7 Sep 2021

Drama Malaysian Ghost Stories Episod 1 Hingga 24 (Full Episode) Di Astro Ria



Drama Malaysian Ghost Stories, Info dan Sinopsis Drama Malaysian Ghost Stories, Poster Drama Malaysian Ghost Stories, Drama Malaysian Ghost Stories Full Episode, Malaysian Ghost Stories Cast, Drama Malaysian Ghost Stories Synopsis, Sinopsis Drama Malaysian Ghost Stories Episod 1 Hingga Episod 18, Pelakon - Pelakon Drama Malaysian Ghost Stories, OST Drama Malaysian Ghost Stories,

Drama Malaysian Ghost Stories sudah mula disiarkan di Astro Ria sejak 25 Ogos yang lalu, setiap Isnin hingga Khamis, jam 11 malam. Drama ini menghimpunkan pelbagai kisah - kisah seram berkaitan alam mistik legenda yang sering diceritakan secara turun temurun dalam pelbagai versi oleh masyarakat di Malaysia. Drama Malaysian Ghost Stories ini mempunyai 18 episod dan ini bermakna ada 18 buah cerita hantu yang berlainan akan dibawakan pada setiap episod. Ada ramai pelakon yang terlibat dalam drama ini kerana setiap episod ceritanya berbeza dan pelakon pun berbeza. Antara pelakon yang terlibat dalam drama Malaysian Ghost Stories ini adalah Chubb-E, Syazwan Zulkifly, Nazeera Sardi, Ellie Suriaty, Adam Shah, Anna Jobling, Keith Foo, Kazar, Sabrina Ali, Amerul Affendi, Janna Nick, Zahiril Adzim, Bella Astillah, Meerqeen, Hanna Aqeela, Azar Azmi, Ara Johari, Hasnul Rahmat, Jasper Supayah, Azman Ahmad, Eric Fuzi dan ramai lagi. Selain itu 
Drama Malaysian Ghost Stories ini diarahkan oleh Azhari Zain, Izuan Mokhtar dan Eoon Shuhaini dan diterbitkan oleh Arie Zaharie Production dan AA Success Pictures. Nampak menarik kan drama ini, jom tengok sinopsis ringkas setiap episod drama ini okey..




Sinopsis Drama 
Malaysian Ghost Stories Episod 1 Hingga Episod 18 
(Full Episode)

Episod 1 - Nenek Hostel
Pelakon: Ruminah Sidek, Chubb-E, Fadhli Masoot, Fariz Isqandar, Azman Ahmad
Sinopsis: Sebuah asrama diganggu jelmaan nenek yang muncul sebaik lampu di matikan dan mula mengira penghuni yang belum tidur. Gangguan berlarutan hingga hampir meragut nyawa mereka. Mereka harus menyelesaikan gangguan mistik tersebut.

Episod 2 - Jin Pemusnah
Pelakon: Syazwan Zulkifly, Nazeera Sardi, Tuan Asmawi, Hamidah Wahab
Sinopsis: Rumah tangga Johan dan Munirah semakin panas. Anaknya pula sering menangis dan Munirah keguguran. Hal ini berkaitan dengan sikap Johan yang sering pulang lewat senja.

Episod 3 - Hantu Kum Kum
Pelakon: Ellie Suriaty
Seorang wanita memilih jalan sesat demi kecantikan. Wajahnya menjadi hodoh setelah dia melanggar pantang larang yang dikenakan. Dia perlu menghisap darah 40 gadis sunti sebagai bayaran.

Episod 4 - Nenek Kebayan
Pelakon: Adam Shah, Anna Jobling, Fadilah Mansor.
Azri bertemu Laila di kawasan air terjun dan terpikat dengan kecantikkannya. Mereka jatuh cinta, sehinggakan Azri mengikuti Laila tanpa menyedari mainan ilusi nenek kebayan yang sebenarnya sedang menyamar.

Episod 5 - Nu Gui
Pelakon: Keith Foo, Daniella Sya, Jesse Lim
Alice telah dirogol dan dibunuh dengan kejam. Tunangnya, Andy tidak dapat menerima kenyataan dan menyeru roh Alice. Kini roh Alice yang tak tenteram memakai baju merah mula memburu perogolnya.
Drama Malaysian Ghost Stories, Info dan Sinopsis Drama Malaysian Ghost Stories, Poster Drama Malaysian Ghost Stories, Drama Malaysian Ghost Stories Full Episode, Malaysian Ghost Stories Cast, Drama Malaysian Ghost Stories Synopsis, Sinopsis Drama Malaysian Ghost Stories Episod 1 Hingga Episod 18, Pelakon - Pelakon Drama Malaysian Ghost Stories, OST Drama Malaysian Ghost Stories,
Episod 6 - Hantu Raya
Pelakon: Kazar, Sabrina Ali, Eric Fuzi
Pak Karim membela hantu raya untuk menjaga tanahnya. Suatu hari pak karim keluar menjerat ayam hutan namun hantu rayanya telah menyamar dan bersama dengan isterinya.

