8 Sep 2021

Drama Checklist Mr Right Lakonan Eyka Farhana Full Episode di TV3



Drama Checklist Mr Right, Info dan Sinopsis Drama Checklist Mr Right, Drama Checklist Mr Right Full Episode, Drama Checklist Mr Right Slot Sakura TV3, Poster Drama Checklist Mr Right, Drama Baru Eyka Farhana, Drama Checklist Mr Right Cast, Checklist Mr Right Synopsis, Pelakon - Pelakon Drama Checklist Mr Right, Eyka Farhana, Afifah Nasir, Ikhsan Saleh, Harris Baba, Wafiy Ann, Intan Ladyana, Amy Mastura, Atiq Azman, Zalfa Zin, Nelissa Nizam, Izzat Mushtaq,

Drama Checklist Mr Right akan disiarkan di slot Sakura TV3 bermula 25 Ogos 2021 ini setiap Isnin hingga Khamis, jam 6 petang. Antara pelakon drama Checklist Mr Right ini adalah Eyka Farhana, Afifah Nasir, Ikhsan Saleh, Harris Baba, Wafiy Ann, Intan Ladyana, Amy Mastura, Atiq Azman, Zalfa Zin, Nelissa Nizam, Izzat Mushtaq, Jad Hidir, Intan Nor Saina, Iman Zulkarnain, Syrul Ezwan, Zalfa Zin dan ramai lagi. Selain itu Drama Checklist Mr Right ini hanya mempunyai 12 episod saja dan diarahkan oleh Tam Suhaimi serta diterbitkan oleh Imaginal Pictures Sdn Bhd. Nampak menarik kan drama ini, plus aku suka gak tengok Eyka Farhana ni berlakon, comel je muka dia tu. Apa pun jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Checklist Mr Right ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey.

Eyka Farhana sebagai Nina Suraya
Ikhsan Saleh sebagai Adam
Afifah Nasir sebagai Niesa
Amy Mastura sebagai Sofia
Wafiy Ann sebagai Najmi
Atiq Azman sebagai Adly
Nelissa Nizam sebagai Mia
Harris Baba sebgai Zach
Intan Ladyana seagai Serena
Izzat Mushtaq sebagai Emran
Jad Hidir sebagai Karlif
Intan Nor Saina sebagai Yasmin
Iman Zulkarnain sebagai Zakri




Sinopsis Penuh Drama Checklist Mr Right Lakonan Eyka Farhana Di TV3

Mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Nina Suraya ialah seorang ‘instafamous’ yang bercita-cita untuk menjadi seorang penulis skrip. Rancangan Nina untuk mendedahkan kecurangan Zach tidak berhasil apabila warga net lebih berpihak kepada Zach. Video pergaduhannya dengan Zach tular di media sosial dan Nina menerima kecaman yang kuat sehingga mengambil keputusan untuk melawat sepupunya, Niesa di Johor Bahru. Nina mahu menutup pintu hatinya dan percaya lelaki idamannya tidak akan wujud di realiti. Niesa pula telah menyuruh Nina menyenaraikan ciri-ciri lelaki idamannya. Nina telah dibawa ke pantai dan diberikan botol kaca. Niesa mencadangkan kepada Nina untuk membuangkan nota dalam botol itu dan melontarkannya ke dalam laut kerana lelaki yang digambarkan itu hanya wujud dalam dunia fiksyen. Nina mula mengalami kekalutan apabila bertemu seorang lelaki misteri, yang mempunyai kriteria persis lelaki idamannya seperti yang dicatatkan di dalam nota itu. Apa yang berlaku seterusnya?..

Lagu Tema / OST Drama Checklist Mr Right
👄 Warna - Warni nyanyian Aina Abdul dan Daniesh Suffian



Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post