Memaparkan catatan dengan label TV9. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label TV9. Papar semua catatan

19 Dis 2022

Drama Aku Seorang Perempuan Episod 1 Hingga 13 (TV9)



Drama Aku Seorang Perempuan, Drama TV9, Sinopsis Drama Aku Seorang Perempuan TV9, Drama Aku Seorang Perempuan Full Episode, Drama Aku Seorang Perempuan Episod 1 Hingga 13 tv9, Aku Seorang Perempuan Cast, Pelakon - Pelakon Drama Aku Seorang Perempuan TV9, Atikah Suhaime, Fezrul Khan, Hafidz Roshdi, Adriana Adnan,
Drama Aku Seorang Perempuan Episod 1 Hingga 13 (TV9)

Drama Aku Seorang Perempuan adalah drama terbaru di TV9 yang disiarkan bermula 19 November 2022, setiap Sabtu dan Ahad, jam 7.30 malam. Drama ini diinspirasikan daripada novel biografi Siti Nordiana Aku Seorang Perempuan dan mempunyai 13 episod. Antara pelakon drama Aku Seorang Perempuan ini adalah  Atikah Suhaime, Fezrul Khan, Adriana Adnan, Hafidz Roshdi, Aleza Shadan, Mustaqim Bahadon, Fadh Majid, Puteri Sarah Liyana, Hasnul Rahmat, Nor Albaniah dan ramai lagi. Selain itu drama Aku Seorang Perempuan ini diarahkan oleh Hashim Rejab dan diterbitkan Brotherhood Studio & Inisiatif Seni Kreatif. Nampak menarik drama ini kan, jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Aku Seorang Perempuan beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

Watak dan Barisan Pelakon Drama Aku Seorang Perempuan

Atikah Suhaime sebagai Siti Noraisya
Fezrul Khan sebagai Fareez Hidayat
Adriana Adnan sebagai Emira
Hafidz Roshdi sebagai Hakim Ali
Aleza Shadan sebagai Noriah
Saidah Kamarudin sebagai Noor
Mustaqim Bahadon sebagai Ehsan 
Fadh Majid sebagai Joe
Puteri Sarah Liyana sebagai Jasmin
Amai Kamarudin sebagai Fateh
Hasnul Rahmat sebagai Alias
Johaa Sham sebagai Maya
Elmy Moin sebagai Haidar
Sarah Dawud sebagai Tasya
Nor Albaniah sebagai Datin Ariza 
Aisha Sudin sebagai Puan Salbiah




Sinopsis Drama Aku Seorang Perempuan (TV9)

Mengisahkan tentang Siti Nor Aisya (Atikah Suhaime), seorang penyanyi muda yang sedang mengecapi populariti dan mempunyai ramai peminat yang menjadi sokongan kuat dalam kerjayanya. Siti Nor Aisya bertemu cinta dengan seorang pelakon popular, Fareez (Fezrul Khan). Mereka berdua berkahwin atas dasar cinta. Bagi Siti Nor Aisya, dia sanggup mengorbankan kerjayanya yang sedang berada di puncak kerana mahu menumpukan sepenuh perhatian kepada rumah tangga. Adriana (Adriana Adnan) ialah seorang pelakon yang berkawan baik dengan Fareez. Adriana mempunyai masalah dengan kekasihnya, dan sering menemui Fareez untuk meluahkan masalah. Hubungan mereka menjadi semakin akrab dan ia mula menimbulkan rasa tidak senang dalam hati Siti Nor Aisya. Mahligai cinta yang dibina mula goyah dan diduga. Akhirnya, Siti Nor Aisya diceraikan ketika anak mereka masih kecil. Dalam saat dia perlu bangkit dan mencari kekuatan untuk menyara anak kecilnya, Siti Nor Aisya diuji lagi dengan kehilangan teman baik sejak kecil iaitu Hakim (Hafidz Roshdi) yang juga teman seperjuangannya dalam bidang nyanyian. Bagaimanakah Siti Nor Aisya mencari kekuatan dalam hidupnya untuk terus berjuang?

