Isnin nanti akan disiarkan episod 15 drama Rindu Kasih di Slot Samarinda TV3, episod 15 adalah episod terakhir drama Rindu Kasih ini. Apa pun susah nak mengagak ending drama Rindu Kasih ini, adakah endingnya happy ending, semua bahagia dengan hidup masing - masing ataupun akan adakah penyesalan, keinsafan dan juga kemaafan di episod akhir drama ini nanti. Tengok dari episod 14 drama Rindu Kasih ini nampak macam Shida mak Salina tu sakit teruk dan mungkin juga akan mati. Tapi kalau mak kandungnya mati, makin kesianlah kat Salina tu, dugaan datang bertubi - tubi, baru je Shida tu tahu yang Salina tu anak kandungnya yang sanggup masuk penjara semata - mata nak berjumpa dengannya.
Apa pun geram betul aku dengan mak mertua si Salina ni dengan suaminya si Amir tu, moga mak mertua dia tu dapat balasan setimpal dengan semua perbuatannya. Amir ni pun satu, dah janji macam - macam dengan Salina tapi satu janji pun tak tertunai. Moga Amir nampak semua perbuatan jahat mak dia sebelum ini, lagi best kalau Salina tu bercerai dengan Amir dan cari kebahagiaannya sendiri dengan anaknya Fayyad. Murni patutnya kahwin dengan Hisyam bukan jadi isteri kedua Amir. Apa pun tak sabar nak tahu ending drama Rindu Kasih ini nanti pada hari Isnin ni. Hope endingnya best kan. Apa pun nanti aku update lagi mengenai endingnya nanti okey. Apa pun lakonan semua pelakon drama Rindu Kasih ini memang terbaik.
Update!
Puas hati betul aku dengan ending drama Rindu Kasih ni, terbaiklah Salina, padan muka Amir. Pastu mak Amir tu masih tak insaf lagi tu walaupun dah ada dalam penjara. Ada yang kata kemungkinan akan ada Drama Rindu Kasih 2, jadi sama - sama kita tunggu ada ke tidak okey..
Jom BaCa Ini Juga 👉👉 Drama Terima Kasih Cinta Lakonan Amar Baharin dan Anna Jobling Episod 1 Hingga 20 Di Slot Akasia TV3
Tiada ulasan:
Catat Ulasan