem, Telemovie Setan Dalam Poket, Telefilem Setan Dalam Poket, Cast, Pelakon Telemovie Setan Dalam Poket, Ungku Ismail Aziz, Siti Elizad, Wan Hanafi Su, Melisa Saila, Rashidi Ishak, 2018, Arahan Melissa Saila, Astro Citra, Kisah Seram, Hantu, Slot Citra Exclusive, Sinopsis Setan Dalam Poket,
Sinopsis Telemovie Setan Dalam Poket - Astro Citra

Telefilem Setan Dalam Poket akan disiarkan di slot Citra Exclusive di Astro Citra pada 13 Oktober 2018 ini, jam 9 malam. Antara pelakon telemovie Setan Dalam Poket ini adalah Ungku Ismail Aziz, Siti Elizad, Wan Hanafi Su, Melissa Saila, Rashidi Ishak dan ramai lagi. Telemovie ini diarahkan oleh Melissa Saila serta diterbitkan oleh Kus Semangat Aktor Sdn Bhd. Aku memang suka menonton semua telemovie arahan Melissa Saila ini sebab semuanya best - best dan unik gitu. Kalau tengok dari trailer telemovie Setan Dalam Poket ini memang nampak menarik jalan ceritanya, part tak boleh blah bila tiba - tiba diorang menari lagu Pop Yeh Yeh tu haha, nak tergelak gak tapi jalan cerita serius. Apa pun jom tengok sinopsis ringkas telefilem ini di bawah ye..




Sinopsis Telemovie Setan Dalam Poket Lakonan Ungku Ismail dan Siti Elizad

Mengisahkan tentang duit yang asalnya dari hasil rompakan yang menyebabkan malapetaka dan sial kepada pemiliknya setiap kali bertukar tangan. Amran (lakonan Ungku Ismail) menjumpai sejumlah duit dalam guni serta seutas kalung lalu membawa duit dan kalung tersebut pulang ke rumah. Isteri Amran iaitu Yati (lakonan Siti Elizad) tidak setuju Amran membawa pulang duit dan kalung berkenaan lalu menyuruh Amran memulangkan semula duit dan kalung tersebut. Amran tidak mahu dan mula mengira duit - duit berkenaan, Amran juga menyuruh Yati untuk memakai kalung berkenaan. Kemudian Amran mula leka mengira duit - duit tersebut dari pagi hingga ke malam. Malah perangai Amran juga berubah dengan drastiknya, Amran mula panas baran, selalu memarahi isterinya dan suka mendengar dan menari bila mendengar lagu Pop Yeh Yeh di radio.
Setan Dalam Poket, Telemovie, Telefilem, Telemovie Setan Dalam Poket, Telefilem Setan Dalam Poket, Cast, Pelakon Telemovie Setan Dalam Poket, Ungku Ismail Aziz, Siti Elizad, Wan Hanafi Su, Melisa Saila, Rashidi Ishak, 2018, Arahan Melissa Saila, Astro Citra, Kisah Seram, Hantu, Slot Citra Exclusive, Ending Telemovie Setan Dalam Poket,
Amran juga sering memaksa Yati untuk menari bersamanya, Yati berasa pelik dan tidak sedap hati melihat perangai suaminya yang berubah secara tiba - tiba. Pak Awang (lakonan Wan Hanafi Su) juga hairan dengan perubahan Amran dan merasakan ada sesuatu yang tak kena. Tertekan dengan perangai suaminya yang seperti tidak waras, serta kejadian - kejadian aneh yang berlaku di rumahnya, memaksa Yati untuk berjumpa dengan Pak Awang dan menceritakan masalahnya. Pak Awang berjanji akan membantu Yati untuk memulihkan suaminya semula. Tak lama kemudian Yati pula seperti dirasuk dan cuba membunuh suaminya itu tapi tak berjaya. Pak Awang akhirnya berjaya memulihkan Amran dan juga Yati. Amran yang mula sedar dan menjadi dirinya semula menyuruh Pak Awang untuk membuang semua duit - duit berkenaan serta kalung yang dijumpainya itu.