Lagu Tema / OST Drama Aku Seorang Perempuan

👄👄 Cintaku Masih Berdiri nyanyian Siti Nordiana 

Jom BaCa ini juga 👉👉 Info dan Sinopsis Drama Air Mata Di Bumi Matador 2 (TV2)

Read More

5 Ogo 2022

Drama Guard Komando (TV9)



Drama Guard Komando, Drama Guard Komando TV9, Sinopsis Drama Guard Komando, Poster Drama Guard Komando, Drama Guard Komando Full Episode, Guard Komando Cast, Drama TV9, Pelakon - Pelakon Drama Guard Komando, Shamsul Ghau Ghau, Fendy Bakry, Mark Adam, Jiggy Masin, Dazrin Kamarudin, Ayunie Rizal, Rahhim Omar, Mimi Ernida,

Drama Guard Komando sudah mula bersiaran di slot Diandra TV9 sejak 28 Julai 2022 yang lalu, setiap Khamis dan Jumaat, jam 8.30 malam. Antara pelakon drama Guard Komando ini adalah Shamsul Ghau Ghau, Fendy Bakry, Mark Adam, Jiggy Masin, Dazrin Kamarudin, Ayunie Rizal, Rahhim Omar, Mimi Ernida, Fazlina Ahmad Daud, Rosli Rahman Adam dan ramai lagi. Selain itu drama Guard Komando ini diarahkan oleh MP Roslin Md Sharif dan diterbitkan oleh Orangetree Production Sdn Bhd. Nampak macam menarik kan drama ini, jalan cerita dia macam lain dari yang lain gitu. Apa pun jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Guard Komando ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

Shamsul Ghau Ghau sebagai Komando Adnan
Fendy Bakry sebagai Kolid
Mark Adam sebagai Mansur
Jiggy Masin sebagai Dollah




Sinopsis Drama Guard Komando Lakonan Shamsul Ghau Ghau, Fendy Bakry, Mark Adam dan Jiggy Masin di Slot Diandra TV9

Kisah bagaimana bermulanya Guard Komando yang diberi gelaran Komandudu memberikan perkhidmatan di Taman Perumahan Coh Jaya. Tiga anak lelaki Komandudu pula masing-masing mempunyai impian dan cita-cita mereka tersendiri, tetapi akhirnya terpaksa juga membantu ayah mereka. Apa yang berlaku seterusnya?..



Read More

2 Ogo 2022

Telefilem Suci Dari Neraka lakonan Johan As'ari dan Rita Nadira (TV9)



Telefilem Suci Dari Neraka, Telemovie Suci Dari Neraka, Poster Telefilem Suci Dari Neraka TV9, Info dan Sinopsis Telefilem Suci Dari Neraka, Suci Dari Neraka Cast, Pelakon - Pelakon Telefilem Suci Dari Neraka, Johan As'ari, Rita Nadira, Muaz Fitri, Talha Harith, Telefilem TV9,

Telefilem Suci Dari Neraka telah pun disiarkan di TV9 iaitu di channel Astro 149, myFreeview 109 dan Tonton pada 1 Ogos 2022 yang lalu, jam 8.30 malam. Antara pelakon telefilem Suci Dari Neraka ini adalah Johan Arrif As'ari, Rita Nadira, Muaz Fitri, Talha Harith dan ramai lagi. Selain itu telemovie Suci Dari Neraka ini diarahkan oleh Isqandar Jebat dan diterbitkan oleh PTV Media Sdn Bhd. Nampak menarik kan telemovie Suci Dari Neraka ini, jadi jom tengok sinopsis ringkas telefilem ini di bawah okey..




Sinopsis Telefilem Suci Dari Neraka lakonan Johan As'ari dan Rita Nadira (TV9)

Azlan sukakan sepupunya Suri, namun Suri telah bertunang dengan rakan kolejnya Syamel. Azlan kecewa, dia bertindak mahu memutuskan pertunangan mereka. Suatu hari, Azlan melanggar Suri sehingga Suri koma. Lebih menyedihkan Syamel telah memutuskan pertunangannya  dengan Suri untuk berkahwin dengan Nadiah. Apa yang berlaku seterusnya?..

Read More

9 Jun 2022

Drama Ada Apa Dengan Saka Lakonan Syazwan Zulkifly dan Shiha Zikir (TV9)



Drama Ada Apa Dengan Saka, Drama Ada Apa Dengan Saka TV9, Drama Ada Apa Dengan Saka Full Episode, Sinopsis Drama Ada Apa Dengan Saka, Poster Drama Ada Apa Dengan Saka, Drama Ada Apa Dengan Saka Episod 1 Hingga 20, Ada Apa Dengan Saka Cast, Pelakon - Pelakon Drama Ada Apa Dengan Saka,

Drama Ada Apa Dengan Saka telah mula bersiaran di slot Diandra TV9 bermula 19 Mei 2022 yang lalu, setiap hari Khamis, jam 8.30 malam dan bersiaran selama 2 jam. Antara pelakon drama Ada Apa Dengan Saka ini adalah Syazwan Zulkifly, Shiha Zikir, Wanns Ahmad, Myra Natasya, Dynas Mokhtar, Watie Elite, Azri Iskandar dan ramai lagi. Selain itu drama Ada Apa Dengan Saka ini mempunyai 20 episod dan diarahkan oleh Nazir Jamaluddin serta diterbitkan oleh Saphire Screen Sdn Bhd. Nampak menarik kan drama ini, jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Ada Apa Dengan Saka ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

