Memaparkan catatan dengan label Adriana Adnan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Adriana Adnan. Papar semua catatan

19 Dis 2022

Drama Aku Seorang Perempuan Episod 1 Hingga 13 (TV9)



Drama Aku Seorang Perempuan, Drama TV9, Sinopsis Drama Aku Seorang Perempuan TV9, Drama Aku Seorang Perempuan Full Episode, Drama Aku Seorang Perempuan Episod 1 Hingga 13 tv9, Aku Seorang Perempuan Cast, Pelakon - Pelakon Drama Aku Seorang Perempuan TV9, Atikah Suhaime, Fezrul Khan, Hafidz Roshdi, Adriana Adnan,
Drama Aku Seorang Perempuan Episod 1 Hingga 13 (TV9)

Drama Aku Seorang Perempuan adalah drama terbaru di TV9 yang disiarkan bermula 19 November 2022, setiap Sabtu dan Ahad, jam 7.30 malam. Drama ini diinspirasikan daripada novel biografi Siti Nordiana Aku Seorang Perempuan dan mempunyai 13 episod. Antara pelakon drama Aku Seorang Perempuan ini adalah  Atikah Suhaime, Fezrul Khan, Adriana Adnan, Hafidz Roshdi, Aleza Shadan, Mustaqim Bahadon, Fadh Majid, Puteri Sarah Liyana, Hasnul Rahmat, Nor Albaniah dan ramai lagi. Selain itu drama Aku Seorang Perempuan ini diarahkan oleh Hashim Rejab dan diterbitkan Brotherhood Studio & Inisiatif Seni Kreatif. Nampak menarik drama ini kan, jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Aku Seorang Perempuan beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

Watak dan Barisan Pelakon Drama Aku Seorang Perempuan

Atikah Suhaime sebagai Siti Noraisya
Fezrul Khan sebagai Fareez Hidayat
Adriana Adnan sebagai Emira
Hafidz Roshdi sebagai Hakim Ali
Aleza Shadan sebagai Noriah
Saidah Kamarudin sebagai Noor
Mustaqim Bahadon sebagai Ehsan 
Fadh Majid sebagai Joe
Puteri Sarah Liyana sebagai Jasmin
Amai Kamarudin sebagai Fateh
Hasnul Rahmat sebagai Alias
Johaa Sham sebagai Maya
Elmy Moin sebagai Haidar
Sarah Dawud sebagai Tasya
Nor Albaniah sebagai Datin Ariza 
Aisha Sudin sebagai Puan Salbiah




Sinopsis Drama Aku Seorang Perempuan (TV9)

Mengisahkan tentang Siti Nor Aisya (Atikah Suhaime), seorang penyanyi muda yang sedang mengecapi populariti dan mempunyai ramai peminat yang menjadi sokongan kuat dalam kerjayanya. Siti Nor Aisya bertemu cinta dengan seorang pelakon popular, Fareez (Fezrul Khan). Mereka berdua berkahwin atas dasar cinta. Bagi Siti Nor Aisya, dia sanggup mengorbankan kerjayanya yang sedang berada di puncak kerana mahu menumpukan sepenuh perhatian kepada rumah tangga. Adriana (Adriana Adnan) ialah seorang pelakon yang berkawan baik dengan Fareez. Adriana mempunyai masalah dengan kekasihnya, dan sering menemui Fareez untuk meluahkan masalah. Hubungan mereka menjadi semakin akrab dan ia mula menimbulkan rasa tidak senang dalam hati Siti Nor Aisya. Mahligai cinta yang dibina mula goyah dan diduga. Akhirnya, Siti Nor Aisya diceraikan ketika anak mereka masih kecil. Dalam saat dia perlu bangkit dan mencari kekuatan untuk menyara anak kecilnya, Siti Nor Aisya diuji lagi dengan kehilangan teman baik sejak kecil iaitu Hakim (Hafidz Roshdi) yang juga teman seperjuangannya dalam bidang nyanyian. Bagaimanakah Siti Nor Aisya mencari kekuatan dalam hidupnya untuk terus berjuang?

