Memaparkan catatan dengan label Ummi Nazeera. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ummi Nazeera. Papar semua catatan

9 Dis 2022

Episod Akhir dan Ending Drama Rindu Kasih (TV3)



Episod 15 Drama Rindu Kasih TV3, Episod Akhir Drama Rindu Kasih, Ending Drama Rindu Kasih, Pelakon Drama Rindu Kasih TV3, Ummi Nazeera, Izzue Islam, Fazlina Ahmad Daud, Ezzaty Abdullah, Meor, Sinopsis Episod 14 Drama Rindu Kasih, Sinopsis Episod 15 Drama Rindu Kasih,

Isnin nanti akan disiarkan episod 15 drama Rindu Kasih di Slot Samarinda TV3, episod 15 adalah episod terakhir drama Rindu Kasih ini. Apa pun susah nak mengagak ending drama Rindu Kasih ini, adakah endingnya happy ending, semua bahagia dengan hidup masing - masing ataupun akan adakah penyesalan, keinsafan dan juga kemaafan di episod akhir drama ini nanti. Tengok dari episod 14 drama Rindu Kasih ini nampak macam Shida mak Salina tu sakit teruk dan mungkin juga akan mati. Tapi kalau mak kandungnya mati, makin kesianlah kat Salina tu, dugaan datang bertubi - tubi, baru je Shida tu tahu yang Salina tu anak kandungnya yang sanggup masuk penjara semata - mata nak berjumpa dengannya. 




Apa pun geram betul aku dengan mak mertua si Salina ni dengan suaminya si Amir tu, moga mak mertua dia tu dapat balasan setimpal dengan semua perbuatannya. Amir ni pun satu, dah janji macam - macam dengan Salina tapi satu janji pun tak tertunai. Moga Amir nampak semua perbuatan jahat mak dia sebelum ini, lagi best kalau Salina tu bercerai dengan Amir dan cari kebahagiaannya sendiri dengan anaknya Fayyad. Murni patutnya kahwin dengan Hisyam bukan jadi isteri kedua Amir. Apa pun tak sabar nak tahu ending drama Rindu Kasih ini nanti pada hari Isnin ni. Hope endingnya best kan. Apa pun nanti aku update lagi mengenai endingnya nanti okey. Apa pun lakonan semua pelakon drama Rindu Kasih ini memang terbaik.

Update!

Puas hati betul aku dengan ending drama Rindu Kasih ni, terbaiklah Salina, padan muka Amir. Pastu mak Amir tu masih tak insaf lagi tu walaupun dah ada dalam penjara. Ada yang kata kemungkinan akan ada Drama Rindu Kasih 2, jadi sama - sama kita tunggu ada ke tidak okey..



Read More

24 Nov 2022

Drama Rindu Kasih Episod 1 Hingga 15 Di Slot Samarinda TV3



Drama Rindu Kasih TV3, Drama Slot Samarinda TV3, Sinopsis Drama Rindu Kasih TV3, Rindu Kasih Cast, Drama Rindu Kasih Full Episode, Drama Rindu Kasih Episod 1 Hingga 15, Pelakon - Pelakon Drama Rindu Kasih, Ummi Nazeera, Izzue Islam, Nafiz Muaz, Ezzaty Abdullah, Amyza Aznan, Arash Mohd, Fazlina Ahmad Daud, Meor Mohd,

Drama Rindu Kasih adalah drama terbaru di slot Samarinda yang disiarkan bagi menggantikan Drama Suri Hati yang telah tamat episodnya. Drama ini sudah bersiaran sejak 16 November 2022 yang lalu, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam. Antara pelakon drama Rindu Kasih ini adalah Ummi Nazeera, Izzue Islam, Amyza Aznan, Nafiz Muaz, Ezzaty Abdullah, Arash Mohd, Shazia Rozaini, Fazlina Ahmad Daud, Meor Mohd dan ramai lagi. Selain itu drama Rindu Kasih ini mempunyai 15 episod dan diarahkan oleh Mohd Fazli Yahya (Pali Yahya) serta diterbitkan oleh P&D Pictures Sdn Bhd. Nampak menarik kan drama ni, ramai pelakon best dalam drama ni, jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Rindu kasih di bawah ini beserta sinopsisnya sekali okey..

