31 Jan 2022

Drama 4 Abdul 1 Mohd (Astro Ria)



Drama 4 Abdul 1 Mohd (Astro Ria), Poster Drama 4 Abdul 1 Mohd, Info dan Sinopsis Drama 4 Abdul 1 Mohd, Drama 4 Abdul 1 Mohd Full Episode, 4 Abdul 1 Mohd Cast, Pelakon - Pelakon Drama 4 Abdul 1 Mohd, Drama Arahan dan Lakonan Sabri Yunus,

Drama 4 Abdul 1 Mohd telah mula bersiaran di Astro Ria sejak 24 Januari yang lalu, setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 11 malam. Antara pelakon drama 4 Abdul 1 Mohd ini adalah Sabri Yunus, Angeline Tan, Asrul Faizal, Cik Man (PU Azman), Brian Chan, Issey Fazlisham, Azizul Ammar dan ramai lagi. Selain itu drama 4 Abdul 1 Mohd ini mempunyai 12 episod saja dan diarahkan oleh Sabri Yunus serta diterbitkan oleh Porcupine Production Sdn Bhd dan  Heritage Movies Sdn Bhd. Apa pun memang nampak menarik drama ini kan, jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama 4 Abdul 1 Mohd ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

Sabri Yunus sebagai Abdul Jabar, Abdul Wasit, Abdul Somad, Abdul Hakim
Angeline Tan sebagai Yyuen
Asrul Faizal sebagai Kasim
Cik Man (PU Azman) sebagai Salam
Brian Chan sebagai Robin
Saidi Sabri sebagai Jabar Muda
Issey Fazlisham sebagai Musa
Azizul Ammar sebagai Hamidon
Norra Nor sebagai Nora 
Unku Hanafi Harun sebagai Pak Nik




Sinopsis Drama 4 Abdul 1 Mohd (Astro Ria)

Mohd Kasim dibesarkan oleh ayahnya Abdul Jabar sebagai anak tunggal. Dia dikejutkan apabila ayahnya  memberitahu tentang rahsia yang disimpan selama 50 tahun lamanya. Abdul Jabar mempunyai anak dari tiga isteri yang terdahulu. Nama mereka bermula dengan Abdul sedang dia Mohd, tambah pula perangai setiap mereka tidak saperti yang Mohd Kasim harapkan. Disebabkan Jabar tidak mempunyai masa yang lama lagi untuk hidup, Abdul Jabar mula berfikir untuk membahagikan harta pusaka miliknya. Robin dan Hamidon telah diarahkan untuk mencari Somad, Hakim dan Wasit. Apa yang berlaku seterusnya? dapatkah apa yang dirancang berjalan lancar?..

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Telefilem Puaka Janda Lakonan Elly Mazlein (Astro Citra)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post