5 Okt 2018

Episod Akhir Drama Bahagia Bukan Bidaan (Episod 15)




Drama Bahagia Bukan Bidaan, Drama Adaptasi Novel, Slot Samarinda, TV3, Ending Drama Bahagia Bukan Bidaan, Episod Akhir Drama Bahagia Bukan Bidaan (Episod 15), Sinopsis Episod Akhir Drama Bahagia Bukan Bidaan, Pelakon Drama Bahagia Bukan Bidaan, Nora Danish, Adi Putra, Zamarul Hisyam, Ika Nabella, Sherry Ibrahim, Mak Wan, Arja Lee, Watak Dalam Drama Bahagia Bukan Bidaan, Hana, Nik, Talha, Azlan, Aina, Murni, Kartini, Poster, Episod 15 Drama Bahagia Bukan Bidaan, 2018,
Episod Akhir Drama Bahagia Bukan Bidaan (Episod 15)

Episod 15 drama Bahagia Bukan Bidaan ini adalah merupakan episod terakhir drama ini yang disiarkan pada 3 Oktober yang lalu di TV3. Barisan pelakon drama Bahagia Bukan Bidaan ini terdiri daripada Nora Danish, Dato Adi Putra, Zamarul Hisyam, Ika Nabella, Arja Lee, Wan Sharmila dan ramai lagi. Dalam episod 13 dan 14 drama ini, macam - macam yang berlaku contohnya Nik (lakonan Adi Putra) yang baru kematian isteri pertamanya dan menjadi sedih, manakala Hana (lakonan Nora Danish) pula sudah mula mencintai Nik dan akhirnya mereka bernikah. Aina (lakonan Ika Nabella) pula berdepan masalah dalam menguruskan syarikat serta suaminya Azlan (lakonan Zamarul Hisyam) dan akhirnya Aina mati kena langgar lari, manakala Azlan pula kahwin satu lagi dengan wanita yang bernama Kartini lakonan Sherry Ibrahim tanpa pengetahuan Aina. Manakala Talha (Arja Lee) pula adalah bekas pesakit kemurungan dan sudah berhenti menjadi doktor dan merupakan mastermind yang merancang perpisahan Hana dan Azlan dengan melibatkan Aina.




Manakala episod akhir drama ini bermula dengan Hana yang berasa risau kerana yakin ada orang lain yang selalu ikut dirinya ke mana saja dia pergi. Manakala Nik pergi berjumpa dengan Talha dan Talha mengaku dan berterus - terang pada Nik mengenai dirinya, malah Talha juga berjanji pada Nik akan membantu Nik mencari siapa orang yang selalu follow Hana itu. Kemudian Nik memberitahu perkara sebenar mengenai Talha pada isterinya Hana dan kelihatan Hana sangat terkejut dengan berita itu. Hana kemudian berasa marah serta takut dengan Talha dan tak mahu berjumpa dengan Talha lagi. Berbeza dengan Murni (lakonan Wan Sharmila) yang merasakan Talha tidak berbahaya seperti yang dikatakan oleh Hana dan menyuruh Hana supaya memberi peluang kedua pada Talha untuk berubah dan move on dengan hidupnya. Hana akhirnya bersetuju berjumpa dengan Talha dan Talha kemudiannya memohon maaf pada Hana seikhlas hatinya dan akhirnya Hana memaafkannya dan mereka berbaik. Selepas selesai berjumpa dengan Talha, Hana kemudian didekati oleh seorang lelaki yang ingin menculiknya, rupa - rupanya lelaki tersebut adalah Azlan,

Talha yang menyaksikan kejadian itu sempat menolong Hana dan memukul Azlan lalu Azlan jatuh tangga lalu lumpuh. Nik cuba menasihati dan mengajak Hana untuk pergi melawat Azlan tapi Hana enggan ada kaitan dengan Azlan lagi. Selepas itu Nik selalu melawat Azlan di hospital dan berborak dengannya, malah Azlan juga sudah mula insaf dan sedar apa yang dilakukannya selama ini salah dan meminta maaf pada Nik. Talha juga turut berjumpa dengan Azlan dan menjelaskan segalanya serta memohon maaf pada Azlan namun Azlan mula marah dan menghalaunya keluar dari situ. Setelah dinasihati dan disedarkan oleh Nik, Hana akhirnya pergi melawat Azlan dan Azlan turut memohon maaf pada Hana atas kesalahannya selama ini. Apa pun ending drama Bahagia Bukan Bidaan ini memang happy endinglah kan, bila Nik dan Hana hidup bahagia gitu hehe. Drama Mawar Murni akan menggantikan drama Bahagia Bukan Bidaan ini.

1 ulasan:



My Random Post