Memaparkan catatan dengan label Ben Amir. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ben Amir. Papar semua catatan

21 Jul 2022

Drama Honey-Moon Lakonan Ben Amir dan Zara Zya Slot Lestary TV3



Drama Honey-Moon, Drama Honey-Moon TV3, Drama Slot Lestary TV3, Drama Honey-Moon Slot Lestary TV3, Poster Drama Honey-Moon, Info dan Sinopsis Drama Honey-Moon, OST Drama Honey-Moon, Drama Honey-Moon Cast, Pelakon - Pelakon Drama Honey-Moon, Zara Zya, Ben Amir, Hanna Aqeela, Azizul Ammar, Wanns Ahmad, Neera Azizi, Dynas Mokhtar, Fazlina Ahmad Daud, Rashdan Baba, Drama Baru Zara Zya, Drama Baru Ben Amir,
Drama Honey-Moon Episod 1 Hingga 20 Lakonan Ben Amir dan Zara Zya Slot Lestary TV3

Drama Honey-Moon adalah drama terbaru di slot Lestary TV3 yang disiarkan bagi menggantikan drama popular Melur Untuk Firdaus lakonan Meerqeen dan Anna Jobling yang telah tamat episodnya. Drama Honey-Moon ini sudah mula bersiaran di TV3 sejak 16 Julai 2022 yang lalu, setiap hari Rabu hingga Sabtu, jam 9 malam. Antara pelakon drama Honey-Moon ini adalah Zara Zya, Ben Amir, Hanna Aqeela, Azizul Ammar, Wanns Ahmad, Neera Azizi, Dynas Mokhtar, Fazlina Ahmad Daud, Rashdan Baba, Ema Latah, Fiza Thomas, Khalaf Zulkafli dan ramai lagi. Drama ini merupakan adaptasi daripada novel Honey-Moon karya Nurharyati Ishak dan mempunyai 20 episod. Selain itu drama ini diarahkan oleh Pali Yahya dan diterbitkan oleh Mache All Star United Sdn Bhd. Nampak menarik kan drama ni, Zara Zya jadi tembam dalam drama ni, tapi muka dia maintain tak tembam pun hehehe. Apa pun jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Honey-Moon ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

Watak dan Barisan Pelakon Drama Honey-Moon

Zara Zya sebagai Moon
Ben Amir sebagai Ilham
Wanns Ahmad sebagai Jiman
Dynas Mokhtar sebagai Hajah Aminah
Rashdan Baba sebagai Haji Shafie
Fiza Thomas sebagai Heffa
Khalaf Zulkafli sebagai Jimmy




Sinopsis Drama Honey-Moon Lakonan Ben Amir dan Zara Zya Slot Lestary TV3

Seorang, lurus bendul, bersaiz XXL dan banyak cakap. Seorang, pendiam dan misteri.

Moon dan Ilham dua watak yang tiada langsung persamaan. Namun siapa sangka, ketentuan-Nya mereka bertemu dalam keadaan yang tidak terduga…

Moon tak sangka, lelaki kacak yang terserempak dengannya di tepi sungai itu adalah tunangnya. Hensemnya tunang Moon mak oi! Hampir-hampir Moon nak jerit. Tetapi sayang, Ilham tidak tahu dia siapa. Err…

Pelik… Cinta memang pelik atau Ilham yang pelik, boleh jatuh cinta pandang pertama dengan gadis lurus bendul macam Moon. Saiz belakang kira, yang penting jiwa dan raga dah tertawan.

“Abang tak tahu waktu bila abang sedar abang jatuh cinta pada Honey. Lihat keletah Honey, sikap sengal-sengal Honey, tiba-tiba cinta datang tanpa abang sedar. Bila dah hidup bersama ni, tentulah cinta tu makin kuat.” - ILHAM

Moon dan Ilham fikir perkahwinan manis-manis belaka, mana tahu ada hempedu yang terpaksa ditelan. Sebenarnya Ilham sangat tertekan dengan kerjayanya yang melibatkan sindiket berbahaya. Dia mula abaikan Moon sehingga Moon berdendam dan nekad berubah. Bila Moon dah tunjuk belang dan tak hinginkan Ilham lagi, mulalah lelaki itu hilang arah.

