Telefilem Forget Loving You akan disiarkan pada hari Rabu ini iaitu pada 2/2/2022, jam 9 malam di TV2 sempena sambutan Tahun Baru Cina. Antara pelakon telefilem Forget Loving You ini adalah Angeline Tan, Wilson Lee Wai Sang, Daniel Wong Chee Hong, Jacky Kam, Angel Eng Yi Yuen, Annie Chew dan ramai lagi. Selain itu telemovie Forget Loving You ini diarahkan oleh Daniel C.H. Tan. Nampak menarik kan telemovie ini, penuh dengan pengajaran gitu. Jadi jom baca sinopsis telefilem ini di bawah okey..
Sinopsis Telefilem Forget Loving You (TV2)
Lim Kang Boon dibesarkan oleh seorang ibu tunggal Wang Yi Fang yang terpaksa bekerja keras demi membesarkannya dan membahagiakannya. Oleh sebab mereka miskin, Lim Kang Boon sering diejek oleh rakan sekolah dan membuatkan dirinya memberontak, ponteng sekolah dan kerap bergaduh. Namun begitu, dia mempunyai seorang ibu, Wang Yi Fang yang sanggup berkorban demi anaknya. Tetapi, Lim selalu memburukkan ibunya sehingga ibunya berkecil hati. Akhirnya Wang Yi Fang terlibat kemalangan dan koma akibat penat bekerja. Sejak dari itu segalanya berubah, Lim Kang Boon mula sedar mengenai kasih sayang dan pengorbanan ibunya. Lim Kang Boon bertekad akan berubah dan menjadi anak yang baik pada ibunya itu dan menunggu Wang Yi Fang sedar dari koma. Apa yang berlaku seterusnya?..
Jom Baca Ini Juga 👉👉 Info dan Sinopsis Drama Cinta Asyifa TV2 (Sinetron Indonesia)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan