19 Dis 2022

Drama Aku Seorang Perempuan Episod 1 Hingga 13 (TV9)



Drama Aku Seorang Perempuan, Drama TV9, Sinopsis Drama Aku Seorang Perempuan TV9, Drama Aku Seorang Perempuan Full Episode, Drama Aku Seorang Perempuan Episod 1 Hingga 13 tv9, Aku Seorang Perempuan Cast, Pelakon - Pelakon Drama Aku Seorang Perempuan TV9, Atikah Suhaime, Fezrul Khan, Hafidz Roshdi, Adriana Adnan,
Drama Aku Seorang Perempuan Episod 1 Hingga 13 (TV9)

Drama Aku Seorang Perempuan adalah drama terbaru di TV9 yang disiarkan bermula 19 November 2022, setiap Sabtu dan Ahad, jam 7.30 malam. Drama ini diinspirasikan daripada novel biografi Siti Nordiana Aku Seorang Perempuan dan mempunyai 13 episod. Antara pelakon drama Aku Seorang Perempuan ini adalah  Atikah Suhaime, Fezrul Khan, Adriana Adnan, Hafidz Roshdi, Aleza Shadan, Mustaqim Bahadon, Fadh Majid, Puteri Sarah Liyana, Hasnul Rahmat, Nor Albaniah dan ramai lagi. Selain itu drama Aku Seorang Perempuan ini diarahkan oleh Hashim Rejab dan diterbitkan Brotherhood Studio & Inisiatif Seni Kreatif. Nampak menarik drama ini kan, jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Aku Seorang Perempuan beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

Watak dan Barisan Pelakon Drama Aku Seorang Perempuan

Atikah Suhaime sebagai Siti Noraisya
Fezrul Khan sebagai Fareez Hidayat
Adriana Adnan sebagai Emira
Hafidz Roshdi sebagai Hakim Ali
Aleza Shadan sebagai Noriah
Saidah Kamarudin sebagai Noor
Mustaqim Bahadon sebagai Ehsan 
Fadh Majid sebagai Joe
Puteri Sarah Liyana sebagai Jasmin
Amai Kamarudin sebagai Fateh
Hasnul Rahmat sebagai Alias
Johaa Sham sebagai Maya
Elmy Moin sebagai Haidar
Sarah Dawud sebagai Tasya
Nor Albaniah sebagai Datin Ariza 
Aisha Sudin sebagai Puan Salbiah




Sinopsis Drama Aku Seorang Perempuan (TV9)

Mengisahkan tentang Siti Nor Aisya (Atikah Suhaime), seorang penyanyi muda yang sedang mengecapi populariti dan mempunyai ramai peminat yang menjadi sokongan kuat dalam kerjayanya. Siti Nor Aisya bertemu cinta dengan seorang pelakon popular, Fareez (Fezrul Khan). Mereka berdua berkahwin atas dasar cinta. Bagi Siti Nor Aisya, dia sanggup mengorbankan kerjayanya yang sedang berada di puncak kerana mahu menumpukan sepenuh perhatian kepada rumah tangga. Adriana (Adriana Adnan) ialah seorang pelakon yang berkawan baik dengan Fareez. Adriana mempunyai masalah dengan kekasihnya, dan sering menemui Fareez untuk meluahkan masalah. Hubungan mereka menjadi semakin akrab dan ia mula menimbulkan rasa tidak senang dalam hati Siti Nor Aisya. Mahligai cinta yang dibina mula goyah dan diduga. Akhirnya, Siti Nor Aisya diceraikan ketika anak mereka masih kecil. Dalam saat dia perlu bangkit dan mencari kekuatan untuk menyara anak kecilnya, Siti Nor Aisya diuji lagi dengan kehilangan teman baik sejak kecil iaitu Hakim (Hafidz Roshdi) yang juga teman seperjuangannya dalam bidang nyanyian. Bagaimanakah Siti Nor Aisya mencari kekuatan dalam hidupnya untuk terus berjuang?

Lagu Tema / OST Drama Aku Seorang Perempuan

👄👄 Cintaku Masih Berdiri nyanyian Siti Nordiana 


1 ulasan:



My Random Post