26 Mac 2021

Review Drama Thai My Ambulance



Drama Thai My Ambulance, Thai Drama My Ambulance, Review Drama Thai My Ambulance, Drama Thailand My Ambulance Lakonan Sunny Suwanmethanont dan Davika Hoorne, Sinopsis Drama Thai My Ambulance, Sinopsis Thai Drama My Ambulance, Drama Baru Sunny Suwanmethanont, Drama Baru Mai Davika, Drama Baru Davika Hoorne, Ulasan Drama Thai My Ambulance, Poster Drama Thai My Ambulance, Kisah Cinta, Romantik Komedi, Pelakon Utama Drama Thai My Ambulance, Drama Thai Best My Ambulance,
Thai Drama My Ambulance Lakonan Sunny dan Davika Hoorne

Dah lama nak buat review drama ni, tapi asyik tertangguh saja hehe, aku jarang tengok drama Thailand ni sebab lebih suka tengok drama Korea lagi. Cuma drama Thai My Ambulance ni aku harus tengok juga sebab aku sangat suka gila dengan hero dan heroin drama ini iaitu Davika Hoorne dan Sunny Suwanmethanont. Aku tau kewujudan drama ini pun dari Twitter hehe, Davika dan Sunny dah pernah berlakon sekali dalam movie Heart Attack, watak diorang sebagai doktor dan pesakit, Davika yang jadi doktor dalam movie tu, tapi ending movie tersebut sangat tak best dan mengarut. Manakala dalam drama ini pula Sunny yang jadi doktor. Nampak sepadan giler Sunny dan Davika ni hehehe, berbalik pada drama My Ambulance ini, ianya mempunyai 16 episod dan bergenre romantik komedi serta fantasi. Release pada 6 September 2019 dan tamat episodnya pada 26 Oktober serta diarahkan oleh Naruebet Kuno. Antara pelakon drama Thai My Ambulance ini adalah Sunny Suwanmethanont, Davika Hoorne, Wongravee Nateetorn, Kanyawee Songmuang dan ramai lagi. Aku suka dengan jalan cerita drama ini sebab unik kerana bergenre medical, fantasi serta romantik komedi, pastu ada unsur - unsur magic gitu. Apa pun para pelakonnya adalah sebab utama aku tengok drama ini hehe. Bila tengok muka pelakon Wongravee Nateetorn ni yang merupakan hero kedua yang sering tersenyum dan tersengeh dalam drama ini mengingatkan aku pada pelakon Korea Park Bo Gum hehe. 

Drama Thai My Ambulance, Thai Drama My Ambulance, Review Drama Thai My Ambulance, Drama Thailand My Ambulance Lakonan Sunny Suwanmethanont dan Davika Hoorne, Sinopsis Drama Thai My Ambulance, Sinopsis Thai Drama My Ambulance, Drama Baru Sunny Suwanmethanont, Drama Baru Mai Davika, Drama Baru Davika Hoorne, Ulasan Drama Thai My Ambulance, Poster Drama Thai My Ambulance, Kisah Cinta, Romantik Komedi, Pelakon Utama Drama Thai My Ambulance, Drama Thai Best My Ambulance,
Ada scene kelakar, tapi scene sedihnya memang boleh tahan sedihnya apabila melibatkan watak Sunny dan Davika ini iaitu sebagai Peng dan Tantawan. Tapi ada gak scene - scene yang aku tak berapa suka juga terutamanya yang melibatkan adik lelaki Tantawan yang lembut tu dengan seorang doktor lelaki tu. Di permulaan cerita korang mesti akan geram dengan perangai Peng lakonan Sunny tu. Cara dia layan girlfriend dia si Tantawan tu memang annoying gila, macam tak appreciate langsung si Tantawan ni. Kesian dengan Tantawan masa ni, lepas tu bila Tantawan start berubah hati, rasa kesian pulak dengan Peng ni. Drama ni senang buat penonton jadi lalang hahaha sekejap marah sekejap kesian. Scene diorang berpisah memang sedih betul, awal - awal cerita memang tak nampak yang Peng ni sayangkan si Tantawan. Siap bila putus pun boleh move on dengan cepatnya. Tapi bila Peng benar - benar sedar dengan perasaannya sendiri pada Tantawan barulah jadi makin menarik drama ni hehe. Sedih giler masa Peng menyesal dengan tindakan dia sebelum ini. Scene ketika Peng cuba menguji perasaan Tantawan pada Chalarm dekat hospital tu memang sedih, sayu je muka Peng masa ni bila dia mula sedar yang Tantawan dah start suka kat orang lain huhuhu. Tapi salah dia jugalah bila semua benda ni jadi.

