Memaparkan catatan dengan label Raysha Rizrose. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Raysha Rizrose. Papar semua catatan

11 Sep 2022

Telefilem Simpang Sejenak (TV3)



Telefilem Simpang Sejenak TV3, Telemovie Simpang Sejenak, Sinopsis Telefilem Simpang Sejenak, Simpang Sejenak Cast, Pelakon - Pelakon Telefilem Simpang Sejenak, Syazwan Zulkifly, Azira Shafinaz, Azri Iskandar, Ellie Suriaty, Raysha Rizrose, Duerra Mitilda, Raja Hakim, Kisah Seram, Kisah Hantu,

Telefilem Simpang Sejenak sudah pernah disiarkan di TV3 pada tahun 2018 yang lalu dan kini akan diulang siar semula pada 11 September 2022 jam 10.30 malam. Antara pelakon telefilem Simpang Sejenak ini adalah Syazwan Zulkifly, Azira Shafinaz, Azri Iskandar, Ellie Suriaty, Raysha Rizrose, Duerra Mitilda, Raja Hakim dan ramai lagi. Selain itu telemovie Simpang Sejenak ini akan diarahkan oleh Mohd Latiff Zami (Yeop Hitler) dan diterbitkan oleh Country & Universal Sdn Bhd. Nampak menarik kan telefilem ini,siapa dah pernah tengok telefilem ini dulu? apa pun jom tengok sinopsis telemovie simpang sejenak di bawah ini okey..




Sinopsis Telefilem Simpang Sejenak (TV3)

Ashraf Hanif ialah seorang pemandu kereta sewa. Pada suatu malam, Hanif terserempak dengan seorang wanita bernama Manis. Kasihan dengannya, dia menawarkan diri untuk menghantar Manis Dia mula berkenalan dengan Manis dan terus mengabaikan isterinya sendiri. Namun, Hanif dilaporkan hilang selepas beberapa hari. Apa yang berlaku sebenarnya?..


Read More

24 Jun 2022

Episod Akhir dan Ending Drama Bisik - Bisik Gelora (TV3)



Ending Drama Bisik - Bisik Gelora TV3, Episod Akhir Drama Bisik - Bisik Gelora,  Episod 35 Drama Bisik - Bisik Gelora Slot Akasia TV3, Drama Bisik - Bisik Gelora Full Episode, Jad Izzuddin, Banin Arumi, Watak - Watak pelakon dalam drama bisik - bisik gelora, Hero dan Heroin Drama Bisik - Bisik Gelora, Redza Rosli, Raysha Rizrose,

Diam tak diam dah sampai episod akhir dah drama Bisik - Bisik Gelora ni, sekejap ja dah masuk episod 35 drama Bisik - Bisik Gelora ni. Aku ingat dulu aku pernah beli kot novel Bisik - Bisik Gelora karya Fauziah Ashari ni tapi dah tak ingat jalan ceritanya, sekarang dah jadi drama bersiri 35 episod gitu. Redza Rosli dan Raysha  Rizrose menjadi hero dan heroin drama Bisik - Bisik Gelora ini. Agaknya apa yang jadi pada kisah Jad dan Arumi ni kan, adakah happy ending??. Episod akhir drama Bisik - Bisik Gelora ini bermula dengan Jad yang koma di hospital dan Arumi setia disisinya. Arumi kemudian memberitahu kawan baiknya Juni bahawa Wari yang cuba membunuh Jad suaminya itu. Hamid ditahan reman kerana disyaki terlibat dengan pembunuhan Fakhri namun akhirnya dibebaskan. Wari kemudian datang ke hospital dan cuba membunuh Jad tapi tidak berjaya. 