Syazwan Zulkifly sebagai Madi
Shiha Zikir sebagai Aina 
Wanns Ahmad sebagai Atu
Watie Elite sebagai Saodah
Azri Iskandar sebagai Tuan Hambali
Dynas Mokhtar sebagai Tiara




Sinopsis 
Drama Ada Apa Dengan Saka Lakonan Syazwan Zulkifly dan Shiha Zikir (Slot Diandra TV9)

Mengisahkan Aina dan Madi yang jatuh cinta pandang pertama apabila Madi mengetahui kebolehan luar biasa Aina. Aina yang terpaksa membawa diri ke bandar apabila orang kampung tidak dapat menerima kebolehan luar biasa beliau yang boleh melihat benda ghaib. Aina bertemu dengan Madi di bandar dan mereka jatuh cinta.
Madi bertekad untuk membantu aina pulih dari masalah yang Aina hadapi di samping dalam masa yang sama Aina membantu merungkai masalah yang dihadapi oleh Madi dan keluarganya yang sering diganggu makhluk ghaib. Apa yang berlaku seterusnya?..



Read More

4 Jun 2022

Drama Air Mata Allisya Lakonan Keith Foo dan Sophia AlBarakbah Episod 1 Hingga 15 (TV9)



Drama Air Mata Allisya, Drama Air Mata Allisya TV9, Sinopsis Drama Air Mata Allisya, Drama Air Mata Allisya Full Episode, Drama Air Mata Allisya Episod 1 Hingga 15 Di TV9, Air Mata Allisya Cast, Pelakon - Pelakon Drama Air Mata Allisya, Drama Baru Keith Foo, Drama Baru Sophia AlBarakbah, Drama TV9 2022,

Drama Air Mata Allisya sudah mula bersiaran di TV9 sejak 20 Mei 2022 yang lalu, setiap hari Jumaat, jam 8.30 malam hingga 10.30 malam. Drama ini bersiaran selama 2 jam, sekali seminggu dan drama ini juga merupakan adaptasi daripada Novel Air Mata Allisya karya Ain Zanowi. Antara pelakon drama Air Mata Allisya ini adalah Keith Foo, Sophia AlBarakbah, Hariz Hamdan, Puteri Khareeza, Nazeera Sardi, Tony Eusoff, Anne Abdullah, Jasmin Hamid, Zainol Macwilson, Zalfa Zin dan ramai lagi. Selain itu drama Air Mata Allisya ini mempunyai 15 episod dan diarahkan oleh Kyoll Hamzah serta diterbitkan oleh Country Universal Sdn Bhd. Nampak menarik kan drama ini, plus para pelakonnya juga nampak best, jadi jom tengok watak - watak pelakon drama Air Mata Allisya ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..




Sinopsis Drama Air Mata Allisya Lakonan Keith Foo dan Sophia AlBarakbah (TV9) 

Mengisahkan Allisya (Sophia Albarakbah) yang hidup berdikari selepas abangnya terbunuh dalam sebuah kemalangan yang tragis. Allisya kemudiannya bertemu dengan Arief (Keith Foo) dan mereka berdua jatuh cinta. Walaupun ibu Arief tidak merestui hubungan mereka, mereka telah berkahwin. Datin Sarimah (Anne Abdullah) mula mendera Allisya secara fizikal dan mental manakala Dato’ Mustapha (Tony Eusoff) pula melayannya seperti anak perempuannya. Apabila Dato’ Mustapha berterus-terang dengan Allisya bahawa Arief ialah penyebab kepada kemalangan tragis abangnya, Allisya telah melarikan diri dari Arief kerana berasa dikhianati. 