Watak dan Barisan Pelakon Drama Rindu Kasih

Izzue Islam sebagai Amir
Ummi Nazeera sebagai Salina
Nafiz Muaz sebagai Hisham
Amyza Aznan sebagai Shida
Arash Mohd sebagai Khalid
Shazia Rozaini sebagai Huda
Fazlina Ahmad Daud sebagai Halijah
Ezzaty Abdullah sebagai Murni
Meor Mohd sebagai Iqbal
Ayu Azlina sebagai Siti
Nik Ramly sebagai Zamani
Ikhwan Khairudin sebagai Khalid Muda
Fariza Shafinaz sebagai Halijah Mudah
Iskandar Shah sebagai Amin
Yamin Abu Bakar sebagai Supri
Siti Rohani Dollah sebagai Tini 
Elly Suhaili sebagai Sofia 
Hairi Ab Ghani sebagai Kamil




Sinopsis Drama Rindu Kasih Lakonan Ummi Nazeera dan Izzue Islam Di Slot Samarinda TV3

Salina dibesarkan seorang diri oleh bapanya, Khalid. Rahsia dirahsiakan oleh Khalid tentang ibunya, Shida, yang telah ditahan polis kerana menjual dadah. Salina begitu berazam untuk mendapatkan kasih sayang ibunya, dia sanggup melakukan jenayah hanya untuk menemani ibunya di penjara. Semenjak Shida meninggalkan Khalid dan anak mereka Salina yang berusia beberapa bulan, kehidupan Khalid menjadi tidak tentu arah. Khalid perlu bekerja demi menyara anaknya yang masih kecil. Sedar dari pengsan, Zamani, ayah Amir membuat permintaan terakhir kepada Halijah agar mengahwinkan Amir dengan Salina. Demi amanah bapanya, Amir menikahi Salina. Meskipun tiada restu si ibu. Apakah suratan tertulis untuk Salina dan Amir akhirnya.

Lagu Tema / OST Drama Rindu Kasih

👄👄 Seandainya nyanyian Ariff Bahran
👄👄 Retak nyanyian Aqeesh Aleeya


Read More

3 Ogo 2022

Episod Akhir Drama Risik Pada Hati



Drama Risik Pada Hati, Drama Risik Pada Hati Slot Akasia TV3, Sinopsis Drama Risik Pada Hati TV3, Drama Risik Pada Hati Full Episode, Drama Risik Pada Hati Episod 1 Hingga 28, Poster Drama Risik Pada Hati, Risik Pada Hati Cast, Pelakon - Pelakon Drama Risik Pada Hati, Drama Baru Alif Satar, Drama Baru Ummi Nazeera, Drama Baru Zara Zya, Drama Slot Akasia TV3, Episod 28 Drama Risik Pada Hati, Episod Akhir Risik Pada Hati, Ending Risik Pada Hati,

Habis sudah drama Risik Pada Hati lakonan Alif Satar, Ummi Nazeera dan Zara Zya ni, lepas ni drama Ku Punya Hati akan menggantikan drama ini. Episod 28 drama Risik Pada Hati ini merupakan episod terakhir drama ini dan menyaksikan Hayfa telah diceraikan oleh Adam dengan talak 1. Haifa dan ibu dia kemudian pergi ke rumah Suhara dan tinggal disitu buat sementara waktu. Rupa - rupanya semua yang terjadi adalah rancangan Hayfa, dia memang inginkan Adam terdengar perbualannya dengan Aisya sekaligus meminta Adam untuk menceraikannya. Aisya meminta Adam untuk memujuk dan rujuk dengan Hayfa semula. Hayfa kurang sihat lalu membuat pemeriksaan doktor dan mendapat berita gembira yang dirinya sedang hamil. 




Zuriat yang selama ini ditunggu akhirnya tiba juga, namun Hayfa tidak mahu rujuk semula dengan Adam. Awalnya aku ingatkan diorang akan happy sama - sama hidup bermadu tapi Hayfa tetap keras hati tak nak rujuk dengan Adam. Walaupun tak rujuk semula, hubungan Hayfa dengan Adam dan juga Aisya tetap baik, mereka sama - sama jaga anak dan berkumpul sekali kalau ada apa - apa jamuan dan sebagainya. Aisya juga turut mengandung anak kedua gitu, aku begitu confident yang Hayfa akan rujuk semula dengan Adam, tapi rupanya tak hehe. Watak - watak macam Suhara, Erra, Atilia tu semua memang annoying, mengacau rumah tangga orang saja.



