27 Okt 2018

Sinopsis Filem Gol & Gincu Vol 2




Gol & Gincu Vol 2, Filem Melayu, Filem Gol & Gincu Vol 2, Movie, Malay Movie, Sinopsis Gol & Gincu Vol 2, 2018, Pelakon Gol & Gincu Vol 2, Diana Danielle, Ummi Nazeera, Sharifah Amani, Sazzy Falak, Syafiq Kyle, Aedy Ashraf, Jad Hidhir, Intan Serah, Tiara Anchant, Nik Nasuhah, Annabel Michael, Grace Ng, Iezahdiyana Alaudin, Gol & Gincu 2, Cast, 2018, Pelakon Asal Gol & Gincu Versi Asal, Fazura, Ashraf Sinclair, Pierre Andre, Rafidah, Kartini,
Sinopsis Filem Gol & Gincu Vol 2

Setelah sekian lama Filem Gol & Gincu kembali lagi dengan jalan cerita yang baru serta barisan pelakon yang baru, hanya 2 pelakon asal filem Gol & Gincu (2005) iaitu Sazzy Falak dan Sharifah Amani dikekalkan. Filem Gol & Gincu Vol 2 sudah pun ditayangkan di pawagam bermula 25 Oktober 2018 yang lalu, walaubagaimanapun tiada Fazura dalam filem ini ye. Antara pelakon filem Gol & Gincu Vol 2 ini adalah Diana Danielle, Ummi Nazeera, Sharifah Amani, Sazzy Falak, Syafiq Kyle, Aedy Ashraf, Jad Hidhir, Intan Serah, Tiara Anchant, Nik Nasuhah, Annabel Michael, Grace Ng, Iezahdiyana Alaudin dan ramai lagi. Selain itu filem ini diarahkan oleh Umi Salwana Omar dan antara keunikan filem ini bila berjaya mengabungkan elemen fashion, fitness dan friendship dalam filem Gol & Gincu vol 2 ini. 




Kalau kita imbas kembali / Throwback senarai pelakon asal filem Gol & Gincu tahun 2005 yang lalu terdiri daripada Fazura yang memegang watak Putri yang merupakan seorang yang feminin dan ceria serta sanggup belajar tentang bola dan buat team Futsal sendiri demi memenangi hati bekas kekasihnya. Selain itu filem berkenaan turut dilakonkan oleh Pierre Andre, Ashraf Sinclair, Sazzy Falak, Sharifah Amani, Kartini, Rafidah Abdullah, Anding dan ramai lagi. Apa pun jom tengok sinopsis movie Gol & Gincu Vol 2 ini di bawah okey.

Sinopsis Movie Gol & Gincu Vol 2

Mengisahkan tentang Zakiah (Zak) dan Zakiah (Yaya), dua pelajar universiti yang memiliki nama yang sama tetapi personaliti mereka jauh berbeza. Akibat tercetusnya pergaduhan di khalayak ramai yang menjadi tular di media sosial, kedua-dua gadis telah dikenakan tindakan disiplin oleh pihak pengurusan universiti untuk melakukan kerja-kerja amal sebagai teladan kepada pelajar-pelajar lain. Zak dan Yaya telah memilih untuk melakukan kerja amal di rumah remaja bermasalah yang dikendalikan oleh Jijie. Sangkaan mereka meleset setelah menyedari bahawa kerja amal bukanlah mudah. Mampukah mereka ketepikan sikap prejudis mereka dan membantu Jijie dan gadis-gadis remaja tersebut atau adakah kehadiran mereka hanya memburukkan keadaan? Dan apakah punca sebenar pergaduhan mereka?

4 ulasan:



My Random Post