Selepas 1 tahun kemudian Arumi bahagia dengan Jad dan anak mereka, Jad juga meminta maaf atas perbuatannya pada Arumi selama ini. Namun Arumi meminta Jad untuk melepaskannya dan Arumi tenang hidup bersama dengan anaknya. Okey tu antara sinopsis episod akhir drama Bisik - Bisik Gelora ni. Awalnya ingat ending drama ni happy ending bila Jad dan Arumi bersama kembali. Namun lain jadinya bila Arumi minta cerai gitu. Tapi okey gak ending macam tu, kalau asyik happy ending je pun tak syok gak. Jadi drama ni ada ending yang best dan unik serta tak cliche bila Arumi memilih untuk berpisah dan membawa haluannya sendiri bersama dengan anaknya. Kesimpulannya We can forgive. But cant forget gitu. ini drama Risik Pada Hati lakonan Alif Satar, Ummi Nazeera dan Zara Zya akan menggantikan drama ini.

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Drama Air Mata Allisya Lakonan Keith Foo dan Sophia AlBarakbah Episod 1 Hingga 15 (TV9)


💗💗 Drama PA Lelaki Kerek Episod 1 Hingga 26 Di TV Okey


👉👉 Ending Drama Kerana Aku Isteri Bidaan

Read More

29 Mei 2022

Drama Bisik-Bisik Gelora Episod 1 Hingga 35 Di Slot Akasia TV3



Drama Bisik-Bisik Gelora, Drama Bisik-Bisik Gelora Slot Akasia TV3, Drama Slot Akasia TV3, drama adaptasi novel, Novel Bisik - Bisik Gelora, Drama Bisik-Bisik Gelora Full Episode, Drama Bisik-Bisik Gelora Episod 1 Hingga Episod 35, Poster Drama Bisik-Bisik Gelora, Ending Drama Bisik-Bisik Gelora, Bisik - Bisik Gelora Cast, Pelakon - Pelakon Drama Bisik-Bisik Gelora, Redza Rosli, Raysha Rizrose, Gambit Saifullah, Afifah Nasir, Norreen Iman, Info dan Sinopsis Drama Bisik - Bisik Gelora,

Drama Bisik-Bisik Gelora adalah drama terbaru di slot Akasia TV3 yang disiarkan bagi menggantikan Drama 7 Hari Mencintaiku 3 lakonan Shukri Yahaya dan Siti Saleha yang telah tamat episodnya. Drama Bisik - Bisik Gelora ini mempunyai 35 episod dan sudah bersiaran di slot Akasia TV3 sejak 21 Mei yang lalu, setiap Isnin hingga Ahad, jam 7 malam. Antara pelakon drama Bisik-Bisik Gelora ini adalah Redza Rosli, Raysha Rizrose, Gambit Saifullah, Hafidz Roshdi, Ruminah Sidek, Afifah Nasir, Kodi Rasheed, Norreen Iman, Shah Reza, Shakilla Khoriri, Edika Yusof, Shekeen Waida dan ramai lagi. Drama ini merupakan adaptasi daripada novel ‘Bisik-Bisik Gelora’ karya Fauziah Ashari. Redza Rosli dan Raysha Rizrose akan menjadi pelakon utama drama Bisik - Bisik Gelora ini. Selain itu drama ini diarahkan oleh Riza Baharudin dan diterbitkan oleh Global Station Sdn Bhd. Nampak menarik kan drama ini, plus aku juga dah pernah baca versi novelnya sebelum ini, tak sangka pula dah diadaptasikan menjadi drama bersiri gitu. Jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Bisik - Bisik Gelora ini di bawah ye beserta sinopsisnya sekali..