Read More

27 Jun 2022

Drama Risik Pada Hati Episod 1 Hingga 28 Di Slot Akasia TV3



Drama Risik Pada Hati, Drama Risik Pada Hati Slot Akasia TV3, Sinopsis Drama Risik Pada Hati TV3, Drama Risik Pada Hati Full Episode, Drama Risik Pada Hati Episod 1 Hingga 28, Poster Drama Risik Pada Hati, Risik Pada Hati Cast, Pelakon - Pelakon Drama Risik Pada Hati, Drama Baru Alif Satar, Drama Baru Ummi Nazeera, Drama Baru Zara Zya, Drama Slot Akasia TV3,

Drama Risik Pada Hati adalah drama terbaru di slot Akasia TV3 yang disiarkan bagi menggantikan Drama Bisik - Bisik Gelora yang telah tamat episodnya. Drama ini sudah mula bersiaran di TV3 sejak 27 Jun 2022, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam. Antara pelakon drama Risik Pada Hati ini adalah Alif Satar, Ummi Nazeera, Zara Zya, Shiqin Kamal, Ifa Raziah, Trisha Ooi, Izzue Islam, Shazia Rozaini dan ramai lagi. Drama ini juga adalah adaptasi daripada Novel Risik Pada Hati karya Hanni Ramsul. Selain itu drama ini mempunyai 28 episod dan diarahkan oleh Pali Yahya serta diterbitkan oleh Zamriez Golden Pictures Sdn Bhd. Nampak menarik kan drama ni, jalan ceritanya berkisarkan tentang poligami gitu, selain itu Alif Satar dan Zara Zya dah pernah bergandingan dalam drama Pia. Jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Risik Pada Hati ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

Watak dan Barisan Pelakon Drama Risik Pada Hati

  • Alif Satar Sebagai Adam
  • Ummi Nazeera Sebagai Hayfa
  • Zara Zya Sebagai Aisya
  • Shiqin Kamal Sebagai Suhara
  • Izzue Islam Sebagai Nazim
  • Ifa Raziah Sebagai Mak Ngah Diba




Sinopsis Drama Risik Pada Hati Lakonan Alif Satar, Ummi Nazeera dan Zara Zya - Slot Akasia TV3

Mengisahkan Adam dan Hayfa yang sangat bahagia dengan perkahwinan namun Hayfa tidak mampu memberikan zuriat kepada suaminya. Suatu hari, Hayfa meminta Adam berkahwin lain dan Adam akhirnya bersetuju menerima Aisya sebagai isteri keduanya. Adam cuba berlaku adil dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang suami. Selepas kehadiran Umar, kebahagian kehidupan mereka mula goyah. Ada yang cuba menjadi batu api sehingga timbul curiga dan prasangka dalam diri Hayfa dan Aisya.Mampukah mereka sama-sama menggapai bahagia itu semula? Atau, hanya perpisahan yang akan menjadi penamat sebuah perhubungan?

Drama Risik Pada Hati, Drama Risik Pada Hati Slot Akasia TV3, Sinopsis Drama Risik Pada Hati TV3, Drama Risik Pada Hati Full Episode, Drama Risik Pada Hati Episod 1 Hingga 28, Poster Drama Risik Pada Hati, Risik Pada Hati Cast, Pelakon - Pelakon Drama Risik Pada Hati, Drama Baru Alif Satar, Drama Baru Ummi Nazeera, Drama Baru Zara Zya, Drama Slot Akasia TV3,

Lagu Tema / OST Drama Risik Pada Hati

👄 Seribu Gundah nyanyian Hariz dan Wanie (LCK3)


👉 Baca Novel Risik Pada Hati Bab 1 dan Bab 2


Jom Baca Ini Juga 👉👉 Drama Roxy Lakonan Nadiyah Shahab, Azlee Khairi dan Eira Syazira Episod 1 Hingga 20 Di Slot Dahlia TV3


👉👉 Drama PA Lelaki Kerek Episod 1 Hingga 26 Di TV Okey


💕💕 Drama Aku Yang Merinduimu Lakonan Syafie Naswip dan Elisya Sandha Episod 1 Hingga 26 Di Slot Widuri TV1

Read More

9 Sep 2021

Drama Cinta Yang Pulang Episod 1 Hingga 26 Lakonan Izzue Islam dan Ummi Nazeera (TV2)



Drama Cinta Yang Pulang, Drama Cinta Yang Pulang tv2, Drama TV2, Info dan Sinopsis Drama Cinta Yang Pulang, Drama Cinta Yang Pulang Full Episode, Drama Cinta Yang Pulang Cast, Poster Drama Cinta Yang Pulang, Drama Adaptasi Novel, Novel Cinta Yang Pulang, Cinta Yang Pulang Synopsis, Drama Baru Izzue Islam, Drama Baru Ummi Nazeera, Pelakon - Pelakon Drama Cinta Yang Pulang, Azwan Kombos, Jasmine Suraya,