Pak Awang bersetuju lalu membawa duit - duit berkenaan ke rumahnya kerana ingin mengira jumlah duit tersebut dan barulah membuang duit berkenaan. Namun sejak Pak Awang mula mengira duit tersebut dirinya pula mula berubah menjadi seperti Amran. Pak Awang juga mula berkasar dengan isterinya yang sakit dan lumpuh itu. Apa yang berlaku seterusnya?.
Read More

13 Okt 2018

List Of English Movies In September 2018





Bermula 30 Ogos 2018 hingga 17 September 2018 yang lalu, Astro ada memberikan siaran percuma semua channelnya untuk para pelanggan Astro. Alang - alang dah dapat tengok semua channel, aku pun tak lepaskan peluang untuk menonton filem - filem berbahasa Inggeris di Astro. Kira punya kira dapatlah menonton 18 english movie hehehe, siap buat list gitu. Jom tengok senarai filem tersebut beserta barisan pelakon setiap movie berkenaan di bawah ini ye..

1) Unforgettable (2017)
Pelakon: Rosario Dawson, Katherine Heigl, Geoff Stults, Cheryl Lad, Isabella Kai Rice dan ramai lagi.
English Movie, Hollywood, Hollywood Movie, Unforgettable Movie, 2017, List of English Movies in September 2018, Unforgettable Cast, Pelakon Filem Unforgettable, Rosario Dawson, Katherine Heigl, Geoff Stults, Cheryl Lad, Isabella Kai Rice, Thriller, Suspen, Poster, Blog Dari Hati Miss Mulan, Sinopsis,
Aku suka jalan ceritanya yang simple tapi suspen, plus pelakonnya ada Katherine Heigl gitu, wataknya sebagai Tessa memang menjadi dan sesuai dengannya. Mengisahkan Tessa yang berkongsi hak penjagaan anak perempuannya dengan bekas suaminya. Tessa mula cemburu bila dapat tahu yang bekas suaminya sudah ada tunang bernama Julia dan Tessa tidak dapat move on dengan hidupnya sebaliknya cuba membuat bekas suaminya berpisah dengan tunangnya itu dan kemudian kembali padanya.

2) The Mummy (2017)
Pelakon: Tom Cruise, Sofia Boutella, Annabelle Wallis, Jake Johnson, Russell Crowe dan ramai lagi.
Dah lama nak tengok filem ini, akhirnya dapat juga tengok kat TV, walaupun di penghujung cerita macam bosan sikit hehe.

3) Enhanted (2007)
Pelakon: Amy Adams, Patrick Dempsey, James Marsden, Idina Menzel, Susan Sarandon dan ramai lagi. Menarik dan kelakar juga jalan ceritanya, bila watak kartun datang ke alam realiti memang huru - haralah jawabnya hehe. Suka lakonan Amy Adams dalam filem ini, comel dan cute sangat.

4) Cinderella (2015)
Pelakon: Lily James, Richard Madden, Cate Blanchett, Holliday Grainger dan ramai lagi
Rasanya semua pun tahu jalan cerita Cinderella ini kan, apa pun syok juga layan movie ini masa tengah bosan..

5) Beauty and The Beast (2017)
Pelakon: Emma Watson, Dan Stevens, Luke Evans, Kevn Kline dan ramai lagi.
Filem yang bergenre muzikal, kadang -kadang bila tengok filem muzikal ni senang untuk buat aku mengantuk hahaha. Tapi aku suka tengok set filem ini yang nampak gah dan cantik gitu.

 


6)
Shut In (2016)

Pelakon: Naomi Watts, Oliver Platt, Charlie Heaton, David Cubitt, Jacob Tremblay dan ramai lagi..
Ada scene - scene suspen juga dalam filem ini, tapi jalan cerita filem ini agak biasa - biasa saja bagi aku.

7) Taken Heart (2017)
Pelakon: Gina Holden, Natasha Calis, Raffaello Degruttola, Matthew Ziff dan ramai lagi..
Jalan cerita movie ini simple dan suspen juga yang mengisahkan tentang seorang ibu yang cuba menyelamatkan anak perempuannya dari menjadi mangsa pemerdagangan organ manusia.

8) Lights Out (2016)
Pelakon: Teresa Palmer, Gabriel Bateman, Alexander DiPersia, Maria Bello dan ramai lagi.
Dah beberapa kali juga aku tengok movie Light Out ini, sebab sentiasa ada ulangan filem ini di TV hehe. Jalan ceritanya best, aku suka bila diorang gunakan konsep gelap dan cerah untuk menunjukkan kehadiran hantu tu.
Movie The Glass Castle (2017), English Movie, Hollywood, Hollywood Movie, List of English Movies in September 2018, The Glass Castle Cast, Pelakon Filem The Glass Castle, Brie Larson, Ella Anderson, Naomi Watts, Woody Harrelson, Sarah Snook, Max Greenfield, Poster, Sinopsis The Glass Castle,
9) The Glass Castle (2017)
Pelakon: Brie Larson, Ella Anderson, Naomi Watts, Woody Harrelson, Sarah Snook, Max Greenfield dan ramai lagi.