Drama Thai My Ambulance, Thai Drama My Ambulance, Review Drama Thai My Ambulance, Drama Thailand My Ambulance Lakonan Sunny Suwanmethanont dan Davika Hoorne, Sinopsis Penuh Drama Thai My Ambulance, Sinopsis Thai Drama My Ambulance, Drama Baru Sunny Suwanmethanont, Drama Baru Mai Davika, Drama Baru Davika Hoorne, Ulasan Drama Thai My Ambulance, Poster Drama Thai My Ambulance, Kisah Cinta, Romantik Komedi, Pelakon Utama Drama Thai My Ambulance, Drama Thai Best My Ambulance,
Aku tak suka dengan ending drama Thai My Ambulance ini, aku heartbroken hahaha, tapi aku puji jugalah sebab diorang buat kelainan dekat endingnya tu. Hidup Tantawan ni memang senang lenang sebab dia dapat duit insurans lepas mak dan ayahnya meninggal, masa dia remaja. Jadi Tantawan memang tak bekerja langsung, dia cuma fokus untuk jadi girlfriend yang terbaik untuk Peng. Hidupnya memang untuk Peng saja, Peng juga mencintainya tapi bila dah jadi doktor, dia lebih utamakan kerjayanya dari Tantawan serta tak jaga langsung perasaan Tantawan ni. So dari sinilah konflik percintaan diorang bermula. Lagu tema / OST Thai Drama My Ambulance ini juga best, sedap dengar, aku siap download lagi muahaha. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye..