“Pergilah, bang! Pergi balik. Jangan menyusahkan hidup Moon di sini lagi. Kalau Moon tak ada pun, perempuan lain boleh jaga abang!” - MOON

Akibat salah faham, rumahtangga Ilham dan Moon goyah.

Seorang ego, seorang pentingkan diri. Tetapi hubungan mereka perlu diselamatkan, perlu dibajai semula demi kebahagiaan hakiki.

Setiap pasangan ada peranannya di dalam semesta ini. Perlu sabar di kala tenang, perlu cekal di kala gelombang. Kita diberi ruang untuk membetulkan kesilapan. Di sini hanya pentas untuk kita melakonkan watak masing-masing.


Lagu Tema / OST Drama Honey-Moon


👄👄 Hey Honey nyanyian Maria


Jom Baca Ini Juga 👉👉 Sinopsis Drama Nenda Slot Sakura (TV3)


👉👉 Drama Jodohku Babysitter Lakonan Aliff Aziz dan Intan Najuwa Episod 1 Hingga 20 Di Slot MegaDrama Astro Ria


💝💝 Drama Ratu Ten Pin 2 Shalin Episod 1 Hingga 20 Astro Ria

Read More

23 Feb 2022

Sinopsis Drama Tetuan Ang & Rahimin (Astro Ria)



Drama Tetuan Ang & Rahimin, Drama Tetuan Ang & Rahimin Astro Ria, Sinopsis Drama Tetuan Ang & Rahimin, Poster Drama Tetuan Ang & Rahimin, Pelakon - Pelakon Drama Tetuan Ang & Rahimin, Rashidi Ishak, Daiyan Trisha, Ben Amir, Drama Baru Ben Amir, Drama Baru Daiyan Trisha,

Drama Tetuan Ang & Rahimin sudah mula bersiaran di Astro Ria bermula 14 Februari 2022 yang lalu, setiap Isnin hingga Khamis, jam 11 malam. Drama ini disiarkan bagi menggantikan Drama 4 Abdul 1 Mohd yang telah tamat episodnya. Antara pelakon drama Tetuan Ang & Rahimin ini adalah Rashidi Ishak, Daiyan Trisha, Ben Amir, Anita Baharom, Ellyas Abdullah, Shahril Sarjen, Nurkamelia Mustaffa, Shukri Tahir, Razali Hussain, Syed Nahar, Henzi Andaalas, Lash Mokhtar, Haeriyanto Hassan dan ramai lagi. Selain itu drama drama Tetuan Ang & Rahimin ini mempunyai 20 episod dan diarahkan oleh Wan Alauddin dan Wan Hasliza serta diterbitkan oleh Kl Motion Picture Sdn Bhd.

Daiyan Trisha sebagai Budi
Ben Amir sebagai Rahimin
Rashidi Ishak sebagai Azlan Ang
Anita Baharom sebagai Salmah
Ellyas Abdullah sebagai Shaukie
Shahril Sarjen sebagai Maiman
Razali Hussain sebagai TPR Ehsan 
Syed Nahar sebagai Dato Jalil
Henzi Andaalas sebagai Haris Pi 
Lash Mokhtar sebagai Harun
Iman Corinne Adrienne sebagai Cik Kalsom  
Haeriyanto Hassan sebagai Razali
Nurkamelia Mustaffa sebagai Karina
Hydar Hasanudin sebagai Asyraff




Sinopsis Drama Tetuan Ang & Rahimin Lakonan Daiyan Trisha, Ben Amir dan Rashidi Ishak (Astro Ria)

Sebuah firma guaman hampir mengalami kerugian apabila seorang ketua samseng mengupah mereka untuk melindungi operasi haramnya. Mengisahkan tentang Tetuan Ang & Rahimin sebuah firma guaman yang dimiliki Ang (Rashidi Ishak) dan Rahimin (Ben Amir). Budi (Daiyan Trisha) merupakan penguam junior yang baru memulakan tugas sudah tertekan dengan situasi di firma tersebut. Hal ini kerana, Karina (Nurkamelia) yang merupakan penguam cemerlang di situ telah berpindah ke firma lain. Rahimin pula mengambil kes yang mudah kerana tidak mahu mengalami proses mahkamah yang panjang. 