Episod 7 - Rumah Sewa RM 100 / Pontianak
Pelakon: Zizi Zulkifli, Meerqeen, Fimie Don, Nabil Aqil, Ariel Fesol, Hamdan Senario
Bila rumah sewa yang disangka boleh jadi tempat berehat, tempat berlindung tapi diganggu makhluk yang tak diundang. Apa akan jadi kepada mereka?..

Episod 8 - Pocong
Pelakon: Janna Nick
Seorang wanita baru putus tunang dan sentiasa bersedih. Atas desakan kawannya, dia pergi bercuti dan tinggal di sebuah hotel. Namun hotel tersebut berhantu.

Episod 9 - Langsuir
Pelakon: Hanna Aqeela, Fezrul Khan
Mengisahkan seorang wanita yang dibunuh dengan kejam. Kemudian dia menjadi langsuir dan membalas dendam pada semua yang terlibat dengan kematiannya.

Episod 10 - Hantu Tak Ada Kepala
Pelakon: Hasnul Rahmat, Erry Putra
Mengisahkan pemaju dan arkitek yang membuat pemujaan untuk melancarkan pembinaan jambatan baru. Walaubagaimanapun selepas perasmian jambatan tersebut dibuat, pemaju dan arkitek berkenaan serta seluruh penduduk kampung diganggu oleh hantu tak ada kepala.

Episod 11 - Hantu Jepun
Pelakon: Fezrul Khan, Izzy Reef
Mengisahkan 5 orang pelajar yang berada di kem bina semangat ingin melihat hantu Jepun. Selepas pukul 12 tengah malam, mereka berkumpul dan impian mereka ingin melihat hantu menjadi kenyataan. Bukan setakat hantu Jepun, macam - macam hantu lain yang mereka jumpa sehingga mereka ketakutan.

Episod 12 - Hantu Penunggu Banglo
Pelakon: Natasha Elyzza, Hasnul Rahmat, Aleza Shadan, Hamdan Senario
Mengisahkan Siti yang ingin bekerja sementara sebagai pembantu rumah seorang Dato. Namun dia telah silap rumah dan berjumpa dengan pasangan suami isteri yang mencurigakan. Malah disitu, Siti juga sering diganggu oleh hantu.

Episod 13 - Balan - Balan
Pelakon: Zahiril Adzim, Bella Astillah
Amri (Zahiril Adzim) mengikuti kekasihnya Maria (Bella Astillah) untuk pulang ke kampungnya di Sabah berjumpa dengan ibu Maria. Pada satu malam, Amri telah melihat makhluk berupa kepala terbang di hadapannya untuk mencari mangsa

Episod 14 - Hantu Air
Pelakon Balqis Semundur Khan, Amerul Affendi
Semasa memancing, Zaini (Amerul Affendi) dan rakannya telah menemui sebuah dulang ancak yang dihanyutkan untuk membuang saka terapung di atas permukaan air. Senyap-senyap Zaini mengambil sesuatu dari dalam dulang tersebut iaitu cincin. Kemudian, tanpa diduga Zaini berubah dan sesuatu telah berlaku pada dirinya.

Episod 15 - Ulek Mayang
Pelakon: Ara Johari, Didi Astillah, 
Sekumpulan sahabat yang perlu menghadapi situasi getir bersama-sama apabila perlu berdepan dengan semangat "Ulek Mayang" yang muncul dan membawa petaka kepada mereka.

Episod 16 - Hantu Orang Asli
Pelakon: Nazim Othman, Jaja Iliyes, Kaza Saisi
Mengisahkan tentang 2 Orang Youtuber yang Tersesat di dalam hutan. Mereka kemudian diselamatkan oleh suku kaum temuan orang asli. Salah seorang daripada mereka dihantui oleh roh nenek yang masih merayau akibat tidak menjaga adab masuk hutan

Episod 17 - Nishi Dak
Pelakon: Jasper Supayah
Sebagai pengurus baru Gopal telah berpindah ke sebuah estet di kawasan pendalaman bersama keluarganya. Tanpa disangka anaknya telah hilang diambil Nishi Dak, roh jahat yang tidak tenteram

Episod 18 - Misteri Topeng Barongan
Pelakon: Fizz Fairuz
Sufian merupakan social media influencer dan pengumpul barang antik telah mendapatkan topeng Barongan dari seseorang. Namun tanpa disangka topeng itu membawa musibah kepada dirinya.

Sinopsis Episod lain akan diupdate dari masa ke semasa

Lagu Tema / OST Drama Malaysian Ghost Stories 

💋 Tragedi nyanyian Amira Othman

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Review dan Sinopsis Drama Korea Flower Of Evil Lakonan Lee Joon Gi dan Moon Chae Won (TV3)

⏩⏩ Drama Hawa Episod 1 Hingga 13 Di Slot MegaDrama Astro Ria 

💕💕 Bollywood Movie Review - Dil Juunglee

1 ulasan:



My Random Post