Sinopsis Novel Air Mata Allisya

Intan Allisya, begitu indah nama itu namun siapa sangka takdir gadis ini tidak seindah namanya. Masa kecilnya dilalui dengan penuh duka angkara orang yang bernama Datuk Mustapha. Ketika usianya masih muda, dia diuji dengan pemergiaan satu-satunya adik yang disayangi. Tidak cukup dengan itu, ayahnya pula menghilangkan diri. Allisya hilang arah. Namun, dia belajar untuk menerima hakikat itu. Kehadiran Daniel Arief menjadikan hidupnya kembali berwarna-warni. Hati yang dahulunya rapuh menjadi kuat gara-gara cinta mereka. Perkahwinan yang disangka penamat kesedihan rupa-rupanya pisau yang menoreh kembali luka lamanya.Tidak cukup dengan layanan buruk daripada ibu mentua, suami yang dahulu merupakan pelindung dan pencinta setianya pula berubah laku. Allisya buntu. Hatinya benar-benar terluka. Malangnya, luka itu berubah menjadi dendam yang amat parah apabila mengetahui orang yang bertanggungjawab atas kematian adiknya ialah suaminya sendiri! Malah, dia menjadi yatim sebelum tiba masanya angkara bapa mentuanya. Adakah ini takdir yang tersurat dalam hidupnya?
Drama Air Mata Allisya, Drama Air Mata Allisya TV9, Sinopsis Drama Air Mata Allisya, Drama Air Mata Allisya Full Episode, Drama Air Mata Allisya Episod 1 Hingga 15 Di TV9, Air Mata Allisya Cast, Pelakon - Pelakon Drama Air Mata Allisya, Drama Baru Keith Foo, Drama Baru Sophia AlBarakbah, Drama TV9 2022,
Penderitaannya tidak berakhir di situ. Dia diuji lagi. Di saat hatinya nekad untuk meninggalkan Arief, dia disahkan hamil. Allisya bagaikan jatuh ditimpa tangga. Pujuk rayu Arief tidak dihiraukan malahan kebencian makin tepu dalam hati.
“Tak cukup lagi ke awak dah bunuh adik saya? Sekarang awak nak bunuh anak saya pulak? Saya benci awak!” Arief pasrah. Dia sudah tidak terdaya. Apa lagi yang perlu dilakukan untuk mendapat secebis kemaafan daripada isterinya? “Setelah abang fikir dalam-dalam baru abang sedar yang abang langsung tidak layak untuk sayang. Abang hanya buat sayang menderita. Selama hidup dengan abang, air mata sayang tak berhenti mengalir. Pergilah sayang, carilah kebahagiaanmu. Abang lepaskan sayang pergi..” Arief menangis hiba. Adakah selepas ini air mata Allisya tidak akan menitis lagi?



Read More

22 Apr 2022

Info dan Sinopsis Telefilem Ramadan Tunggu Aku Datang (TV9)



Telefilem Ramadan Tunggu Aku Datang, Telemovie Ramadan Tunggu Aku Datang TV9, Sinopsis Telefilem Ramadan Tunggu Aku Datang, Ramadan Tunggu Aku Datang Cast, Pelakon - Pelakon Telefilem Ramadan Tunggu Aku Datang, Telemovie TV9,

Telefilem Ramadan Tunggu Aku Datang akan disiarkan pada hari Jumaat ini iaitu 22 April 2022, jam 8.30 malam.di slot skrin TV9. Antara pelakon telefilem Ramadan Tunggu Aku Datang ini adalah Naqiu Mohd, Nurin Afiqah, Muna Shahirah, Fareez Hazwan, Fauzi Nawawi, Aleza Shadan dan ramai lagi. Selain itu telemovie Ramadan Tunggu Aku Datang ini diarahkan oleh Eyra Rahman dan diterbitkan oleh Nuansa Sdn Bhd. Nampak menarik kan telemovie ni, jadi jom tengok sinopsis ringkas telemovie ini dibawah okey..            



Sinopsis Telefilem Ramadan Tunggu Aku Datang - TV9

Mengisahkan tentang seorang remaja yang bekerja sebagai penghantar makanan sentiasa berhadapan dengan pelbagai cabaran untuk cuba meluangkan masa dengan kawan-kawannya. Apa yang berlaku seterusnya..



Read More

4 Apr 2022

Drama 30 Hari Sebelum Raya Slot Diandra TV9



Drama 30 Hari Sebelum Raya, Drama 30 Hari Sebelum Raya Slot Diandra TV9, Info dan Sinopsis Drama 30 Hari Sebelum Raya, Poster Drama 30 Hari Sebelum Raya, 30 Hari Sebelum Raya Cast, Pelakon - Pelakon Drama 30 Hari Sebelum Raya, Kazar Saisi, Liza Abdullah, Sufian Suhaimi, Chacha Maembong, Fahrin Ahmad, Aprena Manrose, Mark Adam, Shakilla Khoriri, Ariff Bahran, Shamsul Ghau Ghau,


