Memaparkan catatan dengan label Ayda Jebat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ayda Jebat. Papar semua catatan

1 Mei 2020

Drama Bukan Gadis Biasa Lakonan Remy Ishak dan Ayda Jebat




Drama Bukan Gadis Biasa, Drama Akasia TV3, Drama Bulan Ramadan, Drama Adaptasi Novel, Novel Bukan Gadis Biasa Karya Liza Nur, Poster Drama Bukan Gadis Biasa, Pelakon Utama Drama Bukan Gadis Biasa, Remy Ishak, Ayda Jebat, Nazim Othman, Mas Khan, Sheila Rusly, Ozlynn Waty, Sinopsis Drama Bukan Gadis Biasa,
Drama Bukan Gadis Biasa - Slot Akasia TV3


Drama Bukan Gadis Biasa adalah drama terbaru di slot Akasia yang disiarkan bagi menggantikan drama Ironi Kasih yang telah tamat episodnya. Kiranya ni bulan Ramadan gitu sebab disiarkan dalam bulan Ramadan. Drama ini adalah adaptasi daripada Novel Bukan Gadis Biasa karya Liza Nur. Selain itu drama Bukan Gadis Biasa ini mempunyai 28 episod dan sudah mula bersiaran di TV3 sejak 23 April 2020 yang lalu, iaitu setiap Isnin hingga Sabtu, jam 7 malam. Antara pelakon drama Bukan Gadis Biasa ini adalah Ayda Jebat, Remy Ishak, Nazim Othman, Sheila Rusly, Ozlynn Waty, Chacha Maembong, Mas Khan, Idzham Ismail, Zarul Husin, Ako Mustapha, Shajiry, Haeryanto Hassan, Lia Natalia dan ramai lagi. Selain itu drama ini diarahkan oleh Azman Haji Yahya dan diterbitkan oleh JS Pictures Sdn Bhd. Antara lagu tema / OST Drama Bukan Gadis Biasa ini adalah Angkara nyanyian Aisha Hanim dan lagu Satu nyanyian Zulhilmi. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye.




Sinopsis Drama Bukan Gadis Biasa Lakonan Remy Ishak dan Ayda Jebat (Akasia TV3)


Jo atau Johana (Ayda Jebat) berubah perwatakan persis lelaki (tomboy) apabila terpaksa melalui kemelut kehidupan yang sukar semasa kecil dan terpaksa menjaga anak buahnya, Aisya setelah kematian kakaknya. Amirul (Mas Khan), jurulatih tinju kepada Johana meyimpan perasaan terhadapnya kerana tertarik dengan peribadi Johana yang penuh persoalan. Rayyan memiliki syarikat penyiasatan persendirian dan dia diupah oleh ayahnya untuk menjejaki opahnya sendiri iaitu Aminah yang hilang dari rumah. Rayyan sangat membenci opahnya kerana opahnya selalu mendera dan membuli ibunya dan juga dirinya sejak dia masih kecil lagi. Awalnya Rayyan tak mahu mengambil tahu pasal opahnya yang hilang itu. Tapi mengenangkan syarikat penyiasatannya yang kini hampir bankrup, dia bersetuju untuk mencari opahnya itu. 
 Drama Bukan Gadis Biasa, Drama Akasia TV3, Drama Bulan Ramadan, Drama Adaptasi Novel, Novel Bukan Gadis Biasa Karya Liza Nur, Poster Drama Bukan Gadis Biasa, Pelakon Utama Drama Bukan Gadis Biasa, Remy Ishak, Ayda Jebat, Nazim Othman, Mas Khan, Sheila Rusly, Ozlynn Waty, Sinopsis Drama Bukan Gadis Biasa,
Dalam masa yang sama Rayyan dah mula tertarik dengan Johana apabila mereka sering terserempak. Selepas meninggalkan rumah, Aminah yang sudah nyanyuk dan kurang siuman tersesat di tengah kota raya dan dibantu oleh Johana. Johana yang kasihan melihat Aminah membawanya pulang dan mereka tinggal bersama. Rayyan memulakan penyiasatan untuk mencari. Di situlah dia mengetahui opahnya kini berada dengan Johana. Insiden demi insiden berlaku membuatkan Rayyan makin jatuh hati dengan Johana. Namun kemunculan Amer (Nazim Othman) yang juga merupakan adik pada Rayyan yang cuba mencuri hati Johana membuatkan semuanya menjadi semakin sukar. Rayyan dan Amer sememangnya tidak rapat sejak dari kecil kerana berlainan ibu dan mereka juga saling membenci antara satu sama lain. Apa yang berlaku seterusnya?.

