Okey hari ni aku nak buat review ringkas je tentang hindi movie bertajuk Dil Juunglee yang maksudnya adalah Wild Heart. Hindi Movie Dil Juunglee ini release pada tahun 2018 dan bergenre romantik komedi serta diarahkan oleh Aleya Sen. Antara pelakon filem Dil Juunglee ini adalah Taapsee Pannu, Saqib Salem, Abhilash Thapliyal, Nidhi Singh, Krishan Tandon dan ramai lagi. Aku suka tengok poster filem ini sebab nampak cute belaka, walaubagaimanapun jalan cerita filem ini tak 'secute' posternya. Filem ini mendapat review negatif dari pengkritik filem dan juga penonton kerana jalan ceritanya yang agak clisye dan biasa-biasa saja. Antara yang menarik dalam filem ini bila ianya mengangkat isu anak murid bercinta dengan guru bahasa Inggerisnya sendiri.
Tapi of courselah gurunya tu anak orang kaya kan hahaha. Satu - satunya scene yang aku suka dalam filem ini adalah ketika diorang berdua berhadapan cabaran ketika perjalanan mereka nak kahwin lari tu dan masa ni lah baru nampak perangai sebenar dan akhirnya mempengaruhi keputusan mereka untuk kahwin ke tak. Malah scene diorang nak kahwin tu pun best sebenarnya sebab agak suspen sikit, sebab masing - masing dah jadi tak happy nak berkahwin tu. Lepas dari tu, jalan cerita dah jadi bosan dan boring bila dah jadi clisye habis sebab diorang jumpa balik dan macam - macamlah jadi. Ending Hindi Movie Dil Juunglee ni pun entah apa - apa, mengarut je, apa pun aku bagi 5 bintang dari 10 bintang untuk movie Dil Juunglee ini. Jom tengok sinopsis movie ni di bawah ye..
Sinopsis Hindi Movie Dil Juunglee
Koroli Nair atau Koro lakonan Taapsee Pannu adalah anak tunggal pada London based Business Tycoon Mr Nair. Mr Nair sangat kecewa dengan sikap anaknya yang tiada inisiatif untuk upgrade dan memajukan diri sebagai seorang usahawan dan mengikut jejak langkahnya. Koroli / Koro lebih suka bidang sastera dan ingin menjadi penulis novel suatu hari nanti. Malah satu - satunya impian terbesar Koro adalah berkahwin dengan seorang lelaki yang mencintainya dan kemudian menjadi ibu pada anak - anak mereka nanti. Koroli mengajar bahasa Inggeris di British Council di New Delhi dan Koroli sangat berpuas hati dan suka dengan pekerjaannya itu. Manakala Sumit Uppal pula bercita - cita menjadi seorang pelakon Bollywood terkenal dan bekerja sebagai Trainer di local Gym disitu. Untuk menjadi seorang pelakon kena pandai berbahasa Inggeris, maka Sumit terpaksa mengikuti kelas bahasa Inggeris yang diajar oleh Koroli.
Tak lama kemudian Sumit bertemu Koroli di night club dan hubungan mereka mula berubah menjadi lebih rapat selepas insiden di night club tersebut. Sejak dari itu Koroli mula mengajar english pada Sumit Uppal secara private juga dan akhirnya Sumit kini fasih berbahasa Inggeris. Malah hubungan mereka juga berubah menjadi pasangan kekasih, walaubagaimanapun Koroli memang tahu yang ayahnya pasti menentang hubungan mereka. Malah ibu Sumit juga menentang hubungan mereka membuatkan Koroli dan Sumit bercadang untuk kahwin lari dan beberapa kawan mereka juga turut mengikut mereka. Dalam perjalanan mereka untuk kahwin lari, tiba -tiba kereta mereka rosak dekat dengan hutan dan selepas itu mereka semua terpaksa berjalan kaki untuk mendapatkan bantuan. Ketika inilah pelbagai cabaran yang dihadapi oleh Koro dan Sumit yang membuatkan Koro terpaksa berfikir semula untuk berkahwin atau tidak, kerana Sumit kelihatan tidak bersedia nak berkahwin. Apa yang berlaku seterusnya?..
Jom Baca Ini Juga 👉👉 Drama Hawa Lakonan Nadiya Nisaa, Ruzana Ibrahim, Bella Dowanna dan Hamidah Wahab Episod 1 Hingga 13 Di Astro Ria
Tiada ulasan:
Catat Ulasan