Filem The Glass Castle ini mempunyai jalan cerita yang best dan ada pengajarannya, mengisahkan tentang kehidupan sebuah keluarga yang miskin, dimana anak - anak mereka terpaksa berdikari sendiri disebabkan sikap ibu bapa mereka yang tidak bertanggungjawab.

10) The Chronicles Of Narnia : The Lion, The Witch and The Wardrobe (2005)
Pelakon: William Moseley, Anna Popplewell, Skandar Keynes, Georgie Henley, Tilda Swinton dan ramai lagi.
Merupakan siri pertama untuk filem The Chronicles Of Narnia, aku suka part permulaan cerita ini sampai di pertengahan, part diorang dah start perang dan lawan - lawan tu aku dah rasa bosan.

11) A Bigger Splash (2015)
Pelakon: Tilda Swinton,  Matthias Schoenaerts, Ralph Fiennes, Dakota Johnson dan ramai lagi..
Di permulaan cerita mungkin sedikit boring, tapi bila masuk di pertengahan sampai ke penghujung cerita, filem ini dah jadi best sebab tiba - tiba ianya jadi suspen sekejap hehehe.

12) Stronger (2017)
Pelakon: Jake GyllenhaalTatiana Maslany, Miranda Richardson, Clancy Brown dan ramai lagi.
Filem Stronger ini berdasarkan kisah benar mengenai kisah hidup seorang lelaki yang kehilangan kedua - dua belah kakinya akibat serangan bom yang berlaku di sebuah acara larian maraton yang disertai oleh teman wanitanya. Apa pun memang best menonton filem - filem yang berdasarkan kisah benar ni, banyak pengajaran gitu, lakonan para pelakon pun terbaik.

13) Thor : Ragnarok (2017)
Pelakon: Chris Hemsworth, Tom Hiddleston, Cate Blanchett, Tessa Thompson, Mark Ruffalo dan ramai lagi.
Aku bukanlah pengikut filem Thor ni, dan aku tak tengok pun siri - siri filem Thor sebelum ini, tapi aku suka dengan jalan cerita Thor : Ragnarok ni sebab senang nak faham dan tak complicated. Selain tu Bromance Thor dengan Hulk juga lawak dan comel gitu hahaha. Malah filem ini juga dikatakan sebagai the best of the Thor trilogy.

14) Going The Distances (2010)
Pelakon: Drew Barrymore, Justin Long, Charlie Day, Jason SudeikisChristina ApplegateKelli Garner dan ramai lagi.
Jalan cerita movie ni pun simple saja yang mengisahkan suka duka perhubungan jarak jauh antara sepasang kekasih. Scene yang paling aku suka bila diorang memutuskan untuk berpisah demi kebahagian masing - masing, berbanding melakukan pengorbanan kerana akhirnya pengorbanan itu mungkin akan dikesali kelak.

15) Keeping Up With Joneses (2016)
Pelakon: Zach Galifianakis, Jon Hamm, Isla Fisher, Gal Gadot, Matt Walsh dan ramai lagi.
Filem Keeping Up With Joneses ini bergenre komedi aksi yang mengisahkan satu pasangan suami isteri yang mengesyaki jiran mereka adalah spy yang berkhidmat untuk orang jahat. Filem ini biasa - biasa saja, bolehlah nak layan kalau boring - boring tu kan..

16) Mother! (2017)
Pelakon: Jennifer LawrenceJavier Bardem, Ed Harris, Michelle PfeifferDomhnall Gleeson dan ramai lagi.
Jalan cerita movie ni best, tapi ramai juga susah nak faham sebab ianya ada maksud tersirat gitu. Aku pun malas nak pikir makna di sebalik jalan ceritanya, jadi just enjoy the movie hehe

17) xXx: Return Of Xander Cage (2017)
Pelakon: Vin Diesel, Donnie YenDeepika Padukone, Kris Wu, Ruby Rose, Tony Jaa, Nina Dobrev dan ramai lagi.
Ada ramai pelakon best dalam filem ini, meriah betul ada pelakon dari Bollywood, Thailand, China semua bergabung berlakon bersama dalam filem ini. Merupakan filem Hollywood pertama Deepika Padukone, walaubagaimanapun jalan cerita filem ini setakat okey jela, tak adalah best sangat pun. Tarikan utama filem ini adalah kerana pelakonnya.