Jom Baca Ini Juga ➡️ Sinopsis dan Review Drama Korea My Fellow Citizen
⏩ Resepi Ketam Masak Pedas Ala Thai
Read More

26 Dis 2019

Drama Cindai Lakonan Ayda Jebat dan Syazuwan Hassan




Cindai, Drama Cindai, Sinopsis Drama Cindai, OST Drama Cindai, Drama Melayu TV3, Drama Bersiri TV3 2019, Poster Drama Cindai, Drama Baru Ayda Jebat, Drama Baru Raysha Rizrose, Drama Baru Nazim Othman, Drama Baru Syazuwan Hassan, Watak Pelakon, Senarai Pelakon Drama Cindai, Ayda Jebat, Syazuwan Hassan, Nazim Othman, Raysha Rizrose, Fatin Afeefa, Catriona Brian Ross, Niezam Zaidi, Haeriyanto Hassan, Ainina Ahmad, Mas Khan, Annie Mosha, Ameerul Asraf, Munah Bella, Zalfazin, Ku Zara Eryna,

Drama Cindai adalah drama terbaru di slot Samarinda TV3 yang disiarkan bagi menggantikan drama Dia Yang Aku Cinta lakonan Sharnaaz Ahmad dan Syerinie Myra. Drama Cindai ini mempunyai 15 episod dan mula bersiaran sejak 23 Disember yang lalu, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam. Antara pelakon drama Cindai ini adalah Ayda Jebat, Syazuwan Hassan, Nazim Othman, Raysha Rizrose, Fatin Afeefa, Catriona Brian Ross, Niezam Zaidi, Haeriyanto Hassan, Ainina Ahmad, Mas Khan, Annie Mosha, Ameerul Asraf dan ramai lagi. Selain itu drama ini diarahkan oleh Azman Yahya dan diterbitkan oleh JS Pictures Sdn Bhd. Manakala lagu tema / OST Drama Cindai ini bertajuk Better Than You nyanyian Ayda Jebat. Nampak menarik drama ini kan, apa pun jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Cindai ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini ye.
Cindai, Drama Cindai, Sinopsis Drama Cindai, OST Drama Cindai, Drama Melayu TV3, Drama Bersiri TV3 2019, Poster Drama Cindai, Drama Baru Ayda Jebat, Drama Baru Raysha Rizrose, Drama Baru Nazim Othman, Drama Baru Syazuwan Hassan, Watak Pelakon, Senarai Pelakon Drama Cindai, Ayda Jebat, Syazuwan Hassan, Nazim Othman, Raysha Rizrose, Fatin Afeefa, Catriona Brian Ross, Niezam Zaidi, Haeriyanto Hassan, Ainina Ahmad, Mas Khan, Annie Mosha, Ameerul Asraf, Munah Bella, Zalfazin, Ku Zara Eryna,
Ayda Jebat sebagai Cindai / Reihana
Syazuwan Hassan sebagai Iskandar
Nazim Othman sebagai Amir
Raysha Rizrose sebagai Yasmin
Catriona Brian Ross sebagai Dato Seri Kalsom
Niezam Zaidi sebagai Haniff
Haeriyanto Hassan sebagai Rudy
Ainina Ahmad sebagai Najua
Annie Mosha sebagai Salmah




Sinopsis Drama Cindai - Slot Samarinda TV3

Mengisahkan tentang kehidupan seorang gadis yang menghidapi bipolar disorder bernama Cindai, dia juga seorang gelandangan kerana tidak mempunyai saudara yang boleh di tumpang. Namun disisinya sentiasa ditemani dan dijaga oleh seorang insan bernama Amir. Amir setia bersama Cindai dan sentiasa berada di sisi Cindai di saat susah dan senang. Cindai Reihana membesar di rumah anak yatim setelah kematian kedua ibu bapanya. Dia juga mempunyai kecacatan di mata yang menyebabkan dirinya sering disisihkan dan dibuli oleh rakan-rakan. Cindai membesar menjadi seorang pemberontak. Sehinggalah dia berjumpa dengan Iskandar, satu-satunya insan yang melayannya dengan baik. Dia mula jatuh hati. Namun, Cindai kecewa apabila mendapat tahu Iskandar sudah berkahwin. Dia kemudiannya tekad hendak memisahkan Iskandar dan Yasmin agar dia dapat memiliki cinta Iskandar.