Manakala Ang pula menolak sebarang kes yang memerlukan dia masuk mahkamah kerana trauma dengan satu kes lampau.Ketiadaan Karina memberi kesan kepada firma mereka sehingga suatu hari, Rahimin mendapat tawaran daripada Shaukie (Wan Ellyas) untuk bekerja secara eksklusif dengannya dan bayaran yang akan diterima sangat lumayan. Rahimin mahu menerima tawaran tersebut kerana dapat membantu kewangan firma mereka yang mempunyai masalah walaupun Ang tidak bersetuju kerana latar belakang Shaukie sebagai ketua samseng yang akan mendatangkan masalah di kemudian hari. Apa yang berlaku seterusnya?..



Read More

19 Nov 2021

Info dan Sinopsis Drama Tikam (Astro Ria)



Drama Tikam, Drama Tikam Astro Ria, Poster Drama Tikam, Info dan Sinopsis Drama Tikam, Drama Tikam Cast, Fahrin Ahmad, Ben Amir, Intan Najuwa, Yuna Rahim, Jasmin Hamid,

Astro Gempak Original Series kembali dengan drama terbaru bertajuk Tikam yang bergenre jenayah dan misteri yang bersiaran setiap hari Rabu, jam 9.30 malam di Astro Ria. Drama Tikam ini sudah mula bersiaran sejak 3 November 2011 dan mempunyai 8 episod. Antara pelakon drama Tikam ini adalah Fahrin Ahmad, Ben Amir, Michael Ang, Intan Najuwa, Jasmin Hamid, Yuna Rahim,  Ellyas Abdullah, Josiah Lim dan ramai lagi. Selain itu drama ini diarahkan oleh Michael Ang dan Hadith Omar. Michael Ang turut berlakon dalam drama ini, apa pun nampak menarik drama ini kan, jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Tikam ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

Fahrin Ahmad sebagai Shahrol
Ben Amir sebagai Nik Johan (NJ)
Intan Najuwa sebagai Akma
Michael Ang sebagai Mike
Jasmin Hamid sebagai Madam Joan
Yuna Rahim sebagai Ika
Ellyas Abdullah sebagai Sap
Josiah Lim sebagai Ed




Sinopsis Penuh Drama Tikam (Astro Ria)

Mengisahkan tentang satu kes pembunuhan yang berlaku di dalam sebuah pejabat. Dalam tempoh 24 jam, sekumpulan pekerja harus mencari dalang di sebalik pembunuhan tersebut. Kegiatan songlap sekumpulan pekerja membuahkan hasil yang lumayan tapi siapa sangka ada pembelot dalam kumpulan, adakah nyawa melayang kerana kecewa atau ada yang main tikam belakang?

Episod 1 - Pagi Penuh Tragedi
Shahrol ditemui mati ditikam di pejabat. Satu nota bunuh diri ditinggalkan bahawa antara mereka terdapat pengkhianat. NJ kunci pejabat untuk cari siapa pembelot di antara Ika, Mike, Akma, Sap dan Ed.
Episod 2
NJ mula siasat seorang demi seorang. Rupanya setiap daripada mereka ada masalah dengan Shahrol. Mereka mula saling tuduh-menuduh. Tiba-tiba Mike tersedar ada sesuatu tak kena pada mayat Shahrol!