Lagu Tema / OST Drama Aku Seorang Perempuan

👄👄 Cintaku Masih Berdiri nyanyian Siti Nordiana 

Jom BaCa ini juga 👉👉 Info dan Sinopsis Drama Air Mata Di Bumi Matador 2 (TV2)

Read More

17 Nov 2022

Episod Akhir dan Ending Drama Suri Hati



Episod Akhir Drama Suri Hati, Ending Drama Suri Hati, Sinopsis Episod Akhir Drama Suri Hati , Drama Slot Samarinda TV3, Suri Hat Cast,

Berakhir sudah drama 20 episod yang bertajuk Suri Hati, selepas ini drama Rindu Kasih lakonan Ummi Nazeera, Amyza Aznan dan Izzue Islam akan menggantikan drama ini. Drama Suri Hati ini mengisahkan tentang suka duka 4 sahabat dalam menghadapi cabaran hidup. Episod akhir drama Suri Hati ini bermula dengan Suraya lakonan Adriana Adnan yang telah mengetahui perkahwinan rahsia suaminya Marzuki (Fahrin Ahmad) dengan kawan baiknya sendiri iaitu Laila (Nadia Brian). Manakala Sarah (Puteri Sarah Liyana) pula dah tawar hati nak meneruskan perkahwinannya dengan Hakim (Ikhwan Khairudin), selepas perkahwinan mereka tidak direstui oleh ibu Hakim. Atikah (Melanie Tan) pula masih ragu - ragu dengan perkahwinannya dengan Azlan (Malek Mccrone) , lebih teruk lagi bila bekas kekasihnya kembali menagih cintanya. 




Irma 
(Shakilla Khoriri) gagal memujuk Hakim untuk rujuk semula, lalu membuat satu rancangan jahat untuk perangkap Sarah namun rancangannya gagal apabila telah diketahui oleh Hakim, Suraya dan Atikah. Lebih memeranjatkan bila Laila turut terlibat sama dalam rancangan Irma itu. Laila mengugut akan mencederakan Sarah jika ada sesiapa yang datang dekat. Laila turut menceritakan tentang penderitaannya selama ini yang dirahsiakan pada kawan - kawannya itu. Apa pun aku ingatkan bila Laila dah kemalangan semua, dia akan insaf tapi hampeh tetap jadi diri dia jugak yang benci melihat kebahagiaan kawan - kawannya tu. Laila tu kalau boleh nak tengok semua kawan dia menderita dan hidup lonely macam dirinya. Ending drama Suri Hati ini menyaksikan semua kawan - kawan Laila ada kebahagiaan masing - masing dan Laila tetap jadi dirinya yang masih meratapi nasib malangnya itu.

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Telefilem Isa & Bella (Awesome TV)

Read More

12 Nov 2022

Telefilem Obses Lakonan Hun Haqeem (Astro Citra)



Telefilem Obses Astro Citra, Telemovie Obses Astro Citra, Sinopsis Telefilem Obses Astro Citra, Poster Telefilem Obses Astro Citra, Obses Cast, Pelakon - Pelakon Telefilem Obses Astro Citra, Hun Haqeem, Adriana Adnan, Hariz Hamdan, Telefilem Obses Astro Citra Full Movie, Hun Haqeem Telemovie, Telemovie Astro Citra,

Telefilem Obses akan disiarkan di slot Citra Exclusive Astro Citra pada Sabtu ini, 12 November 2022, jam 10 malam. Antara pelakon telefilem Obses ini adalah Hun Haqeem, Adriana Adnan, Hariz Hamdan, Irsyadi, Razman Mahayuddin, Maya Jaafar dan ramai lagi. Selain itu telefilem ini diarahkan oleh Helmi Yusof dan diterbitkan oleh Pencil Pictures & Records Sdn Bhd. Wah nampak macam best je kan telefilem ini, para pelakon pun mantap, jadi jom tengok sinopsis telemovie Obses ini dibawah beserta sinopsisnya sekali okey..




Sinopsis Telefilem Obses Lakonan Hun Haqeem  dan Adriana Adnan Di Astro Citra

Seorang gadis menjadi obsesi beberapa lelaki berlatar belakang misteri. Salah seorang daripada mereka mungkin terlalu taksub dengannya sehingga sanggup membunuh orang lain hanya untuk mendapatkannya. Lokman yang terlalu obses untuk mendapatkan cinta Mira sanggup lakukan apa sahaja demi mendapatkan perhatian Mira. Namun kehadiran Firash dan Ehsan menguji jiwa Lokman. Yusof yang selama ini membuli Lokman dan selalu mesra dengan Mira ditemui meninggal. Apa yang berlaku sebenarnya? Siapa di sebalik semua kejadian ini? 


Read More

20 Okt 2022

Drama Suri Hati Episod 1 Hingga 20 Di Slot Samarinda TV3



Drama Suri Hati, Drama Suri Hati TV3, Drama Slot Samarinda TV3, Sinopsis Drama Suri Hati TV3, Poster Drama Suri Hati, Drama Suri Hati Full Episode, Drama Suri Hati Episod 1 Hingga 20, Ending Drama Suri Hati, Episod Akhir Drama Suri Hati TV3, Suri Hati Cast, Pelakon - Pelakon Drama Suri Hati, Nadia Brian, Adriana Adnan, Puteri Sarah Liyana, Melanie Tan, Fahrin Ahmad, Malek Mccrone,