~ Blog Dari Hati Miss Mulan ~
Read More

9 Mac 2019

Baca Online Novel Asalkan Dia Bahagia Karya Hani Fazuha




Asalkan Dia Bahagia, Novel Asalkan Dia Bahagia, Karya Hani Fazura, Sinopsis Novel Asalkan Dia Bahagia, Drama Adaptasi Novel, Drama Melayu, Drama Melayu TV3 2019, Drama Melayu 2019, Drama Asalkan Dia Bahagia, Slot Akasia, TV3, Cast, Pelakon Drama Asalkan Dia Bahagia, Shukri Yahaya, Ayda Jebat, Idris Khan, Nadiyah Shahab, Fatin Afeefa, Bella Dowanna, Syazuwan Hassan, Marisa Yasmin, Esma Dainal, Rahim Omar, Safura, Kay Maria, Fadilah Mansor, Novel Online Asalkan Dia Bahagia Bab 1 Hingga Bab 11, Blog Dari Hati Miss Mulan, Cover Depan Novel Asalkan Dia Bahagia,
Baca Online Novel Asalkan Dia Bahagia (Drama Adaptasi Novel)

Novel Asalkan Dia Bahagia karya novelis Hani Fazuha telah pun diadaptasikan menjadi drama bersiri 28 episod yang disiarkan di slot Akasia TV3 bermula 8 Mac 2019. Pelakon Shukri Yahaya akan melakonkan watak sebagai Haris Aryan, Ayda Jebat pula akan memegang watak sebagai Adira Imani manakala Idris Khan pula sebagai Ikmal Reza. Pelakon lain yang turut membintangi drama Asalkan Dia Bahagia ini adalah Nadiyah Shahab, Fatin Afeefa, Bella Dowanna, Syazuwan Hassan, Marisa Yasmin, Esma Dainal, Rahim Omar, Safura, Kay Maria, Fadilah Mansor dan ramai lagi. Apa pun jom tengok sinopsis novel ini di bawah ye..




Sinopsis Novel Asalkan Dia Bahagia

Dunia ini bukan hanya untuk kita dan hidup ini, bukan hanya untuk ketawa gembira. Payahnya menjadi seorang Adira Imani apabila dia ‘harus’ mengahwini Haris Aryan demi ‘membawa pulang’ Ikmal Reza. Kerana dia hanya si anak pungut, perkataan akur itu perlu atas nama membalas budi. Ikmal itu abangnya dan Haris itu sahabat Ikmal. Masalahnya, antara dia dan Haris tidak pernah wujud perkataan cinta. Lebih bermasalah bila tiba-tiba orang yang dia anggap abang itu sebenarnya menyintai dirinya. “Abang cuma nak tunggu dua tahun lagi, sehingga Dira habis belajar dan abang akan pulang minta mama satukan kita. Tapi...mama dah salah faham.”- Ikmal.
Payahnya apabila dia sudah tidak ada jalan untuk berundur ke belakang. Lantas, yang ada di depan harus jua ditelan.
“Dira isteri aku, Ikmal.” Suara Haris tegang.
“Dan dia juga adik aku,” Balas Ikmal, juga dengan suara tegang.
“Kau tak perlu jadikan alasan adik untuk menjadi orang ketiga dalam rumah tangga kami.” Haris hantar pandangan penuh makna pada si isteri. Payahnya hubungan mereka apabila perkataan ‘orang ketiga’ sering mengundang curiga. Orang ketiga di mata Haris ialah Ikmal. Tapi, orang ketiga di mata Adira ialah Afida, si sepupu yang suka menempel dengan Haris. Masalahnya, Haris tidak pernah mahu mengaku dan payahnya bila masing-masing suka percaya pada telahan hati sendiri.
Asalkan Dia Bahagia, Novel Asalkan Dia Bahagia, Karya Hani Fazura, Sinopsis Novel Asalkan Dia Bahagia, Drama Adaptasi Novel, Drama Melayu, Drama Melayu TV3 2019, Drama Melayu 2019, Drama Asalkan Dia Bahagia, Slot Akasia, TV3, Cast, Pelakon Drama Asalkan Dia Bahagia, Shukri Yahaya, Ayda Jebat, Idris Khan, Nadiyah Shahab, Fatin Afeefa, Bella Dowanna, Syazuwan Hassan, Marisa Yasmin, Esma Dainal, Rahim Omar, Safura, Kay Maria, Fadilah Mansor, Novel Online Asalkan Dia Bahagia Bab 1 Hingga Bab 11, Blog Dari Hati Miss Mulan, Poster Drama Asalkan Dia Bahagia,
Pada yang suka baca novel online, korang juga boleh baca novel Asalkan Dia Bahagia ini secara online juga. Caranya korang hanya perlu klik link di bawah ini ye. Jadi sambil - sambil tengok drama ini di TV, korang pun boleh baca novelnya secara online gitu, tapi tak semua bablah ada, aku hanya jumpa kat internet beberapa bab saja. So kalau nak baca lebih lanjut, sila dapatkan novel ini di pasaran ye. Apa pun selamat membaca ye..
Read More

19 Ogo 2018

Sinopsis Telemovie Retak (Cerekarama TV3)