Drama 30 Hari Sebelum Raya adalah drama terbaru di slot Diandra TV9 yang disiarkan bagi menggantikan Drama Tumpang Lalu Bang yang telah tamat episodnya. Drama ini mempunyai 28 episod dan mula bersiaran di TV9 sejak 29 Mac 2022 yang lalu, setiap Isnin hingga Khamis, jam 8.30 malam. Antara pelakon drama 30 Hari Sebelum Raya ini adalah Kazar Saisi, Liza Abdullah, Sufian Suhaimi, Chacha Maembong, Fahrin Ahmad, Aprena Manrose, Mark Adam, Shakilla Khoriri, Ariff Bahran, Shamsul Ghau Ghau, Umar Al-Amsyar, Zalela Kadir, Baby Azreen, Aida Aris dan ramai lagi. Selain itu drama 30 Hari Sebelum Raya ini diarahkan oleh Shuhaimi Lua dan diterbitkan oleh Tanah Beris Film Production. Nampak menarik kan drama ini, tambah - tambah dah nak puasa ni, memang sesuailah drama ini disiarkan kan. Apa pun jom tengok watak - watak pelakon dalam drama 30 Hari Sebelum Raya beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..Selamat membaca..

Kazar Saisi sebagai Pak Jeri
Liza Abdullah sebagai Mak Tom
Sufian Suhaimi sebagai Harraz
Chacha Maembong sebagai Saodah
Fahrin Ahmad sebagai Izham
Aprena Manrose sebagai Rosnah
Mark Adam sebagai Hafiz 
Shakilla Khoriri sebagai Hamidah
Ariff Bahran sebagai Aiman
Shamsul Ghau Ghau sebagai Pak Hamid
Umar Al-Amsyar sebagai Danial
Baby Azreen sebagai Laila
Aida Aris sebagai Cik Kiah 
Adam Mikhail sebagai Adam




Sinopsis Drama 30 Hari Sebelum Raya Slot Diandra TV9

Mak Tun seorang yang cepat melatah dan membuat andaian sendiri tanpa usul periksa apabila berhadapan dengan apa jua keadaan. Kali ini, Mak Tun beranggapan suaminya mengidap penyakit kanser tahap 4 dan hanya berbaki 30 hari untuk meneruskan hidupnya. Mak Tun semakin tertekan kerana Hari Raya bakal tiba dalam tempoh 30 hari ini.



Read More

7 Feb 2022

Drama Tumpang Lalu Bang Episod 1 Hingga 28 (Akhir) Di TV9



Drama Tumpang Lalu Bang, Drama Tumpang Lalu Bang tv9, Drama Slot Diandra TV9, Info dan Sinopsis Drama Tumpang Lalu Bang, Sinopsis Penuh Drama Tumpang Lalu Bang, Poster Drama Tumpang Lalu Bang, Drama Tumpang Lalu Bang Full Episode, Drama Tumpang Lalu Bang Episod 1 Hingga 28 Di TV9, Pelakon - Pelakon Drama Tumpang Lalu Bang, Tomok, Kilafairy, Black Hanifah, Aidil Aziz, Raja Afiq, Afzan A.Rahman, Danial Dashuki, Dalimawati, Amanda Misbun, Mahmud Alibashah, Ziana Zain, Ozlynn, Drama Tumpang Lalu Bang Cast,

Drama Tumpang Lalu Bang sudah mula bersiaran di slot Diandra TV9 sejak 2/2/2022 yang lalu, setiap Isnin hingga Khamis, jam 8.30 malam. Antara pelakon drama Tumpang Lalu Bang ini adalah Tomok, Kilafairy, Black Hanifah, Aidil Aziz, Raja Afiq, Afzan A.Rahman, Danial Dashuki, Dalimawati, Amanda Misbun, Mahmud Alibashah, Ziana Zain dan ramai lagi. Selain itu drama ini diarahkan oleh Eoon Shuhaini dan diterbitkan oleh Zamriez Golden Pictures Sdn Bhd. Nampak menarik kan drama ini, para pelakonnya semuanya best - best belaka. Jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Tumpang Lalu Bang ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini yer..

Tomok sebagai Nizam
Kilafairy sebagai Sofiah
Black Hanifah sebagai Sobri
Aidil Aziz sebagai Sufian
Raja Afiq sebagai Syahrin
Afzan A.Rahman sebagai Syamil
Danial Dashuki sebagai Shuib
Ziana Zain sebagai Emma
Mahmud Alibashah sebagai En Latif