Redza Rosli sebagai Jad Izzuddin
Raysha Rizrose sebagai Banin Arumi
Gambit Saifullah sebagai Fakhri
Afifah Nasir sebagai Nada
Hafidz Roshdi sebagai Wari
Shakilla Khoriri sebagai Juni
Norreen Iman sebagai Izzati
Ruminah Sidek sebagai Nek Muya
Shah Reza sebagai Hamid
Edika Yusof sebagai Akalil
Kodi Rasheed sebagai Yahya
Shekeen Waida sebagai Maya




Sinopsis Drama Bisik-Bisik Gelora Lakonan Redza Rosli dan Raysha Rizrose - Slot Akasia TV3

Jad, seorang pemuda kampung yang lurus bendul bertemu dengan Arumi, seorang gadis bandar yang liar di usia yang muda. Mereka terperangkap dalam tangkap basah dan terpaksa berkahwin. Pada malam selepas perkahwinan mereka, Jad ditangkap dan dipenjarakan kemudian. Arumi melanjutkan pelajaran ke luar negara dan terlupa akan hakikat bahawa dia masih isteri kepada Jad. Selepas Jad dibebaskan, dia telah dikaburi dengan dendam. Jad telah menemui Arumi dan menuntutnya kembali taat kepadanya sebagai seorang isteri.Banin Arumi atau Umi adalah gadis nakal dan lincah. Bapanya, Tuan Akalil menghantar dia ke kampung agar anaknya itu akan berubah tingkah laku kerana kampung mentuanya jauh daripada kota. Di kampung, Arumi telah bertemu dengan Jad Izzuddin, seorang pemuda yang alim di hadapan keluarga namun amat nakal di belakang mereka. Suatu hari tanpa diduga, Arumi dan Jad telah bertemu. Pertemuan itu telah menyatukan mereka ke alam perkahwinan. Namun di hari pernikahan mereka, Arumi mendapat berita yang kedua-dua ibu bapanya menemui ajal dalam satu kemalangan jalan raya. Arumi mula benci pada Jad yang dianggapnya punca semua malapetaka ini berlaku. Takdir Allah, pada hari yang sama, suami yang baru dinikahi ditangkap oleh pihak berkuasa dan disumbat ke dalam penjara. Apakah yang terjadi pada Arumi? Bagaimana pula dengan Jad?
Drama Bisik-Bisik Gelora, Drama Bisik-Bisik Gelora Slot Akasia TV3, Drama Slot Akasia TV3, drama adaptasi novel, Novel Bisik - Bisik Gelora, Drama Bisik-Bisik Gelora Full Episode, Drama Bisik-Bisik Gelora Episod 1 Hingga Episod 35, Poster Drama Bisik-Bisik Gelora, Ending Drama Bisik-Bisik Gelora, Bisik - Bisik Gelora Cast, Pelakon - Pelakon Drama Bisik-Bisik Gelora, Redza Rosli, Raysha Rizrose, Gambit Saifullah, Afifah Nasir, Norreen Iman, Info dan Sinopsis Drama Bisik - Bisik Gelora,
Lagu Tema / OST Drama Bisik - Bisik Gelora

👄👄 Cinta nyanyian Marsha Milan

Tonton Online Drama Bisik-Bisik Gelora Full Episode

Kalau korang terlepas menonton drama ini di kaca TV, korang juga boleh menonton drama Bisik - Bisik Gelora ini disini 👉 Disney + Hotstar



Read More

3 Nov 2021

Info, Sinopsis dan Review Filem Hantu Ke Lima (Astro First)



Filem Hantu Ke Lima, Movie Hantu Ke Lima, Filem di Astro First, Sinopsis Penuh Filem Hantu Kelima, Hantu Kelima Cast, Pelakon - Pelakon Filem Hantu Ke Lima, Izzue Islam, Raysha Rizrose, Elly Mazlein, Shiha Zikir, Adibah Noor,

Filem Hantu Ke Lima sudah pun ditayangkan di Astro First bermula 7 Oktober yang lalu. Filem seram komedi ini dibintangi oleh ramai pelakon popular. Antara pelakon filem Hantu Ke Lima ini adalah Izzue Islam, Raysha Rizrose, Elly Mazlein, Shiha Zikir, Aisar Khaled, Danish Daniel @ Coki, PU Azman, Adibah Noor, Azman Ahmad dan ramai lagi. Selain itu filem Hantu Ke Lima ini diarahkan oleh Azhari Zain dan diterbitkan oleh AT Movies Sdn Bhd. Nampak macam best je kan filem ini, jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam filem Hantu Ke Lima di bawah ini beserta sinopsisnya sekali. 