Drama Cinta Yang Pulang adalah drama terbaru di TV2 yang akan bersiaran setiap hari Khamis hingga Sabtu, jam 8 malam bermula 4 September 2021 yang lalu. Drama ini mempunyai 26 episod dan disiarkan bagi menggantikan Drama Kanvas lakonan Adam Lee dan Ruhainies yang telah tamat episodnya. Antara pelakon drama Cinta Yang Pulang ini adalah Izzue Islam, Ummi Nazeera, Azwan Kombos, Jasmine Suraya, Melanie Tan, Zalfa Zin, Shah Iskandar, Fizz Fairuz, Amar Asyraf, Areef Amran, Scha Elinnea, Farhan Asri, Kuna Muzani, Raja Azmi, Rahim Omar, Azhar Amir dan ramai lagi. Drama ini juga adalah adaptasi daripada Novel Cinta Yang Pulang karya Wawa Akil dan diarahkan oleh Bade Hj Azmi serta diterbitkan oleh Suhan Movies & Trading dan Telemal Production. Nampak menarik kan drama ini, jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Cinta Yang Pulang ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini ye..

Izzue Islam sebagai Noah Imran
Ummi Nazeera sebagai Adina Insyirah
Jasmine Suraya sebagai Thia
Fizz Fairuz sebagai Datuk Saziman
Azwan Kombos sebagai Zain
Melanie Tan sebagai Balqis
Zalfa Zin sebagai Sakinah
Areef Amran sebagai Adib
Raja Azmi sebagai Datin Hasanah
Dhiya Idrina sebagai Indah
Kuna Mahani sebagai Ibu Adina




Sinopsis Drama Cinta Yang Pulang Lakonan Izzue Islam dan Ummi Nazeera TV2

Mengisahkan Adina Insyirah yang telah dihina dan dimaki oleh jirannya, Noah kerana dituduh menyebarkan gambar tidak senonoh Thia, kekasih Noah. Selepas peristiwa itu, Adina berpindah ke Australia. Apabila kebenaran terungkap, Noah menyimpan rasa sesalnya yang tidak berkesudahan. Selama 12 tahun dia menunggu semoga ada ruang untuknya memohon kemaafan.

Kisah Adina Insyirah yang pernah disakiti oleh Noah Imran kerana telah dituduh menyebarkan gambar tidak senonoh kekasihnya, Thia. Noah telah mengeluarkan kata-kata makian dan hinaan yang betul-betul merenggut maruah diri Dina. Selepas peristiwa itu, Dina telah berpindah ke Australia. Selepas sahaja pemergian Dina, terbongkar kisah sebenar bahawa penyebaran gambar itu bukan dibuat oleh Dina. Noah menyimpan rasa sesalnya yang tidak berkesudahan. Selama 12 tahun dia menunggu semoga ada ruang untuknya memohon kemaafan.

Setelah 12 tahun Dina sekeluarga telah kembali ke rumah mereka. Pertemuannya dengan Dina membuka lembaran baru untuk Noah kerana dia mula jatuh cinta pada gadis tersebut. Tetapi berbeza dengan Dina yang ada dalam dirinya hanyalah rasa dendam dan benci terhadap lelaki yang sanggup menghinanya satu ketika dulu.

Namun perancangan ibu-ibu memang hebat. Dina terpaksa menjadi PA Noah, membuka peluang Noah untuk memikat hati Dina.


Jom Baca Ini Juga 👉👉 Drama Checklist Mr Right Lakonan Eyka Farhana Full Episode di TV3


⏩⏩ Drama Malaysian Ghost Stories Episod 1 Hingga 18 (Full Episode) Di Astro Ria

Read More

22 Ogo 2020

Sinopsis Telefilem Luluh - Cerekarama TV3




Telefilem Luluh, Telemovie Luluh, Slot Cerekarama, TV3, Cerekarama Luluh, Senarai Pelakon Telefilem Luluh, Aeril Zafrel, Izzue Islam, Ummi Nazeera, Nad Zainal, Haeriyanto Hassan, Fadilah Mansor,

Telefilem Luluh akan disiarkan di slot Cerekarama TV3 pada 22 Ogos 2020 ini, jam 10 malam. Antara pelakon telefilem Luluh ini adalah Aeril Zafrel, Izzue Islam, Ummi Nazeera, Nad Zainal, Haeriyanto Hassan, Fadilah Mansor dan ramai lagi. Selain itu telemovie Luluh ini diarahkan oleh Pali Yahya dan diterbitkan oleh PnD pictures. Nampak menarik kan telefilem ini, plus para pelakonnya juga best - best belaka. Oh ya Aeril Zafrel, Ummi Nazeera dan Izzue Islam macam reunion balik pula dalam telefilem ini selepas drama gandingan mereka bertiga sebelum ini iaitu drama Patahnya Sebelah Sayap. Apa pun jom tengok sinopsis ringkas telefilem ini dibawah ye..