Sinopsis Drama Tumpang Lalu Bang Lakonan Tomok, Kilafairy dan Black Hanifah

Mengisahkan Nizam (Tomok) jatuh cinta pada pandangan pertama dengan Sofiah (Kilafairy). Sofiah tidak mengendahkan Nizam kerana dia berpegang kepada prinsipnya yang hanya akan melayan bakal imam yang cukup dan sempurna di matanya dan juga keluarganya. Akhirnya Nizam berjaya memikat hati Sofiah dan di situlah bermulanya cabaran baharu untuk mendapatkan restu keluarga Sofiah. Ibu bapa Sofiah tidak memandang pada harta tetapi mereka menetapkan syarat bahawa Nizam perlu mendapatkan restu daripada lima orang abang Sofiah iaitu Sufian (Aidil Aziz), Sobri (Black Hanifah), Syahrin (Raja Afiq), Syamil (Afzan A. Rahman) dan Shuib (Danial Dashuki). 
Drama Tumpang Lalu Bang, Drama Tumpang Lalu Bang tv9, Drama Slot Diandra TV9, Info dan Sinopsis Drama Tumpang Lalu Bang, Sinopsis Penuh Drama Tumpang Lalu Bang, Poster Drama Tumpang Lalu Bang, Drama Tumpang Lalu Bang Full Episode, Drama Tumpang Lalu Bang Episod 1 Hingga 28 Di TV9, Pelakon - Pelakon Drama Tumpang Lalu Bang, Tomok, Kilafairy, Black Hanifah, Aidil Aziz, Raja Afiq, Afzan A.Rahman, Danial Dashuki, Dalimawati, Amanda Misbun, Mahmud Alibashah, Ziana Zain, Ozlynn, Drama Tumpang Lalu Bang Cast,
Tindakan abang-abang yang bersikap ‘overprotective’ tidak akan bagi jalan mudah kepada Nizam. Demi cinta, Nizam sanggup terima apa saja syarat yang dikenakan oleh keluarga Sofiah. Keadaan menjadi lebih rumit apabila ibu Sofiah, Emma (Ziana Zain) menjadi ketua dalang yang bertujuan mahu menggagalkan semua cabaran Nizam. Bagaimanakah Nizam dan Sofiah berhadapan dengan pelbagai cabaran yang diberikan? Berjayakah Nizam bertahan demi cintanya pada Sofiah?



Read More

20 Dis 2021

Drama Mr Millennium Lakonan Aqasha dan Cristina Suzanne (TV9)



Drama Mr Millennium, Info dan Sinopsis Drama Mr Millennium, Poster Drama Mr Millennium, Sinopsis Penuh Drama Mr Millennium, Poster Drama Mr Millennium, Drama Mr Millennium Full Episode, Drama Baru Aqasha, Drama Baru Christina Suzanne, Drama TV9, Slot Diandra, Drama Mr Millennium Cast, Pelakon - Pelakon Drama Mr Millennium,

Drama Mr Millennium adalah drama terbaru di Slot Diandra TV9 yang mula bersiaran sejak 7 Disember 2021 yang lalu, setiap Isnin hingga Khamis, jam 8.30 malam. Drama ini disiarkan bagi menggantikan Drama Keluarga Untuk Disewa yang telah tamat episodnya. Antara pelakon drama Mr Millennium ini adalah Aqasha, Cristina Suzanne, Esma Daniel, Ady Mohammad, Danial Amri, Shukry Ramlee, Bard Kerdil, Amrel Norman , Zarina Zainuddin, Nu'man Salleh, Fieza Hanafie, Jay Iswazir dan ramai lagi. Selain itu drama Mr Millennium ini mempunyai 13 episod dan diarahkan oleh Azmi Hata serta diterbitkan oleh MIG Production Sdn Bhd. Nampak menarik kan drama ini, watak dan jalan cerita pun unik gitu. Jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Mr Millennium ini dibawah beserta sinopsisnya sekali okey.

Aqasha sebagai Jamil
Cristina Suzanne sebagai Mastora / Qistina
Esma Daniel sebagai Dato King
Ady Mohammad sebagai Man Toba
Danial Amri sebagai Badul
Shukry Ramlee sebagai Bujar
Bard Kerdil sebagai Tok Mudim
Amrel Norman sebagai Malik
Zarina Zainuddin sebagai Mak Jenab
Nu'man Salleh sebagai Pak Meon
Fieza Hanafie sebagai Mak Seha 




Sinopsis Penuh Drama Mr Millennium Lakonan Aqasha dan Cristina Suzanne (TV9)

