2 Feb 2022

Info dan Sinopsis Drama Cinta Asyifa TV2 (Sinetron Indonesia)



Drama Cinta Asyifa, Sinetron Indonesia Cinta Asyifa, Poster Drama Cinta Asyifa, Sinopsis Drama Cinta Asyifa, Pelakon - Pelakon Drama Cinta Asyifa, Cinta Asyifa Cast, Drama Cinta Asyifa Full Episode, Watak - Watak Pelakon Drama Cinta Asyifa,

Mengambil tempat menggantikan drama bersiri Korea, “Black” yang bakal berakhir pada 17 Januari depan, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menambah pilihan program luar negara dalam slot Asean Screen On 2 di TV2 dengan sinetron kekeluargaan Indonesia bertajuk “Cinta Asyifa”.Menemui penonton mulai 18 Januari ini, setiap Isnin hingga Khamis, pukul 8.00 malam di TV2. Drama Cinta Asyifa ini mempunyai 26 episod dan pelakon - pelakon drama Cinta Asyifa ini adalah Dea Annisa, Eza Gionino, Queen Gendis, Citra Anggun, Rommy Sulastyo, Aldy Taher, Cemen, Merdianti Oktavia, Wawan Wanizar, Nabila Bintang, Adinda Putri dan ramai lagi. Nampak menarik juga Sinetron Indonesia Cinta Asyifa ini kan, Jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Cinta Asyifa ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

Dea AnnisaAsyifa
Eza GioninoTristan
Queen GendisNabila
Citra AnggunNatasya
Rommy SulastyoPrabu
Aldy TaherFaizal
Merdianti OktaviaRachel
CemenCemen
Wawan WanizarMarbun
Firdha KusslerSaidah
Tahta PerlawananKarim
Nabila BintangSyahrani
Adinda PutriNaysilla



Sinopsis Drama Cinta Asyifa (TV2) 

Mengisahkan tentang seorang gadis cantik bernama Asyifa yang sentiasa ditemani sahabat karibnya, Cemen (Mas Cemen) yang rupa-rupanya dalam diam menaruh hati padanya.Setiap hari Syifa keluar memungut barang yang dianggap masih berguna ditempat pelupusan sampah untuk dijual. Segalanya dilakukan demi memenuhi keperluan untuk membiayai perubatan ibunya yang sakit juga menanggung adiknya yang masih kecil iaitu Nabila. Syifa mempunyai pak cik iaitu Faizal dan adiknya Syahrani yang hakikatnya bukan mahu membantu kehidupan mereka sebaliknya selalu menyusahkan Syifa. Suatu hari, Asyifa bertemu dengan Tristan anak hartawan yang sedang patah hati kerana dikhianati kekasihnya, Rachel. Pertemuan pertama mereka menimbulkan salah faham antara Tristan dan Syifa yang membuat Tristan sangat membenci Syifa. Namun, takdir menentukan Syifa akhirnya masuk ke dalam keluarga Tristan. Ayah Tristan iaitu Pak Prabu sangat ingin menjadikan Syifa sebagai anak angkatnya. Namun, keinginannya itu mendapat tentangan hebat daripada isteri Pak Prabu dan juga Tristan sendiri. 

Drama Cinta Asyifa, Sinetron Indonesia Cinta Asyifa, Poster Drama Cinta Asyifa, Sinopsis Drama Cinta Asyifa, Pelakon - Pelakon Drama Cinta Asyifa, Cinta Asyifa Cast, Drama Cinta Asyifa Full Episode, Watak - Watak Pelakon Drama Cinta Asyifa,

Masa berlalu Tristan mula menyedari dirinya tertarik dan jatuh cinta pada Syifa. Tristan pun mula berusaha mendekati dan memberi perhatian pada Syifa. Hal ini membuat Ibu Tristan sangat marah dan berusaha menghalang hubungan mereka kerana mereka orang kaya dan Syifa adalah orang miskin. Namun, rupanya Syifa juga menyimpan perasaan terhadap Tristan. Di lain sisi rupanya Zidan, adik Tristan pun juga memendam perasaan kepada Syifa. Bermula dari rasa simpati melihat Syifa yang selalu menjadi mangsa hinggalah timbul rasa cinta. Namun apakah daya, cinta Syifa kepada Tristan sangat kuat, meskipun berkali-kali Tristan menyakitinya. Syifa berada dalam dilem cinta tiga segi. Namun dia tidak mahu menyerah. Dia berusaha untuk  memperjuangkan cintanya meskipun dia tahu semua itu akan menyakitkan. Apa yang berlaku seterusnya?..dan bagaimanakah kesudahan kisah cinta Syifa kepada Tristan? Bagaimana pula dengan cinta terpendam Zidan kepada Syifa? Apakah pula nasib Faizal dan Syahrani setelah Syifa tinggal bersama Tristan?

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Drama 4 Abdul 1 Mohd (Astro Ria)

⏩⏩ Drama Bunga Hati Lakonan Intan Najuwa dan Redza Rosli (Astro Ria)

👉👉 Drama Life Lila Slot Lestary TV3

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post