18) The Tourist (2010)
Pelakon: Angelina Jolie, Johnny Depp, Paul Bettany, Timothy DaltonChristian De Sica dan ramai lagi..
Aku suka filem The Tourist ini, lawa betul Angelina Jolie dalam movie ni, jalan ceritanya pun menarik, siap ada plot twist gitu di penghujung cerita.

Read More

12 Okt 2018

Giveaway Tudung Bawal by Cik Puan Rrai

 Giveaway Tudung Bawal by Cik Puan Rrai, Blogger Giveaway, Hadiah, Tudung Bawal, Peserta, Blog, Random,

Hari ini aku nak join  Giveaway Tudung Bawal by Cik Puan Rrai, tarikh tamat giveaway ini adalah pada 18 Oktober 2018. Pada yang belum join cepat - cepat join okey, sebab tak lama lagi giveaway ini akan tamat dah. Hadiahnya pun comel gitu, jadi kalau nak join klik Banner di atas ye..



Read More

9 Okt 2018

Sinopsis Drama Korea Miss Hammurabi




Miss Hammurabi, Ms Hammurabi, Korean Drama, Drama Korea, 2018, JTBC, Sinopsis Miss Hammurabi, Korean Drama Miss Hammurabi, 2018, Miss Hammurabi Cast, Pelakon Drama Korea Miss Hammurabi, Go Ara, L, Sung Dong Il, Ryu Deok Hwan, Lee Elijah, Lee Tae Sung, Cha Soo Yeon, Cha Soon Bae, Watak, Poster Drama Ms Hammurabi,
Sinopsis Drama Korea Miss Hammurabi

Okey kali ini aku nak kongsi sinopsis Drama Korea yang bertajuk Miss Hammurabi / Ms. Hammurabi dengan korang semua. Aku dah habis pun menonton drama ini dan drama ini mengisahkan tentang perjalanan hidup sebagai seorang judge / hakim. Selalunya kita dah biasa tengok drama - drama yang berkisarkan tentang peguam dan kali ini kita dapat menonton pula tentang drama - drama yang berkisarkan hakim pula. Sesuatu yang baru gitu, tambahan lagi ini kali pertama aku menonton drama yang mengisahkan tentang hakim / judge di mahkamah. Memang menarik jalan cerita drama ini, jadi memang berbaloi menonton drama Korea Miss Hammurabi yang mempunyai 16 episod ini. Apa pun jom tengok siapa pelakon drama ini serta watak - watak yang mereka bawakan di bawah ini okey.

Senarai Pelakon dan Watak - Watak Dalam Drama Miss Hammurabi

Go Ara sebagai Park Cha Oh Reum 
L sebagai Im Ba Reun
Sung Dong Il sebagai Han Se Sang
Ryu Deok Hwan sebagai Jung Bo Wang
Lee Elijah sebagai Lee Do Yeon
Lee Tae Sung sebagai Min Yong Joon
Cha Soo Yeon sebagai Hong Eun Ji
Cha Soon Bae sebagai Sung Gong Choong