Sinopsis Telefilem Luluh Lakonan Aeril Zafr
el, Izzue Islam, Ummi Nazeera dan Nad Zainal 
(Cerekarama TV3)

Farhan (Aeril Zafrel) yang berada di tahun 2 pengajian di universiti balik ke kampung. Semasa cuti semester tersebut, Farhan ditunangkan dengan Khairina (Nad Zainal), jiran dan juga 'girlfriend' nya sejak di sekolah menengah lagi. Namun seminggu selepas majlis pertunangan mereka, Husin, ayah Farhan meninggal dunia semasa pulang dari laut. Memandangkan Husin adalah yang selama ini bertanggunjawab menyara keluarga, Farhan ambil keputusan untuk berhenti belajar demi untuk menjaga ibu dan memberi laluan pada adiknya, Syakir (Izzue Islam) untuk memulakan pengajian di Universiti. Apa yang berlaku seterusnya.

Read More

4 Mei 2020

Sinopsis Penuh Drama Korban Kasih (TV1)




Drama Korban Kasih, Poster Drama Korban Kasih, OST Korban Kasih, Sinopsis Penuh Drama Korban Kasih, Drama Best, Drama Bulan Ramadan, Drama Melayu 2020 TV1, Drama Adaptasi Novel, Novel Korban Kasih, RTM TV1, Senarai Pelakon Drama Korban Kasih, Saharul Ridzwan, Azrel Ismail, Zara Zya, Dynas Mokhtar, Hasnul Rahmat, Ummi Nazeera, Ezzaty Abdullah, Meor Mohd,

Drama Korban Kasih sudah mula disiarkan di TV1 bermula 24 April 2020 setiap hari iaitu Isnin hingga Ahad, jam 7 malam, sepanjang bulan Ramadan ini. Drama ini mempunyai 30 episod dan merupakan adaptasi daripada Novel Korban Kasih 1 dan 2 karya Fatimah Saidin. Antara pelakon drama Korban Kasih ini adalah Saharul Ridzwan, Azrel Ismail, Zara Zya, Ummi Nazeera, Dynas Mokhtar, Hasnul Rahmat, Ezzaty Abdullah, Dato Ahmad Tamimi Siregar, Sheila Mambo, Nadiyah Shahab, Meor Mohd dan ramai lagi. Selain itu drama Korban Kasih ini diarahkan oleh Mohd Fazli Yahya dan diterbitkan oleh Mache All Star United Sdn Bhd. Aku suka drama ni, jalan ceritanya best, walaupun sebelum ni ada kontroversi sikit bila ada yang kritik pelakon - pelakon utama drama ni tak patut bawak watak masa remaja atau budak sekolah sebab tak sesuai dengan umur diorang. Tapi bagi aku, okey ja, lagi bagus sebab para pelakon akan lebih menghayati watak mereka dan penonton lagi senang nak paham jalan cerita gitu.

Of course ramai yang kesian dengan Jalil kan sebab mak dia punya benci kat dia memang tak boleh bawa bincang punya benci huhuhu. Benci pun sebab macam cemburu or tak puas hati sebab suaminya lebihkan Jalil dari anak lain. Sedangkan anak lain tak kisah pun, diorang rasa ayah diorang sayang diorang sama rata je. Cuma mak diorang je yang pilih kasih, layan Jalil macam anak tiri, sedangkan anak kandung tu. Apa pun drama ni memang best, para pelakon pun best - best belaka. Lagu tema / OST drama Korban Kasih ni juga sesuai dan sangat sedap gitu. OST drama Korban Kasih ini bertajuk Sampai Syurga dan dinyanyikan oleh Ezad Lazim dan Idayu. Apa pun jom tengok sinopis drama ini di bawah ye.



Sinopsis Drama Korban Kasih (Drama Bulan Ramadan)

