8 Feb 2022

Drama Turki Astro Prima - Love Of My Life (Hayatimin Aski)



Drama Turki Love Of My Life, Drama Turki Hayatimin Aski, Turkish Drama Hayatimin Aski, Turkish Drama Love Of My Life, Drama Turki Love Of My Life Siaran Astro Prima, Poster Drama Turki Hayatimin Aski, Hayatimin Aski Cast, Hayatimin Aski Synopsis,

Turkish Drama In The House..sekarang ni setiap stesen TV mesti akan tayang satu dua drama Turki kan. Sejujurnya aku jarang tengok drama Turki ni, so nama pelakon pun memang tak kenal. Last drama Turki yang aku tengok adalah Magnificent Century hehehe, tu pun tak tengok semua episod, malas nak sambung gitu. Apa pun memang tak dinafikan para pelakon Turki memang handsome dan cantik belaka kan. So drama Turki Love Of My Life (Hayatimin Aski) ini disiarkan di Astro Prima bermula 31 Januari 2022 yang lalu, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam. Antara pelakon drama Turki Hayatimin Aski ini adalah Hande Dogandemir, Serkan Cayoglu, Berk Hakman, Zafer Algoz, Hilal Altinbilek, Ilay Erkok, Yonca Evcimik, Zeynep Eronat dan ramai lagi. Drama Turki Hayatimin Aski / Love Of My Life ini bergenre romantik komedi dan jalan ceritanya juga tidak berbelit, simple and sweet gitu hahaha. Jadi jom tengok sinopsis drama ini di bawah okey..




Sinopsis Drama Turki Love Of My Life (Hayatimin Aski) - Astro Prima

Mengisahkan Gokce Senkal (Hande) yang sudah berusia 30-an namun masih lagi bujang. Rakan - rakannya kebanyakkannya sudah pun berkahwin mahu pun mempunyai teman lelaki. Berbeza dengan dirinya yang selesa bujang dan tak kisah pasal semua itu. Dalam masa yang sama Gokce sebenarnya ada hati dengan Demir Cerrahoglu (Serkan Cayoglu) yang merupakan bossnya serta pemilik Agensi 275 iaitu syarikat tempatnya bekerja. Ketika berjumpa dengan kawan - kawannya, dirinya dijadikan bahan sindiran dan ejekan mereka kerana dirinya masih belum berkahwin. Gokce yang berasa marah terus menipu mereka yang dirinya sudah pun mempunyai kekasih bernama Demir. 
Drama Turki Love Of My Life, Drama Turki Hayatimin Aski, Turkish Drama Hayatimin Aski, Turkish Drama Love Of My Life, Drama Turki Love Of My Life Siaran Astro Prima, Poster Drama Turki Hayatimin Aski, Hayatimin Aski Cast, Hayatimin Aski Synopsis,
Sejak dari itu Gokce berazam untuk memikat dan mengorat Demir Cerrahoglu yang juga majikannya. Walaubagaimanapun semua usaha Dokce untuk menambat hati Demir gagal. Tak lama kemudian Gokce mula rapat dengan Kaan (Berk Hakman) dan Gokce mula meminta nasihat dan tips dari Kaan untuk memikat Demir. Namun Gokce tak tahu yang Kaan juga meminati dirinya dalam diam, malah Kaan juga turut mengenali Demir. Apa yang bakal berlaku seterusnya? Berjayakah Gokce dengan misinya untuk memikat Demir itu? apa hubungan Demir dan Kaan?, adakah Kaan akan meluahkan perasaannya pada Gokce?.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post