Sinopsis Miss Hammurabi - Korean Drama

Mengisahkan hakim newbie iaitu Park Cha Oh Reum yang baru masuk bekerja dan berada dalam team Hakim Senior Han Se Sang. Selain Park Cha Oh Reum, hakim Im Ba Reun turut berada dalam team hakim Han Se Sang, tapi Im Ba Reun sudah mempunyai sedikit pengalaman menjadi hakim berbanding Park Cha Oh Reum yang masih baru. Lebih menarik lagi bila Im Ba Reun dan Park Cha Oh Reum sudah saling mengenali antara satu sama lain kerana mereka satu sekolah. Im Ba Reun agak terkejut melihat personaliti P.C.Oh Reum yang berubah dengan drastiknya berbanding zaman sekolah dulu, Park Cha Oh Reum kini sangat ceria, banyak cakap, sentiasa tersenyum, yakin dan teguh berpegang dengan prinsipnya. Park Cha Oh Reum berpegang kuat dengan prinsip "An eye for an eye, and a tooth for a tooth." dan berazam untuk mengubah dunia dengan caranya sendiri. Im Ba Reun berasa risau dan yakin Park Cha Oh Reum akan mengalami banyak masalah jika dia masih berpegang dengan prinsipnya itu kerana dunia kehakiman itu tidak seindah yang disangka.
Miss Hammurabi, Ms Hammurabi, Korean Drama, Drama Korea, 2018, JTBC, Sinopsis Miss Hammurabi, Korean Drama Miss Hammurabi, 2018, Miss Hammurabi Cast, Pelakon Drama Korea Miss Hammurabi, Go Ara, L, Sung Dong Il, Ryu Deok Hwan, Lee Elijah, Lee Tae Sung, Cha Soo Yeon, Cha Soon Bae, Watak, Poster Drama Ms Hammurabi,
Ketika baru bertugas, Park Cha Oh Reum memang kelihatan bersemangat dan ingin membantu semua orang. Malah dia juga seorang yang sangat berani menyuarakan pendapatnya secara terbuka dan membuatkan orang atasannya tidak menyenangi sikap dan personalitinya. Malah Park Cha Oh Reum juga sentiasa menimbulkan masalah pada kumpulannya. Manakala Im Ba Reun pula sentiasa menasihati dan tidak setuju dengan tindakan yang diambil oleh P.C.O.Reum ini, tapi akhirnya tanpa disedari dia sentiasa berada di belakang P.C.O Reum dan menyokongnya. Pelbagai kes yang perlu diadili tapi keputusan setiap kes berkenaan tidak disukai oleh Park Cha Oh Reum kerana baginya ianya kelihatan tidak adil dan berat sebelah. Makin lama Park Cha Oh Reum makin banyak musuh dan dirinya turut dipulaukan oleh hakim yang lain. Lama - kelamaan Park Cha Oh Reum mula meragui dirinya sendiri, sama ada dia sesuai atau layak untuk menjadi seorang hakim / judge.

Han Se Sang pula seorang ketua yang baik dan sporting, walaupun kadangkala dia pening melayan kerenah Park Cha Oh Reum yang selalu bawa masalah padanya. Selain itu, siapa sangka yang Im Ba Reun sudah lama jatuh cinta pada Park Cha Oh Reum sejak zaman sekolah lagi. Tak lama kemudian Im Ba Reun memberanikan diri meluahkan perasaannya pada Park Cha Oh Reum dan Park Cha Oh Reum pula terpaksa menolak cinta Im Ba Reun kerana dia belum bersedia untuk bercinta. Penolakan tersebut membuatkan Im Ba Reun kecewa dan berasa menyesal kerana telah meluahkan perasaannya itu, sekaligus membuatkan suasana kerja antara mereka menjadi pelik, awkward dan kurang selesa. Apa yang berlaku seterusnya?..
Read More

7 Okt 2018

Telemovie Hantu Judi Lakonan Emma Dan Alvin Chong




Hantu Judi, Telemovie, Telefilem, Telemovie Hantu Judi, Telefilem Hantu Judi, 2018, Astro Citra, Citra Exclusive, Hantu Judi Cast, Pelakon Telemovie Hantu Judi, Alvin Chong, Emma Maembong, Zain Saidin, Sharifah Shahora, Alif Hadi, Kenji Sawahi, 2018, Pengarah Michael Ang, Komedi Seram, Lawak,
Sinopsis Telemovie Hantu Judi

Telefilem Hantu Judi akan disiarkan di slot Citra Exclusive, Astro Citra pada 6 Oktober 2018 ini, jam 9 malam. Antara pelakon telemovie Hantu Judi ini adalah Alvin Chong, Emma Maembong, Zain Saidin, Sharifah Shahora, Alif Hadi, Kenji Sawahi dan ramai lagi. Manakala pengarah telemovie Hantu Judi ini adalah Michael Ang. Kalau tengok dari trailer telemovie ini, memang nampak menarik jalan ceritanya plus kelakar gitu. Apa pun jom tengok sinopsis ringkas telefilem Hantu Judi ini di bawah ye..




