26 Ogo 2021

Drama Anak Sena Episod 1 Hingga 8 Lakonan Ben Amir Di TV3



Drama Anak Sena, Drama Slot Lestary TV3, Pelakon - Pelakon Drama Anak Sena, Drama Anak Sena Full Episode, Poster Drama Anak Sena, Info dan Sinopsis Drama Anak Sena, Drama Baru Ben Amir,

Drama Anak Sena adalah drama terbaru di slot Lestary TV3 yang disiarkan bagi menggantikan Drama Hello Jangan Tapau Cintaku yang telah tamat episodnya. Drama Anak Sena ini hanya mempunyai 8 episod saja dan mula bersiaran sejak 26 Ogos yang lalu, setiap hari Rabu hingga Sabtu, jam 9 malam. Antara pelakon - pelakon drama Anak Sena ini adalah Ben Amir, Hadi Putra, Ruzaidi Abdul Rahman, Farah Ahmad, Nadia Aqilah, Shasha Abedul, Danish Zamri, Lan Siro, Bazruzainizam, Norshahira Malik dan ramai lagi. Selain itu drama Anak Sena ini diarahkan oleh Bahri Uma Bajuri dan diterbitkan oleh Kembara Sufi Sdn Bhd. Nampak menarik drama ini kan, jalan ceritanya unik dan lain dari yang lain. Jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Anak Sena ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey.

Ben Amir sebagai Cikgu Amir
Ruzaidi Abdul Rahman sebagai Tok Sena
Hadi Putra sebagai Wadi
Farah Ahmad sebagai Kiambang
Nadia Aqilah sebagai Kuntum
Shasha Abedul sebagai Fatin 
Lan Siro sebagai Jati
Norshahira Malik sebagai Amira
Danish Iskandar sebagai Karim




Sinopsis Drama Anak Sena Lakonan Ben Amir di Slot Lestary TV3

Mengisahkan tentang Sena, tok batin keturunan orang asli yang tinggal di pedalaman hutan. Sebagai ketua kampung, selain mempelajari ilmu hutan, Sena mahukan keturunannya bersekolah dan berpendidikan. Impiannya untuk melihat anak orang asli berjaya dan dia cuba membuktikannya melalui anaknya Wadi. Setiap hari Sena akan memandu bot membawa anaknya dan sejumlah murid-murid dari kampungnya meredah sungai Hulu Tembeling ke sekolah. Selesai waktu persekolahan, Sena akan membawa Wadi masuk ke hutan untuk memburu binatang dan mencari makanan, tumbuhan, akar kayu, rotan dan belajar ilmu hutan.  Bagi Sena, anak-anaknya dan anak anak orang asli di bawah jagaannya perlu mendapat ‘ilmu hutan’ dan ‘ilmu sekolah’. 
Drama Anak Sena, Drama Slot Lestary TV3, Pelakon - Pelakon Drama Anak Sena, Drama Anak Sena Full Episode, Poster Drama Anak Sena, Info dan Sinopsis Drama Anak Sena, Drama Baru Ben Amir,
Cikgu Amir merupakan guru baharu di sekolah tempat Wadi bersekolah. Cikgu Amir rasa tercabar dengan sikap Wadi yang sambil lewa dan tidak berminat dalam pelajaran. Namun minat dan bakat Wadi terhadap bola sepak berjaya mengubahnya. Namun, selepas berlakunya insiden salah faham dengan Cikgu Amir, Wadi tidak mahu pergi ke sekolah lagi. Setelah dipaksa oleh Sena, Wadi berpura-pura pergi ke sekolah sehinggalah terjadinya insiden yang mengakibatkan dia bertindak melarikan diri dari rumah. Kehilangannya merisaukan Sena dan ibunya Kiambang sehinggalah Sena nekad untuk mencarinya. Apa yang berlaku seterusnya?..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post