Jamil dan Mastora ialah pasangan suami isteri yang hidup secara sederhana di sebuah kampung di zaman 60an. Walaupun mereka tidak dikurniakan anak tetapi Jamil dan Mastora dikenali sebagai pasangan yang romantik dan lurus dalam kalangan penduduk kampung. Jamil seorang yang kuat berangan dan sering membayangkan apa akan terjadi di masa hadapan. Satu hari, Jamil terjumpa satu gelung misteri. Tanpa berfikir panjang, Jamil telah masuk ke dalam gelung itu dan dibawa merentas masa ke zaman moden! Jamil terpinga-pinga dengan infrastruktur serba moden telah menimbulkan banyak insiden lucu. Tambahan pula, Jamil jumpa seorang wanita yang seiras dengan Mastora waktu muda, Qistina. Apabila Jamil sedar bahawa dia berada di zaman moden dan Mastora pula tidak ada di sisinya, dia mula mencari gelung misteri itu untuk pulang ke tempat asalnya. Dalam perjalanan Jamil berhadapan dengan pelbagai ujian, dia menjadi popular dan kaya. Ketika itu, Qistina kembali dan menawarkan bantuan untuk menguruskan kerja-kerja Jamil. Sementara itu, Mastora juga tidak berputus asa untuk menjejaki suaminya sehinggalah dia turut sampai ke zaman moden menerusi gelung misteri itu. Apa yang berlaku seterusnya?. Dapatkah Jamil dan Mastora bertemu kembali?..
Drama Mr Millennium, Info dan Sinopsis Drama Mr Millennium, Poster Drama Mr Millennium, Sinopsis Penuh Drama Mr Millennium, Poster Drama Mr Millennium, Drama Mr Millennium Full Episode, Drama Baru Aqasha, Drama Baru Christina Suzanne, Drama TV9, Slot Diandra, Drama Mr Millennium Cast, Pelakon - Pelakon Drama Mr Millennium,


Lagu Tema / OST Drama Mr Millennium

👄👄 Boom Bada Boom nyanyian Erul Omar

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Drama Dukun Diva Lakonan Nadia Aqilah dan Eyka Farhana (Astro Citra)

⏩⏩ Drama Jangan Ganggu Jodohku Full Episode

👉👉 Drama I Promise Janji Anaqi Lakonan Sharnaaz Ahmad dan Emma Maembong (Astro Ria)

Read More

10 Nov 2021

Info dan Sinopsis Drama Keluarga Untuk Disewa (TV9)



Drama Keluarga Untuk Disewa, Drama Keluarga Untuk Disewa TV9, Sinopsis Drama Keluarga Untuk Disewa, Keluarga Untuk Disewa Cast, Pelakon - Pelakon Drama Keluarga Untuk Disewa, Adibah Noor, Azhan Rani, Dynas Mokhtar, Fimie Don, Pekin Ibrahim, Fifi Laura Olivia, Afifah Nasir, Fimie Don,

Drama Keluarga Untuk Disewa sudah mula bersiaran di TV9 sejak 2 November 2021 yang lalu, setiap Isnin hingga Khamis, jam 8.30 malam. Drama ini juga turut ditawarkan di Disney+ Hotstar. Antara pelakon drama Keluarga Untuk Disewa ini adalah Adibah Noor, Azhan Rani, Dynas Mokhtar, Fimie Don, Pekin Ibrahim, Fifi Laura Olivia, Afifah Nasir, Fimie Don dan ramai lagi. Selain itu drama turut diserikan dengan cameo / bintang undangan yang ramai seperti Sharifah Shahora, Avaa Vanja, Najua Pramlee, Henzi Andalas, Ustaz Syamsul Debat, Cat Farish, Nabil Aqil, Puteri Lofea, Mona Allen, Zalfa Zin, Kamal Bahar, Asha Merican, Maria Tunku Sabri, Johan Asari dan ramai lagi. Selain itu drama Keluarga Untuk Disewa ini diarahkan oleh Raja Mukhriz dan diterbitkan Eleven Field Creative Sdn Bhd. Nampak menarik drama ini kan, jadi jom tengok watak - watak pelakon drama Keluarga Untuk Disewa beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey.  

Adibah Noor sebagai Puan Sri Maryam
Fifi Laura Olivia sebagai Aina
Fimie Don sebagai Fikri / Hisham
Afifah Nasir sebagai Nora / Anis
Dynas Mokhtar sebagai Intan / Marissa
Azhan Rani sebagai Alwi / Azman
Pekin Ibrahim sebagai Din
Maria Tunku Sabri sebagai Datin Kay
Sharifah Shahora sebagai Nurul 
Avaa Vanja sebagai Marissa
Henzi Andalas sebagai Azman
Ustaz Syamsul Debat sebagai Ustaz Ismail 
Cat Farish sebagai Rizman
Nabil Aqil sebagai Dr Syamsul




Sinopsis Penuh Drama Keluarga Untuk Disewa (TV9)