Sinopsis Telemovie Hantu Judi Lakonan Alvin Chong dan Emma Maembong

Jason seorang kaki judi menjumpai mayat wanita melayu beserta wang tunai yang banyak di sisi mayat tersebut. Dia mengambil wang tersebut untuk berjudi, namun roh wanita tersebut mengekorinya dan meminta bantuan untuk mencari pembunuhnya. Apa yang bakal berlaku seterusnya?.
Read More

6 Okt 2018

Biodata Terkini Mira Filzah




Gambar Cun Mira Filzah, Biodata Terkini Mira Filzah, Profil Mira Filzah, Biodata Mira Filzah, Pelakon Malaysia, Artis Malaysia, 2018, Senarai Drama Lakonan Mira Filzah, Senarai Telefilem Lakonan Mira Filzah, Filem Lakonan Mira Filzah, Kekasih Zizan Razak, Drama Melayu, Hos, Biodata Penuh Mira Filzah,
Profil dan Biodata Mira Filzah

Hari ini aku nak share serba sedikit biodata / profil pelakon cantik manis Mira Filzah dalam entry ini, First time aku tengok Mira ni berlakon adalah menerusi drama bersiri Eksperimen Cinta, tapi dalam drama tu, mira hanya memegang watak pembantu saja, namun lepas drama tersebut, Mira Filzah dah dapat banyak tawaran berlakon watak utama gitu seperti dalam drama slot Akasia Cinta Si Wedding Planner dan lain - lain lagi. Filem pertama lakonan Mira Filzah juga dah ditayangkan di pawagam pada tahun 2018 yang lalu bertajuk Rise: Ini Kalilah. Apa pun memang suka tengok Mira Filzah ni berlakon sebab comel dan cute gitu manakala drama terbaru Mira yang sedang hangat disiarkan di kaca TV adalah drama bersiri Bidadari Kiriman Tuhan yang bersiaran di Slot MegaDrama, Astro Ria dan Mira bergandingan dengan Zul Ariffin dalam drama tersebut. Apa pun jom tengok biodata mira di bawah ini ye..




Biodata Penuh Mira Filzah

Nama: Nur Amirah Filzah binti Badioezaman
Nama Komersil: Mira Filzah
Umur: 25 Tahun
Tarikh Lahir: 2 April 1993
Asal: Ipoh, Perak
Pendidikan: Sarjana Muda Perniagaan Antarabangsa (UITM Shah Alam)
Pekerjaan: Pelakon, Pengacara, Model, Usahawan
Filem: Sangkar, Rise : Ini Kalilah
Senarai Drama Lakonan Mira Filzah: Bidadari Kiriman Tuhan, Adellea Sofea, Sweet Dreams, Pujaan Hati Kanda, Lelaki Kiriman Tuhan, Rahsia Hati Perempuan, Meh Sandar Lagi, Ops Cinta Din Sardin, Meh Sandar Pada Aku, Ketupat Palas Mr. Handsome, Cinta Si Wedding Planner, Eksperimen Cinta, Dunia Lola dan lain - lain lagi.
Gambar Cun Mira Filzah, Biodata Terkini Mira Filzah, Profil Mira Filzah, Biodata Mira Filzah, Pelakon Malaysia, Artis Malaysia, 2018, Senarai Drama Lakonan Mira Filzah, Senarai Telefilem Lakonan Mira Filzah, Filem Lakonan Mira Filzah, Kekasih Zizan Razak, Drama Melayu, Hos, Biodata Penuh Mira Filzah,
Telefilem: Aku Penghiburmu, Ustart Enjin, Teksi Love, Izinkan Aku, Dosa Perempuan,mu Jula Juli Bintang Putus Cinta, Malan Tanpa Yasin, Jula Juli Bintang Cinta, Duit Kawin, Bella, Cinta Si Wedding Planner Raya, Abang Haji, Abang Beduk dan lain - lain lagi. 
Pengacara: Rancangan Mahligai Cinta, Nona, 3 Juara, ABPBH 29 dan lain - lain lagi..
Anugerah: Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 32 (ABPBH 2019), Pelakon TV Wanita Popular, Pelakon Filem Wanita Popular dan Gandingan Serasi Drama Popular
Mira Filzah dan Remy Ishak (Pujaan Hati Kanda) - (ABPBH32), Menang Artis Baharu MeleTOP di AME2016, Artis Baharu Wanita Popular (ABPBH29), Aktres Pilihan (Anugerah DFKL2017), Selebriti Harapan Pilihan (Anugerah Stail EH!).
Status: Sudah berkahwin dengan Wan Emir Astar pada 3/9/2020
Read More

5 Okt 2018

Episod Akhir Drama Bahagia Bukan Bidaan (Episod 15)