Sebuah kisah kekeluargaan yang dirakamkan melalui pandangan Fatimah / Imah (Zara Zya) yang melihat perselisihan dan pilih kasih dalam keluarganya. Dia tidak mengerti mengapa ibunya membenci Abang Jalil (Saharul Ridzwan) sehingga abangnya itu tersingkir setelah kematian ayahnya. Dia juga melihat kejayaan kak long dan abang ngahnya belajar di sekolah berasrama penuh. Semua pergolakan ini dilihat secara positif oleh penulis sehingga menemukan semula secara harmoni semua ahli keluarga ini yang kini sudah pun dewasa. Sebuah kisah yang sangat memikat serta sarat dengan nilai-nilai murni.
Fatimah anak bongsu dari empat beradik, menyelami isi hati abang Jalil yang disisihkan oleh ibunya sendiri. Seluruh ahli keluarga menyayanginya, kecuali ibu Norizah (Dynas Mokhtar) yang mencurah kasih sayang pada anaknya yang lain. Walaupun dilayan seperti orang asing oleh ibu sendiri, Jalil banyak berkorban untuk kebahagiaan ibu, kembarnya Jamil (Azrel Ismail), adiknya Fatimah dan Kak Longnya (Ezzaty Abdullah). Kasihankan Jalil, ayah telah membawa Jalil keluar dari rumah dan tinggal bersama Nek Limah. Suatu hari ditakdirkan ayah telah meninggal dunia dan Jalil tetap dipersalahkan, tetapi Jalil tetap bersabar dan reda dengan dugaannya. Adik beradik turut bersempati dengan nasib Jalil namun tidak mampu berbuat apa-apa.
Drama Korban Kasih, Poster Drama Korban Kasih, OST Korban Kasih, Sinopsis Penuh Drama Korban Kasih, Drama Best, Drama Bulan Ramadan, Drama Melayu 2020 TV1, Drama Adaptasi Novel, Novel Korban Kasih, RTM TV1, Senarai Pelakon Drama Korban Kasih, Saharul Ridzwan, Azrel Ismail, Zara Zya, Dynas Mokhtar, Hasnul Rahmat, Ummi Nazeera, Ezzaty Abdullah, Meor Mohd,
Langit tidak selalu cerah, Nek Limah pula meninggal dunia. Jalil tiada pilihan selain terpaksa tinggal semula di rumah ibunya. Sekali lagi, Jalil terpaksa berhadapan dengan sikap marah ibu terhadap dirinya. Jalil tetap sabar dan tidak pernah membalas perbuatan ibunya. Jalil tetap meneruskan tanggungjawabnya menguruskan keluarga. Walaupun mendapat keputusan peperiksaan yang bagus, Jalil sanggup tidak meneruskan pelajaran demi memberi peluang kepada Kak Long dan Jamil meneruskan cita-cita mereka.
Tekanan demi tekanan, jiwa Jalil rapuh akhirnya. Dia mengambil keputusan meninggalkan rumah tanpa pengetahuan Fatimah (Imah) dan ibunya. Fatimah sebagai adik yang rapat dengan Jalil terpaksa mengambil alih tugas Jalil menguruskan keluarga. Jamil pula dilihat tidak biasa memikul tanggungjawab mengurus keluarga. Ternyata, keadaan tidak sama sewaktu Jalil ada. Kehidupan Sang ibu mula rasa pincang tanpa Jalil dan timbul rasa insaf dan sesal kerana membenci Jalil hingga Jalil pergi tanpa berita. Setelah beberapa tahun menghilangkan diri, Jalil kembali ke kampung bersama datuknya. Kepulangan Jalil sangat dirai oleh ibu dan adik-beradiknya. Mereka hidup bahagia bersama.

Keadaan keluarga tegang semula apabila Jamil yang dikahwinkan dengan Aisya (Ummi Nazeera) oleh ibu telah menghilangkan diri di hari perkahwinannya. Jamil hilang tanpa pesan. Ibu merasa sangat menyesal mengaturkan jodoh Jamil dengan Aisya. Namun Aisya sebagai isteri yang baik sanggup menunggu walau Jamil sudah bertahun meninggalkannya. Fatimah yang kasihan Aisya telah memujuk Jalil agar mengahwini Aisya. Demi kebahagiaan ibu, Fatimah dan Aisya, Jalil akhirnya bersetuju mengahwini Aisya. Mereka hidup bahagia sebagai suami isteri. Kebahagiaan mereka diuji apabila Jamil secara tiba-tiba muncul untuk mendapatkan Aisya kembali tanpa dia ketahui yang Aisya sudah menjadi isteri kepada Jalil. Apa yang berlaku seterusnya?. Bagaimana harus Jalil dan Aisya berhadapan dengan Jamil?

Read More

9 Nov 2019

Sinopsis Drama Suri Katriana - Slot Tiara Astro Prima




Suri Katriana, Drama Suri Katriana, Slot Tiara, Astro Prima, Sinopsis Drama Suri Katriana, Drama Melayu Astro 2019, Drama Bersiri Astro Prima 2019, Penyanyi, Drama Pertama Ernie Zakri, Drama Baru Ummi Nazeera, Drama Baru Zul Huzaimy, Drama Baru Nazim Othman, OST Suri Katriana, Lagu Sinar Mata Hati nyanyian Ernie Zakri, Watak - Watak Pelakon Drama Suri Katriana, Poster Drama Suri Katriana, Senarai Pelakon Drama Suri Katriana, Ernie Zakri, Ummi Nazeera, Aishah Azman, Nadiya Nisaa, Ezzaty Abdullah, Zul Huzaimy, Nazim Othman, Hasnul Rahmat, Rozita Che Wan, Fadilah Mansor, Kazar Saisi, Zaidi Omar, Aisyah Atan, Eleena Sui, Ryzal Jaafar, Ku Zara Eryna, Ending Drama Suri Katriana,