 ⏩⏩ Drama Jangan Pernah Lupakan Aku Full Episode Di TV2

Read More

26 Ogo 2021

Drama Anak Sena Episod 1 Hingga 8 Lakonan Ben Amir Di TV3



Drama Anak Sena, Drama Slot Lestary TV3, Pelakon - Pelakon Drama Anak Sena, Drama Anak Sena Full Episode, Poster Drama Anak Sena, Info dan Sinopsis Drama Anak Sena, Drama Baru Ben Amir,

Drama Anak Sena adalah drama terbaru di slot Lestary TV3 yang disiarkan bagi menggantikan Drama Hello Jangan Tapau Cintaku yang telah tamat episodnya. Drama Anak Sena ini hanya mempunyai 8 episod saja dan mula bersiaran sejak 26 Ogos yang lalu, setiap hari Rabu hingga Sabtu, jam 9 malam. Antara pelakon - pelakon drama Anak Sena ini adalah Ben Amir, Hadi Putra, Ruzaidi Abdul Rahman, Farah Ahmad, Nadia Aqilah, Shasha Abedul, Danish Zamri, Lan Siro, Bazruzainizam, Norshahira Malik dan ramai lagi. Selain itu drama Anak Sena ini diarahkan oleh Bahri Uma Bajuri dan diterbitkan oleh Kembara Sufi Sdn Bhd. Nampak menarik drama ini kan, jalan ceritanya unik dan lain dari yang lain. Jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Anak Sena ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey.

Ben Amir sebagai Cikgu Amir
Ruzaidi Abdul Rahman sebagai Tok Sena
Hadi Putra sebagai Wadi
Farah Ahmad sebagai Kiambang
Nadia Aqilah sebagai Kuntum
Shasha Abedul sebagai Fatin 
Lan Siro sebagai Jati
Norshahira Malik sebagai Amira
Danish Iskandar sebagai Karim




Sinopsis Drama Anak Sena Lakonan Ben Amir di Slot Lestary TV3

Mengisahkan tentang Sena, tok batin keturunan orang asli yang tinggal di pedalaman hutan. Sebagai ketua kampung, selain mempelajari ilmu hutan, Sena mahukan keturunannya bersekolah dan berpendidikan. Impiannya untuk melihat anak orang asli berjaya dan dia cuba membuktikannya melalui anaknya Wadi. Setiap hari Sena akan memandu bot membawa anaknya dan sejumlah murid-murid dari kampungnya meredah sungai Hulu Tembeling ke sekolah. Selesai waktu persekolahan, Sena akan membawa Wadi masuk ke hutan untuk memburu binatang dan mencari makanan, tumbuhan, akar kayu, rotan dan belajar ilmu hutan.  Bagi Sena, anak-anaknya dan anak anak orang asli di bawah jagaannya perlu mendapat ‘ilmu hutan’ dan ‘ilmu sekolah’. 
Drama Anak Sena, Drama Slot Lestary TV3, Pelakon - Pelakon Drama Anak Sena, Drama Anak Sena Full Episode, Poster Drama Anak Sena, Info dan Sinopsis Drama Anak Sena, Drama Baru Ben Amir,
Cikgu Amir merupakan guru baharu di sekolah tempat Wadi bersekolah. Cikgu Amir rasa tercabar dengan sikap Wadi yang sambil lewa dan tidak berminat dalam pelajaran. Namun minat dan bakat Wadi terhadap bola sepak berjaya mengubahnya. Namun, selepas berlakunya insiden salah faham dengan Cikgu Amir, Wadi tidak mahu pergi ke sekolah lagi. Setelah dipaksa oleh Sena, Wadi berpura-pura pergi ke sekolah sehinggalah terjadinya insiden yang mengakibatkan dia bertindak melarikan diri dari rumah. Kehilangannya merisaukan Sena dan ibunya Kiambang sehinggalah Sena nekad untuk mencarinya. Apa yang berlaku seterusnya?..


Read More

8 Dis 2020

Tonton Drama Sang Pewaris Episod 1 Hingga Episod 13 (Full Episode) Di TV3



Drama Sang Pewaris, Sinopsis Drama Sang Pewaris, Slot Lestary TV3, Drama Baru Ben Amir, Drama Baru Amyra Rosli, Drama Adaptasi Novel, Novel Sang Pewaris.