Raysha Rizrose sebagai Auni Qaisara Putri
Izzue Islam sebagai Kent
Elly Mazlein sebagai Kam
Shiha Zikir sebagai Dya
Aisar Khaled sebagai Taufiq
Danish Daniel @ Coki sebagai Ashman
PU Azman sebagai Iskandar Shah
Adibah Noor sebagai Puan Sri Zaleha
Azman Ahmad sebagai Bakhtiar 




Sinopsis Filem Hantu Ke Lima Lakonan 
Izzue Islam, Raysha Rizrose, Elly Mazlein dan Shiha Zikir (Astro First) 

Mengisahkan tentang Auni Qaisara Putri (Raysha Rizrose) mencari perlindungan setelah dianiaya oleh ibu tirinya Puan Sri Zaleha (Adibah Noor) dalam skim pelaburan saham yang merugikan. Puncak Mahligai kediaman mewah peninggalan arwah ayah Auni yang dipelihara oleh Iskandar Syah (PU Azman) dan isterinya, Kam (Elly Mazlein) menyimpan seribu satu misteri. TKO Studio yang diusahakan Taufiq (Aisar Khaled), Kent (Izzue Islam) dan Oya (Shiha Zikir) sedang dalam kejatuhan dan mereka bersetuju untuk bekerjasama dengan Puan Sri Zaleha dalam mempromosi Puncak Mahligai untuk menarik minat pelabur. Namun mereka berhadapan dengan pelbagai kejadian mistik. Auni Qaisara Putri akan mempertahankan satu-satunya kenangan bersama arwah ayah dan ibunya di Puncak Mahligai.

Sejujurnya aku dah menonton filem Hantu Ke Lima ini, rasanya expectation aku ni tinggi sangat ke apa pun tak tahulah, tapi filem ni agak membosankan. Agak rugi juga bila filem ini dibarisi oleh pelakon - pelakon terkenal dan best, tapi jalan ceritanya entah apa - apa. Kalau korang baca komen kat youtube official trailer filem ini, ramai yang bagi review negatif pada filem ini. Jalan cerita kurang mantap dan longgar sana sini, pendek kata membosankan dan aku bagi 3/10 bintang untuk filem ini.

Read More

2 Sep 2021

Drama Terlerai Noktah Lakonan Nabila Huda dan Raysha Rizrose (TV3)




Drama Terlerai Noktah adalah drama terbaru di slot Samarinda TV3 yang disiarkan bagi mengantikan drama Sitik Tok yang telah tamat episodnya. Drama ini mula disiarkan bermula 26 Ogos yang lalu, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam dan hanya mempunyai 9 episod sahaja. Antara pelakon drama Terlerai Noktah ini adalah Nabila Huda, Raysha Rizrose, Ainul Aishah, Aidil Aziz, Atikah Suhaime, Azhan Rani, Watie Sadali, Hariz Hamdan, Duerra Mitilda, Muntazar Ghufran, Mia Deen, Shyrim Husni, Aresya Rania, Elmy Moin dan ramai lagi. Selain itu drama Terlerai Noktah ini diarahkan oleh Amor Rizan dan diterbitkan oleh Padi Pictures Sdn Bhd. Nampak menarik kan drama ini, jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Terlerai Noktah ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