Drama Suri Katriana adalah drama terbaru di slot Tiara, Astro Prima yang mula bersiaran sejak 30 Oktober yang lalu, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 Petang. Drama Suri Katriana ini mempunyai 49 episod dan disiarkan bagi menggantikan drama Puteri Yang Ditukar yang telah tamat episodnya. Antara pelakon drama Suri Katriana ini adalah Ernie Zakri, Ummi Nazeera, Aishah Azman, Nadiya Nisaa, Ezzaty Abdullah, Zul Huzaimy, Nazim Othman, Hasnul Rahmat, Rozita Che Wan, Fadilah Mansor, Kazar Saisi, Zaidi Omar, Aisyah Atan, Eleena Sui, Ryzal Jaafar, Ku Zara Eryna dan ramai lagi. Selain itu drama ini diarahkan oleh Mohd Fazli Yahya (Pali Yahya) dan diterbitkan oleh MIG Production Sdn Bhd. Nampak menarik drama ini kan, apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye, sebelum tu jom tengok juga watak - watak pelakon drama Suri Katriana ini
Suri Katriana, Drama Suri Katriana, Slot Tiara, Astro Prima, Sinopsis Drama Suri Katriana, Drama Melayu Astro 2019, Drama Bersiri Astro Prima 2019, Penyanyi, Drama Pertama Ernie Zakri, Drama Baru Ummi Nazeera, Drama Baru Zul Huzaimy, Drama Baru Nazim Othman, OST Suri Katriana, Lagu Sinar Mata Hati nyanyian Ernie Zakri, Watak - Watak Pelakon Drama Suri Katriana, Poster Drama Suri Katriana, Senarai Pelakon Drama Suri Katriana, Ernie Zakri, Ummi Nazeera, Aishah Azman, Nadiya Nisaa, Ezzaty Abdullah, Zul Huzaimy, Nazim Othman, Hasnul Rahmat, Rozita Che Wan, Fadilah Mansor, Kazar Saisi, Zaidi Omar, Aisyah Atan, Eleena Sui, Ryzal Jaafar, Ku Zara Eryna, Ending Drama Suri Katriana,
Ernie Zakri sebagai Suri
Ummi Nazeera sebagai Katriana
Nadiya Nisaa sebagai Saerah
Aishah Azman sebagai Yasmin
Ezzaty Abdullah sebagai Edora 
Zul Huzaimy sebagai Faizal
Nazim Othman sebagai Daniel
Hasnul Rahmat sebagai Tuan Syed Sadiq
Rozita Che Wan sebagai Puan Sofea
Fadilah Mansor sebagai Mak Limah
Eleena Sui sebagai Amanda
Ryzal Jaafar sebagai Rizal
Ku Zara Eryna sebagai Liyana (5 tahun)




Sinopsis Drama Suri Katriana Lakonan Ernie Zakri dan Ummi Nazeera - Slot Tiara Astro Prima


Mengisahkan tentang pergolakan dan cabaran hidup yang perlu ditempuhi seorang gadis cantik bernama Suri (lakonan Ernie Zakri), yang begitu meminati seni tari, namun tidak dapat meneruskan pembelajaran kerana kekangan kewangan. Selepas dari kematian ibu bapanya, keadaan semakin mendesak sehingga Suri membuat keputusan untuk berkahwin dengan Tuan Syed Sadiq (lakonan Hasnul Rahmat), bekas majikan arwah ibunya yang selama ini banyak membantu kehidupan mereka. Suri turut digilai oleh rakan sekampungnya iaitu Faizal (lakonan Zul Huzaimy). Kematian ibu Suri ada kena mengena dengan Farid. Selepas berkahwin, Suri berpindah dan kehidupannya cukup lain dari sebelum ini. Beliau kembali sebagai Kat (lakonan Umi Nazeera), yang ingin menuntut bela di atas apa yang berlaku kepada dirinya dan ibunya. Rahsia kematian ibunya serta rahsia perubahan pada dirinya akhirnya terbongkar dan pada ketika itu kehidupan Suri terus dibelenggu dengan dugaan.nApakah yang membuat gadis suci seperti Suri sanggup merubah wajah untuk membalas dendam? Apakah dugaan yang bakal dihadapinya itu?
Suri Katriana, Drama Suri Katriana, Slot Tiara, Astro Prima, Sinopsis Drama Suri Katriana, Drama Melayu Astro 2019, Drama Bersiri Astro Prima 2019, Penyanyi, Drama Pertama Ernie Zakri, Drama Baru Ummi Nazeera, Drama Baru Zul Huzaimy, Drama Baru Nazim Othman, OST Suri Katriana, Lagu Sinar Mata Hati nyanyian Ernie Zakri, Watak - Watak Pelakon Drama Suri Katriana, Poster Drama Suri Katriana, Senarai Pelakon Drama Suri Katriana, Ernie Zakri, Ummi Nazeera, Aishah Azman, Nadiya Nisaa, Ezzaty Abdullah, Zul Huzaimy, Nazim Othman, Hasnul Rahmat, Rozita Che Wan, Fadilah Mansor, Kazar Saisi, Zaidi Omar, Aisyah Atan, Eleena Sui, Ryzal Jaafar, Ku Zara Eryna, Ending Drama Suri Katriana,
Lagu Tema / OST Suri Katriana
⏩ Sinar Mata Hati nyanyian Ernie Zakri