Drama Sang Pewaris tengah rancak disiarkan di slot Lestary TV3 dan mempunyai 13 episod. Aku suka dengan para pelakonnya, Ben Amir memang tengah popular sekarang digandingkan pula dengan pelakon cantik manis Amyra Rosli gitu. Kalau korang nak baca sinopsis penuh drama ini mahu pun sinopsis versi novel Sang Pewaris ini bolehlah klik sini okey 👉👉 Sinopsis Penuh Drama Sang Pewaris Lakonan Ben Amir dan Amyra Rosli (TV3). Jadi jom tengok pula watak - watak pelakon dalam Drama Sang Pewaris ini.
Barisan pelakon drama Sang Pewaris
  • Ben Amir sebagai Megat Amer / Megat Dali / Kudin
  • Amyra Rosli sebagai Zara Aireena
  • Zarynn Min sebagai Puan Sri Kamariah
  • Fizz Fairuz sebagai Dr. Mahfuz
  • Zamarul Hisham sebagai Mahmud
  • Ieda Moin sebagai Chesom
  • Acong Sweetchild sebagai Pak Kadir
  • Sheila Mambo sebagai Mak Bedah
  • Zaefrul Nordin sebagai Tan Sri Megat Khairuddin
  • Harun Hashim sebagai Pak Samad
  • Wan Sharmila sebagai Malina
  • Fad Anuar sebagai Jamal
  • Mimi Ernida sebagai Zizi




Korang juga boleh menonton drama Sang Pewaris ini di wetv.vip, jadi pada yang terlepas menonton di TV tu, korang boleh tengok disitu atau pun mungkin nak ulang tonton ke kan. Apa pun aku share juga link untuk memudahkan korang menonton drama ini dan aku akan update dari masa ke semasa okey. Jadi selamat menonton..

Tonton Drama Sang Pewaris Full Episode - Episod 1 Hingga Episod 13 (Akhir) Slot Lestary TV3

Read More

2 Dis 2020

Sinopsis Drama Sang Pewaris Lakonan Ben Amir dan Amyra Rosli (TV3)



Drama Sang Pewaris, Sinopsis Drama Sang Pewaris, Slot Lestary TV3, Drama Baru Ben Amir, Drama Baru Amyra Rosli, Drama Adaptasi Novel, Novel Sang Pewaris.

Drama Sang Pewaris adalah drama terbaru di slot Lestary yang disiarkan di TV3 bermula 26 November yang lalu bagi menggantikan drama Lelaki Lingkungan Cinta yang telah tamat episodnya. Drama Sang Pewaris ini bersiaran setiap Rabu hingga Jumaat, jam 9 malam. Antara pelakon - pelakon drama Sang Pewaris ini adalah Ben Amir, Amyra Rosli, Zarynn Min, Fizz Fairuz, Zamarul Hisham, Ieda Moin, Acong Sweetchild, Sheila Mambo, Dilla Ahmmad, Harun Hashim, Wan Sharmila dan ramai lagi. Lebih menarik bila drama ini diadaptasikan daripada Novel Sang Pewaris karya Fizziany. Selain itu drama ini diarahkan oleh Eyra Rahman dan diterbitkan oleh Global Station Sdn Bhd. Lagu tema / OST Drama Sang Pewaris ini bertajuk X Missing U nyanyian Dayang Nurfaizah, Faizal Tahir, Tuju dan Yonnyboii. Nampak best kan drama ini, apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye..