  • Nabila Huda sebagai Zaira
  • Ainul Aishah sebagai Hani
  • Raysha Rizrose sebagai Jasmine
  • Aidil Aziz sebagai Doktor Rudi
  • Azhan Rani sebagai Tuan Ismail
  • Watie Sadali sebagai Laila
  • Hariz Hamdan sebagai Fariz
  • Atikah Suhaime sebagai Rania
  • Harris Annuar sebagai Zarul
  • Mia Deen sebagai Hani (10 Tahun)
  • Duerra Mitilda sebagai Zaira (12 Tahun)
  • Shahfi Rafiq sebagai Rudi (12 Tahun)
  • Ieka Zulkifli sebagai Ramlah
  • Elmy Moin sebagai Razak




Sinopsis Drama Terlerai Noktah Lakonan Nabila Huda dan Raysha Rizrose - Slot Samarinda TV3

Zaira dan Dr Rudi merupakan pasangan suami isteri yang tidak dikurniakan anak. Zaira mempunyai satu sejarah silam bersama adik perempuannya yang telah hilang selama 20 tahun. Suatu hari, hospital psikiatri yang dimiliki oleh Dr Rudi menerima seorang pesakit jiwa bernama Hani yang ditemui oleh pihak polis bersama mayat suami Hani yang mati dan bayinya yang kelaparan. Dr Rudi terkejut selepas mendapati pesakit yang bernama Hani itu adalah adik kandung Zaira yang telah lama hilang. Sementara itu Rania, ketua jururawat yang bekerja di hospital milik Dr Rudi sering cuba memberitahu Dr Rudi tentang sesuatu namun tidak diendahkan oleh Dr Rudi.
Rania mempunyai masalah rumah tangga dengan suaminya Dr Kamil malah Dr Kamil telah menghilangkan diri membawa anak mereka lari dari Rania. Kehadiran Jasmine, seorang jururawat baharu yang ditukarkan ke hospital psikiatri menimbulkan tanda tanya pada Rania kerana ia adalah atas arahan Dr Kamil, suami Rania sendiri. Jasmine yang ditugaskan untuk menjaga Hani mula merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan kes penemuan Hani. Zaira pula sering terbawa-bawa ingatan bagaimana kehidupan dia dan Hani ketika kecil dahulu, dan segalanya membawa ingatannya kembali ketika mereka diculik dan dibawa ke Pulau Randai.

Lagu Tema / OST Drama Terlerai Noktah
💖 Bebas nyanyian Shazriq Azeman feat LeMahar, Afaro, Aizi


Read More

1 Okt 2020

Drama Ryan Aralyn Lakonan Zul Ariffin dan Raysha Rizrose (Akasia TV3)



Drama Ryan Aralyn, Slot Akasia, TV3, Drama Akasia TV3, Drama Baru Zul Ariffin, Drama Baru Raysha Rizrose, Poster Drama Ryan Aralyn, Sinopsis Drama Ryan Aralyn,
Drama Ryan Aralyn Lakonan Zul Ariffin dan Raysha Rizrose - Slot Akasia TV3

Drama Ryan Aralyn adalah drama terbaru di slot Akasia TV3 yang disiarkan bagi menggantikan drama Pengantin Satu Malam yang telah tamat episodnya. Drama Ryan Aralyn mula bersiaran sejak 25 September yang lalu, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam dan mempunyai 28 episod. Antara pelakon drama Ryan Aralyn ini adalah Zul Ariffin, Raysha Rizrose, Fify Azmi, Shah Iskandar, Sharifah Husna, Kodi Rasheed, Raja Azura, Arash Mohd, Aishah Atan , Ummar Dzariff, Nabil Aqil dan ramai lagi. Selain itu drama ini diarahkan oleh Riza Baharudin dan diterbitkan oleh Qaisworks Production Sdn Bhd. Nampak menarik drama ini kan, apa pun jom tengok sinopsis drama ini dibawah ye..