Retak, Telemovie, Telefilem, Telemovie Retak, Cerekarama Retak, TV3, Kisah Sedih, Cancer, Pregnant, 2018, Sinopsis Telefilem Retak, Pelakon Telemovie Retak, Azrel Ismail, Ayda Jebat, Riz Amin, Liza Rafar, Shariza Mahmud,
Sinopsis Telemovie Retak Lakonan Ayda Jebat - Cerekarama TV3

Telemovie Retak sudah pun disiarkan di slot Cerekarama TV3 pada 18 Ogos yang lalu, telefilem Retak ini disiarkan bersempena hari raya Aidiladha tak lama lagi. Antara pelakon telemovie Retak ini adalah Azrel Ismail, Ayda Jebat, Riz Amin, Liza Rafar, Shariza Mahmud dan ramai lagi. Manakala pengarah telemovie Retak ini adalah Azman Hj Yahya dan diterbitkan oleh JS Pictures Sdn Bhd. Memang menarik telemovie ini, sedih jalan ceritanya, plus ada Ayda Jebat gitu. Apa pun jom tengok sinopsis ringkas telemovie ini di bawah ye.




Sinopsis Telemovie Retak Lakonan Ayda Jebat dan Azrel Ismail 

Mengisahkan tentang pasangan bahagia Iskandar dan Saida, namun kebahagiaan dan rumah tangga mereka diuji selepas Saida beberapa kali mengalami keguguran. Atas nasihat doktor, Saida tidak digalakkan untuk mengandung lagi dan hal ini membuatkan Saida berasa rendah diri dan sedih. Orang sekeliling pula menghasut dan menjadi batu api supaya Iskandar meninggalkan Saida. Awalnya Iskandar sangat positif dan memberi sokongan pada Saida namun tak lama kemudian Iskandar mula berubah sikap dan membuatkan Saida menderita, walaubagaimanapun Saida nekad dengan keputusannya. Apa yang berlaku seterusnya?
Retak, Telemovie, Telefilem, Telemovie Retak, Cerekarama Retak, TV3, Kisah Sedih, Cancer, Pregnant, 2018, Sinopsis Telefilem Retak, Pelakon Telemovie Retak, Azrel Ismail, Ayda Jebat, Riz Amin, Liza Rafar, Shariza Mahmud, Retak Main Cast,
Read More

1 Apr 2018

Sinopsis Telemovie Aku Nazmi (Cerekarama TV3)

Aku Nazmi, Telefilem, Telemovie, Telefilem Aku Nazmi, Cerekarama, TV3, DFKL2018, OKU, Watak, Nazmi, Ilya, Pelakon Telemovie Aku Nazmi, Jay Iswazir, Ayda Jebat, Sheila Rusly, Dayana Roza, Fathi Shafie, Noralbaniah, 2018, Sinopsis Aku Nazmi,
Sinopsis Telefilem Aku Nazmi - Cerekarama TV3

Telefilem Aku Nazmi akan disiarkan di slot Cerekarama TV3 pada 31 March 2018 ini sempena DFKL (Drama Festival Kuala Lumpur) 2018 nanti. Antara Pelakon Telemovie Aku Nazmi ini adalah Jay Iswazir, Ayda Jebat, Sheila Rusly, Dayana Roza, Fathi Shafie, Noralbaniah dan ramai lagi. Telemovie Aku Nazmi ini diarahkan oleh Azman Hj Yahya dan diterbitkan oleh JS Pictures Sdn Bhd. Kalau tengok dari jalan cerita telemovie ini, memang nampak best gitu, plus pelakonnya juga best - best belaka. Dah lama juga tak tengok Sheila Rusly ni berlakon kan, apa pun jom tengok sinopsis telemovie ini di bawah ye. Selamat membaca okey



Sinopsis Telemovie Aku Nazmi - Cerekarama TV3

Mengisahkan Nazmi (lakonan Jay Iswazir) yang juga orang kurang upaya (OKU) mempunyai sebuah perniagaan online dengan bantuan sepupunya yang bernama Rafi. Pada suatu hari, Nazmi menghantar pesanan barang kepada seorang pelanggannya yang bernama Ilya (lakonan Ayda Jebat). Ilya merupakan seorang gadis yang pekak dan bisu. Nazmi tertarik dengan keperibadian Ilya dan ingin mengenali gadis itu dengan lebih dekat lagi, tetapi puan Juha (lakonan Sheila Rusly), ibu kepada Ilya membantah hubungan mereka berdua. Apa yang bakal berlaku seterusnya? Adakah Nazmi berjaya menyunting Ilya menjadi isterinya?.

Gambar diatas credit to Instagram Jay Iswazir
Read More


My Random Post