Mengisahkan Aina (Fifi) kehilangan keluarga dalam tragedi kemalangan jalan raya. Neneknya, Puan Sri Maryam (Adibah), ikon wanita yang sangat digeruni di Melaka terkejut dengan berita kematian anak tunggalnya, Marissa. Kini, hanya cucu bongsu, Aina terselamat dan berada dalam koma. Selepas Aina sedarkan diri, doktor mengatakan Aina hilang ingatan dan memerlukan perhatian keluarga supaya segera sembuh. Sabaruddin (Pekin) yang juga pembantu peribadi Puan Sri Maryam mencadangkan mencari keluarga olok-olok untuk Aina supaya anak kecil itu dapat merasai hidup dikelilingi kasih sayang. Mulanya, Puan Sri Maryam enggan. Apabila Aina mula bertanya di mana keluarganya, Puan Sri Maryam tidak sampai hati memberitahu cucunya yang kini anak yatim piatu. 
Drama Keluarga Untuk Disewa, Drama Keluarga Untuk Disewa TV9, Sinopsis Drama Keluarga Untuk Disewa, Keluarga Untuk Disewa Cast, Pelakon - Pelakon Drama Keluarga Untuk Disewa, Adibah Noor, Azhan Rani, Dynas Mokhtar, Fimie Don, Pekin Ibrahim, Fifi Laura Olivia, Afifah Nasir, Fimie Don,
Oleh itu, Puan Sri Maryam bersetuju mengupah empat individu menyamar sebagai ahli keluarga Aina iaitu Marissa (ibu), Azman (ayah), Hisham (abang) dan Anis (kakak). Alwi, Intan, Fikri dan Nora bersetuju setelah memikirkan masalah kewangan mereka yang semakin merudum setiap hari. Alwi dikejar Ahlong, Intan diganggu bekas suami meminta duit, Fikri kais pagi makan pagi dan Nora menyara adik-adiknya. Sementara mereka cuba membiasakan diri dengan watak masing-masing, Aina mula curiga. 'Keluarga Sewa' mula kelam-kabut untuk menutup penyamaran dan berlakulah berbagai kejadian lucu sampai rahsia mereka nyaris-nyaris terbongkar.

Lagu Tema / OST  Drama Keluarga Untuk Disewa
Dijaja nyanyian Cat Farish, Fimie Don, Shiha Zikir dan Pekin Ibrahim



Read More

19 Ogo 2018

Sinopsis Telemovie Retak (Cerekarama TV3)




Retak, Telemovie, Telefilem, Telemovie Retak, Cerekarama Retak, TV3, Kisah Sedih, Cancer, Pregnant, 2018, Sinopsis Telefilem Retak, Pelakon Telemovie Retak, Azrel Ismail, Ayda Jebat, Riz Amin, Liza Rafar, Shariza Mahmud,
Sinopsis Telemovie Retak Lakonan Ayda Jebat - Cerekarama TV3

Telemovie Retak sudah pun disiarkan di slot Cerekarama TV3 pada 18 Ogos yang lalu, telefilem Retak ini disiarkan bersempena hari raya Aidiladha tak lama lagi. Antara pelakon telemovie Retak ini adalah Azrel Ismail, Ayda Jebat, Riz Amin, Liza Rafar, Shariza Mahmud dan ramai lagi. Manakala pengarah telemovie Retak ini adalah Azman Hj Yahya dan diterbitkan oleh JS Pictures Sdn Bhd. Memang menarik telemovie ini, sedih jalan ceritanya, plus ada Ayda Jebat gitu. Apa pun jom tengok sinopsis ringkas telemovie ini di bawah ye.




Sinopsis Telemovie Retak Lakonan Ayda Jebat dan Azrel Ismail 

Mengisahkan tentang pasangan bahagia Iskandar dan Saida, namun kebahagiaan dan rumah tangga mereka diuji selepas Saida beberapa kali mengalami keguguran. Atas nasihat doktor, Saida tidak digalakkan untuk mengandung lagi dan hal ini membuatkan Saida berasa rendah diri dan sedih. Orang sekeliling pula menghasut dan menjadi batu api supaya Iskandar meninggalkan Saida. Awalnya Iskandar sangat positif dan memberi sokongan pada Saida namun tak lama kemudian Iskandar mula berubah sikap dan membuatkan Saida menderita, walaubagaimanapun Saida nekad dengan keputusannya. Apa yang berlaku seterusnya?
Retak, Telemovie, Telefilem, Telemovie Retak, Cerekarama Retak, TV3, Kisah Sedih, Cancer, Pregnant, 2018, Sinopsis Telefilem Retak, Pelakon Telemovie Retak, Azrel Ismail, Ayda Jebat, Riz Amin, Liza Rafar, Shariza Mahmud, Retak Main Cast,
Read More


My Random Post