Sinopsis Drama Ryan Aralyn Lakonan Zul Ariffin, Raysha Rizrose dan Fify Azmi - Slot Akasia TV3

Mengisahkan Kesusahan Ryan (Zul Ariffin) dalam menjaga nenek Salmah, anaknya Amir dan perangai isterinya Hanis (Fify Azmi) yang keras kepala dan tidak menghormatinya. Ryan ada pendirian, walaupun dia orang susah, dia tetap tahu membezakan halal dan haram. Ryan seorang yang baik hati, rajin bekerja dan disenangi penduduk kampung. Manakala Hanis pula tidak berasa bahagia walaupun mendapat suami sebaik Ryan. Hanis sangat liar dan sukar dikawal, suatu hari Hanis mendapati dirinya mengandung. Ryan ragu - ragu dengan kandungan Hanis itu dan yakin yang anak itu bukan anaknya. Malah perkahwinan Ryan dan Hanis sebelum ini juga bukan atas kerelaan Ryan. Hanis sengaja memerangkap Ryan untuk dijadikan pak sanggup untuk berkahwin dengannya kerana dia telah pun mengandung ketika itu. Walaupun Amir bukan anak kandungnya, Ryan tetap menjaga dan menyayangi Amir sepenuh hati. 
Drama Ryan Aralyn, Slot Akasia, TV3, Drama Akasia TV3, Drama Baru Zul Ariffin, Drama Baru Raysha Rizrose, Poster Drama Ryan Aralyn, Sinopsis Drama Ryan Aralyn,
Kak Ruby (Raja Azura) bersimpati dengan nasib Ryan dan cuba menolong apa yang boleh. Aralyn (Raysha Rizrose) dibesarkan dalam keluarga yang kaya dan begitu teruja merancang perkahwinannya dengan Zarul (Shah Iskandar). Namun Zarul sebenarnya masih belum bersedia untuk berkahwin dan sentiasa mahu berpoya - poya dan enjoy dengan kehidupan bujangnya. Mak Aralyn iaitu Puan Nora  (Aishah Atan) berasa tidak sedap hati dengan perangai Zarul itu dan cuba menasihati anaknya itu. Namun Aralyn sangat mempercayai Zarul dan yakin Zarul akan menjadi suami yang terbaik untuknya. Satu kemalangan telah berlaku antara Aralyn dan Ryan yang telah menyebabkan Aralyn menjadi lumpuh. Mereka kemudiannya dipertemukan semula namun kebenaran terus dipendam oleh Ryan. Mampukan resah ini diluahkan demi cinta. Apa yang berlaku seterusnya?..
Drama Ryan Aralyn, Slot Akasia, TV3, Drama Akasia TV3, Drama Baru Zul Ariffin, Drama Baru Raysha Rizrose, Poster Drama Ryan Aralyn, Sinopsis Drama Ryan Aralyn,
Lagu Tema / OST Drama Ryan Aralyn

💘 Penat nyanyian Andi Bernadee
💘 Entah Apa nyanyian Aepul Roza dan Sarah Suhairi
💘 Manusia nyanyian Caliph Buskers
💘 Leka nyanyian Ezad Lazim
💘 Ku Tak Rela nyanyian Danial

Jom Baca Ini Juga ðŸ‘‰ðŸ‘‰ Episod Akhir Drama Ryan Aralyn
Read More

26 Dis 2019

Drama Cindai Lakonan Ayda Jebat dan Syazuwan Hassan




Cindai, Drama Cindai, Sinopsis Drama Cindai, OST Drama Cindai, Drama Melayu TV3, Drama Bersiri TV3 2019, Poster Drama Cindai, Drama Baru Ayda Jebat, Drama Baru Raysha Rizrose, Drama Baru Nazim Othman, Drama Baru Syazuwan Hassan, Watak Pelakon, Senarai Pelakon Drama Cindai, Ayda Jebat, Syazuwan Hassan, Nazim Othman, Raysha Rizrose, Fatin Afeefa, Catriona Brian Ross, Niezam Zaidi, Haeriyanto Hassan, Ainina Ahmad, Mas Khan, Annie Mosha, Ameerul Asraf, Munah Bella, Zalfazin, Ku Zara Eryna,