Drama Suri Hati adalah drama terbaru di slot Samarinda TV3 yang disiarkan bagi menggantikan Drama Aku Tanpa Cintamu lakonan Zamarul Hisyam dan Bella Astillah yang telah tamat episodnya. Drama ini sudah mula bersiaran di TV3 sejak 12 Oktober 2022 yang lalu, setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10 malam, drama ini juga boleh ditonton di platform penstriman Viu. Antara pelakon drama Suri Hati ini adalah Nadia Brian, Puteri Sarah Liyana, Adriana Adnan, Melanie Tan, Fahrin Ahmad, Ikhwan Khairuddin, Shakilla Koriri, Malek Mccrone, Ameerul Asyraf, Faizul Syaharin dan ramai lagi. Selain itu drama Suri Hati ini mempunyai 20 episod dan diarahkan oleh Azhar Khalid (Apache) serta diterbitkan oleh Million Pictures Sdn Bhd. Nampak menarik kan drama ini, ada ramai pelakon best gitu, jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Suri Hati ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

Watak dan Barisan Pelakon Drama Suri Hati

Nadia Brian sebagai Laila
Adriana Adnan sebagai Suraya
Puteri Sarah Liyana sebagai Sarah
Melanie Tan sebagai Atikah
Fahrin Ahmad sebagai Marzuki
Ikhwan Khairudin sebagai Hakim
Carissa Azhar sebagai Marissa
Malek Mccrone sebagai Azlan
Aryana Amani sebagai Zahra
Faiz Shafie sebagai Adam 
Ameerul Asyraf sebagai Khader
Shakilla Khoriri sebagai Irma 
Nadia Kesuma sebagai Puan Hasnah 
Faizul Syaharin sebagai Mr Burn
Shajiry Damery sebagai Kamal 
Aisar Khaled sebagai Reza 




Sinopsis Drama Suri Hati Lakonan Puteri Sarah Liyana dan Nadia Brian Di Slot Samarinda TV3

Mengisahkan tentang empat orang gadis iaitu Suraya, Sarah, Laila dan Atikah berkawan rapat ketika menuntut di sebuah kolej. Namun begitu,selepas tamat pengajian mereka berempat membawa haluan masing-masing. Walaupun begitu persahabatan masih diteruskan. Sarah (Puteri Sarah Liyana) mengalami masalah rumah tangga sehingga bercerai dengan suaminya yang panas baran. Setelah bercerai, Sarah membuka sebuah cafe dan mula berkenalan dengan seorang duda bernama Hakim, namun pertelingkahan berlaku apabila orang terdekat mula membantah hubungan mereka. Laila (Nadia Brian) seorang wanita yang berkerjaya mengalami masalah tekanan emosi disebabkan trauma yang dialaminya pada usia yang sangat muda. Keadaan tersebut membuat hidup Laila penuh dendam dan tidak suka melihat kebahagiaan orang lain termasuk rakan-rakannya. 

Drama Suri Hati, Drama Suri Hati TV3, Drama Slot Samarinda TV3, Sinopsis Drama Suri Hati TV3, Poster Drama Suri Hati, Drama Suri Hati Full Episode, Drama Suri Hati Episod 1 Hingga 20, Ending Drama Suri Hati, Episod Akhir Drama Suri Hati TV3, Suri Hati Cast, Pelakon - Pelakon Drama Suri Hati, Nadia Brian, Adriana Adnan, Puteri Sarah Liyana, Melanie Tan, Fahrin Ahmad, Malek Mccrone,
Suraya (Adriana Adnan) seorang suri rumah impikan kehidupan yang bahagia selepas berkahwin bersama seorang duda anak satu. Namun kehidupannya diuji apabila anak tirinya, Marissa tidak dapat menerima beliau selaku ibu tiri dan suaminya Marzuki (Fahrin Ahmad) mula curang dengan kekasih lamanya. 
Atikah (Melanie Tan) seorang wanita yang ceria dan ingin mencari cinta. Bagi Atikah, kebahagiaan terletak dalam cinta sejati. Namun, kisah cinta Atikah tidak menentu dimana beliau mengalami situasi bercinta, bertunang dan melangkah masuk ke alam perkahwinan dengan individu yang berlainan. Ini membuatkan rakan-rakannya keliru dengan sikap Atikah. Selepas beberapa ketika, persahabatan mereka mula diuji. Angkara belenggu perasaan yang diracuni. Mampukah kebahagiaan mengatasi kebencian pada akhirnya?

Lagu Tema / OST Drama Suri Hati 

👄👄 Sepi nyanyian Aina Abdul 

👄👄 Sudah Tentu nyanyian Yazmin Aziz

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Drama One Cent Thief Lakonan Syafiq Kyle (Astro Ria)

Read More


My Random Post