12 Sep 2021

Episod Akhir dan Ending Drama Korea The Penthouse 3



Drama Korea The Penthouse 3, Drama Korea The Penthouse Season 3, Korean Drama The Penthouse Season 3, Poster Drama Korea The Penthouse 3, Info dan Sinopsis Drama Korea The Penthouse 3, Episod Akhir Drama Korea The Penthouse 3, Ending Drama Korea The Penthouse 3, Korean Drama The Penthouse 3 Final Episode, Korean Drama The Penthouse 3 Final Episode Synopsis, Korean Drama The Penthouse 3 Final Episode Review, The Penthouse 3 Cast, Pelakon - Pelakon Drama Korea The Penthouse 3,

Setelah bersiaran selama 3 musim, akhirnya drama Korea popular The Penthouse dah tamat episodnya. Korean drama The Penthouse 3 ini dibintangi oleh Eugene, Kim So Yeon, Lee Ji Ah, Uhm Ki Joon, Shin Eun Kyung, Bong Tae Gyu, Yoon Jong Hoon, Yoon Joo Hee, Kim Hyun Soo, Kim Young Dae, Park Eun Seok, Han Ji Hyun, Choi Ye Bin, Jin Ji Hee, On Joo Wan, Park Ho San, Ahn Yeon Hong dan ramai lagi. Dari season satu sampai season ketiga ni, ramai watak yang mati tapi ramai juga yang dihidupkan balik hehehe. Dah terbakar teruk, dah jatuh dari atas kena tusuk dengan lampu pun boleh hidup elok lepas tu hehe. Tapi kematian Oh Yoon Hee lakonan Eugene tu memang tak dihidupkan balik, jadi sayangnya dia memang mati betul. Sedih gak bila wataknya mati awal dalam musim ketiga drama Korea The Penthouse ni. Bila dah tengok episod ke 14 drama ini yang merupakan episod akhir drama Korea The Penthouse season 3 ni memang terkejut gak sebab tak sangka.




Pendek kata hampir semua watak mati kot dalam drama ni especially watak utama cuma 3 watak ja yang tak mati iaitu Kang Ma Ri, Lee Kyu Jin dan Ko Sang Ah. Bila Hera Palace dah runtuh, watak jahat Jo Dan Tae dah mati, ingatkan Shim Su Ryeon dan Logan Lee boleh hidup bahagia. Tapi sebaliknya terjadi bila Shim Su Ryeon buat kejutan dengan bunuh diri dengan sengaja terjun dalam laut tu, iaitu di tempat yang sama Oh Yoon Hee mati tu. Kesian kat Logan sebab dia tak sangka Shim Su Ryeon akan buat macam tu. Rupa - rupanya Shim Su Ryeong berasa sangat bersalah dan tak mampu untuk pilih hidup bahagia bila ramai kawan - kawannya mati disebabkan dirinya yang mahu membalas dendam tu. Ramai tak puas hati bila Shim Su Ryeon mati sebab macam pelik dia baru dapat tahu yang Seok Kyung tu anak kandungnya, tapi boleh pulak dia pilih untuk bunuh diri sebab rasa bersalah. Kesian dengan orang - orang yang sayang dengannya especially Logan dan anak - anaknya. Bae Ro Na lagi kesian hilang mak bapa terus, tapi nasib dia berjaya dalam kariernya. 
Cuma ending untuk anak - anak Hera Palace tu best, semuanya dah berubah jadi baik, insaf dan semua jadi budak baik dah. 
Drama Korea The Penthouse 3, Drama Korea The Penthouse Season 3, Korean Drama The Penthouse Season 3, Poster Drama Korea The Penthouse 3, Info dan Sinopsis Drama Korea The Penthouse 3, Episod Akhir Drama Korea The Penthouse 3, Ending Drama Korea The Penthouse 3, Korean Drama The Penthouse 3 Final Episode, Korean Drama The Penthouse 3 Final Episode Synopsis, Korean Drama The Penthouse 3 Final Episode Review, The Penthouse 3 Cast, Pelakon - Pelakon Drama Korea The Penthouse 3,
Awalnya ingatkan Logan Lee dan Shim Su Ryeon tak mati tapi lepas ada Flashback apa yang berlaku 3 tahun sebelum tu, baru tau yang dua - dua pun mati. Bermula dengan Shim Su Ryeon, Lepas beberapa tahun selepas tu Logan Lee pula mati sebab penyakit lamanya kembali dan dia tak mahu dapatkan rawatan untuk penyakitnya tu. Cheon Seo Jin pula didapati bersalah dan dikenakan hukuman penjara seumur hidup. Selepas 3 tahun di penjara, Seo Jin didapati ada kanser dan diberikan 3 hari untuk keluar dari penjara, dia cuma tengok anak dari jauh kerana tak mahu jadi beban pada anaknya. Kemudian dia pun bunuh diri dengan overdosing on pills. Habis semua mati, manakala ending Korean Drama The Penthouse 3, pula menyaksikan Shim Su Ryeong bertemu semula dengan Logan dan diorang dalam perjalanan ke suatu tempat. Ingatkan ada scene diorang jumpa dengan Oh Yoon Hee ke apa ke, rupanya takde pun. Ada yang kata diorang tu dalam perjalanan ke Hotel Del Luna 😂😂😂. Nasib mayat diorang dijumpai, kalau tak diorang mesti kat perkampungan Missing: The Other Side 😅😂.



1 ulasan:

  1. Siap bercampur-campur dengan hotel del luna and misisng the other side tu eh 😂 nasib tak masuk cerita black sekali

    BalasPadam



My Random Post