Drama Cindai adalah drama terbaru di slot Samarinda TV3 yang disiarkan bagi menggantikan drama Dia Yang Aku Cinta lakonan Sharnaaz Ahmad dan Syerinie Myra. Drama Cindai ini mempunyai 15 episod dan mula bersiaran sejak 23 Disember yang lalu, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam. Antara pelakon drama Cindai ini adalah Ayda Jebat, Syazuwan Hassan, Nazim Othman, Raysha Rizrose, Fatin Afeefa, Catriona Brian Ross, Niezam Zaidi, Haeriyanto Hassan, Ainina Ahmad, Mas Khan, Annie Mosha, Ameerul Asraf dan ramai lagi. Selain itu drama ini diarahkan oleh Azman Yahya dan diterbitkan oleh JS Pictures Sdn Bhd. Manakala lagu tema / OST Drama Cindai ini bertajuk Better Than You nyanyian Ayda Jebat. Nampak menarik drama ini kan, apa pun jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Cindai ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini ye.
Cindai, Drama Cindai, Sinopsis Drama Cindai, OST Drama Cindai, Drama Melayu TV3, Drama Bersiri TV3 2019, Poster Drama Cindai, Drama Baru Ayda Jebat, Drama Baru Raysha Rizrose, Drama Baru Nazim Othman, Drama Baru Syazuwan Hassan, Watak Pelakon, Senarai Pelakon Drama Cindai, Ayda Jebat, Syazuwan Hassan, Nazim Othman, Raysha Rizrose, Fatin Afeefa, Catriona Brian Ross, Niezam Zaidi, Haeriyanto Hassan, Ainina Ahmad, Mas Khan, Annie Mosha, Ameerul Asraf, Munah Bella, Zalfazin, Ku Zara Eryna,
Ayda Jebat sebagai Cindai / Reihana
Syazuwan Hassan sebagai Iskandar
Nazim Othman sebagai Amir
Raysha Rizrose sebagai Yasmin
Catriona Brian Ross sebagai Dato Seri Kalsom
Niezam Zaidi sebagai Haniff
Haeriyanto Hassan sebagai Rudy
Ainina Ahmad sebagai Najua
Annie Mosha sebagai Salmah




Sinopsis Drama Cindai - Slot Samarinda TV3

Mengisahkan tentang kehidupan seorang gadis yang menghidapi bipolar disorder bernama Cindai, dia juga seorang gelandangan kerana tidak mempunyai saudara yang boleh di tumpang. Namun disisinya sentiasa ditemani dan dijaga oleh seorang insan bernama Amir. Amir setia bersama Cindai dan sentiasa berada di sisi Cindai di saat susah dan senang. Cindai Reihana membesar di rumah anak yatim setelah kematian kedua ibu bapanya. Dia juga mempunyai kecacatan di mata yang menyebabkan dirinya sering disisihkan dan dibuli oleh rakan-rakan. Cindai membesar menjadi seorang pemberontak. Sehinggalah dia berjumpa dengan Iskandar, satu-satunya insan yang melayannya dengan baik. Dia mula jatuh hati. Namun, Cindai kecewa apabila mendapat tahu Iskandar sudah berkahwin. Dia kemudiannya tekad hendak memisahkan Iskandar dan Yasmin agar dia dapat memiliki cinta Iskandar.