Jom Baca ini juga ➔ Drama Satukan Rasa Lakonan Siti Nordiana dan Khai Bahar

~ Blog Dari Hati Miss Mulan ~
Read More

27 Okt 2018

Sinopsis Filem Gol & Gincu Vol 2




Gol & Gincu Vol 2, Filem Melayu, Filem Gol & Gincu Vol 2, Movie, Malay Movie, Sinopsis Gol & Gincu Vol 2, 2018, Pelakon Gol & Gincu Vol 2, Diana Danielle, Ummi Nazeera, Sharifah Amani, Sazzy Falak, Syafiq Kyle, Aedy Ashraf, Jad Hidhir, Intan Serah, Tiara Anchant, Nik Nasuhah, Annabel Michael, Grace Ng, Iezahdiyana Alaudin, Gol & Gincu 2, Cast, 2018, Pelakon Asal Gol & Gincu Versi Asal, Fazura, Ashraf Sinclair, Pierre Andre, Rafidah, Kartini,
Sinopsis Filem Gol & Gincu Vol 2

Setelah sekian lama Filem Gol & Gincu kembali lagi dengan jalan cerita yang baru serta barisan pelakon yang baru, hanya 2 pelakon asal filem Gol & Gincu (2005) iaitu Sazzy Falak dan Sharifah Amani dikekalkan. Filem Gol & Gincu Vol 2 sudah pun ditayangkan di pawagam bermula 25 Oktober 2018 yang lalu, walaubagaimanapun tiada Fazura dalam filem ini ye. Antara pelakon filem Gol & Gincu Vol 2 ini adalah Diana Danielle, Ummi Nazeera, Sharifah Amani, Sazzy Falak, Syafiq Kyle, Aedy Ashraf, Jad Hidhir, Intan Serah, Tiara Anchant, Nik Nasuhah, Annabel Michael, Grace Ng, Iezahdiyana Alaudin dan ramai lagi. Selain itu filem ini diarahkan oleh Umi Salwana Omar dan antara keunikan filem ini bila berjaya mengabungkan elemen fashion, fitness dan friendship dalam filem Gol & Gincu vol 2 ini. 




Kalau kita imbas kembali / Throwback senarai pelakon asal filem Gol & Gincu tahun 2005 yang lalu terdiri daripada Fazura yang memegang watak Putri yang merupakan seorang yang feminin dan ceria serta sanggup belajar tentang bola dan buat team Futsal sendiri demi memenangi hati bekas kekasihnya. Selain itu filem berkenaan turut dilakonkan oleh Pierre Andre, Ashraf Sinclair, Sazzy Falak, Sharifah Amani, Kartini, Rafidah Abdullah, Anding dan ramai lagi. Apa pun jom tengok sinopsis movie Gol & Gincu Vol 2 ini di bawah okey.

Sinopsis Movie Gol & Gincu Vol 2

Mengisahkan tentang Zakiah (Zak) dan Zakiah (Yaya), dua pelajar universiti yang memiliki nama yang sama tetapi personaliti mereka jauh berbeza. Akibat tercetusnya pergaduhan di khalayak ramai yang menjadi tular di media sosial, kedua-dua gadis telah dikenakan tindakan disiplin oleh pihak pengurusan universiti untuk melakukan kerja-kerja amal sebagai teladan kepada pelajar-pelajar lain. Zak dan Yaya telah memilih untuk melakukan kerja amal di rumah remaja bermasalah yang dikendalikan oleh Jijie. Sangkaan mereka meleset setelah menyedari bahawa kerja amal bukanlah mudah. Mampukah mereka ketepikan sikap prejudis mereka dan membantu Jijie dan gadis-gadis remaja tersebut atau adakah kehadiran mereka hanya memburukkan keadaan? Dan apakah punca sebenar pergaduhan mereka?
Read More


My Random Post