9 Sep 2021

Drama Cinta Yang Pulang Episod 1 Hingga 26 Lakonan Izzue Islam dan Ummi Nazeera (TV2)



Drama Cinta Yang Pulang, Drama Cinta Yang Pulang tv2, Drama TV2, Info dan Sinopsis Drama Cinta Yang Pulang, Drama Cinta Yang Pulang Full Episode, Drama Cinta Yang Pulang Cast, Poster Drama Cinta Yang Pulang, Drama Adaptasi Novel, Novel Cinta Yang Pulang, Cinta Yang Pulang Synopsis, Drama Baru Izzue Islam, Drama Baru Ummi Nazeera, Pelakon - Pelakon Drama Cinta Yang Pulang, Azwan Kombos, Jasmine Suraya,

Drama Cinta Yang Pulang adalah drama terbaru di TV2 yang akan bersiaran setiap hari Khamis hingga Sabtu, jam 8 malam bermula 4 September 2021 yang lalu. Drama ini mempunyai 26 episod dan disiarkan bagi menggantikan Drama Kanvas lakonan Adam Lee dan Ruhainies yang telah tamat episodnya. Antara pelakon drama Cinta Yang Pulang ini adalah Izzue Islam, Ummi Nazeera, Azwan Kombos, Jasmine Suraya, Melanie Tan, Zalfa Zin, Shah Iskandar, Fizz Fairuz, Amar Asyraf, Areef Amran, Scha Elinnea, Farhan Asri, Kuna Muzani, Raja Azmi, Rahim Omar, Azhar Amir dan ramai lagi. Drama ini juga adalah adaptasi daripada Novel Cinta Yang Pulang karya Wawa Akil dan diarahkan oleh Bade Hj Azmi serta diterbitkan oleh Suhan Movies & Trading dan Telemal Production. Nampak menarik kan drama ini, jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Cinta Yang Pulang ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini ye..

Izzue Islam sebagai Noah Imran
Ummi Nazeera sebagai Adina Insyirah
Jasmine Suraya sebagai Thia
Fizz Fairuz sebagai Datuk Saziman
Azwan Kombos sebagai Zain
Melanie Tan sebagai Balqis
Zalfa Zin sebagai Sakinah
Areef Amran sebagai Adib
Raja Azmi sebagai Datin Hasanah
Dhiya Idrina sebagai Indah
Kuna Mahani sebagai Ibu Adina




Sinopsis Drama Cinta Yang Pulang Lakonan Izzue Islam dan Ummi Nazeera TV2

Mengisahkan Adina Insyirah yang telah dihina dan dimaki oleh jirannya, Noah kerana dituduh menyebarkan gambar tidak senonoh Thia, kekasih Noah. Selepas peristiwa itu, Adina berpindah ke Australia. Apabila kebenaran terungkap, Noah menyimpan rasa sesalnya yang tidak berkesudahan. Selama 12 tahun dia menunggu semoga ada ruang untuknya memohon kemaafan.

Kisah Adina Insyirah yang pernah disakiti oleh Noah Imran kerana telah dituduh menyebarkan gambar tidak senonoh kekasihnya, Thia. Noah telah mengeluarkan kata-kata makian dan hinaan yang betul-betul merenggut maruah diri Dina. Selepas peristiwa itu, Dina telah berpindah ke Australia. Selepas sahaja pemergian Dina, terbongkar kisah sebenar bahawa penyebaran gambar itu bukan dibuat oleh Dina. Noah menyimpan rasa sesalnya yang tidak berkesudahan. Selama 12 tahun dia menunggu semoga ada ruang untuknya memohon kemaafan.

Setelah 12 tahun Dina sekeluarga telah kembali ke rumah mereka. Pertemuannya dengan Dina membuka lembaran baru untuk Noah kerana dia mula jatuh cinta pada gadis tersebut. Tetapi berbeza dengan Dina yang ada dalam dirinya hanyalah rasa dendam dan benci terhadap lelaki yang sanggup menghinanya satu ketika dulu.

Namun perancangan ibu-ibu memang hebat. Dina terpaksa menjadi PA Noah, membuka peluang Noah untuk memikat hati Dina.


Jom Baca Ini Juga 👉👉 Drama Checklist Mr Right Lakonan Eyka Farhana Full Episode di TV3


⏩⏩ Drama Malaysian Ghost Stories Episod 1 Hingga 18 (Full Episode) Di Astro Ria

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post