Sinopsis Penuh Drama Thai My Ambulance

Tantawan dan Peng dah bercinta sejak zaman sekolah lagi, percintaan mereka bertahan selama 15 tahun. Hidup mereka boleh diibaratkan sebagai suami isteri dah, Tantawan ni boleh dikatakan macam kekasih yang setia dan baik. Walaupun Peng nampak macam tak menghargai segala usahanya dalam menjaga hubungan mereka, Tantawan hanya bersabar. Selain itu Tantawan juga memiliki kuasa magis yang boleh menyeru dan memanggil Peng walau dimana saja dia berada. Manakala Peng pula boleh mendengar suara Tantawan memanggilnya dan pergi pada Tantawan dalam sekelip mata, walaupun ketika itu dia berada jauh dari Tantawan. Pada hari anniversary mereka yang ke 15 tahun, Peng dan Tantawan bergaduh besar, Peng minta putus manakala Tantawan pula pergi dari situ dengan rasa marah dan kecewa. Tantawan sengaja memandu keretanya dengan laju lalu mengalami kemalangan, malah dia juga telah menyebabkan seorang kanak - kanak mati. Selepas itu Tantawan mengalami trauma dan hilang ingatan. Manakala Peng pula merahsiakan apa yang berlaku dari Tantawan, kerana tak mahu Tantawan berasa stress dan tertekan. Dalam masa yang sama, Tantawan mula berkenalan dengan Chalarm yang merupakan doktor pelatih di situ.
Drama Thai My Ambulance, Thai Drama My Ambulance, Review Drama Thai My Ambulance, Drama Thailand My Ambulance Lakonan Sunny Suwanmethanont dan Davika Hoorne, Sinopsis Drama Thai My Ambulance, Sinopsis Thai Drama My Ambulance, Drama Baru Sunny Suwanmethanont, Drama Baru Mai Davika, Drama Baru Davika Hoorne, Ulasan Drama Thai My Ambulance, Poster Drama Thai My Ambulance, Kisah Cinta, Romantik Komedi, Pelakon Utama Drama Thai My Ambulance, Drama Thai Best My Ambulance,
Awalnya Tantawan dan Chalarm sering bergaduh namun segalanya mula jadi huru - hara bila tiba - tiba Chalarm turut mendapat kuasa magis yang sama seperti Peng. Chalarm boleh mendengar suara Tantawan dan pergi padanya dalam sekelip mata seperti Peng. Peng mula berasa sangsi dan meragui perasaan cinta Tantawan padanya. Peng dapat mengagak yang Tantawan mula jatuh hati pada Chalarm dan sebab itu Chalarm boleh mendapat kuasa magis tersebut. Walaubagaimanapun Peng masih dengan perangai lamanya yang masih sibuk dengan kerjanya serta tidak begitu mempedulikan Tantawan. Lama - kelamaan hubungan Tantawan dan Chalarm makin baik dan mereka mula saling jatuh cinta. Peng yang sedar kuasa magisnya itu makin berkurangan bertindak untuk memutuskan hubungannya dengan Tantawan. Setelah putus Peng mula rapat dengan Bamee yang merupakan seorang pemandu driver yang memang dah lama crush dengan Peng. Manakala Tantawan pula turut move on dan bersama dengan Chalarm. Walaubagaimanapun keadaan jadi huru - hara balik bila Peng dapat tahu Tantawan dalam bahaya dan berasa sangat desperate untuk pergi menyelamatkan Tantawan, tapi tak boleh kerana kuasa magicnya itu dah hilang sepenuhnya kerana Tantawan dah mencintai orang lain sepenuhnya.
Drama Thai My Ambulance, Thai Drama My Ambulance, Review Drama Thai My Ambulance, Drama Thailand My Ambulance Lakonan Sunny Suwanmethanont dan Davika Hoorne, Sinopsis Drama Thai My Ambulance, Sinopsis Thai Drama My Ambulance, Drama Baru Sunny Suwanmethanont, Drama Baru Mai Davika, Drama Baru Davika Hoorne, Ulasan Drama Thai My Ambulance, Poster Drama Thai My Ambulance, Kisah Cinta, Romantik Komedi, Pelakon Utama Drama Thai My Ambulance, Drama Thai Best My Ambulance,
Akhirnya Peng mula sedar dengan perasaannya sendiri yang dia sebenarnya sangat mencintai Tantawan dan berasa tak sanggup untuk melepaskan Tantawan. Akhirnya Peng memutuskan untuk merebut kembali cinta Tantawan, Peng berusaha untuk berubah bagi membuktikan cintanya pada Tantawan. Dalam masa yang sama, Chalarm mula berasa tidak layak untuk bersaing dengan Peng untuk merebut cinta Tantawan. Chalarm cuba menjauhkan diri dari Tantawan bagi memberi peluang pada Peng untuk kembali pada Tantawan. Manakala Tantawan pula mula keliru dengan sikap Chalarm dan dia juga dapat melihat perubahan pada sikap Peng. Akhirnya Peng berjaya mendapat kuasa magisnya kembali, itu beerti Peng kini turut berada dalam hati Tantawan. Manakala Chalarm juga turut berubah fikiran untuk kembali bersaing dengan Peng untuk cinta Tantawan. Kini Tantawan mencintai 2 lelaki dalam masa yang sama dan perlu membuat keputusan untuk memilih salah seorang daripada mereka. Siapakah pilihan Tantawan? Chalarm? atau Peng?. Namun Tantawan dalam bahaya kerana ada orang ingin membalas dendam padanya dengan cuba membunuhnya. Apa yang berlaku seterusnya?..Okey tu serba sedikit sinopsis thai Drama My Ambulance ni.
Drama Thai My Ambulance, Thai Drama My Ambulance, Review Drama Thai My Ambulance, Drama Thailand My Ambulance Lakonan Sunny Suwanmethanont dan Davika Hoorne, Sinopsis Drama Thai My Ambulance, Sinopsis Thai Drama My Ambulance, Drama Baru Sunny Suwanmethanont, Drama Baru Mai Davika, Drama Baru Davika Hoorne, Ulasan Drama Thai My Ambulance, Poster Drama Thai My Ambulance, Kisah Cinta, Romantik Komedi, Pelakon Utama Drama Thai My Ambulance, Drama Thai Best My Ambulance,
Aku suka dengan drama ni, pelakon dia best, Ost best, jalan cerita best, ada sedih, ada lawak, ada suspen, ada pengajaran juga dari kisah Tantawan dan Peng ni. Walaupun aku tak suka endingnya, tapi endingnya bolehlah dan penonton boleh faham kenapa endingnya sedemikian rupa. Secara keseluruhannya aku bagi drama ini 9.6/10 bintang okey. Rindu nak tengok Sunny dan Davika berlakon sama - sama lagi.

1 ulasan:



My Random Post