~ Blog Dari Hati Miss Mulan ~
Read More

2 Feb 2019

Baca Online Novel Dia Menantu Rahsia




Dia Menantu Rahsia, Novel Dia Menantu Rahsia, Karya Indah Hairani, Drama Adaptasi Novel, Drama Dia Menantu Rahsia, Sinopsis Drama Dia Menantu Rahsia, Drama Melayu, Drama Bersiri 28 Episod, Slot Akasia, TV3, 2019, Drama Slot Akasia TV3, Watak - Watak Pelakon Dalam Drama Dia Menantu Rahsia, Novel Online Dia Menantu Rahsia, Baca Online Novel Dia Menantu Rahsia Bab 1 Hingga Bab 11, Poster Drama Dia Menantu Rahsia, Cast, Pelakon Drama Dia Menantu Rahsia, Ashraf Muslim, Raysha Rizrose, Syazuwan Hassan, Mona Allen, Aisya Hasnaa, Reza Hasbi, Raja Hakim, Afzan A.Rahman, Annie Arifin, Nizam Kama, Fazlina Ahmad Daud, Ridzuan Hashim, Zulhamizam, Wilma Muhammad, Ainaa Azhari, Aida Khalida, Pauline Tan,
Baca Online Novel Dia Menantu Rahsia (Drama Adaptasi Novel)

Novel Dia Menantu Rahsia karya novelis Indah Hairani telah pun diadaptasikan menjadi drama bersiri 28 episod yang disiarkan di slot Akasia TV3 bermula 29 Januari yang lalu. Drama Dia Menantu Rahsia ini disiarkan bagi menggantikan drama Pujaan Hati Kanda. Hero dan Heroin drama Dia Menantu Rahsia ini adalah Ashraf Muslim dan Raysha Rizrose, rasanya kalau tak silap aku ini kali pertama mereka bergandingan gitu. Apa pun jom tengok Senarai Pelakon Drama Dia Menantu Rahsia serta watak - watak mereka dalam drama ini.
Ashraf Muslim sebagai Syakir
Raysha Rizrose sebagai Melissa
Syazuwan Hassan sebagai Zamer
Mona Allen sebagai Engku Kamelia
Ridzuan Hashim sebagai Tuan Suhaimi
Fazlina Ahmad Daud sebagai Puan Sarah
Aida Khalida sebagai Puan Badariah
Raja Hakim sebagai Engku Razzi
Afzan A.Rahman sebagai Syamsul
Wilma Muhammad sebagai Engku Maimunah
Pauline Tan sebagai Jenni
Aisya Hasnaa sebagai Zulaikha
Annie Arifin sebagai Nora
Nizam Kama sebagai Baha
Zulhamizam sebagai Pak Ngah
Reza Hasbi sebagai Danial
Ainaa Azhari sebagai Naida




Pada yang suka baca Novel Online, korang juga boleh baca Novel Dia Menantu Rahsia secara online juga, caranya korang hanya perlu klik link di bawah sekali tu okey
Jadi sambil - sambil tengok drama ini di TV, korang pun boleh baca novelnya secara online juga, tapi tak semua bablah ada, aku hanya jumpa kat internet sampai bab 11 saja. So kalau nak baca lebih lanjut, sila dapatkan novel ini di pasaran ye. Apa pun sebelum tu, jom tengok sinopsis drama Dia Menantu Rahsia ini di bawah ye..

Sinopsis Drama Dia Menantu Rahsia

Pertunangan antara Zamer dengan Doktor Suraya telah merobek hati Melissa. Apatah lagi pertunangan itu atas permintaan emak Zamer sendiri. Kerana mahu merawat hati yang kecewa, Melissa membawa diri ke Kuala Lumpur. Pertemuan antara Melissa dengan Syakir di Kuala Lumpur telah mengubah keseluruhan hidup mereka. Semuanya bermula dengan permintaan tidak diduga daripada Syakir. Lamaran daripada Syakir, akhirnya diterima Melissa semata-mata mahu melarikan diri daripada Zamer yang terus mengejar cintanya. Malahan Engku Kamelia juga turut mendambakan cinta Syakir. Tujuan mereka mahu berkahwin tidak diketahui sesiapa. Malahan perkahwinan itu juga tanpa rasa cinta di hati masing-masing. Mampukah perkahwinan itu menyelesaikan masalah mereka? Selama manakah mereka mampu bertahan hidup di alam perkahwinan itu?

Read More


My Random Post