Drama Bahagia Bukan Bidaan, Drama Adaptasi Novel, Slot Samarinda, TV3, Ending Drama Bahagia Bukan Bidaan, Episod Akhir Drama Bahagia Bukan Bidaan (Episod 15), Sinopsis Episod Akhir Drama Bahagia Bukan Bidaan, Pelakon Drama Bahagia Bukan Bidaan, Nora Danish, Adi Putra, Zamarul Hisyam, Ika Nabella, Sherry Ibrahim, Mak Wan, Arja Lee, Watak Dalam Drama Bahagia Bukan Bidaan, Hana, Nik, Talha, Azlan, Aina, Murni, Kartini, Poster, Episod 15 Drama Bahagia Bukan Bidaan, 2018,
Episod Akhir Drama Bahagia Bukan Bidaan (Episod 15)

Episod 15 drama Bahagia Bukan Bidaan ini adalah merupakan episod terakhir drama ini yang disiarkan pada 3 Oktober yang lalu di TV3. Barisan pelakon drama Bahagia Bukan Bidaan ini terdiri daripada Nora Danish, Dato Adi Putra, Zamarul Hisyam, Ika Nabella, Arja Lee, Wan Sharmila dan ramai lagi. Dalam episod 13 dan 14 drama ini, macam - macam yang berlaku contohnya Nik (lakonan Adi Putra) yang baru kematian isteri pertamanya dan menjadi sedih, manakala Hana (lakonan Nora Danish) pula sudah mula mencintai Nik dan akhirnya mereka bernikah. Aina (lakonan Ika Nabella) pula berdepan masalah dalam menguruskan syarikat serta suaminya Azlan (lakonan Zamarul Hisyam) dan akhirnya Aina mati kena langgar lari, manakala Azlan pula kahwin satu lagi dengan wanita yang bernama Kartini lakonan Sherry Ibrahim tanpa pengetahuan Aina. Manakala Talha (Arja Lee) pula adalah bekas pesakit kemurungan dan sudah berhenti menjadi doktor dan merupakan mastermind yang merancang perpisahan Hana dan Azlan dengan melibatkan Aina.




Manakala episod akhir drama ini bermula dengan Hana yang berasa risau kerana yakin ada orang lain yang selalu ikut dirinya ke mana saja dia pergi. Manakala Nik pergi berjumpa dengan Talha dan Talha mengaku dan berterus - terang pada Nik mengenai dirinya, malah Talha juga berjanji pada Nik akan membantu Nik mencari siapa orang yang selalu follow Hana itu. Kemudian Nik memberitahu perkara sebenar mengenai Talha pada isterinya Hana dan kelihatan Hana sangat terkejut dengan berita itu. Hana kemudian berasa marah serta takut dengan Talha dan tak mahu berjumpa dengan Talha lagi. Berbeza dengan Murni (lakonan Wan Sharmila) yang merasakan Talha tidak berbahaya seperti yang dikatakan oleh Hana dan menyuruh Hana supaya memberi peluang kedua pada Talha untuk berubah dan move on dengan hidupnya. Hana akhirnya bersetuju berjumpa dengan Talha dan Talha kemudiannya memohon maaf pada Hana seikhlas hatinya dan akhirnya Hana memaafkannya dan mereka berbaik. Selepas selesai berjumpa dengan Talha, Hana kemudian didekati oleh seorang lelaki yang ingin menculiknya, rupa - rupanya lelaki tersebut adalah Azlan,

Talha yang menyaksikan kejadian itu sempat menolong Hana dan memukul Azlan lalu Azlan jatuh tangga lalu lumpuh. Nik cuba menasihati dan mengajak Hana untuk pergi melawat Azlan tapi Hana enggan ada kaitan dengan Azlan lagi. Selepas itu Nik selalu melawat Azlan di hospital dan berborak dengannya, malah Azlan juga sudah mula insaf dan sedar apa yang dilakukannya selama ini salah dan meminta maaf pada Nik. Talha juga turut berjumpa dengan Azlan dan menjelaskan segalanya serta memohon maaf pada Azlan namun Azlan mula marah dan menghalaunya keluar dari situ. Setelah dinasihati dan disedarkan oleh Nik, Hana akhirnya pergi melawat Azlan dan Azlan turut memohon maaf pada Hana atas kesalahannya selama ini. Apa pun ending drama Bahagia Bukan Bidaan ini memang happy endinglah kan, bila Nik dan Hana hidup bahagia gitu hehe. Drama Mawar Murni akan menggantikan drama Bahagia Bukan Bidaan ini.
Read More