Sinopsis Drama Sang Pewaris Lakonan Ben Amir dan Amyra Rosli - Slot Lestary TV3

Ali (Ben Amir), seorang pemuda kampung biasa tinggal bersama ibu bapa angkatnya, Pak Samad dan Mak Bedah. Dia sering mendapat mimpi pelik sejak remaja hingga kini dan masih tak faham kenapa ia selalu datang padanya. Ali sering didatangi oleh gadis yang sama dalam mimpinya. Ali diberitahu oleh Haji Mahfuz bahawa dia adalah pewaris kekayaan Tunku Ahmad dan Tunku Kamariah dan diminta untuk pulang. Lebih mengejutkan lagi apabila mengetahui dia mempunyai kembar. Ali merancang menyamar sebagai tukang kebun untuk mengenali keluarganya dengan lebih baik. Di sana, Ali jatuh cinta kepada Zara (Amyra Rosli), anak angkat keluarganya. Namun Ali terpaksa akur gadis itu merupakan tunang kembarnya.




Sinopsis Novel Sang Pewaris Karya Fizziany

Dalam satu hari sahaja, Ali dikejutkan dengan beberapa fakta tentang dirinya;
1) Dia bukan Ali bin Ahmad, tetapi rupanya Tunku Ali Khairudin ibni Tunku Ahmad!
2) Fakta kedua, dia mempunyai seorang abang kembar!
3) Fakta ketiga, sangkanya dia cuma anak pungut, tetapi rupanya dia pernah diculik!
4) Keluarga kandung sedang mencari dan menanti kepulangannya demi kelangsungan warisan keluarga. Takut dengan kenyataan yang mendadak di depan mata, Ali enggan pulang meskipun puas dipujuk. Tetapi, sekeping gambar telah melunturkan pendiriannya. Dia pulang juga akhirnya. Di saat majlis meraikan kepulangannya diatur, Ali menukar fikiran. Dia menghilangkan diri. Ali mengubah rupa dan menyamar sebagai tukang kebun lalu menyusup masuk ke dalam rumah keluarga kandungnya. Di situ, dia mula mengenali beberapa nama.
Drama Sang Pewaris, Sinopsis Drama Sang Pewaris, Slot Lestary TV3, Drama Baru Ben Amir, Drama Baru Amyra Rosli, Drama Adaptasi Novel, Novel Sang Pewaris.
Tuan Haji Mahmud: Pengurus keluarga diraja yang terlalu setia sehingga menimbulkan curiga.
Tunku Kamariah: Sang Bonda yang suka menyendiri. Sikapnya terkadang bagai orang gila.
Tunku Ameer: Lelaki misteri yang sukar ditafsir budi pekerti.
Doktor Mahfuz: Doktor peribadi keluarga yang prihatin meski senyumnya dingin. Che Som dan Pak Kadir: Tukang masak dan pemandu rasmi keluarga yang memiliki semua cerita tentang keluarga tersebut di dalam poket mereka. Zara Aireena: Manis. Lembut. Jelita. Bergaya. Ops, itu luaran sahaja! Tetapi rupanya dia boleh tahan gila. Kalau tidak, takkan dikejarnya Ali dengan parang semata-mata marahkan Ali terpotong pokok bunga kesayangannya. Konflik muncul satu demi satu. Misteri lama terurai perlahan-lahan. Luka lama kembali berdarah. Namun, tiada luka yang dapat menandingi luka di hati Ali bila terpaksa akur bahawa hatinya mula mencintai Zara Aireena, tetapi gadis itu pula merupakan tunang abang kembarnya!

Read More

18 Dis 2019

Sinopsis Drama Lara Syakila (TV2)




Lara Syakila, Drama Lara Syakila, Slot Selekta Prima, TV2, RTM, RTM TV2, Drama Lara Syakila TV2, Sinopsis Drama Lara Syakila, Watak Pelakon, Poster Drama Lara Syakila, Senarai Pelakon Drama Lara Syakila, Nazim Othman, Ben Amir, Mona Allen, Yuna Rahim, Muaz Fitri, Zaryyn Min, Aishah Atan, Roy Azman, Hamidah Wahab, Iman Suhana, Ameerul Asyraf, Drama Baru Mona Allen, Drama Baru Nazim Othman, Drama Baru Ben Amir, OST Drama Lara Syakila,

