2 Sep 2021

Drama Terlerai Noktah Lakonan Nabila Huda dan Raysha Rizrose (TV3)




Drama Terlerai Noktah adalah drama terbaru di slot Samarinda TV3 yang disiarkan bagi mengantikan drama Sitik Tok yang telah tamat episodnya. Drama ini mula disiarkan bermula 26 Ogos yang lalu, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam dan hanya mempunyai 9 episod sahaja. Antara pelakon drama Terlerai Noktah ini adalah Nabila Huda, Raysha Rizrose, Ainul Aishah, Aidil Aziz, Atikah Suhaime, Azhan Rani, Watie Sadali, Hariz Hamdan, Duerra Mitilda, Muntazar Ghufran, Mia Deen, Shyrim Husni, Aresya Rania, Elmy Moin dan ramai lagi. Selain itu drama Terlerai Noktah ini diarahkan oleh Amor Rizan dan diterbitkan oleh Padi Pictures Sdn Bhd. Nampak menarik kan drama ini, jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Terlerai Noktah ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

  • Nabila Huda sebagai Zaira
  • Ainul Aishah sebagai Hani
  • Raysha Rizrose sebagai Jasmine
  • Aidil Aziz sebagai Doktor Rudi
  • Azhan Rani sebagai Tuan Ismail
  • Watie Sadali sebagai Laila
  • Hariz Hamdan sebagai Fariz
  • Atikah Suhaime sebagai Rania
  • Harris Annuar sebagai Zarul
  • Mia Deen sebagai Hani (10 Tahun)
  • Duerra Mitilda sebagai Zaira (12 Tahun)
  • Shahfi Rafiq sebagai Rudi (12 Tahun)
  • Ieka Zulkifli sebagai Ramlah
  • Elmy Moin sebagai Razak




Sinopsis Drama Terlerai Noktah Lakonan Nabila Huda dan Raysha Rizrose - Slot Samarinda TV3

Zaira dan Dr Rudi merupakan pasangan suami isteri yang tidak dikurniakan anak. Zaira mempunyai satu sejarah silam bersama adik perempuannya yang telah hilang selama 20 tahun. Suatu hari, hospital psikiatri yang dimiliki oleh Dr Rudi menerima seorang pesakit jiwa bernama Hani yang ditemui oleh pihak polis bersama mayat suami Hani yang mati dan bayinya yang kelaparan. Dr Rudi terkejut selepas mendapati pesakit yang bernama Hani itu adalah adik kandung Zaira yang telah lama hilang. Sementara itu Rania, ketua jururawat yang bekerja di hospital milik Dr Rudi sering cuba memberitahu Dr Rudi tentang sesuatu namun tidak diendahkan oleh Dr Rudi.
Rania mempunyai masalah rumah tangga dengan suaminya Dr Kamil malah Dr Kamil telah menghilangkan diri membawa anak mereka lari dari Rania. Kehadiran Jasmine, seorang jururawat baharu yang ditukarkan ke hospital psikiatri menimbulkan tanda tanya pada Rania kerana ia adalah atas arahan Dr Kamil, suami Rania sendiri. Jasmine yang ditugaskan untuk menjaga Hani mula merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan kes penemuan Hani. Zaira pula sering terbawa-bawa ingatan bagaimana kehidupan dia dan Hani ketika kecil dahulu, dan segalanya membawa ingatannya kembali ketika mereka diculik dan dibawa ke Pulau Randai.

Lagu Tema / OST Drama Terlerai Noktah
💖 Bebas nyanyian Shazriq Azeman feat LeMahar, Afaro, Aizi


1 ulasan:



My Random Post