Sinopsis Telefilem Syirik - Astro Citra
Telemovie Syirik akan disiarkan di slot Citra Exclusive Astro Citra pada 27 Oktober 2018 ini. Antara pelakon telemovie Syirik ini adalah Syafiq Kyle, Nad Zainal, Sarul Kamal, Aman Aziz, Zain Saidin, Sharifah Shahora dan ramai lagi. Selain itu telefilem Syirik ini diarahkan oleh Michael Ang dan Amor Rizan serta diterbitkan oleh Cube Film Sdn Bhd. Kalau tengok dari trailer Syirik yang sering keluar kat Astro Citra tu memang nampak menarik telemovie ini. Ini ditambah lagi dengan para pelakonnya yang best - best gitu, plus ada hero popular masa kini iaitu Syafiq Kyle dan pelakon hebat Nad Zainal gitu. Ada plot twist juga di penghujung cerita, semua persoalan juga mula terjawab di akhir cerita tentang apa sebenarnya yang terjadi pada Mariam dan Syafiq itu. Apa pun jom tengok sinopsis telemovie ini di bawah ye.
Sinopsis Telemovie Syirik Lakonan Syafiq Kyle dan Nad Zainal
Mengisahkan tentang Syafiq dan isterinya Mariam, Syafiq koma setelah dipukul dengan teruk oleh sekumpulan samseng yang diketuai oleh Lan Singa. Tersedar dari koma, Syafiq hilang ingatan dan dia hanya mengingati namanya dan juga nama isterinya Mariam. Tak lama kemudian Mariam menjemput Syafiq dari hospital dan mereka pulang ke rumah mereka. Syafiq banyak bertanya pasal dirinya pada Mariam, Syafiq juga berazam ingin membahagiakan Mariam serta ingin mencari kerja untuk mengumpul duit bagi membolehkan mereka berpindah ke rumah lain. Tak lama kemudian Syafiq mendapat kerja iaitu sebagai pembantu di kedai runcit, malah dia juga bertemu dengan dua kawan lamanya. Walaupun Syafiq tidak mengingati kawan lamanya itu, tapi mereka melayan Syafiq dengan baik sekali seperti sudah kenal lama.
Tak lama kemudian 2 kawan baik Syafiq itu mula perasan ada sesuatu yang tidak kena dengan isteri Syafiq iaitu Mariam. Mereka merasakan Mariam itu sebenarnya hantu dan cuba memberitahu Syafiq tapi Syafiq tidak mempercayai mereka dan akhirnya memarahi mereka. Salah seorang ahli kumpulan Lan Singa ternampak Syafiq sedang bekerja di kedai runcit lalu memberitahu Lan Singa tentang hal tersebut. Lan Singa yang menyangka Syafiq mencuri duitnya dulu mula berasa marah dan pergi mencari Syafiq untuk memukulnya lagi. Tak lama kemudian salah seorang ahli kumpulan Lan Singa memberitahu Lan Singa tentang Mariam yang telah menjadi hantu serta telah membunuh ahli kumpulan mereka dengan tragis sekali. Awalnya Lan Singa tidak mempercayai cerita mengenai Mariam yang menjadi hantu itu.
Tapi akhirnya dia yakin yang Mariam benar - benar telah menjadi hantu dan mencari jalan untuk menghapuskan hantu Mariam serta membuat hidup Syafiq terus terseksa.
Alamak...mcm seram je tuu...
BalasPadamBru naked tengok at utube...x jd la seram je bunyinye...
BalasPadam