Drama Lara Syakila ini sudah pun mula ditayangkan di slot Selekta Prima, RTM TV2 setiap Isnin hingga Khamis, jam 8.30 malam bermula 9 Disember 2019 yang lalu. Antara pelakon drama Lara Syakila ini adalah Nazim Othman, Ben Amir, Mona Allen, Yuna Rahim, Muaz Fitri, Zaryyn Min, Aishah Atan, Roy Azman, Hamidah Wahab, Iman Suhana, Ameerul Asyraf dan ramai lagi. Selain itu drama Lara Syakila ini mempunyai 30 episod dan diarahkan oleh Nizam Zakaria serta diterbitkan oleh Radius One Sdn Bhd. Mona Allen, Roy Azman dan Nazim Othman dah pernah bergandingan dalam drama bersiri Monalisa. Manakala Ben Amir dan Yuna Rahim pula pernah bergandingan dalam drama popular Sweet Dreams. Nampak menarik drama ni kan, apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye..




Sinopsis Drama Lara Syakila Lakonan Mona Allen, Nazim Othman dan Ben Amir (TV2)

Mengisahkan mengenai konflik kekeluargaan dan percintaan, Syakila (Mona Allen) dari luar negara datang ke Malaysia untuk bertemu ayah dan neneknya di Langkawi. Syakila juga akan mengambil alih perniagaan ayahnya namun Syakila kurang senang bila dapat tahu yang neneknya ingin menjodohkannya dengan sepupunya iaitu Fahim (Ben Amir). Manakala Fahim pula tak berani melawan kata - kata neneknya itu dan hanya mengikut saja apa yang disuruh oleh neneknya. Fahim juga dah ada kekasih bernama Zara (Yuna Rahim) dan dia tidak mencintai Syakila. 
Lara Syakila, Drama Lara Syakila, Slot Selekta Prima, TV2, RTM, RTM TV2, Drama Lara Syakila TV2, Sinopsis Drama Lara Syakila, Watak Pelakon, Poster Drama Lara Syakila, Senarai Pelakon Drama Lara Syakila, Nazim Othman, Ben Amir, Mona Allen, Yuna Rahim, Muaz Fitri, Zaryyn Min, Aishah Atan, Roy Azman, Hamidah Wahab, Iman Suhana, Ameerul Asyraf, Drama Baru Mona Allen, Drama Baru Nazim Othman, Drama Baru Ben Amir, OST Drama Lara Syakila,
Manakala Syakila pula lebih tertarik dengan Adam (Nazim Othman) yang merupakan pemuda kampung dan anak pada mak wok (Aishah Atan). Mak Wok adalah orang gaji di rumah keluarga Syakila. Mak Wok juga kurang senang melihat Adam rapat dengan Syakila kerana mereka tidak setaraf dan keluarga Syakila tak akan dapat menerima Adam. Percintaan terhalang ini telah membawa kepada peristiwa tragis sehingga Adam dipenjarakan dan Syakila dikahwinkan dengan pilihan keluarga. Apa yang berlaku seterusnya?..
Lara Syakila, Drama Lara Syakila, Slot Selekta Prima, TV2, RTM, RTM TV2, Drama Lara Syakila TV2, Sinopsis Drama Lara Syakila, Watak Pelakon, Poster Drama Lara Syakila, Senarai Pelakon Drama Lara Syakila, Nazim Othman, Ben Amir, Mona Allen, Yuna Rahim, Muaz Fitri, Zaryyn Min, Aishah Atan, Roy Azman, Hamidah Wahab, Iman Suhana, Ameerul Asyraf, Drama Baru Mona Allen, Drama Baru Nazim Othman, Drama Baru Ben Amir, OST Drama Lara Syakila,
Lagu Tema / OST Drama Lara Syakila
⏩ Aku Cinta Mati nyanyian Adi Priyo
⏩ Bimbang nyanyian Marsha Milan




~ Blog Dari Hati Miss Mulan ~
Read More


My Random Post