16 Ogo 2021

Drama Kanvas Episod 1 Hingga 26 (Full Episode) Lakonan Adam Lee dan Ruhainies (TV2)



Drama Kanvas, Novel Kanvas Karya Ayumi, Drama Kanvas TV2, Info dan Sinopsis Drama Kanvas, Tonton Drama Kanvas, Drama Kanvas Episod 1 Hingga 26, Episod Akhir Drama Kanvas, Pelakon - Pelakon Drama Kanvas, Drama Baru Adam Lee, Drama Baru Ruhainies,

Drama Kanvas lakonan Adam Lee dan Ruhainies adalah drama terbaru di TV2 yang disiarkan setiap hari Isnin hingga Sabtu, jam 8 malam. Drama ini disiarkan bagi menggantikan Drama Ayat - Ayat Halal lakonan Amar Baharin dan Nadiya Nisaa yang telah tamat epsiodnya. Antara pelakon drama Kanvas ini adalah Adam Lee, Ruhainies, Ika Nabella, Dato Sri Eizlan Yusof, Emelda Rosemila, Yuna Rahim, Fazlina Ahmad Daud, Zarynn Min dan ramai lagi. Selain itu drama ini juga adalah adaptasi daripada novel Kanvas karya Ayumi Syafiqah. Drama Kanvas yang bergenre thriller romantik ini mempunyai 26 episod dan diarahkan oleh Amirul Fadhli serta diterbitkan oleh Nusantara Seni Karya Sdn Bhd. Nampak menarik kan drama adaptasi novel Kanvas ini, jadi jom tengok sinopsis penuh drama Kanvas di bawah ini okey.




Sinopsis Drama Kanvas Lakonan Adam Lee dan Ruhainies 
(TV2)

Ed, Lisa, Kara dan Zea merupakan pelajar di sebuah universiti. Personaliti Ed (Adam Lee) yang agak pelik dan misteri membuatkan Lisa (Ika Nabella) Zea (Yuna Rahim) dan Kara (Ruhainies) tidak sukakannya. Ed gemar melukis terutamanya lukisan komik yang bergenre thriller pembunuhan dan sering menyendiri untuk mencari ilham. Ed juga mencuba nasib dengan menghantar karyanya itu ke syarikat penerbitan. Malangnya karya komiknya itu ditolak dan dikatakan tidak asli kerana meniru kes pembunuhan yang dilaporkan di akhbar dan juga TV. Awalnya Ed tidak begitu mempedulikan tentang persamaan komiknya dengan kes - kes pembunuhan yang berlalu, baginya itu semua hanya kebetulan. Namun setelah menyaksikan sendiri apa yang dilukisnya menjadi realiti, membuatkan Ed terkejut dan tak tahu apa sebenarnya yang berlaku. Manakala Kara pula merupakan anak orang kaya yang mempunyai hidup sempurna, lengkap segalanya Namun, segalanya musnah kerana sebuah tragedi. Tragedi yang buat dunia Kara dan Ed bertembung. Kara menjadi suspek utama pembunuhan teman lelakinya dan sejak itu semuanya berubah, kawan baiknya mula menjauhkan diri serta dipandang serong oleh semua orang. Hanya Ed yang mempercayai Kara dan buatkan mereka berdua menajdi rapat dan bekerjasama untuk mencari motif dan pembunuh sebenar. Apa yang berlaku seterusnya? dapatkah Ed dan Kara menyelesaikan segala misteri?.

Lagu Tema / OST Drama Kanvas TV2
👄👄 Sembah nyanyian Naim Daniel

Tonton Drama Kanvas Episod 1 Hingga 26 (Full Episode) Lakonan Adam Lee dan Ruhainies TV2 disini 👉 RTMKLIK

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post