4 Okt 2018

Biodata Terkini Farah Nabilah




Farah Nabilah, Pelakon, Biodata, Profil, Biodata Artis, Artis Malaysia, Biodata Farah Nabilah, Profil Farah Nabilah, Senarai Drama Lakonan Farah Nabilah, Drama Terbaru Farah Nabilah,
Profil / Biodata Farah Nabilah

Hari ini aku nak share serba sedikit tentang biodata pelakon cantik Farah Nabilah ini, Farah Nabilah antara pelakon yang berbakat, dia boleh bawakan watak sedih, watak garang dan pelbagai watak lain dengan baik sekali. Aku mula kenal Farah Nabilah ini dari drama bersiri Papa Ricky, Farah makin dikenali dan popular selepas berlakon dalam drama bersiri Titian Cinta (2017) yang disiarkan di slot Akasia TV3 dan bergandingan dengan Zul Ariffin dalam drama berkenaan. Manakala drama terbaru lakonan Farah Nabilah ini, tengah hangat disiarkan di slot Akasia TV3 iaitu drama Kau Yang Pertama bergandingan dengan Fikry Ibrahim. Apa pun jom tengok biodata ringkas Farah Nabilah di bawah ini, okey..




Profil / Biodata Farah Nabilah

Nama Penuh: Farah Nabilah binti Saipuddin
Nama Komersil: Farah Nabilah
Nickname: Fawaa
Umur: 26 (2018)
Tarikh Lahir: 10 March 1992
Asal : Selangor, Malaysia
Kerjaya: Model dan Pelakon
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Psikologi (Universiti SEGI)
Farah Nabilah, Pelakon, Biodata, Profil, Biodata Artis, Artis Malaysia, Biodata Farah Nabilah, Profil Farah Nabilah, Senarai Drama Lakonan Farah Nabilah, Drama Terbaru Farah Nabilah,
Senarai Drama Lakonan Farah Nabilah: Kau Yang Pertama, Cik Reen & Encik Ngok Ngek, Halalkan Hati Yang Ku Curi, Mocha Kau Bahagia, Titian Cinta, Papa Ricky, Ustaz Pink, Inikah Cinta, Imam Mudaku Romantik dan banyak lagi.
Senarai Telefilem Lakonan Farah Nabilah: Cik Reen Encik Ngok Ngek Raya, Adakah Aku Bersalah, Tersuka Tanpa Sengaja Raya dan banyak lagi
Filem: Mana Mau Lari (2014) - cameo
Anugerah: Menang Artis Baharu MeleTOP di Anugerah MeleTOP Era ke -5 
Read More

3 Okt 2018

Resepi Kuah Kacang Mudah & Sedap




Kuah Kacang, Resepi, Resipi, Resepi Kuah Kacang, 2018, Kuah Kacang Sesuai Dimakan dengan Nasi Himpit, Satay, Resepi Kuah Kacang Yang Mudah Dan Sangat Sedap,
Resepi Kuah Kacang Mudah Dan Sedap

Kalau makan satay ke, nasi himpit, ketupat dan dicicah pula dengan kuah kacang ni memang sedap tak terkata gitu. Tambahan lagi kalau kuah kacang tu sedap dan mudah disediakan memang seronoklah makan macam - macam dengan kuah kacang ni, makan dengan roti pun boleh hehe. Jadi dalam entry ni, aku nak share resepi kuah kacang ni dengan korang semua, resepi ini credit pada ownernya iaitu Arieza Rieza dan resepi ini aku ambil dari Facebook Resepi Orang Kampung. Jadi selamat mencuba ye buat semua.


Bahan Yang Dikisar / blander:

Cili kering

Bawang besar 2 biji

Bawang putih 3 ulas

Serai 2 batang

Lengkuas sedikit
Asam jawa
Udang kering





Bahan - Bahan lain


* Kacang tanah goreng dengan minyak dan kisar ikut suka nak hancur sangat atau tidak. Saya blander guna blander basah saja..senang kerja



* garam perasa
* gula putih
* gula merah
* air

Cara memasak
- Panaskan minyak kemudian masukkan bahan blander, tunggu sehingga pecah minyak
- kemudian masukkan kacang yang siap diblander bersama bahan- bahan lain.
- tunggu mendidih..kalau pekat sangat boleh tambah air, pastikan rasa semua cukup masin masam manis..
- dah ok boleh tutup api dan hidang bersama nasi impit cucur udang atau sate.
Selamat mencuba..
Read More


My Random Post